maklumat cegah jenayah

4
PETALING JAYA 15 April - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Omar berkata, polis akan menugaskan seorang pegawai polis yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di seluruh negara. Beliau berkata, langkah itu bertujuan menangani gejala salah laku di kalangan pelajar selain mengeratkan hubungan dengan polis. ``Pegawai yang berkenaan bertanggungjawab mengadakan lawatan, ceramah, kempen dan perbincangan di sekolah,'' katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kor Kadet Polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama di sini hari ini. Majlis itu membabitkan 120 pelajar dari sekolah tersebut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Medan. Turut dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah di kedua-dua sekolah terbabit. Mohd. Bakri berharap kehadiran polis di sekolah-sekolah tidak dipandang serong oleh mana-mana pihak. ``Polis akan mendampingi masyarakat dari semasa ke semasa tanpa mengira golongan sesuai dengan slogan Mesra, Cepat dan Betul. ``Ini termasuk program bersama guru dan pelajar sekolah dalam membina hubungan yang lebih rapat,'' katanya. Ahad lalu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis di setiap negeri berucap pada perhimpunan mingguan di sekolah-sekolah menengah dan rendah sebagai usaha menangani gejala samseng dan jenayah di kalangan pelajar. Mohd. Bakri berkata, kini hampir semua sekolah di seluruh negara telah mempunyai seorang pegawai perhubungan. Sempena majlis hari ini, kedua-dua sekolah terbabit dilantik menjadi sekolah angkat kepada Yayasan Pencegahan Jenayah (YPJM) selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak sekolah dan YPJM/Polis Diraja Malaysia (PDRM) disempurnakan. Di bawah program sekolah angkat itu, YPJM akan menaja segala perbelanjaan membabitkan semua aktiviti kor dan kelab tersebut.

description

kamu yang terindah

Transcript of maklumat cegah jenayah

Page 1: maklumat cegah jenayah

PETALING JAYA 15 April - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Omar berkata, polis akan menugaskan seorang pegawai polis yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di seluruh negara.Beliau berkata, langkah itu bertujuan menangani gejala salah laku di kalangan pelajar selain mengeratkan hubungan dengan polis.``Pegawai yang berkenaan bertanggungjawab mengadakan lawatan, ceramah, kempen dan perbincangan di sekolah,'' katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kor Kadet Polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama di sini hari ini.Majlis itu membabitkan 120 pelajar dari sekolah tersebut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Medan.Turut dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah di kedua-dua sekolah terbabit.Mohd. Bakri berharap kehadiran polis di sekolah-sekolah tidak dipandang serong oleh mana-mana pihak.``Polis akan mendampingi masyarakat dari semasa ke semasa tanpa mengira golongan sesuai dengan slogan Mesra, Cepat dan Betul.``Ini termasuk program bersama guru dan pelajar sekolah dalam membina hubungan yang lebih rapat,'' katanya.Ahad lalu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis di setiap negeri berucap pada perhimpunan mingguan di sekolah-sekolah menengah dan rendah sebagai usaha menangani gejala samseng dan jenayah di kalangan pelajar.Mohd. Bakri berkata, kini hampir semua sekolah di seluruh negara telah mempunyai seorang pegawai perhubungan.Sempena majlis hari ini, kedua-dua sekolah terbabit dilantik menjadi sekolah angkat kepada Yayasan Pencegahan Jenayah (YPJM) selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak sekolah dan YPJM/Polis Diraja Malaysia (PDRM) disempurnakan.Di bawah program sekolah angkat itu, YPJM akan menaja segala perbelanjaan membabitkan semua aktiviti kor dan kelab tersebut.Antara program yang dirancang dalam kor kadet polis ialah lawatan ke pusat pemulihan dan penjara, aktiviti perkhemahan, karnival bersama ibu bapa serta program keagamaan.Setiap aktiviti akan dilaksanakan secara bersama oleh jawatankuasa kerja yang terdiri daripada PDRM, Citizens Crime Watch dan YPJM.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Rafie Mahat dalam ucapannya berkata, pelantikan sekolah angkat itu merupakan satu usaha murni yang harus dicontohi oleh semua pihak.

Page 2: maklumat cegah jenayah

Beliau berkata, pihaknya menyanjung tinggi sokongan yang diberikan dalam usaha menangani masalah berkaitan pelajar dan sekolah.Abdul Rafie yakin dengan penubuhan Kor Kadet Polis akan dapat memperkukuhkan peribadi di samping membudayakan disiplin di kalangan para pelajar.Beliau berkata, sehingga kini talian terus yang diwujudkan untuk menangani gejala salah laku pelajar telah menerima sebanyak 224 aduan.Katanya, ia merangkumi aduan terhadap salah laku pelajar, pengurusan sekolah, pandangan dan pertanyaan.Menurut beliau, Kementerian Pelajaran juga telah mengarahkan semua sekolah mengadakan program berbentuk perkhemahan melibatkan pelajar dari semua kaum ketika cuti sekolah.Katanya, program seperti ini boleh menyemai nilai-nilai hormat menghormati dan toleransi khususnya dalam masyarakat pelbagai kaum.Kongsi Konten di :

PADANG BESAR 31 Mac - Polis hari ini meminta semua guru besar dan pengetua sekolah supaya melaporkan terus kepada beliau peranan dimainkan pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah di negeri ini.Ketua Polis negeri, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, ini kerana setiap pegawai perhubungan sekolah yang tidak aktif dalam melaksanakan tugas mereka akan diberi peringatan supaya meningkatkan mutu pengendalian di setiap sekolah."Kita telah mengadakan sesi lampias minda bersama 150 pegawai perhubungan sekolah agar mereka lebih inovatif ketika menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan."Tugas pegawai berkenaan bukan sekadar hadir semasa perhimpunan sekolah dan memberi ceramah tetapi perlu lebih prihatin terhadap masalah pelajar dan tenaga pengajar."Untuk itu, mereka perlu lebih kreatif dan inovatif ke arah membentuk sahsiah positif pelajar dan tenaga pengajar," katanya ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun Kor Kadet Polis ke-40 di sini hari ini.Beliau meminta setiap pegawai perhubungan sekolah supaya turut mengawasi kadar jenayah di sekolah tempat mereka ditugaskan.Katanya, pemerhatian itu perlu bagi memastikan pelajar tidak melanggar peraturan sekolah dan undang-undang termasuk merokok dan menunggang motosikal tanpa lesen.Beliau mengingatkan pihak sekolah memastikan pengawal keselamatan yang diupah menjaga keselamatan sekolah melaksanakan tugas dengan betul.

Page 3: maklumat cegah jenayah

"Banyak kes kecurian berlaku di sekolah sedangkan pengawal keselamatan ini digaji untuk menjaga persekitaran sekolah," katanya.Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm#ixzz44BEqGura © Utusan Melayu (M) Bhd 

PDRM Lantik Pegawai Perhubungan Sekolah

Posted on 2015-05-26 by lpkpmadmin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah proaktif dengan melantik pegawai perhubungan sekolah di 10.136 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bagi mencegah pembabitan generasi muda dalam kegiatan jenayah. Pengarah Jabatan pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Amab Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pegawai polis dipertanggungjawabkan di sekolah akan membabitkan diri dalam kegiatan khidmat nasihat, seterusnya menghantar laporan kepada pihak atasan secara berskala.

“sebenarnya , sudah lama kami ingin melaksanakan perkara ini, tetapi kali ini maku meperkasakan program ini. Setiap Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) wajib menempatkan pegawai di sekolah. Sebaik-baiknya, Ketua Polis Daerah melantik pegawai berpangkat, namun boleh melantik polis berpangkat sarjan jika kekurangan anggota,” katanya.Hadir sama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Timbalan ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Ahmad Tajudin Jab dan Timbalan ketua polis Pahang, Datuk Fatimah Ab. Ghani.

Menurutnya, polis mahu mewujudkan persepsi positif iaitu pihak sekolah dan pelajar melihat polis sebagai rakan. Acryl Sani berkata, melalui perlaksanaan program itu, setiap pegawai polis perlu melakukan lawatan dan menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mencegah aktiviti jenayah di sekolah. – Harian Metro