maklumat dan pengetahuan disampaikan oleh ibu bapa …

12

Transcript of maklumat dan pengetahuan disampaikan oleh ibu bapa …

2 •

SidangRedaksi

Akhbar Berita Harian bertarikh 24 Julai2010 menyiarkan artikel bertajuk “MuflisMuda” yang memberikan satu gambaranyang cukup menakutkan. Dalam tempohantara tahun 2005 sehingga Mei 2010,sebanyak 80,000 kes muflis direkodkan.Ini bermakna 41 orang bankrap setiaphari, yang antara sebabnya berpuncadaripada kegagalan menyelesaikanpinjaman sewa beli kenderaan, tidakdapat mengawal penggunaan kad kredithingga banyak hutang tertunggak, selainpinjaman peribadi.

Apa yang lebih membimbangkan ialahdaripada jumlah keseluruhan yangdiisytiharkan muflis, lebih 16 peratusatau 13,128 individu berusia antara 25hingga 34 tahun. Mengikut laporan itulagi, kebanyakan pemegang kad kreditadalah kalangan golongan muda yang

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Siti Rizadiana binti RahmatSafra Aina binti Adnan

Sharala Devi Thayakaran

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Celik KewanganAnak Muda

menggunakan kemudahan itu untukberbelanja barangan tidak perlu danmewah.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensimenjelaskan kebanyakan kes muflismembabitkan golongan muda adalahberkaitan penggunaan kad kredit tidakterkawal dan gagal membayar balikhutang dalam tempoh ditetapkanberbanding kes golongan lebih berusiayang majoritinya berkaitan soalpinjaman perumahan, kenderaan danperniagaan.

Menurut statistik, terdapat lebih 10juta pengguna kad kredit di negara iniyang berhutang sebanyak RM 24.4bilion, tetapi hanya 30 peratusdaripada mereka yang membayar baliksecara penuh pada setiap bulan.

Pendidikankewangan akanmelengkapkankanak-kanakuntuk menghadapidunia luar.

• 3

Pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranyaseseorang itu berhutang RM 1,000 melalui kad kreditdan hanya membuat bayaran minimum sebanyak limaperatus setiap bulan, beliau akan mengambil masaselama lima tahun lapan bulan untuk melangsaikanhutangnya termasuk kadar faedah.

Menurut kajian akhbar yang sama menunjukkanpengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17peratus lebih daripada individu yang berurusanmenggunakan wang tunai.

Jelaslah bahawa penggunaan kad kredit yang tidakterkawal ini amat membimbangkan serta bolehmemusnahkan masa hadapan generasi muda.

Bagaimanakah kita hendak menyediakan generasimasa hadapan untuk menjadi “celik wang” atau“financially fit”?

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam hal ini.Semenjak daripada kanak-kanak lagi, ibu bapa harusmenanam nilai-nilai dan kemahiran untukmelengkapkan anak mereka untuk memahami tentangpengurusan kewangan, seperti berbelanja, menabungdan melabur. Pendidikan kewangan akanmelengkapkan kanak-kanak untuk menghadapi dunialuar dengan kemahiran-kemahiran tertentu untukmembina masa hadapan kewangan yang lebih cerah.

Kajian menunjukkan bahawa jika lebih banyakmaklumat dan pengetahuan disampaikan oleh ibu bapakepada anak mereka mengenai pengurusan kewangan,maka anak mereka akan dapat mengawal kewanganmereka dengan lebih baik dan hasilnya merekamempunyai hutang yang kurang. Jika semenjak kecilkanak-kanak dipupuk mula menabung, maka anak-anak akan tahu mengenai nilai wang.

Terdapat banyak perkara yang ibu bapa boleh buatuntuk mendidik anaknya. Mereka boleh berbincangtentang bajet keluarga. Mereka boleh memberi nasihattentang cara untuk mengurangkan perbelanjaan.Mereka juga boleh menunjukkan penyata kad kreditdan menerangkan bagaimana kadar faedah dikira danrisiko penggunaan kad kredit yang tidak terkawal danberdisiplin.

Pertama, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak untuk menabung semenjak kecil. Mereka harusmenerangkan kenapa pentingnya simpan sedikit untukmembeli apa yang diminati yang lebih mahal atauuntuk menghadapi sebarang kecemasan. Mereka harusmenekankan betapa pentingnya pengurusankewangan. Seterusnya menerangkan mengenai akibat-akibat yang negatif, seperti diisytiharkan muflis,

sekiranya kewangan peribadi tidak diurus dengan baik.Kanak-kanak juga harus memahami maksud muflisdan kesan negatifnya kepada masa hadapanseseorang.

Keduanya, pendidikan kewangan harus dimasukkandalam kurikulum sekolah mulai tahun pertama kanak-kanak masuk sekolah. Penekanan di sekolah haruslahke arah menyediakan kanak-kanak denganpengetahuan dan kemahiran kewangan dan bukanhanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Pengurusankewangan boleh dianggap sebagai satu kemahiranhidup atau lifeskill, maka pendekatan dalammenyampaikan kemahiran ini harus lebih kepadapengajaran secara interaktif dan melalui aktiviti,permainan, kajian kes dan role play. Penekanan adalahkepada pembelajaran kemahiran dan bukannyamenghafal fakta untuk lulus peperiksaan.

Ketiganya, pendidikan kewangan harus disampaikankepada semua kanak-kanak melalui pendidikaninformal. Latihan ini boleh disampaikan oleh agensikerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. Akan tetapipenting sekali bahawa semua pelajar sekolah diberipeluang untuk mempelajari kemahiran ini.

Yang pentingnya, setiap individu diberikan peluanguntuk memahami dan mendalami kemahiran asaskewangan.

Jelas berdasarkan data-data tentang “muflis muda” inidapat memberikan gambaran yang agak menakutkan.Jika kita hendak mengubah arus itu pada masahadapan, kita harus bermula daripada sekarang dengantindakan-tindakan yang konkrit.

Jika tidak, masa hadapan generasi muda akan terjejaskerana dibebani hutang. Anda harus membina anak-anak muda anda ke arah celik kewangan.

“ .. jika lebih banyakmaklumat danpengetahuan disampaikanoleh ibu bapa kepada anakmereka mengenaipengurusan kewangan,maka anak mereka akandapat mengawal kewanganmereka dengan lebih baik.”

4 •

Wang boleh didefinisikan sebagai suatu barang yangditerima umum oleh masyarakat sebagai alatperantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniagalain. Dalam ekonomi moden, masyarakatmenggunakan wang sebagai alat pertukaran untukmemiliki sesuatu barang. Duit atau wang penting untukkesinambungan hidup yang lebih selesa.

Di samping itu, masyarakat juga telah dibesarkandengan pelbagai kepercayaan dan mitos mengenaiwang. Namun begitu, kesahihan dan sejauh manakebenaran mengenai mitos-mitos ini perlu dikaji terlebihdahulu. Berikut adalah antara mitos-mitos tersebut:

1. Kurang risau dan lebih tenangjika memiliki wang yang banyak.

Antara mitos yang menarik ialah kepercayaan bahawamereka yang memiliki wang yang banyak mempunyaiakal yang lebih bijak, disiplin diri yang lebih tinggi,lebih berkeyakinan dan memiliki hidup lebih tenang.Hakikatnya, manusia yang tamak sentiasa tidakpernah rasa cukup memiliki wang dan sentiasa hidupdalam kebimbangan. Mereka yang hidup dengan gayahidup yang mewah memerlukan kos yang lebih tinggi.Sebagai contoh, kos penyelenggaraan sebuah keretaMercedes yang dimiliki oleh golongan yang lebihberkemampuan adalah lebih tinggi daripada kospenyelenggaraan kereta Proton yang dimiliki olehgolongan sederhana. Begitu juga dalam aspekkebijaksanaan. Fakta menunjukkan semakin kerapatau semakin kuat kita berfikir, semakin banyak selotak yang terbentuk. Oleh itu, tidak kira apa jua latarbelakang kewangan seseorang itu, asalkan dia rajinberfikir dan berusaha, pasti dapat meningkat tahapkepintaran.

2. Terlalu sukar untuk memahamidan menguasai urusan kewangan.

Seperti cabaran-cabaran lain dalam kehidupan, ilmupengetahuan amat diperlukan untuk mahir dalamurusan kewangan. Untuk menguasai i lmu dankemahiran pengurusan kewangan tidak sukar dan tidakmemerlukan belanja yang besar untuk menguasainya.Banyakkan membaca dan menimba ilmu. Bahkan kini,sudah banyak buku mengenai pengurusan kewanganyang lebih mudah difahami di pasaran. Langkahpertama yang boleh diambil ialah mempelajari asas-

asas mengenai kewangan dan mengetahui langkah-langkah praktikal yang perlu diambil untukmenyelesaikan masalah kewangan dalam hidup anda.Jangan gopoh dan terlalu tertekan sewaktumenguruskan masalah kewangan anda. Untuk berjaya,kita perlu menerokai keperluan dan nilai dalam diri kitadengan penuh kesabaran. Selain itu, jangan takut ataumalu untuk mendapatkan bimbingan daripada merekayang lebih berpengalaman.

3. Perancangan kewangan danpelaburan perlu diserahkan kepadamereka yang lebih pakar.

Segala urusan kewangan adalah tanggungjawab kitasendiri. Corak perbelanjaan, merancang bajet,kemahuan untuk merancang, menyimpan ataupunmelabur untuk masa hadapan adalah bergantungkepada diri kita sendiri untuk menguruskannya. Dalamperancangan kewangan anda, tetapkan matlamat yangsesuai dan bersikap realistik terhadap jangkaan anda.

Penasihat kewangan berperanan untuk membantumengenal pasti masalah dan matlamat anda supayamereka dapat membantu anda merangka pelan bagimencapai matlamat tersebut. Mereka membantu andamemahami risiko yang berkaitan dan menyediakankhidmat nasihat. Perkara yang perlu anda tahu ialah,penasihat kewangan anda mesti memberitahu andaapa yang berlaku kepada wang anda sekiranya andamembenarkan mereka menguruskannya, berapakahyuran yang dikenakan dan sama ada mereka menerimasebarang manfaat daripada cadangan mereka itu.Ingatlah bahawa nasihat mereka mungkin bersifat beratsebelah, dan apa yang baik untuk orang lain tidaksemestinya baik juga untuk anda. Anda perlu sentiasabertanggungjawab terhadap kewangan anda. Perlu

10 Mitos10 MitosMengenaiMengenaiWWang!!!ang!!!

• 5

ingat bahawa objektif mereka mungkin tidak samadengan objektif anda. Pandangan mereka mungkinberbeza dengan pandangan anda. Begitu juga sumbermereka mungkin tidak boleh dipercayai!

4. Cinta sejati dan komitmen sebenarboleh menyelesaikan semuamasalah termasuk kewangan.

Pendapat berhubung cinta dan wang seringkalidiperkatakan. Salah satu mitos ialah cinta dapatmengatasi semua masalah termasuklah masalahkewangan. Secara realistiknya, dalam kehidupan masakini, wang amat diperlukan. Ibarat kata pepatah, “Wangbukan segala-galanya tetapi segala-galanya di duniaini memerlukan wang”. Ini tidak bermakna kita bolehmembeli semua benda di dunia ini termasuk cinta dankasih-sayang. Tetapi, segala keperluan termasuklahkeperluan bagi mereka yang bercinta memerlukanwang untuk membelinya. Sebagai contoh, kospenggunaan telefon bimbit, keluar makan dan peralatanperkahwinan. Sewajarnya, cinta digunakan sebagaipenggalak untuk memajukan diri terutamanya dalambidang ekonomi dan kewangan. Seperti memperbaikiekonomi peribadi sebagai langkah perancangan masahadapan yang lebih baik.

5. Barang berkualiti lebih mahal.

Jadilah pengguna yang bijak. Tidak semestinyabarangan dengan harga yang rendah itu tidak berkualiti.Kualiti dan kos tidak semestinya dihubungkan, tetapiimej kualiti yang digambarkan melalui pembungkusanterperinci dan pengiklanan tetap bersangkut-pautdengan kos. Syarikat pengeluar barang meletakkanharga yang tinggi pada produk mereka atas beberapafaktor. Contohnya, kos yang tinggi diperlukan untukpenjenamaan, pengiklanan dan memartabatkanbarangan mereka. Kesan daripada perbelanjaantersebut, harga barangan yang mereka pasarkan akanlebih tinggi berbanding harga barangan lain.

6. Kad kredit dan kad debit adalahkemudahan ketika berbelanja.

Masyarakat perlu memahami bahawa penggunaan kadkredit dan kad debit hanyalah untuk memberikankemudahan kepada anda ketika berurus niaga tanpaperlu membawa wang tunai kerana ia mungkin bolehmembahayakan keselamatan pemilik. Dengan adanyakad kredit dan kad debit ini, anda tidak perlu mengambilrisiko mengeluarkan wang tunai dari bank dan tidakterbeban membawa wang tunai untuk membuatpembelian atau pembayaran. Sayangnya, ada dalamkalangan masyarakat hari ini memiliki kad kredit bukanuntuk kemudahan tetapi lebih kepada bermegah-megah. Bagi mereka, penggunaan kad kreditmelambangkan status sosial yang tinggi pada matamasyarakat. Kad kredit tidak sewajarnya digunakanuntuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi untuk perbelanjaan

yang tidak perlu. Penggunaannya juga bolehmenyebabkan seseorang berbelanja mengikutkehendak nafsunya. Jadi, setiap pemegang kad kreditseharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaandengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatubebanan pada masa yang akan datang.

7. Wang sebagai pengganti masa dankasih sayang.

Segelintir masyarakat suka menggunakan wangsebagai ganti bagi masa yang tidak dapat diluangkanatau kasih sayang yang tidak dapat dicurahkan kepadainsan-insan tersayang. Contohnya ibu bapa yang sibukbekerja akan memenuhi segala kehendak anak-anaksebagai ganti masa dan perhatian yang kurangdiberikan. Kita perlu sedar nilai kasih sayang seorangibu atau ayah terhadap anaknya tidak boleh digantidengan wang ringgit. Perlu ada keseimbangan antarawang dengan kasih sayang. Anda boleh ada wang dankasih sayang pada masa yang sama. Kewangansangat diperlukan, kasih sayang juga sangatdiharapkan. Hakikatnya, keruntuhan rumah tanggaboleh berlaku tanpa kasih sayang atau tanpa wang.Yang penting, perlu ada usaha yang seimbang dankesedaran terhadap pentingnya mengimbangi antara‘cari’ wang dan memberikan ‘kasih sayang’ danmenangani jangkaan kita dalam hidup. Kesimpulannya,kita perlu cari wang tapi jangan menjadi hamba kepadawang sehingga tiada kasih sayang dalam keluarga.

8. Perlindungan yang sebenar ialahwang yang banyak.

Mitos bahawa wang adalah segala-galanya ternyatatidak benar. Ada yang beranggapan kerana kurangwang, hidup tidak bahagia dan tidak dapat melindungidiri dan keluarga. Memang wang sangat penting dalamkehidupan anda kerana pada hari ini hampir segala-galanya memerlukan wang. Namun percayalah, wangbukan jaminan untuk membawa kebahagiaan keranadalam kehidupan ini ada perkara lain yang lebih pentinguntuk mewujudkan bahagia. Contohnya, hubungandengan orang-orang di sekeliling dan tanggapanmengenai kehidupan. Dari aspek ekonomi, bukan wangyang banyak menjadi kayu pengukur, sebaliknyapengurusan wang yang bijak dapat menjaminkestabilan ekonomi. Begitu juga dengan pengetahuanyang diperlukan untuk menghadapi cabaran-cabarankewangan yang mendatang.

9. Pengurusan kewangan perludiuruskan oleh pasangan yangpaling berkemahiran dalam hal-ehwal kewangan.

Pengaliran wang yang tersusun adalah amat pentingdalam rumah tangga. Jangan serahkan hal kewangan

.... bersambung ke muka 8

6 •

Menabung bermaksud menyimpan sebahagiandaripada pendapatan yang diperoleh. Biasanya jumlahyang dicadangkan ialah tiga puluh peratus daripadajumlah pendapatan. Tabiat ini bertujuan menggalakkansimpanan untuk masa depan bagi memupuk sikapberjimat cermat dalam kalangan para pengguna. Walaubanyak manapun wang yang diperoleh jika kita tidakmerancang kewangan dengan betul, segala wang yangdiperoleh akan ‘hilang’ begitu sahaja. Amat pentinguntuk anda merancang perbelanjaan harian sertabulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiapbulan anda ada menabung wang di dalam akaunsimpanan sebagai jaminan masa depan selain untukkegunaan saat-saat yang tidak diduga.

Tabiat menabung perlu disemai kepada anak supayaapabila mereka dewasa kelak akan menjadi terbiasadengan amalan menyimpan. Ia bukan saja berjayamengelakkan pembaziran, tetapi pada masa samatabungan yang dibuat secara kecil-kecilan itu nantiboleh digunakan untuk menampung pembiayaanmereka pada masa hadapan. Ada orang sukarmengamalkan tabiat baik menabung walaupun ianampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikitpanduan untuk dikongsi bagaimana caranya andaboleh berjimat cermat dan menabung secara bijak danberhemah.

1. Berhenti merokok

Harga rokok semakin mahal dan untuk mengekalkantabiat merokok ini, anda perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit. Dalam bahasa mudahnya, jika anda tidakberhenti merokok, anda akan membazir lebih banyakwang ringgit. Jika wang tersebut boleh digunakan untukmembeli barang yang lebih berharga, kenapa mestidibazirkan begitu sahaja dengan merokok? Mariberhenti merokok supaya anda dapat menjimatkanwang anda dan menggunakannya untuk perkara yangmembawa faedah pada diri anda dan keluarga. Bagimereka yang merokok pula boleh pertimbangkan untukberhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatuyang merugikan wang dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’dan ‘ketagih’ dengan rokok, ia bukanlah satu tabiatyang baik kerana boleh memudaratkan diri dan oranglain.Jika anda berhenti merokok bermakna dengan

BerjimatDengan

Menabung

wang rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotaksehari bersamaan RM150 purata sebulan, ini bermaknadalam setahun menjadi RM1800.

2. Bawa bekalan ke tempat kerja

Berhenti daripada memusnahkan badan kita denganmakan di luar, lebih-lebih lagi di restoran makanansegera. Belajarlah masak sendiri dan makan di rumahdengan bahan makanan yang lebih organik dan asli.Ini merupakan pendekatan yang positif untuk kehidupandalam jangka masa panjang. Kandungan gula yangtinggi, garam yang berlebihan serta perasamonosodium glutamat, mahupun bahan-bahan kimiayang terdapat pada makanan-makanan di luar bolehmerosakkan sistem kesihatan badan kita. Bawa bekalsendiri jika boleh, mula hargai kesihatan serta kawalkalori yang berlebihan. Apabila kita diasuh denganmengurangkan makan, sudah pasti badan menjadilebih sihat dan cergas. Ini merupakan satu bonus untukkita mempunyai badan yang cergas serta otak yangberfungsi pada tahap optimum. Cuba perhatikan jikakita mula menghargai diri sendiri, tidak membazir danmakan makanan yang dibuat sendiri, sudah pastimempunyai kesan penjimatan besar-besaran untukjangka masa panjang. Mereka yang biasa membawabekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kaliseminggu pula mampu berjimat paling minimum RM30seminggu. Ini membolehkan anda menyimpansejumlah RM1,560 di bank pada tahun hadapan!

3. Cuci kereta sendiri

Mencuci kereta ialah senaman yang baik untukmeregangkan otot-otot anda. Selain berjimat, andaboleh bersenam dan mengeluarkan peluh secara sihatjika anda melakukan sendiri kerja mencuci kereta padasetiap hujung minggu. Kos perkhidmatan mencucikereta biasanya sekitar RM9 sekali cuci, tidaktermasuk kos petrol untuk ke tempat mencuci kereta.Ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulandengan mencuci kereta anda, belum dicampur denganperkhidmatan lain seperti mengilat kenderaan. Inimembolehkan anda menabung sebanyak RM1,872setahun. Jadi mencuci kereta sendiri adalah satu aktivitiyang ideal kerana tidak mengambil masa yang panjang,

• 7

boleh mengeluarkan peluh dan boleh dilakukan dikawasan rumah anda saja. Anak-anak anda jugagembira sekiranya dapat membantu anda mencucikereta. Dengan cara ini anda membuat satu aktivitiyang dapat menguatkan ikatan seisi keluarga.Membasuh sendiri kereta anda juga membolehkan andalebih menghargai kenderaan yang anda guna sabanhari dan membuatkan anda lebih cermat ketikamenggunakannya. Selain itu, anda juga dapatmempelajari kemahiran membasuh kereta sepertimemulakan basuhan dari bumbung kereta ke bawah.Ini adalah untuk mengelakkan segala pasir atau debumelekat pada span dan menyebabkan bahagiantertentu tercalar.

4. Beriadah di rumah

Kesihatan itu lebih penting daripada wang. Namun,jika sesuatu aktiviti kesihatan itu boleh “menyakitkan”wang anda, itu bukanlah sesuatu yang bijak. Antaralangkah drastik yang boleh anda ambil jika andamengalami masalah kewangan, ialah denganmenamatkan keahlian anda di pusat-pusat gimnasium.Berjuta-juta orang telah membuktikan, mereka masihboleh hidup dengan sihat dan cergas tanpa perlu pergike gimnasium. Tidak perlu ke gimnasium untukbersenam, beriadah sendiri di tempat-tempat rekreasiawam atau di rumah adalah lebih menjimatkan.Sekiranya anda mendaftar dengan kelab kesihatan,anda mungkin dikenakan bayaran RM180 atau lebihsebulan. Tetapi sekiranya anda bersenam sendiri dirumah dengan cara berjalan-jalan di sekitar kawasanperumahan selama 30 minit setiap hari, jumlah yangdapat dijimatkan ialah RM2,160 sepanjang tahun itu.Di samping beriadah dan bersenam, anda dapatmenjaga kesihatan dan mengurangkan risikomendapat penyakit serta dapat menikmati alam yangindah dan tenang. Selain itu, membersihkankeseluruhan rumah, susun atur semula kedudukanperabot dalam rumah, ataupun buat latih tubi di berandarumah juga membantu meningkatkan metabolisma

badan dan mengurangkan stress. Biarpun anda hanyaberjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat, tetapi setiappergerakan yang dilakukan sebenarnya telahmembuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif,bonusnya ia akan membakar lemak, membentuk ototserta latihan bagi kardiovaskular.

5. Bayar bil kredit kad pada masanya

Walaupun penggunaan kad kredit tidak bagus keranaia antara penyebab ‘overspending’ dalam pengurusankewangan, namun kita perlu berdisiplin untukmemastikannya ia berjaya menjadi alat kewanganyang baik. Dengan kemudahan kad kredit, kita bolehmemudahkan pengaliran kewangan dalam masa yangsama memantau supaya tidak melebihi bajet.Penggunaan kad kredit yang betul adalah bayar penuhsebelum penyata kad kredit keluar (kebiasaannyadalam masa tidak kurang 20 hari) iaitu melaluiperbankan dalam talian. Kebiasaannya, pengguna kadkredit melakukan kesilapan dengan membayar jumlahminimum sahaja setiap kali menerima penyata kadkredit. Tahukah anda, sekiranya anda mempunyaihutang kad kredit, contohnya mempunyai hutangRM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yangtertera setiap bulan, ia akan mengambil lebih kurang8 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda?Sebagai tambahan, anda akan membayar hampirRM10,000 secara keseluruhan! Di situlah terjadinyajerat kad kredit. Setiap kali anda membayar jumlahminimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yangdikenakan yang dikenakan kadar faedah dalamlingkungan 18 peratus. Jadi, berpada-pada dalammenggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikanhutang kad kredit secepat mungkin disebabkan kadarfaedah kad kredit adalah kadar faedah pinjaman yangpaling tinggi!

6. Jimat air dan elektrik

Antara tugasan harian yang boleh menjimatkanpenggunaan elektrik ialah seperti menggosok bajusecara pukal pada hujung minggu. Kaedah ini jugadapat mengelakkan anda tergesa-gesa pada haribekerja. Dengan penggunaan sekali gus, ia lebihmenjimatkan masa dan penggunaan elektrik setiaphari. Begitu juga dengan pendingin hawa, untukmengekalkan suhu sejuk dalam bilik, pastikankawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Ataupun tukarpendingin hawa kepada kipas kerana lebihmenjimatkan. Tutup suis dan tanggalkan plag TV, radioatau monitor komputer jika tidak digunakan. Peralatanelektrik menggunakan 10 peratus hingga 60 peratussumber tenaga apabila ditutup tetapi masih diplagkan.Pilih peralatan elektrik yang jimat tenaga.

Penggunaan air hendaklah kena pada tempatnya.Tidak perlulah membasuh lantai atau keseluruhanrumah setiap hari. Cukuplah pada hujung minggu andamembuat kerja rumah sekaligus. Begitu juga denganair, gunakan penyembur air yang jimat air, air yang

8 •

kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.Perbaiki saluran paip yang bocor, terutamanya jikamelibatkan perkakas air panas. Mandi adalah lebihbaik daripada merendam dalam tub mandian. Lebihbanyak air panas digunakan lebih banyak pembazirantenaga.

7. Rancang pembelian

Setiap perkara yang ingin kita lakukan, perancanganmemang penting. Sediakan satu senarai untuk semuabarang yang hendak dibeli. Kemudian, asingkan samaada ia barang keperluan atau hanya kehendak semata-mata. Berdasarkan senarai tersebut, anda akannampak secara visual. Jangan lupa letakkan semuaharga barangan tersebut dan bandingkan dengan bajetyang anda ada. Dahulukan barangan keperluan asasseperti barang dapur, bil-bil perkhidmatan, petrol untukkenderaan. Kemudian jika ada bajet lebih, bolehdigunakan untuk perkara lain ataupun disimpan saja.Apabila pergi membeli belah, anda perlu mengetahuibeberapa strategi. Di antaranya ialah beli saja apa yangdiperlukan dan jangan beli mengikut naluri atau nafsu.Buatlah perbandingan tentang harga dan kualitibarangan yang hendak dibeli. Cuba menawar untukmendapat pembelian yang lebih baik. Adalah sangatpenting untuk membuat sedikit penyelidikan sebelummembeli sesuatu barang. Maklumat tentang berbagai-bagai jenis barang boleh didapati dalam surat khabar,majalah dan internet. Apa yang diperlukan adalahsedikit usaha untuk mencari maklumat-maklumattersebut.

8. Jelaskan bil anda menggunakankemudahan dalam Internet

Kebanyakan masyarakat kita menggunakanperkhidmatan pejabat pos untuk membayar bil. Kurangkesedaran dan keyakinan terhadap perkhidmatanmembayar dalam talian menyebabkan mereka terpaksaberatur panjang di pejabat pos. Hakikatnya, pelbagaipilihan yang lebih mudah telah disediakan untukpembayaran ini. Antaranya melalui mesin ATM,perkhidmatan perbankan dalam talian dan yang terkinimelalui talian komunikasi. Membayar bil melaluiperkhidmatan internet adalah salah satu caramenjimatkan duit, tenaga dan masa dengan lebihpraktikal. Anda tidak perlu beratur di kaunter yangmemakan masa, dan membazirkan wang pada kospetrol dan parking kereta. Bahkan ia boleh dilakukanpada bila-bila masa walaupun pada waktu tengahmalam. Anda perlu bijak mengaplikasikan teknologidan kemudahan dalam kehidupan seharian. Pilihlahkaedah pembayaran yang boleh memberikankeuntungan kepada anda.

Benarlah sebagaimana kata pepatah “Semakin besarperiuk, maka besarlah keraknya”. Tidak kira berapabanyak gaji yang diperolehi, wang tidak pernahmencukupi, kecuali bagi mereka yang bijakmenguruskan sumber kewangannya.

.... dari muka 5

kepada satu pihak sahaja. Sikap salingmempercayai penting tetapi berasa sedikit keraguanjuga perlu. Kedua-dua pihak seharusnya melibatkandiri atau sekurang-kurangnya mengambil tahumengenai urusan kewangan keluarga. Pengurusanwang sepatutnya tidak dipandang sebagai satupekerjaan atau sesuatu yang perlu dielak. Lakukanpengurusan kewangan secara bersama-sama dananda pasti mendapati bahawa urusan kewanganakan lebih menyeronokkan dan lebih memberimanfaat bukan hanya dalam bidang kewangan, tapijuga secara peribadi.

10.Orang yang berjaya adalahmereka yang memiliki wang yangbanyak.

Walaupun ini menjadi salah satu topik perbualankegemaran masyarakat, namun mitos ini tetapmerupakan sesuatu yang salah. Bukan semuaorang yang berjaya mesti memiliki wang yangbanyak. Terdapat ramai tokoh yang berjaya dalambidang yang diceburi tanpa menjadikan kekayaansecara sasaran. Golongan ini tidak mengharapkanpulangan yang lumayan atau wang yang melimpahruah apabila melakukan tugasan. Berfikiran “bukankerja untuk menjadi kaya, tetapi untuk mendapatkankepuasan tidak terhingga” telah memotivasikanmereka dan mengurangkan tekanan sewaktumelaksanakan tugas. Sikap positif ini wajar dijadikansebagai contoh berbanding dengan orang yangmeletakkan kekayaan sebagai sasaran. Denganmeneliti kisah sedih (kadangkala lebih tragis)golongan yang telah dikuasai oleh wang ini, telahmembuktikan bahawa wang bukanlah faktor utamauntuk berjaya.

Mitos masih wujud dalam masyarakat keranasegelintir daripada mereka mahu menyembunyikankebenaran. Jika anda mahu merubah pemikiran ini,anda perlu keluar daripada ketakutan yangmembelenggu pemikiran kita. Anda perlu berfikirdengan lebih kritis, mengambil tanggungjawab danberhubung dengan orang-orang di sekeliling kitadengan cara yang betul. Gunakan kaedah yangdapat membawa anda kepada kekayaan bukansahaja dalam aspek ekonomi, tetapi juga dalamaspek-aspek kehidupan yang lain.

• 9

Hubungan Anda Dengan Duit

Bagaimana pula dengan Masa SilamSaya?

Untuk memahami hubungan anda dengan duit, mariimbas kembali sewaktu anda sedang membesar.Kemungkinan besar, persepsi anda tentang duitdibentuk oleh orang dewasa di sekeliling anda. Andamungkin mendapat pelbagai perasaan dan idea tentangduit daripada keluarga anda.

Jika ahli keluarga anda perlu bekerja keras, andamungkin berfikir bahawa membuat duit memerlukankerja yang banyak dan berjam-jam. Jika adaperselisihan faham tentang duit, anda mungkin rasakanbahawa berbincang tentang duit membuatkan orangmarah atau takut. Jika keluarga anda mendapatbantuan kerajaan, anda mungkin rasa sedih, berterimakasih atau malu. Jika anda mendapat duit, andamungkin rasa seronok atau berasa marah. Andamungkin rasa seronok dengan memiliki wang andasendiri atau dapat membantu keluarga anda. Andamungkin marah kerana perlu bekerja.

Bagaimana pula dengan Hari Ini?

Kadangkala, anda boleh mengetahui bagaimanaperasaan anda terhadap sesuatu denganmenghabiskan sesuatu ayat dalam perkataan andasendiri. Cuba siapkan ayat-ayat berikut seberapabanyak yang anda boleh dan perhatikan perasaan andasemasa anda menyiapkannya:1. Ia amat mudah bagi saya untuk membelanjakan

duit untuk ........2. Ia amat sukar bagi saya untuk membelanjakan

duit untuk ........3. Saya suka mendapat duit kerana ........4. Saya risau tentang duit apabila ........5. Saya bertengkar tentang duit kerana ........6. Menyimpan duit membuatkan saya rasa ........7. Jika hari ini saya ada cukup duit, saya akan ........8. Bercakap tentang duit membuatkan saya ........

9. Semasa saya membeli barang yang tidak sayaperlukan, saya ........

10. Saya tidak tahu bagaimana hendak mengurus duitsaya kerana ........

Bagaimana pula dengan Esok?

Cara yang terbaik untuk merancang masa hadapanadalah dengan memahami keadaan anda yang dahuludan sekarang. Dengan mengetahui tanggapan danperasaan anda tentang duit akan membantu andamengajukan persoalan-persoalan penting. Jawapananda pula boleh membantu anda membuat keputusanyang baik. Cuba ajukan soalan berikut dan ambilsedikit masa untuk memikirkan jawapannya.• Berapakah jumlah duit yang cukup untuk

keperluan dan kehendak saya?• Bagaimanakah saya hendak mendapat duit yang

saya perlukan?• Bagaimana pula duit untuk kecemasan?• Bagaimana pula duit untuk semua barang

keperluan keluarga saya?• Bagaimana saya boleh berhenti runsing tentang

duit?

Bagaimanakah Perasaan PendudukMalaysia Tentang Duit?

Anda perlu tahu tentang masa silam anda danbagaimana ia memberi kesan kepada anda. Anda jugaperlu memahami pengaruh persekitaran anda.

Umumnya, orang Malaysia menghargai duit. Andaselalu melihat kehidupan orang kaya dan ternamamelalui filem, rancangan TV realiti, sukan, akhbar danmajalah. Tambahan pula, pengiklan menyuruh andamembeli, membeli dan terus membeli. Ramai orangberanggapan yang duit menjadikan mereka penting.

“Perbelanjaan hidup sayajauh lebih besar daripadapendapatan, mungkin kami

boleh dikatakan hidupberasingan.”- e.e. Cummings

10 •

Anda mula mempercayai yang “lebih baru dan lebihbesar” adalah lebih baik. Anda lupa untuk merancangsebelum anda berbelanja.

Budaya sering membentuk pemikiran dan tingkah-lakuanda. Marilah dengan jujur bertanya kepada dirimasing-masing: Tidakkah anda terfikir tentang orang-orang ternama dan ingin menjadi seperti mereka?Tidakkah tingkah-laku anda seperti watak yang andalihat dalam TV, dalam filem atau pemain sukan (ya,anda semua yang mahu menjadi Beckham!)? Tidakkahanda membeli sesuatu kerana mahu menjadi sepertimereka yang berada dalam iklan tersebut (sesetengahorang mungkin mengakui yang baju kemeja-T Nikemereka sebenarnya memperbaiki permainan golfmereka!)?

Mengapa Orang Mahukan Duit?

Orang mahukan duit supaya mereka boleh hidup.Mereka mahukan duit untuk menjaga diri mereka dankeluarga mereka sendiri. Tetapi orang juga mahukanduit kerana budaya memberitahu bahawa: Duitmenjadikan anda penting. Duit adalah keyakinan diri.Anda adalah pendapatan anda.

Budaya juga memberitahu anda bahawa memilikibanyak benda akan menggembirakan anda. Apa yanganda lihat dan dengar, mencadangkan bahawa andaboleh membeli perasaan. Jika anda mengambilperhatian akan semua ini, jiwa anda boleh jadi kosong.Anda boleh menjadi muflis atau tidak gembira.

Apa Yang Duit Boleh Buat atau TidakBoleh Buat?

Walaupun budaya mengatakan bahawa duit adalahjawapan kepada segala masalah anda, anda jugamendengar yang duit itu jahat: Duit adalah puncasegala kejahatan. Duit menghancurkan! Mari kita lihatapa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:

• Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapibukan keselamatan.

• Ia boleh membeli sebuah katil, tetapibukan tidur.

• Ia boleh membeli sebuah jam, tetapibukan masa.

• Ia boleh membelikan anda buku, tetapibukan ilmu pengetahuan.

• Ia boleh membelikan anda kedudukan,tetapi bukan penghormatan.

• Ia boleh membelikan anda ubat, tetapibukan kesihatan.

• Ia boleh membelikan anda darah, tetapibukan nyawa.

Anda lihat, Duit bukanlah segalanya!

Apa Yang Duit Boleh Dapatkan UntukAnda Hari Ini?

Dengan duit anda boleh menguruskan makan minum,tempat berteduh dan pakaian anda. Semua orangmemerlukan semua ini untuk hidup. Anda jugamenggunakan duit untuk perkhidmatan sepertipenjagaan kesihatan, penjagaan anak, pengangkutan,insurans dan pendidikan. Anda memerlukan banyakbenda yang anda miliki dan perkhidmatan yang andabeli. Belian yang lain adalah kehendak – sebuah keretabaru, makan di luar, pakaian berjenama, percutian atauhanya cuba bersaing dengan jiran anda.

Kuncinya bukan berapa banyak duit yang anda milikitetapi bagaimana anda menggunakannya.Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-nilai anda. Nilai-nilai murni andalah yang penting bagi anda. Inimemerlukan perancangan dan latihan. Melainkan andamenggunakan duit sebagai alat, dengan mudah iaboleh menjadi perangkap!

Apakah Yang Duit Dapat Buat untukMasa Depan Anda?

Pilihan yang anda buat hari ini boleh mengubah masadepan anda. Apabila anda melakukan yang berikut,anda bukan hanya merancang untuk minggu depan,bulan depan atau tahun depan tetapi seumur hidup:

• Memilih untuk berbelanja atau tidak berbelanja

• Menyimpan duit untuk simpanan kecemasan

• Belajar kemahiran baru untuk mendapatkan ataumengekalkan pekerjaan

• Melangsaikan hutang

• Menjadi pembayar hutang yang baik supaya andaboleh mendapat pinjaman yang besar sepertipinjaman kereta atau rumah

• Mengajar anak-anak dan ahli keluarga tentangpenggunaan duit yang betul

Begitulah! Sehingga anda mempunyai hubungan yangbaik dengan duit, anda tidak akan boleh hidupbersamanya. Seperti pepatah ada mengatakan,“Seorang bodoh dan duitnya tidak akan kekal lamabersama.”

Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunselingdan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakansebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank NegaraMalaysia sejak 2006, dan mereka menawarkanperkhidmatan dari segi pendidikan kewangan,kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit.Hubungi AKPK melalui 1-800-88-2575 atau layarilaman web www.akpk.org.my. AKPK turut berada diwww.youtube.com, www.facebook.com dan juga diwww.twitter.com/AKPK1. Perkhidmatan AKPK kepadaindividu adalah percuma.

• 11

Akaun Simpanan Asas (BSA) dan Akaun SemasaAsas (BCA) merupakan akaun-akaun yangmembolehkan anda melakukan transaksi perbankanasas pada kos yang minimum atau secara percuma.Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana institusiperbankan.

Siapakah yang layak membuka BSA danBCA?

BSA BCA

Individu¹ Individu¹

Perusahaan Kecil danSederhana (PKS)

Setiap individu boleh membuka satu BSA dan satuBCA di setiap institusi perbankan.

PKS pula boleh membuka satu BCA di setiap institusiperbankan.

Berapakah jumlah yang diperlukanuntuk membuka BSA dan BCA?

• BSA - tidak melebihi RM20• BCA - tidak melebihi RM500

Apakah yang boleh saya lakukanmelalui BSA dan BCA?

Sebagai seorang pemegang BSA dan BCA, andamempunyai:• Enam kunjungan ke kaunter (OTC) secara

percuma sebulan untuk melakukan pelbagaitransaksi dalam setiap kunjungan.

• Lapan pengeluaran wang secara percuma sebulanmelalui ATM²

• Dua transaksi GIRO Antara Bank sebulan denganbayaran RM0.50 setiap transaksi.

• Deposit cek atau deposit tunai secara percumamelalui mesin deposit³

• Pertanyaan berkenaan akaun dan pemindahanwang dalam institusi perbankan yang samasecara percuma melalui ATM dan perbankanInternet.

• Pembayaran bil secara percuma melaluiperbankan Internet.

Sekiranya institusi perbankan anda tidak menawarkankemudahan GIRO Antara Bank dan /atau kemudahanATM, ia akan digantikan dengan memberi anda lebihOTC secara percuma. Dalam kes ini, jumlah OTC yanganda terima adalah seperti berikut:• Tanpa kemudahan GIRO Antara Bank - 8 OTC• Tanpa kemudahan ATM dan GIRO Antara Bank -

16 OTC

Institusi perbankan anda juga mungkin menawarkanpilihan sama ada untuk mendapatkan kemudahanpengeluaran wang melalui ATM dan OTC secara tidakterhad dengan bayaran fi tahunan tidak melebihi RM8setahun. Walau bagaimanapun, sekiranya andaseorang warga emas, anda boleh memilih untukmelakukan semua transaksi perbankan melalui OTC,tertakluk pada 1-6 kunjungan sebulan.

Panduan Anda Tentang Akaun SimpananAsas Dan Akaun Semasa Asas

¹ Merujuk kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.

² Lazimnya, kad ATM tidak diberikan kepada PKS kecuali kepada pemiliktunggal dan tertakluk pada dasar institusi perbankan berkenaan.

³ Sekiranya cawangan tersebut tidak mempunyai mesin deposit, sebarang transaksi deposit boleh dilakukan di kaunter secara percuma dan tidak dikirasebagai OTC. Oleh itu, sekiranya cawangan tersebut mempunyai mesin deposit tetapi anda memilih untuk ke kaunter, transaksi tersebut dikirasebagai OTC.

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Apakah jenis fi dan caj yang dikenakanatas BSA dan BCA?

Fi dan caj yang dikenakan adalah seperti yang berikut:

Adakah saya akan dikenakan cajsekiranya BSA atau BCA saya tidakaktif (dormant)?

Ya. Sekiranya BSA atau BCA anda tidak aktif (akaunyang tidak mempunyai sebarang transaksi dalamtempoh setahun), anda mungkin dikenakan caj.Sekiranya akaun anda mempunyai baki melebihiRM10, institusi perbankan anda akan mengenakan fiperkhidmatan tidak melebihi RM10 setahun sehinggabaki yang masih ada di dalam akaun anda dihantarkepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut mengikut AktaWang Tidak Dituntut 1965. Sekiranya baki di dalamakaun anda kurang daripada RM10, institusiperbankan akan menutup akaun anda dan menyerapbaki tersebut sebagai caj.

Adakah saya mendapat sebarangpulangan atas simpanan dalam BSAsaya?

Anda akan dibayar faedah atas BSA yang dibuka dibawah skim perbankan konvensional. Jika BSA andadibuka di bawah skim perbankan Islam, anda mungkinmenerima hibah atau keuntungan.

Bagaimana sekiranya institusiperbankan menolak permohonan sayauntuk membuka BSA atau BCA?

Institusi perbankan dikehendaki memaklumkan kepadaanda secara bertulis alasan penolakan tersebut danmemberi panduan berhubung saluran mendapatkanpembelaan, contohnya, melalui unit aduan institusiperbankan, Bank Negara Malaysia LINK atau BankNegara MalaysiaTELELINK.

Di manakah saya boleh mendapatkanmaklumat berkenaan BSA dan BCA?

Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan BSAdan BCA daripada cawangan serta laman web institusiperbankan berkenaan.

Glosari• GIRO Antara Bank: Satu sistem pemindahan

wang secara elektronik untuk pembayaran antarabank sehingga jumlah maksimum RM100,000 bagisetiap transaksi.

• Kunjungan ke kaunter (OTC): Kunjungan kekaunter bank untuk melakukan transaksiperbankan. Setiap kunjungan ke kaunter dikirasebagai satu OTC tanpa mengambil kira bilangantransaksi yang dilakukan.

• Warga emas: Warganegara Malaysia danpemastautin tetap yang berusia 55 tahun ke atas.

Program pendidikan pengguna oleh:

www.bankinginfo.com.my

Jenis fi dan caj BSA BCA

Caj perkhidmatan Tidak dikenakan. RM10 akanatau penyenggaraan dikenakan atas akaun

yang mempunyaibaki purata kurangdaripada RM1,000dalam tempohsetengah tahun.

Penggantian kad Tidak melebihi RM12ATM/Bankcard

Penutupan akaun Tidak dikenakan, kecuali jika pemegang akaunmenutup akaun dalam tempoh tiga bulanselepas akaun dibuka (tidak melebihi RM20)

Pengeluaran buku Tidak berkenaan Tidak dikenakan,cek kecuali duti setem

Pengeluaran wang • Yang berkongsi rangkaian ATM yang samamelalui kemudahan dengan institusi perbankan anda, contohnyaATM milik institusi rangkaian Malaysian Electronic Paymentperbankan lain System (MEPS) atau house, dengan caj

semasa sebanyak RM1 bagi setiap transaksi.• Yang tidak berkongsi rangkaian ATM yang sama dengan institusi perbankan anda, dengan caj semasa antara RM8 ke RM12 bagi setiap transaksi.