Maklumat Tambahan Assignment Hrd

8
295 Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang: Sejarah dan Pembangunan Zaini Awang Teh & Ezad Azraai Jamsari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Abstrak: Pengkaji akan menghuraikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan fungsi Bahagian Agama dan Kaunseling secara khusus di mana berlangsungnya kajian yang Pengkaji jalankan. Dalam bab ini, perkara yang dibincangkan adalah tentang latar belakang kawasan kajian dan aspek yang berkaitan dengan pembangunan lokasi kajian, kemudahan, infrastruktur, dan fungsi serta program-program yang telah dijalankan oleh BAKA. Dalam bab ini juga, pembaca akan memahami secara lebih mendalam tentang kawasan kajian. Dengan mengetahui secara lebih mendalam latar belakang kawasan kajian, pengkaji akan dapat memahami dan menerangkan secara menyeluruh tentang kawasan kajian yang telah dijalankan. PENGENALAN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kajang merupakan sebuah bangunan keselamatan kerajaan yang terletak di Daerah Kajang dan berhampiran dengan bangunan Mahkamah Daerah Kajang serta bersebelahan dengan bangunan Majlis Perbandaran Daerah Kajang (MPKJ). Ia juga mudah dicari atau berurusan dengan IPPD Kajang kerana terdapat bangunan bersebelahan iaitu tempat tumpuan orang ramai yang menikmati juadah sate kajang Hj Shamuri, yang mana terkenal diseluruh Malaysia. IPPD Kajang juga berada kira-kira 60 kilometer dari Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor. Projek permulaan bermula pada pertengahan tahun 70an dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1979 di atas tapak seluas lebih kurang 1.8 ekar. IPPD Kajang di rasmikan pada 26 hb Januari 1980 oleh Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara. Penubuhan IPPD Kajang kerana keluasan Daerah Kajang yang luas dan kepadatan penduduk yang ramai serta pembangunan yang pesat, semestinya kewujudan IPPD Kajang akan membawa pengkhabaran gembira kepada penduduk di daerah ini kerana dapat menjamin keselamatan keluarga dan harta benda mereka. Selain itu juga banyak kemudahan kepada orang awam yang terdapat di IPPD Kajang separti adanya tempat solat bagi orang muslim iaitu Surau al-Amin, tempat letak kenderaan, kaunter bayaran saman dan pejabat pertanyaan serta banyak lagi kemudahan yang ada. Visi: Visi PDRM ialah agensi penerau dalam menjadikan Malaysia Negara selamat, aman dan sejahtara. Misi: Memberi perhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat. Fungsi IPPD Kajang (PDRM) Menyediakan program dan sukatan pelajaran serta kursus dalam bidang teknikal. Meningkat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang latihan teknikal / operasi di peringkat sijil dan pengiktirafan. Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan teknikal PDRM. Membantu jabatan kerajaan dan agensi lain dalam bidang teknikal. Perjawatan IPPD Kajang: Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mempunyai kekuatan anggota dan pegawai serta pembantu tadbir awam seramai 1117 orang, terdiri pegawai kanan seramai 77 orang, anggota seramai 1017 orang dan pembantu tadbir awam seramai 83 orang. IPPD Kajang diketuai oleh Ketua Polis Daerah yang berpangkat Assistant Comisioner Polis iaitu Tuan Abd Rashid bin Hj Abd Wahab dan Timbalan Ketua Polis Daerah iaitu Superintendent Polis Azman bin Ayub. Terdapat tujuh bahagian utama yang mewakili Jabatan masing-masing iaitu Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ketua Cawangan Khas Daerah, Ketua Bahagian Narkotik Daerah, Ketua Bahagian Logistik Daerah dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kormesil. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

description

FREE

Transcript of Maklumat Tambahan Assignment Hrd

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    295

    Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang:

    Sejarah dan Pembangunan

    Zaini Awang Teh & Ezad Azraai Jamsari

    Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam

    Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

    Abstrak: Pengkaji akan menghuraikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan fungsi Bahagian Agama dan

    Kaunseling secara khusus di mana berlangsungnya kajian yang Pengkaji jalankan. Dalam bab ini, perkara

    yang dibincangkan adalah tentang latar belakang kawasan kajian dan aspek yang berkaitan dengan

    pembangunan lokasi kajian, kemudahan, infrastruktur, dan fungsi serta program-program yang telah

    dijalankan oleh BAKA. Dalam bab ini juga, pembaca akan memahami secara lebih mendalam tentang

    kawasan kajian. Dengan mengetahui secara lebih mendalam latar belakang kawasan kajian, pengkaji akan

    dapat memahami dan menerangkan secara menyeluruh tentang kawasan kajian yang telah dijalankan.

    PENGENALAN

    Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kajang merupakan

    sebuah bangunan keselamatan kerajaan yang terletak

    di Daerah Kajang dan berhampiran dengan

    bangunan Mahkamah Daerah Kajang serta

    bersebelahan dengan bangunan Majlis Perbandaran

    Daerah Kajang (MPKJ). Ia juga mudah dicari atau

    berurusan dengan IPPD Kajang kerana terdapat

    bangunan bersebelahan iaitu tempat tumpuan orang

    ramai yang menikmati juadah sate kajang Hj

    Shamuri, yang mana terkenal diseluruh Malaysia.

    IPPD Kajang juga berada kira-kira 60 kilometer dari

    Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor. Projek

    permulaan bermula pada pertengahan tahun 70an

    dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1979 di atas

    tapak seluas lebih kurang 1.8 ekar. IPPD Kajang di

    rasmikan pada 26 hb Januari 1980 oleh Tan Sri

    Hanif Omar, Ketua Polis Negara. Penubuhan IPPD

    Kajang kerana keluasan Daerah Kajang yang luas

    dan kepadatan penduduk yang ramai serta

    pembangunan yang pesat, semestinya kewujudan

    IPPD Kajang akan membawa pengkhabaran gembira

    kepada penduduk di daerah ini kerana dapat

    menjamin keselamatan keluarga dan harta benda

    mereka. Selain itu juga banyak kemudahan kepada

    orang awam yang terdapat di IPPD Kajang separti

    adanya tempat solat bagi orang muslim iaitu Surau

    al-Amin, tempat letak kenderaan, kaunter bayaran

    saman dan pejabat pertanyaan serta banyak lagi

    kemudahan yang ada.

    Visi: Visi PDRM ialah agensi penerau dalam

    menjadikan Malaysia Negara selamat, aman dan

    sejahtara.

    Misi: Memberi perhidmatan profesional dan

    berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin

    persekitaran yang selamat bagi masyarakat.

    Fungsi IPPD Kajang (PDRM)

    Menyediakan program dan sukatan pelajaran serta kursus dalam bidang teknikal.

    Meningkat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang latihan teknikal / operasi di peringkat sijil

    dan pengiktirafan.

    Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan teknikal PDRM.

    Membantu jabatan kerajaan dan agensi lain dalam bidang teknikal.

    Perjawatan IPPD Kajang: Ibu Pejabat Polis

    Daerah Kajang mempunyai kekuatan anggota dan

    pegawai serta pembantu tadbir awam seramai 1117

    orang, terdiri pegawai kanan seramai 77 orang,

    anggota seramai 1017 orang dan pembantu tadbir

    awam seramai 83 orang. IPPD Kajang diketuai oleh

    Ketua Polis Daerah yang berpangkat Assistant

    Comisioner Polis iaitu Tuan Abd Rashid bin Hj Abd

    Wahab dan Timbalan Ketua Polis Daerah iaitu

    Superintendent Polis Azman bin Ayub. Terdapat

    tujuh bahagian utama yang mewakili Jabatan

    masing-masing iaitu Ketua Bahagian Pengurusan

    Daerah, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam,

    Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ketua

    Cawangan Khas Daerah, Ketua Bahagian Narkotik

    Daerah, Ketua Bahagian Logistik Daerah dan Ketua

    Bahagian Siasatan Jenayah Kormesil.

    Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa

    disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,

    Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali

    Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

    ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    296

    Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu

    Pejabat Polis Daerah Kajang: Bahagian Agama

    dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia atau

    singkatannya BAKA PDRM telah diluluskan

    penubuhannya mengikut Waran Perjawatan

    Bilangan K41 Tahun 2007 bertarikh 3 April 2007

    (Hashim Haron, 2007). BAKA PDRM diletakkan di

    bawah Urusetia Ketua Polis Negara. Ia dibahagikan

    kepada tiga unit iaitu Unit Agama, Unit Kaunseling

    dan Unit Pentadbiran. Ia beroperasi hampir di semua

    peringkat pasukan meliputi peringkat Bukit Aman,

    kontinjen, daerah, Briged Pasukan Gerakan Am,

    Institusi Latihan Kepolisan, Pengkalan Marin,

    Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pengkalan

    Udara.

    (1) Sejarah Penubuhan: Kepentingan ilmu agama

    dan kaunseling telah lama disedari oleh pucuk

    pimpinan PDRM sejak tahun 1980an lagi.

    Sehubungan itu, ilmu ini diterapkan dalam silibus

    kursus latihan asas kepolisan PDRM. Selain itu, Unit

    Agama dan Unit Kaunseling turut ditubuhkan tetapi

    pada skala yang lebih kecil, di mana Unit Agama

    menjadi sebahagian daripada unit-unit kecil di

    institusi latihan kepolisan dan formasi-formasi polis

    manakala Unit Kaunseling pula di Bahagian

    Tatatertib Bukit Aman. Unit Kaunseling yang

    ditubuhkan pada 16 Ogos 1996 di Bahagian

    Tatatertib, Bukit Aman kemudiannya distruktur

    semula menjadi Cawangan Psikologi dan

    Kaunseling PDRM pada tahun 2002 dan diletakkan

    di Bawah kawalan Bahagian Latihan, Bukit Aman.

    Pengstrukturan semula ini dibuat kerana stigma yang

    wujud terhadap kaunseling di Bahagian Tatatertib di

    mana kaunseling lebih menjurus kepada pendekatan

    corrective, sedangkan tatatertib lebih menjurus

    kepada pendekatan menghukum.BAKA yang wujud

    dalam skala yang lebih besar, direalisasikan hasil

    Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan

    dan Pengurusan PDRM (Bab 13, Cadangan 10,

    Halaman 433) pada 13 Mei 2005 yang antara lain

    mencadangkan agar Unit Agama ditubuhkan bagi

    tujuan pembangunan kerohanian dan moral anggota

    polis (Hashim Haron, 2007). Ia juga susulan

    permohonan 537 perjawatan Cawangan Psikologi

    dan Kaunseling PDRM yang telah dimajukan

    kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 28

    Mei 2005. Oleh kerana kedua-dua Unit Agama dan

    Unit Kaunseling telah wujud dalam PDRM maka

    kedua-duanya disatukan untuk membentuk BAKA,

    bagi memantapkan integriti PDRM dengan nilai-

    nilai murni dalam melahirkan warga PDRM yang

    lebih berkualiti.

    (2) Visi: Agensi Penguatkuasa Utama Yang

    Berintegriti, Kompeten Dan Komited Untuk Bekerja

    Dengan Masyarakat.

    (3) Misi: Pemangkin ke arah melahirkan warga

    PDRM yang berintegriti, beretika dan mantap dari

    segi spiritual, mental dan moral dalam

    merealisasikan visi PDRM melalui:

    Penerapan budaya kerja sebagai satu ibadah dan amanah berasaskan Prinsip Islam Hadhari dan;

    Membudayakan kaunseling dan muhasabah diri sebagai sumber kecemerlangan

    (4) Struktur Pentadbiran: Bahagian Agama dan

    Kaunseling diketuai oleh Ustazah Safieyatun binti

    Mat Zin selaku Bahagian Kaunseling, Bahagian

    Agama diketuai oleh Ustaz Mohd Zamri bin Mohd

    Nawi S22 dan Ustaz Hafiz bin Saidin S17. Manakala

    unit pengurusan pentadbiran BAKA yang diletakkan

    di bawah kawal selia oleh Ustaz Mohd Saiful Khairi

    bin Yusof S17. Kerjasama dan komitmen antara

    anggota yang berada di sini adalah baik dan

    memuaskan bagi memastikan segala kerja berjalan

    dengan lancar dan berkesan. Dengan kepimpinan

    Ustazah Safieyatun binti Mat Zin maka pentadbiran

    BAKA IPPD Kajang dapat berjalan dengan baik dan

    semua kakitangan dapat melaksanakan arahan yang

    dikeluarkan dengan sebaik mungkin. Pihak

    pengurusan sentiasa mementingkan displin semua

    kakitangan. Ini adalah tugas hakiki yang

    memerlukan komitmen yang tinggi dan jitu.

    Disamping itu, kebajikan dan kemudahan sentiasa

    dititikberatkan oleh pihak pengurusan bagi menjaga

    hati dan perasaan kakitangan dari pelbagai aspek.

    (5) Peranan dan Fungsi BAKA: Peranan dan

    fungsi BAKA antara lainnya adalah memberi fokus

    kepada usaha untuk mempertingkatkan mutu

    kehidupan melalui penguasaan ilmu dan

    pembangunan insan (Hashim Haron 2007).

    Disamping itu juga, BAKA merancang strategi dan

    menjalankan dakwah, pembangunan keluarga,

    kebajikan dan kemasyarakatan serta pengurusan

    masjid atau surau bagi warga PDRM. Untuk itu

    BAKA menyediakan modul program dakwah,

    pembangunan keluarga, kebajikan dan

    kemasyarakatan serta pengurusan masjid dan surau

    bagi warga PDRM di IPPD Kajang. Kemudiannya

    BAKA akan mengenalpasti keperluan latihan dan

    mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar

    dalam usaha membina peradaban yang dicanai

    dengan pegangan Islam. Selain itu juga, BAKA

    IPPD Kajang turut mengadakan jaringan kerjasama

    dengan lain-lain agensi kerajaan dan swasta dalam

    mengatur program dakwah, pembangunan keluarga,

    kebajikan dan pembangunan keluarga, kaunseling

    serta pengurusan masjid/surau bagi warga PDRM.

    (6) Objektif Dan Matlamat Program yang

    Dijalankan: Objektif dan matlamat program yang

    dijalankan ialah untuk membentuk sahsiah yang

    berakhlak mulia, berwibawa, berkualiti, profesional,

    berketrampilan dedikasi dan berhikmah dalam

    semua peringkat warga PDRM. Disamping itu

    BAKA akan memastikan warga PDRM dapat

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    297

    mempertingkatkan produktiviti dengan

    menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif

    dan proaktif melalui pendekatan agama. Hasilnya ia

    dapat mempertingkatkan mutu disiplin berlandaskan

    etika kerja yang murni dan cemerlang serta dapat

    memantapkan lagi semua aspek pembangunan diri

    dan kerjaya warga PDRM bagi mencapai tahap

    pemikiran yang lebih positif, penghasilan kerja yang

    profesional dan berkualiti.

    (7) Fungsi Utama Unit dalam BAKA:

    Unit Pembangunan Keluarga, Masyarakat dan Pengimarahan: Banyak program dirancang

    setelah wujudnya BAKA di IPPD Kajang.

    Pertamanya merancang program-program

    pengimarahan masjid/surau di peringkat formasi.

    Dalam masa yang sama perlu merancang dan

    mengendalikan keperluan kewangan bagi

    program pengimarahan masjid/surau PDRM.

    Kemudiannya menyelaras program dan aktiviti

    pengimarahan yang dilaksanakan di peringkat

    formasi. Bagi Ketua Unit Pengurusan

    Masjid/Surau beliau akan memastikan

    pengurusan masjid/surau dalam PDRM mengikut

    peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

    agama negeri. Selain itu unit ini akan

    bekerjasama dengan agensi lain dalam

    pengurusan masjid/surau dan Kelas Agama dan

    Fardhu Ain (KAFA) diperingkat PDRM. Unit ini

    akan bertindak merancang program KAFA dan

    memastikan keperluan kewangan bagi KAFA

    mencukupi serta memastikan segala dasar dan

    strategi program KAFA yang telah ditetapkan

    dipatuhi.

    Selain itu, unit ini juga bertindak

    merancang program dan aktiviti pembangunan

    keluarga, kebajikan dan kemasyarakatan anggota

    dan ahli keluarga PDRM. Perancangan tersebut

    disusuli dengan menyediakan anggaran

    peruntukan. Unit ini akan bertindak bagi

    menyelaras program dan aktiviti yang dirancang

    untuk dilaksanakan. Program tersebut perlulah

    dilaksanakan mengikut peraturan dan garis

    panduan yang ditetapkan. Unit ini juga

    bertanggungjawab merancang dan

    mengendalikan keperluan kewangan bagi

    program dakwah dan penerbitan PDRM. Selain

    itu unit ini akan melaksanakan, menyelaras,

    memantau program dan aktiviti dakwah untuk

    semua peringkat pegawai dan kakitangan PDRM

    di peringkat formasi. Unit ini akan memastikan

    segala aktiviti dakwah dalam PDRM

    dilaksanakan mengikut peraturan dan garis

    panduan yang ditetapkan. Selain itu unit ini juga

    akan bekerjasama dengan agensi lain dalam

    mengatur program dan aktiviti dakwah kepada

    pegawai dan kakitangan PDRM.

    Unit Latihan dan Kursus: Unit Kursus/Latihan menempatkan seramai 3 orang Penolong

    Pegawai Hal Ehwal Islam S27 yang

    bertanggungjawab merancang dan melaksanakan

    aktiviti-aktiviti dakwah yang berbentuk kursus.

    Segala bentuk kursus sama ada kursus yang telah

    dirancang di peringkat Maktab Teknik, kursus di

    peringkat Bukit Aman dan kursus yang

    berbentuk kerjasama dari agensi-agensi lain

    adalah di bawah selian unit berkenaan.

    Penerbitan bahan-bahan dakwah berunsur Islam

    juga menjadi tugas unit ini. Bagi menghasilkan

    penerbitan yang berunsur Islam unit penerbitan

    akan mengenal pasti bahan-bahan penerbitan

    yang hendak diterbitkan. Unit penerbitan di

    BAKA akan merancang kekerapan penerbitan,

    isi kandungan (skop) dan menulis artikel. Semua

    artikel tersebut akan disemak dan disunting

    semua bahan yang akan diterbitkan.

    Dalam menerbitkan artikel unit berkenaan

    akan merancang spesifikasi dan teknik page

    make-up seperti kolum, letak atur huruf, jenis tulisan, gambar hiasan, warna dan sebagainya

    bagi bahan penerbitan yang hendak dikeluarkan

    bagi menarik minat pembaca. Unit berkenaan

    akan menguruskan kerja-kerja percetakan bahan

    penerbitan yang berunsurkan Islam untuk

    keperluan dakwah dan untuk acara rasmi jabatan.

    Akhirnya unit ini akan memastikan bahan

    penerbitan yang dikeluarkan diedar kepada

    sasaran yang ditetapkan.

    (8) Modul BAKA: Program dasar Pembangunan

    Modal Insan PDRM yang diperkenalkan oleh

    Bahagian Agama dan Kaunseling mula dilaksanakan

    pada 2009. Ianya adalah untuk melahirkan warga

    PDRM yang berketerampilan dari segi sikap, akhlak,

    pengetetahuan dan kemahiran. Ada beberapa ayat

    quran yang menyatakan kelebihan ilmu yang

    memberi manfaat dan memberi orang yang

    menuntut ilmu dan orang yang mengajar ilmu.

    Dakwah dalam mengajak mendekatkan diri kepada

    Allah dan untuk menjadi insan yang soleh tidak

    hanya mengajak kepada kebaikan. Pendekatan nahi

    munkar juga dititik beratkan dalam membentuk

    peribadi muslim. Dalam pendekatan amal makruf

    nahi mungkar sebagaimana sabda Nabi Muhammad

    (s.a.w.):

    : : , , ,

    .

    Mafhumnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Aku telah mendengar Rasullullah (s.a.w.) bersabda: Sesiapa daripada kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia

    mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka

    hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan itu adalah

    selemah-lemah iman (al-Bugha & Mista 1998: 379).

    Dalam usaha mencegah kebatilan, pihak

    BAKA juga menggunakan kaedah yang pelbagai

    bagi menangani dan menyedarkan tanggungjawab

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    298

    sebagai anggota keselamatan. Ini kerana peranan

    agama itu diiktiraf yang mana Nabi telah menyebut:

    : : .: : .

    Mafhumnya: Daripada Abu Ruqayyah Tamim Bin Aus, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Agama adalah An-nasihah. Kami bertanya: Untuk siapa jawab Baginda: Untuk Allah, KitabNya, RasulNya dan para imam-imam muslimin dan seluruh muslimin (al-Bugha & Mista 1998: 379).

    Oleh yang demikian, pada peringkat awal

    penubuhan BAKA, pelbagai modul diambil daripada

    pelbagai agensi agama Islam untuk disesuaikan

    dalam pasukan. Ia merangkumi dari awal kemasukan

    iaitu dari Pusat Latihan Polis atau Maktab Polis di

    seluruh negara sehinggalah seseorang itu

    menunaikan tugas dan tanggungjawabnya di formasi

    masing-masing. BAKA juga cuba menerangkan

    peranan yang dimainkan oleh warga PDRM adalah

    sebagai suatu ibadah. Setiap perbuatan atau tindakan

    manusia semuanya merupakan ibadah kepada Allah

    (s.w.t.) dengan syarat ia dilaksanakan hanya kerana

    Allah dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

    (9) Dasar Pembangunan Modal Insan PDRM:

    Perintah Tetap Ketua Polis Negara membentangkan

    garis panduan mengenai Dasar Pembangunan Modal

    Insan (DPMI) PDRM. DPMI PDRM menggariskan

    dasar dan strategi dakwah, pembangunan keluarga,

    kebajikan dan kemasyarakatan serta pengurusan

    masjid/surau bagi warga PDRM yang beragama

    Islam. DPMI PDRM menggariskan setiap warga

    PDRM khususnya yang beragama Islam perlu

    menjalani sekurang-kurangnya dua tahap pembinaan

    iaitu:

    Pembinaan Mental: Melalui pengisian ilmu-ilmu Islam sama ada fardhu ain atau pun fardhu

    kifayah.

    Pembinaan Spritual: Melalui latihan dan penghayatan amal Islam yang sahih dan tepat

    dengan menolak terus segala amalan yang

    meragukan dan bertentang dengan syarak.

    Pelaksanaan kedua-dua tahap pembinaan ini

    ianya mampu melahirkan warga PDRM yang

    mempunyai ketahanan mental dan spritual secara

    bersepadu. Sebarang bentuk penyelewengan ajaran

    Islam tidak dibenarkan. Justeru itu DPMI PDRM ini

    menggariskan beberapa keperluan yang semestinya

    wujud di dalam diri setiap anggota PDRM muslim.

    Keperluan tersebut adalah seperti berikut:

    Memiliki fikrah Islamiah yang matang dan mantap.

    Bersih dari unsur-unsur negatif.

    Terpelihara dari pengaruh aliran pemikiran salah dan penyelewengan agama Islam.

    Menerima pendidikan asas Islam seperti berikut: Asas Fardhu Ain

    Asas Fardhu Kifayah Jihad Kekeluargaan

    Akhlak

    Kepimpinan

    Al-Quran dan As-Sunnah.

    Ibadah

    Tamadun Islam

    Tasawur Islam

    Semua warga PDRM yang beragama Islam di

    sepanjang tempoh perkhidmatan mereka diwajibkan

    memiliki ciri-ciri sebagai seorang muslim, mukmin

    dan muhsin. Bagi mencapai dan memiliki ciri-ciri

    tersebut, warga PDRM wajib menyertai latihan dan

    pendidikan kerohanian yang digariskan melalui

    DPMI. Beberapa kandungan latihan merupakan asas

    kepada pembinaan spiritual ini. Oleh itu semua

    warga PDRM yang beragama Islam diwajibkan

    untuk mengamalkannya dengan bimbingan daripada

    anggota-anggota Bahagian Agama dan Kaunseling

    (BAKA) PDRM. Melalui kajian ini juga, BAKA

    Bukit Aman telah menetapkan sasaran kerja umum

    yang diarahkan dan perlu di laksanakan di peringkat

    kontinjen, pusat latihan polis dan lain-lain lagi.

    Semua sasaran tersebut adalah sebagai langkah

    permulaan untuk menjalankan aktiviti agama di

    dalam organisasi PDRM. Untuk itu, semua unit

    dalam BAKA perlu bekerjasama dalam melakukan

    program yang diaturkan mengikut kemampuan

    peruntukan di kontinjen masing-masing. Antara

    sasaran kerja yang diarahkan itu ialah:

    Membudayakan bacaan al-quran

    Mempertingkatkan kefahaman Islam warga PDRM

    Memantapkan institusi keluarga PDRM

    Memantapkan pengurusan dan pengimarahan surau dan masjid PDRM

    Memantapkan pengurusan KAFA PDRM

    Meningkatkan kewibawaan pegawai agama PDRM

    (10) Modul Keagamaan:

    Modul Dakwah: Modul Dakwah ini disusun bagi memastikan latihan yang dirancang dapat

    memberi kefahaman kepada pegawai dan

    anggota PDRM tentang perkara-prinsip-prinsip

    asas dalam Islam dan kepimpinan dalam Islam

    bagi melahirkan warga PDRM yang mempunyai

    jati diri sebagai seorang muslim. Ia bersesuai

    dengan visi dan misi penubuhan BAKA iaitu

    bagi memantapkan lagi integriti pasukan dalam

    menjalan tugas seharian.

    Objektif Umum: Ia memberi pendedahan

    mengenai konsep-konsep asas dalam Islam

    supaya dapat dijadikan sebagai panduan.

    Disamping itu ia dapat meningkatkan kemahiran,

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    299

    profesionalisma dan nilai integriti di kalangan

    warga PDRM dalam menjalankan tugas.

    Seterusnya dapat melahirkan kepimpinan yang

    berintegriti tinggi bagi memertabatkan lagi

    kredebeliti pasukan.

    Kandungan Modul: Modul ini mengandungi

    maklumat-maklumat berhubung dengan prinsip

    asas dalam Islam, kepentingan nilai-nilai murni

    dan konsep kepimpinan dalam Islam. Modul ini

    mengandungi 3 Unit, iaitu:

    Unit 1: Kefahaman Islam Unit 2: Kepimpinan Islam Unit 3: Penerapan Nilai-nilai Murni Unit 4: Bina Diri

    Setiap Unit mengandungi tajuk-tajuk mengenai

    isu-isu utama yang telah dikenalpasti. Sementara,

    setiap tajuk pula mengandungi cadangan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan

    sesuai untuk dilaksanakan.di mana peserta-

    peserta digalakkan menyertai setiap

    perbincangan secara terbuka dan berkongsi

    pengalaman atau pendapat.

    Modul Pembinaan Sahsiah: Modul ini disusun khusus bagi memantapkan strategi pembangunan

    keluarga, kebajikan dan kemasyarakatan anggota

    dan ahli keluarga PDRM sebagai persediaan bagi

    menjadikan golongan sasaran ini warga negara

    yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga,

    agama, bangsa dan negara. Falsafah modul ini

    bertujuan untuk mewujudkan ahli keluarga yang

    kenal jati diri, beriman dan bertaqwa disamping

    berupaya menjalani kehidupan keluarga bahagia

    dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah

    (s.w.t.). Seterusnya dapat membantu

    memantapkan pasukan bersesuaian dengan visi

    dan misi penubuhan BAKA iaitu bagi

    memantapkan lagi integriti pasukan dalam

    menjalankan tugas seharian.

    Objektif: Modul ini memberi pendedahan

    mengenai konsep-konsep asas kekeluargaan

    dalam Islam agar dapat dijadikan panduan untuk

    membentuk keluarga bahagia. Objektif

    seterusnya akan meningkatkan kemahiran,

    profesionalisma dan nilai integriti di kalangan

    warga PDRM dalam menjalankan tugas. Ia dapat

    melahirkan kepimpinan yang berintegriti tinggi

    bagi memartabatkan lagi kredebeliti pasukan.

    Kandungan Modul: Modul ini mengandungi

    maklumat-maklumat berhubung prinsip asas

    kekeluargaan dalam Islam dan pembangunan

    sosial dalam konteks kejiranan dan

    kemasyarakatan anggota dan ahli keluarga

    PDRM. Modul ini mengandungi 3 unit, iaitu:

    Unit A: Pembangunan Institusi Keluarga Muslim

    Unit B: Pembangunan Sosial (Kejiranan dan Kemasyarakatan)

    Unit C: Kebajikan

    Setiap unit mengandungi tajuk-tajuk mengenai

    isu-isu utama yang telah dikenal pasti.

    Sementara, setiap tajuk pula mengandungi

    cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di

    mana peserta-peserta digalakkan menyertai

    setiap perbincangan secara terbuka dan

    berkongsi pengalaman atau pendapat.

    Modul Pengurusan Masjid dan Kafa: Modul ini disusun bagi memastikan latihan yang

    dirancang dapat memberi kefahaman kepada

    pegawai dan anggota PDRM tentang perkara-

    prinsip-prinsip asas dalam Islam dan kepimpinan

    dalam Islam bagi melahirkan warga PDRM yang

    mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. Ia

    bersesuai dengan visi dan misi penubuhan

    BAKA iaitu bagi memantapkan lagi integriti

    pasukan dalam menjalan tugas seharian.

    Objektif Umum: Ia dapat memberi pendedahan

    mengenai konsep-konsep asas dalam Islam

    supaya dapat dijadikan sebagai panduan.

    Seterusnya dapat meningkatkan kemahiran,

    profesionalisma dan nilai integriti di kalangan

    warga PDRM dalam menjalankan tugas dan akan

    melahirkan kepimpinan yang berintegriti tinggi

    bagi memertabatkan lagi kredebeliti pasukan.

    Kandungan Modul: Modul ini mengandungi

    maklumat-maklumat berhubung dengan prinsip

    asas dalam Islam, kepentingan nilai-nilai murni

    dan konsep kepimpinan dalam Islam. Modul ini

    mengandungi 3 Unit, iaitu:

    Unit 1: Kefahaman Islam

    Unit 2: Kepimpinan Islam

    Unit 3: Penerapan Nilai-nilai Murni

    Unit 4: Bina Diri

    Setiap Unit mengandungi tajuk-tajuk mengenai

    isu-isu utama yang telah dikenalpasti. Sementara,

    setiap tajuk pula mengandungi cadangan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan

    sesuai untuk dilaksanakan.di mana peserta-

    peserta digalakkan menyertai setiap

    perbincangan secara terbuka dan berkongsi

    pengalaman atau pendapat.

    (11) Aktiviti Cawangan Agama Sepanjang Bulan

    1-3 Tahun 2013: Terdapat banyak program dan

    aktiviti yang telah dijalankan oleh Cawangan Agama

    BAKA IPPD Kajang sepanjang bulan 1 hingga

    bulan 3 tahun 2013. Program-program tersebut dapat

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    300

    dibahagikan mengikut aktiviti harian, mingguan,

    bulanan dan aktiviti berkala.

    Aktiviti Harian: Pada setiap waktu pagi dan petang waktu bekerja, pegawai dari Cawangan

    Agama BAKA dikehendaki membaca doa pagi

    dan petang mengikut jadual yang telah

    ditetapkan. Mengikut temubual yang telah

    dijalankan, selesai sahaja doa pagi seolah-olah

    menjadi tanda bahawa permulaan bagi warga

    IPPD Kajang memulakan kerja. Doa dibaca oleh

    ustaz-ustaz yang telah dijadualkan dengan

    menggunakan alatan pembesar suara yang dapat

    didengari oleh seluruh warga IPPD Kajang.

    Aktiviti Mingguan: Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan oleh Cawangan Agama BAKA

    mengikut mingguan. Antaranya ialah majlis

    bacaan yasin dan tahlil serta ceramah agama

    pada tiap-tiap malam jumaat. Kesemua aktiviti

    diadakan di Surau al-Amin IPPD Kajang di

    antara maghrib hingga isya. Jadual aktiviti-aktiviti agama dari bulan 1 hinga bulan 3 tahun

    2013 sebagaimana di Lampiran.

    Aktiviti Berkala: Aktiviti berkala merupakan aktiviti tahunan yang dirancang oleh BAKA pada

    setiap tahun. Ianya merupakan antara aktiviti

    yang paling penting bagi memastikan nadi

    perjalanan program keagamaan di IPPD Kajang.

    Daripada aktiviti berkala inilah, pengkaji

    membuat kajian soal selidik berkenaan

    keberkesanan program keagaaman di IPPD

    Kajang. Ini kerana daripada program berkala ini,

    terdapat senarai nama yang disimpan oleh pihak

    BAKA yang memungkinkan pengkaji

    mengedarkan soalan soal selidik. Pada bulan 1

    hingga bulan 3 tahun 2013, terdapat dua puluh

    program yang telah dirancang oleh pihak BAKA

    IPPD Kajang, namun hanya empat belas program

    yang dapat dilaksanakan. Hasil temubual yang

    dijalankan, perkara tersebut adalah disebabkan

    kekangan kewangan. Antara program berkala

    yang dijalankan awal tahun 2013 adalah seperti

    berikut:

    Kursus Pembangunan Keluarga Muslim: Unit ini bertujuan untuk memberi maklumat

    dan pendedahan kepada para peserta

    mengenai konsep-konsep asas pembinaan

    sesebuah keluarga muslim, tanggungjawab

    suami isteri dalam rumahtangga,

    menguruskan keluarga menurut kehendak

    Islam dan kemahiran sebagai ibu bapa dalam

    sesebuah keluarga tersebut. Semua konsep ini

    berpandukan kepada garis panduan yang

    telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan

    Sunnah Rasulullah (s.a.w.) yang menepati

    keperluan semasa dengan mengambil kira

    cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat

    Islam masa kini. Objektif ialah ia memberi

    kefahaman yang lebih mendalam kepada para

    peserta mengenai konsep asas pembinaan

    keluarga muslim. Seterusnya ia mampu

    melahirkan warga PDRM yang mampu

    mempraktikkan teori dan pendekatan

    pembinaan keluarga bahagia seterusnya boleh

    dijadikan sebagai role model dalam pembentukan keluarga bahagia. Kandungan

    dalam kursus ini ialah konsep-konsep asas

    dalam pembinaan keluarga muslim,

    pengurusan keluarga, pengurusan masalah

    dalam keluarga, kemahiran keibubapaan,

    pembangunan remaja

    Kursus Kepimpinan dalam Islam: Unit ini bertujuan untuk memberi maklumat dan

    pendedahan kepada para peserta mengenai

    cara bagaimana menguruskan tugas dakwah

    dengan cekap, berkesan dan bersistematik.

    Antaranya, bagaimana mengatur

    perancangan, menetapkan strategi dan

    menentukan kaedah dakwah secara strategik.

    Ia bermula dengan menggarap kembali metod

    dakwah yang terdapat dalam Al-Quran dan

    sunnah Rasulullah (s.a.w.) yang menepati

    dengan keperluan semasa dengan

    mengambilkira cabaran-cabaran yang

    dihadapi oleh umat Islam masa kini.

    Objektifnya ialah kursus ini akan memberi

    kefahaman yang lebih mendalam kepada para

    peserta mengenai kaedah pengurusan dakwah

    yang strategik dan seterusnya dapat

    melahirkan pendakwah yang mampu

    mempraktikkan strategi dan pendekatan

    dakwah yang berkesan kepada kumpulan

    sasar secara sistematik dan akhirnya dapat

    mencernakan strategi dakwah yang terkini

    sesuai dengan perkembangan alaf baru dalam

    berhadapan dengan masyarakat.

    Kursus Pengurusan Jenazah kepada Warga PDRM: Terdapat segelintir warga

    PDRM yang masih belum memahami

    tanggungjawab menguruskan jenazah selepas

    berlakunya kematian. Ketidakfahaman

    masyarakat ini merangkumi pelbagai aspek.

    Antaranya berkaitan dengan hukum dan

    kaedah menguruskan jenazah, memandi,

    mengkafan dan menyembahyangkan jenazah

    apabila berlaku kematian ditempat masing-

    masing. Menyedari keadaan ini, Bahagian

    Agama dan Kaunseling (BAKA), akan

    mengadakan kursus berkaitan perkara

    tersebut selama satu hari dalam usaha untuk

    memberi kesedaran dan kefahaman mengenai

    tanggungjawab dan kewajipan muslim

    menguruskan jenazah selepas berlakunya

    kematian kepada warga PDRM. Objektifnya

    ialah memberi pengetahuan kepada para

    peserta mengenai hukum menyempurnakan

    jenazah selepas berlakunya kematian.

    Keduanya ia dapat memberi pendedahan

    kepada para peserta kaedah pengurusan

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    301

    jenazah yang sempurna merangkumi

    memandi, mengkafan dan

    menyembahyangkan jenazah. Seterusnya

    kursus ini memberi pendedahan tentang

    perkara-perkara yang harus dilakukan selepas

    berlaku kematian sehingga jenazah selesai

    dikebumikan. Kandungan modul ini

    mengandungi maklumat-maklumat

    berhubung dengan pengurusan jenazah dari

    perkara yang awal iaitu menziarahi pesakit

    hinggalah menyempurnakan jenazah ke

    dalam liang lahad: (a) Unit 1: Pengurusan

    Jenazah: Satu Tuntutan; (b) Unit 2: Memandi,

    Mengkafan dan Menyembahyangkan Jenazah

    dalam Keadaan Sempurna dan Kritikal serta

    Darurat; dan (c) Unit 3: Latihamal: Memandi,

    Mengkafan dan Menyembahyangkan Jenazah

    dalam Keadaan Sempurna dan Kritikal serta

    Darurat. Latihan pengkebumian dan urusan

    selepasnya.

    KESIMPULAN

    Begitu banyak kemudahan dan frasarana yang

    terdapat di IPPD Kajang yang memberikan

    keselesaan kepada orang awam dan juga warga

    anggota. Dengan perjawatan yang begitu tinggi,

    kemudahan yang banyak, IPPD Kajang merupakan

    satu institusi yang boleh dibanggakan oleh pucuk

    pimpinan PDRM. Hasil tinjauan pengkaji ke tempat

    berkenaan, pengkaji mendapati bahawa IPPD

    Kajang mempunyai nilai yang tersendiri dan

    berdekatan dengan Bandar Kajang, akan memberi

    keselesaan yang tinggi bagi warga PDRM. Selaras

    dengan keselesaan dan kebanggaan berbentuk

    duniawi, seharusnya IPPD Kajang dibangunkan juga

    dalam bentuk ukhrawi. Oleh yang demikian, kajian

    ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan

    program-program keagamaan yang telah dijalankan

    di institusi ini untuk pembangunan organisasi

    PDRM khasnya dan rakyat umumnya.

    Dalam masa pengkaji menyelidik dan

    menemubual pegawai agama yang bertugas di

    BAKA IPPD Kajang mengenai modul dan program

    yang di jalankan di BAKA, maka pengkaji dapati

    banyak program sebenarnya yang dirancang dalam

    satu tahun. Namun atas sebab kekangan peruntukan

    dan kekurangan kepakaran dalam sesuatu perkara

    contohnya kepakaran menguruskan jenazah maka

    sesuatu program itu terpaksa di tangguhkan.

    Pengkaji sempat menemubual pegawai agama

    BAKA Bukit Aman tentang program yang

    sepatutnya dijalankan di kontinjen masing-masing.

    Jelasnya memang sudah diarahkan untuk BAKA

    kontinjen untuk memastikan semua program

    keagamaan di jalankan di tempat masing-masing.

    Namun, semuanya bergantung kepada peruntukan

    yang disalurkan pada setiap kontinjen. Dalam masa

    yang sama jelasnya, penekanan agama akan dititik

    beratkan di pusat latihan polis yang mana setiap

    lantikan anggota dan pegawai di latih dengan modul

    yang lebih tersusun. Anggota dan pegawai baru yang

    dilantik akan menerima latihan asas polis yang

    menitik beratkan undang-undang dan tugas-tugas

    kepolisan yang perlu difahami dan dilaksanakan

    sebagai seorang polis. Di situlah juga, program

    agama dititik beratkan sebagai asas dan bekalan

    sebelum mereka memulakan tugas.

    RUJUKAN

    Abdullah Ahmad Badawi. 2004. Pelan dan Hala

    Tuju Program Tranformasi Kerajaan. Pelan

    Intergriti Malaysia. Kerajaan Malaysia:

    Putrajaya.

    Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam:

    Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam:

    Penerbit Fajar Bakti.

    Aminah Hashim. 1984. Bimbingan dan Kaunseling.

    Jurnal PERKAMA. Kuala Lumpur. Bil. 1:21-27.

    Amran Kasimin. 1993. Masalah Sosial dan

    Hubungannya dengan Didikan Agama. Kuala

    Lumpur: Dinie Publication.

    Polis Di Raja Malaysia. 2010. Buletin Intergriti. Bil.

    5/2010. Bukit Aman: Terbitan Urus Setia KPN

    (Tatatertib) PDRM.

    Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia. 2007.

    Buletin Maktab Teknik Polis DiRaja Malaysia.

    Muar: Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia.

    Haron Din. 2002. Manusia dan Islam. Jil. 1. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

    Hashim Haron. 2007. Buletin BAKA. Siri 1. Bukit

    Aman: Bahagian Agama dan Kaunseling.

    Hashim Haron. 2012. Sejarah dan Penubuhan

    Bahagian Agama dan Kaunseling. BAKA Bukit

    Aman. Temubual [22 Mac].

    Ku Seman Ku Hussein. 2012. 205 Pegawai, Anggota

    PDRM Terima Pingat. Utusan Malaysia. [20

    Jun].

    Cawangan Agama BAKA Bukit Aman. 2008.

    Laporan Eksekusif Kajian Kefahaman Islam

    Pelatih-Pelatih Pusat Latihan Polis Diraja

    Malaysia. Kuala Lumpur: Cawangan Agama

    BAKA Bukit Aman.

    Mohd Zamri Mohd Nawi. 2013. Peranan Bahagian

    Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), IPPD

    Kajang. Temubual. [20 Febuari].

    al-Bugha, Mustafa & Mista, Mahy al-Din. 1998.

    Syarah Hadis 40 (terj.). Selangor: Pustaka Salam

    Sdn Bhd.

    Mursilalaili Mustapa Sadi & Mazidah Arippin. 2005. Ibadah dalam Pekerjaan dan Kesannya

    Terhadap Pembangunan Keluarga. Putrajaya:

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

    Muhammad Munir Jimbaz. 1999. Sifat-Sifat Orang

    yang Berjaya Dunia Akhirat. Kuala Lumpur:

    Pustaka Syuhada.

    Maryam Abdul Majid. 1999. Bimbingan Ibadat.

    Johor Bahru: Penerbit Badan Cemerlang Sdn.

    Bhd.

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

    302

    Rokma Mamat. 2007. Amalan Solat Sunat: Satu

    Kajian di Kalangan Pelajar Akademi Pengajian

    Islam. Tesis Sarjana Muda. Universiti Malaya.

    Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka Bentuk

    Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.

    Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

    Safieyatun Mat Zin. 2013. Pengurusan Bahagian

    Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), IPPD

    Kajang . Temubual [2 Feb & 3 Mac].

    Zaidi Muhamad. 2010. Nilai Suapan Serendah RM3.

    Berita Harian. [22 April].

    Zulkifli Hamid. 1986. Persepsi Terhadap

    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: Suatu

    kajian kes. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda,

    Universiti Kebangsaan Malaysia.