Makna leksikal

1
Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’. Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing- masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 95.

Transcript of Makna leksikal

Page 1: Makna leksikal

Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang

terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian

memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,

ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal

melainkan memiliki makna gramatis.

Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan

lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor

lembu’.

Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-

masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga

api dsb.

Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan

perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa

Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

hlm. 95.