makna leksikal

8
MAKNA LEKSIKAL Makna leksikal merupakan makna denotatif atau tersurat dalam erti kata lain, makna yang tersurat, makna umum, makna leksikal atau makna kamus. Makna leksikal atau makna kata merupakan satu sub bidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau apa yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut sebagai makna leksikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Oleh sebab itu, kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur sesuatu bahasa. Selain itu, kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan kita menggunakan bahasa untuk menyatakan pendapat dan memahami ujaran yang kita dengar. Perkataan kata, sekata, bekata, mengatakan, dan perkataan memiliki makna lesikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an (...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Hal ini demikian kerana, imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan morfem lain untuk membentuk satu perkataan yang utuh ( Mohd Januri Aiyub, Mazura Sulaiman, Asniza Zakaria, 2015 ). Dalam semantik leksikal atau makna leksikal, makna bagi perkataan boleh diberikan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, homonim ( homofon dan homograf ), hiponim dan polisem. SINONIM Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sinonim bermaksud kata sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Contohnya, perkataan harum bersinonim dengan wangi. Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang

Transcript of makna leksikal

Page 1: makna leksikal

MAKNA LEKSIKAL

Makna leksikal merupakan makna denotatif atau tersurat dalam erti kata lain, makna

yang tersurat, makna umum, makna leksikal atau makna kamus. Makna leksikal atau makna

kata merupakan satu sub bidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang

ditunjukkan atau apa yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.

Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut sebagai makna leksikal,

iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Oleh sebab

itu, kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur sesuatu bahasa.

Selain itu, kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-

ratus makna bagi bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut

membolehkan kita menggunakan bahasa untuk menyatakan pendapat dan memahami

ujaran yang kita dengar. Perkataan kata, sekata, bekata, mengatakan, dan perkataan

memiliki makna lesikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf

se+,ber+, ber+....+an (...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal

melainkan memiliki makna gramatis. Hal ini demikian kerana, imbuhan ialah bentuk morfem

terikat yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan morfem lain untuk membentuk satu

perkataan yang utuh ( Mohd Januri Aiyub, Mazura Sulaiman, Asniza Zakaria, 2015 ).

Dalam semantik leksikal atau makna leksikal, makna bagi perkataan boleh diberikan

dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi

sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim,

homonim ( homofon dan homograf ), hiponim dan polisem.

SINONIM

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sinonim bermaksud kata sama atau hampir

sama maknanya dengan kata lain. Contohnya, perkataan harum bersinonim dengan wangi.

Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-

perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada

perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya.

Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan

motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa

seperti kereta besar dan motokar besar. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu

sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan

dalam Jadual 2.1.

Page 2: makna leksikal

Jadual 2.1: Jenis Sinonim dan Contohnya.

Jenis Sinonim Contoh

Sinonim Pinjaman Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu.

Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang

bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, namun maksud

batas ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-

petak sawah.

Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam

konteks protokol.

Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan,

manakala undang dalam konteks tulisan.

Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan

berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang

bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi

dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang

tersendiri.

Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna

yang sama.

Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia,

tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan

perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata

sifat.

Page 3: makna leksikal

ANTONIM

Antonim pula ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain ( Kamus

Dewan Edisi Keempat ). Contoh bagi antonim ialah tinggi di mana lawan bagi tinggi ialah

rendah. Terdapat juga antonim saling melengkapi iaitu hidup yang berlawanan dengan mati.

Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang

hubungannya adalah berkait-kait. Jadual 2.2 di bawah menjelaskan tentang jenis-jenis

antonim dan juga contohnya.

Jadual 2.2: Jenis Antonim dan Contohnya

Jenis antonim Contoh

Antonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam.

Perkataan-perkataan tersebut menunjukkan

makna yang berlawan tentang alam semula

jadi.

Antonim Berperingkat Antonim ini mendapat nama kerana terdapat

peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk

dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan

kata sifat atau kata yang menunjukkan

keadaan dalam kategori yang sama sahaja.

Contohnya ialah muda lawannya tua dan

tinggi lawannya rendah.

Antonim Berhubungan (Kata Bertentangan

yang Berhubungan)

Perkataan yang berlawan makna tetapi

mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah

lawannya pelajar.

Jelasnya, jika ada pensyarah, maka pelajar

pun akan wujud.

Page 4: makna leksikal

HOMONIM ( HOMOFON DAN HOMOGRAF )

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama

bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homonim juga

merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan

berlainan. Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan. Jadual 2.3 di

bawah menunjukkan contoh homofon dan homograf.

Jadual 2.3: Contoh Homofon dan Homograf

Homofon Homograf

Penggunaan dua bahasa, antara perkataan

nun yang menunjukkan jauh di sana dan

noon ( tengah hari ) dalam bahasa Inggeris.

Contohnya bedak bahan yang disapu pada

muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu).

HIPONIM

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

Contohnya, tikus, mawas dan kambing ialah hiponim bagi binatang. Berdasarkan contoh,

binatang diklasifikasikan sebagai hiponim dan contoh-contoh binatang itu dikenali sebagai

hipernim. Berdasarkan contoh juga, kita dapat membuat kesimpulan bahawa hiponim dan

hipernim saling berkait rapat. Selain itu, perkataan lain yang boleh dijadikan contoh disini

ialah bunga. Bunga bertindak sebagai hiponim dimana ianya mempunyai makna yang umum

manakala kemboja dan cempaka ialah hipernim bagi bunga kerana kemboja dan cempaka

merupakan bunga dan kedua-duanya mempunyai makna yang khusus.

POLISEM

Menurut Abdullah Hassan (2006: 296) perkataan polisem mempunyai makna yang

berbeza-beza tetapi masih lagi berkaitan. Contohnya:

1. Kepala ( jawatan )

2. Kepala ( orang )

3. Kepala ( kain ).

Page 5: makna leksikal

POLISEM TULEN

Terdapat dua makna berlainan wujud bermaksud polisem tulen. Sebagai contoh,

kata pelat bermaksud kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan

sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999). Selain itu, jika sesuatu perkataan sekadar

mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan,

maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak

makna.

POLISEM KONTEKS

Jika diteliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai

makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya, kata bantu tentang boleh

bermaksud berkaitan sesuatu perkara tetapi ada masanya perkataan ini boleh membawa

maksud lawan. Ini bererti tentang mempunyai makna yang bervariasi, tetapi kewujudan

polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

MAKNA AYAT

Makna ayat terbahagi kepada tiga jenis. Jenis-jenis ini ialah makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat. Tulisan atau ujaran memerlukan makna yang merupakan

unsur penting. Tanpa makna, apa sahaja yang ditulis atau diujarkan akan menjadi tidak

bermakna dan akan mengakibatkan ketidakfahaman kepada orang yang membaca tulisan

tersebut atau orang yang dilawan bercakap itu. Semua bahasa bergantung kepada makna

dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan ayat lazimnya dikaitkan dengan sekurang-

kurangnya satu makna. Setiap ayat yang dibentuk memerlukan susunan perkataan bagi

mendapatkan makna ayat yang bergantung kepada makna perkataan yang terdapat dalam

ayat yang dibina.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Bagi ayat

persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan

hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan

yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan

ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan

tanpa membawa apa-apa makna.

Page 6: makna leksikal

Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan

kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan yang boleh

digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat. Dalam kita berbahasa,

adakalanya kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap

pendengar atau penulis dapat memahami makna yang kita sampaikan. Begitu juga dalam

bahasa Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa

yang kita maksudkan.

MAKNA TERSURAT

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang

tertulis atau makan yang diujarkan sahaja tidak kira bahasa yang digunakan itu bertulis atau

bahasa lisan. Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai

dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman

lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan

mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut ‘makna sebenar’ , ‘makna asal’ ,

‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’.

Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul

kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau

ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu.Misalnya,

Rama-rama itu hinggap di atas bunga. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita

gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya :

Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para itu telah menunjukkan ramai manakala perkataan pelajar-pelajar juga

menyatakan ramai. Perkataan sekalian juga membawa erti ramai. Jika diteliti, terdapat unsur

lewah dalam ayat diatas dan ayat yang sepatutnya digunakan ialah:

Para pelajar yang dihormati sekalian.

MAKNA TERSELINDUNG

Makna terselindung pula ialah makna yang terselindung disebalik ayat kerana

ketidakhadiran perkataan dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh: Ibu ke rumah Mak Long.

Kata pergi tidak dihadirkan dalam ayat diatas tetapi pendengar dapat memahami

perbuatan ibu yang pergi ke rumah Mak Long. Walaupun sesuatu perkataan itu tidak dapat

Page 7: makna leksikal

hadir dalam ayat, ianya dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Dengan kata lainnya,

perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan makannya

membuktikan adanya struktur dalaman dalam pemikiran atau fikiran pendengar atau

pembaca tadi. Contoh lain yang dapat diberikan ialah: Cikgu Athirah guru Matematik di

sekolah kami.

Daripada ayat diatas, makan terselindung yang terdapat dalam ayat tersebut ialah

kata pemeri yang yang memerikan pekerjaan Cikgu Athirah, iaitu guru Matematik di sekolah

kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah:

Cikgu Athirah ialah guru Matematik di sekolah kami.

MAKNA TERSIRAT

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis

atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana

timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih

mengutamakan nilai komunikatif. Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai

rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak

wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun

perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua

perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai

rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.

Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah membawa

maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Maksud yang cuba disampaikan

oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau

kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.

Selain daripada itu makna konotatif (tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa.

Peribahasa lazimnya (termasuk simpulan bahasa) mengandungi hanya satu makna

walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu

diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan,

“naik angin”, “kuah tumpah kenasi”, dan “harapkan pagar, pagar makan padi”. Contohnya:

Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini diguna pakai dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana

timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini ada

dalam bahasa Melayu dan disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus

untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk

Page 8: makna leksikal

kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk

ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.