Maksud Salah Konsep

6
Maksud Salah Konsep Melalui analisa dan pemahaman dari pelbagai sumber yang telah dijadikan rujukan, salah konsep bermaksud satu pembinaan pengetahuan secara aktif dan kekal melalui pengaruh persekitaran dan pengalaman terdahulu yang tidak selari dengan pembelajaran yang diajar.Setiap murid berpegang teguh kepada salah konsep mereka yang selalunya diperolehi daripada pengalaman terdahulu. Selain itu salah konsep juga boleh ditakrifkan sebagai : Idea awal yang diperoleh daripada pengalaman harian. .Kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada sumber- sumber ilmu lain seperti pendidikan agama dan kepercayaan. .Pemahaman konsep tual hasil pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep sains yang kurang kukuh. Salah konsep vernakular yang oleh penggunaan yang mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik. Salah konsep fakta yang disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekalkan terus sehingga diperingkat dewasa. Salah Konsep Dalam Sains

Transcript of Maksud Salah Konsep

Page 1: Maksud Salah Konsep

Maksud Salah Konsep

Melalui analisa dan pemahaman dari pelbagai sumber yang telah dijadikan rujukan,

salah konsep bermaksud satu pembinaan pengetahuan secara aktif dan kekal melalui

pengaruh persekitaran dan pengalaman terdahulu yang tidak selari dengan pembelajaran

yang diajar.Setiap murid berpegang teguh kepada salah konsep mereka yang selalunya

diperolehi daripada pengalaman terdahulu. Selain itu salah konsep juga boleh ditakrifkan

sebagai :

Idea awal yang diperoleh daripada pengalaman harian.

.Kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada sumber-sumber ilmu lain

seperti pendidikan agama dan kepercayaan.

.Pemahaman konsep tual hasil pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep sains

yang kurang kukuh.

Salah konsep vernakular yang oleh penggunaan yang mempunyai maksud yang

berlainan dalam kegunaan harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik.

Salah konsep fakta yang disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan

dikekalkan terus sehingga diperingkat dewasa.

Salah Konsep Dalam Sains

Loo 1994 menyatakan terdapat tiga punca terjadinya salah konsep dalam sains

dikalangan pelajar.Ketiga-tiga punca ini adalah kerangka kefahaman alternative sedia ada

pelajar-pelajar yang jarang diberi perhatian oleh guru menyebabkan idea tidak tepat

berkekalan,bahasa harian yang tidak dapat dibezakan dengan bahasa sains dan masalah

perhubungan dengan perkembangan dan pendekatan yang digunakan pengajaran

memudah alam timbul sekiranya konsep-konsep yang difahami kanak-kanak mengandungi

Page 2: Maksud Salah Konsep

salah tanggapan ataupun bercanggah dengan penjelasan saintifik.Salah tanggapan ini

menjadi penghalang dan menyukarkan kanak-kanak bagi memahami konsep yang diajar

dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dalam berlangsung.Malah salah satu

masalah benar yang sukar dialami dalam pengajaran konsep sains adalah memindahkan

ataupun mengubah pandangan ataupun pegangan awal pelajaran pada satu konsep kepada

penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains.

Dalam proses pembelajaran sains, salah konsep sering berlaku apabila pengajaran

yang diajar oleh guru berbeza dengan pengalaman dan situasi yang pernah dialami oleh

murid sendiri.Banyak fakta-fakta dihafal oleh murid tanpa pengertian saintifik. Sebagai

contoh, murid menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah dengan baik untuk

menjawab sesuatu soalan dengan betul tetapi gagal menjawab soalan berbentuk konsep

sains. Menurut (muzar 1996), kita boleh mengambil contoh yang jelas dimana murid

diberitahu oleh orang dewasa bahawa matahari terbit dan terbenam. Ini menjelaskan dan

member tanggapan kepada murid bahawa matahari bergerak mengelilingi bumi manakala di

sekolah guru sains mengajar bahawa bumi berputar pada paksinya. Murid akan mengalami

kesukaran untuk membuang dan memadam salah konsep yang telah lama dibinanya bagi

menggantikan dengan pembelajaran baru.

Cara-Cara Mengenalpasti Salah Konsep dalam Sains.

Kebanyakkan murid belajar sains tanpa pemahaman yang betul, ini boleh dibuktikan

apabila ramai diantara mereka gagal menerangkan bagaimana mereka boleh menjawab

soalan dengan betul. Kebanyakkan guru tidak sedar bahawa ramai murid mereka

mengalami salah konsep. Keputusan ujian tidak seharusnya dijadikan titik penanda aras

bahawa murid menguasai konsep sains yang telah diajar kerana salah konsep dalam sains

juaga berlaku kepada murid yang bijak dimana banyak fakta-fakta sains dihafal tanpa

pemahaman tentang konsep sains itu sendiri. Guru hanya perlu memperbanyakkan soalan-

Page 3: Maksud Salah Konsep

soalan berbentuk konsep-konsep sains dan dengan itu murid yang masih dibelenggu

dengan salah konsep akan dapat dikenalpasti.

Strategi-Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Untuk Mengatasi Masalah Salah

Konsep Dan Kesan-Kesannya Kepada Pembelajaran Kanak-Kanak.

1) Menurut (Arons 1990,Minstrell 1989) strategi yang sesuai untuk mengatasi salah

konsep adalah berdasarkan/berlandaskan kajian bagaimana kita belajar. Ini

bermakna guru harus memastikan murid membina atau membina semula

pemahaman yang betul dimana murid haruslah mewujudkan peta konsep(kerangka

altenative) mereka. Guru sebagai fasilitator membimbing murid menghubungkait

pengetahuan peta konsep sedia ada murid dengan pengalaman dan pembelajaran

yang baru. Pendekatan konstruktivisme amat sesuai digunakan oleh para guru:

P@P Berfokuskan Murid

Meneroka Sendiri _ Ilmu Pengetahuan

Memaksimumkan Kemahiran

Sosial

Komunikasi Interpersonal

Kinestatik

Page 4: Maksud Salah Konsep

2) Satu lagi kaedah yang boleh digunakan ialah, guru memberikan bukti (eksperimen)

bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat

untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid

menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada

mereka.Oleh itu guru perlu mengenal pasti salah konsep murid, merancang strategi

untuk menangani salah konsep ini dan membina teknik penilaian yang mengambil

kira sejauh mana murid dapat menyerap konsep sains yang diajar.

3) Selain itu, guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai maklumat’

kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti

pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu

membimbing agar murid dapat mempelajari sesuatu dengan bermakna. Guru juga

tidak dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke dalam

minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai peransang sifat ingin tahu

murid, pencabar konsep sedia ada murid, sumber maklumat dan juga rakan

penyiasat. Hal ini bermakna murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti

pembelajaran. Perubahan peranan guru sebegini akan memberi peluang kepada

murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek.