MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara...

23
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 13 JUN 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1342-L25675 Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan Jabatan Imigresen menghalang mana-mana individu yang didapati telah memburukkan nama negara daripada pergi ke luar negara, apakah tahap dan jenis kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang warganegara daripada dihalang ke luar negara dan adakah tindakan tersebut bercanggah dengan hak asasi manusia. 2. PN-1342-L25495 Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) berapa lamakah had masa bagi seseorang guru, guru besar atau pengetua ditempatkan di sesebuah sekolah (tempat mengajar) dan Kementerian sedar atau tidak bahawa jika seseorang guru itu telah lama mengajar di sesebuah sekolah ia akan memberi kesan negatif kepada sekolah itu sendiri ; dan (b) adakah pihak Kementerian membuat penempatan sesuka hati atau pun mengambil kira kesesuaian guru/ guru besar/ pengetua itu ditempatkan tempat mereka mengajar. 3. PN-1342-L25423 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah had perbelanjaan pilihan raya pada masa kini masih lagi releven dan adakah terdapat kajian kesesuaian had perbelanjaan tersebut. 4. PN-1342-L25531 Dato' Adam bin Abdul Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai hub pertanian dan penternakan negara memandangkan terdapatnya tanah yang luas di sana di samping dapat mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia di negeri-negeri tersebut. Adakah rundingan pernah diatur dan dirancang dengan Sarawak dan Sabah.

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 13 JUN 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1342-L25675 Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan Jabatan Imigresen menghalang mana-mana individu yang didapati telah memburukkan nama negara daripada pergi ke luar negara, apakah tahap dan jenis kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang warganegara daripada dihalang ke luar negara dan adakah tindakan tersebut bercanggah dengan hak asasi manusia.

2. PN-1342-L25495

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) berapa lamakah had masa bagi seseorang guru, guru besar

atau pengetua ditempatkan di sesebuah sekolah (tempat mengajar) dan Kementerian sedar atau tidak bahawa jika seseorang guru itu telah lama mengajar di sesebuah sekolah ia akan memberi kesan negatif kepada sekolah itu sendiri ; dan

(b) adakah pihak Kementerian membuat penempatan sesuka hati

atau pun mengambil kira kesesuaian guru/ guru besar/ pengetua itu ditempatkan tempat mereka mengajar.

3. PN-1342-L25423

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah had perbelanjaan pilihan raya pada masa kini masih lagi releven dan adakah terdapat kajian kesesuaian had perbelanjaan tersebut.

4. PN-1342-L25531

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai hub pertanian dan penternakan negara memandangkan terdapatnya tanah yang luas di sana di samping dapat mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia di negeri-negeri tersebut. Adakah rundingan pernah diatur dan dirancang dengan Sarawak dan Sabah.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

2 AUM DN 13/6/2016

5. PN-1342-L25551 Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan agar prestasi dan imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kembali seperti dahulu berikutan pengumuman peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Christoph Mueller.

6. PN-1342-L25278

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) mengapakah hanya produk perusahaan kecil dan sederhana

yang berasaskan makanan dan minuman (“Food & Beverage”) diberi perhatian khusus untuk dipasarkan di luar negara; dan

(b) apakah perancangan Kementerian membawa produk-produk

bukan makanan ke pasaran luar negara. 7. PN-1342-L25006

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang dapat diambil oleh Kerajaan untuk menentukan bahawa negara ini tidak dilanda oleh masalah jerebu.

8. PN-1342-L25392

Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian melalui Perpustakaan Negara mempunyai program atau ingin merancang satu program atau menyediakan platform dalam laman sesawang Perpustakaan Negara untuk menggalakkan ilmuwan dan cendiakawan tempatan menyumbang jurnal dan pengetahuan untuk meningkatkan lagi kandungan tempatan (local content) dalam negara.

9. PN-1342-L25234

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil dapatan pengukuran bagi bancian purata pendapatan bulanan benar mengikut kaum, bandar dan luar bandar dapat diperoleh bagi menentukan keadaan sebenar prestasi ekonomi negara 2015 - 2020 dan takrifan baru Pendapatan Garis Kemiskinan.

10. PN-1342-L25489

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bolehkah pemberian lesen nelayan pantai disemak dan dipertimbangkan semula bagi meningkatkan sumber pendapatan nelayan pantai dan bekalan ikan negara yang semakin berkurangan dan terhad.

11. PN-1342-L25756

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan isu tentang pemecatan 168,000 anggota RELA.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 3

12. PN-1342-L25575 Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian mempunyai takrif bagi IPTS antarabangsa dan IPTS cawangan luar negara, dan jika ada, apakah takrifnya serta nyatakan ciri-ciri perbezaan utama di antara kedua-dua jenis IPTS ini, termasuk juga jumlah dan nama-nama IPTS mengikut takrif berkenaan.

13. PN-1342-L25211

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan negara dikejutkan dengan insiden helikopter yang terhempas dan mengorbankan 5 orang penumpang termasuk seorang Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan KSU Kementerian semasa kempen PRN Sarawak baru-baru ini :-

(a) apakah masa tindakan ("response time") yang telah ditetapkan

dalam "SOP" Kerajaan untuk mengaktifkan "Search And Rescue" (SAR) jika berlaku kejadian seumpama ini; dan

(b) apakah Kerajaan bercadang untuk menambah baik sistem SAR

ini dalam usaha untuk mempercepatkan masa untuk menggerakkan jentera penyelamat dari pelbagai agensi Kerajaan.

14. PN-1342-L25321

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bantuan yang diberi oleh Kementerian untuk membantu masyarakat miskin yang semakin meningkat di negara ini.

15. PN-1342-L25461

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah efektif untuk mengelakkan kejadian penipuan gores dan menang yang kembali berleluasa.

16. PN-1342-L25565

Tan Sri Nalla K. S. minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan akan melihat semula dasar hubungan luar negara dengan negara China berikutan kehadiran kapal-kapal perang dan juga unit-unit pertahanan di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan.

17. PN-1342-L25285 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan keghairahan masyarakat untuk memiliki anugerah kebesaran sehingga sanggup menghabiskan sejumlah wang serta terlibat dengan majlis penganugerahan darjah yang tidak diiktiraf.

18. PN-1342-L25396 Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kouta AP Import kenderaan terpakai 2016 dan bagaimana dasar komprehensif dari segi pelarasan tarif import dan eksais dapat memastikan janji Kerajaan untuk menurunkan 30% harga kenderaaan menjelang 2018 direalisasikan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

4 AUM DN 13/6/2016

19. PN-1342-L25043 YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah Kerajaan bagi melahirkan graduan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang bermutu tinggi dan memenuhi keperluan negara sebagai sebuah negara maju.

20. PN-1342-L25163 Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kesan-kesan pelaksanaan Gaji Minimum Kebangsaan 2013 terhadap perkembangan ekonomi negara, serta sejauh mana peningkatan Gaji Minimum Kebangsaan pada 1 Julai 2016 ini akan mempengaruhi pasaran tenaga kerja dan trend ekonomi negara.

21. PN-1342-L25384 Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pemohon Skim Perumahan PR1MA dan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada 2014, 2015 dan 2016 serta bilangan pemohon yang telah berjaya memiliki rumah dalam skim perumahan ini dan bagaimana Kerajaan dapat memenuhi permintaan bagi kesemua permohonan yang tidak berjaya.

22. PN-1342-L25701

Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi membantu peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah disenarai hitam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi membolehkan dan melicinkan permohonan mereka bagi mendapatkan pembiayaan daripada Bank atau institusi kewangan yang lain.

23. PN-1342-L25217

Dato' Hoh Khai Mun minta PERDANA MENTERI menyatakan status persempadanan kawasan pilihanraya di negara kita dan adakah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mempunyai had masa dalam melaksanakan persempadanan ini.

24. PN-1342-L25027

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha yang dilaksanakan untuk memperkenalkan kajian serta pemahaman Perlembagaan Malaysia sebagai satu mata pelajaran di sekolah dan di universiti agar satu pemahaman tentang asas negara dapat dicapai.

25. PN-1342-L25496 Datuk Lihan Jok minta PERDANA MENTERI menyatakan semua perkara yang dituntut oleh Kerajaan dan penduduk Sarawak sebagai hak dan otonomi dalam Malaysia dan sejauh manakah hak dan tuntutan otonomi itu telah diselesaikan.

26. PN-1342-L25751

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik pemberhentian kerja (retrenchment) setiap tahun dari 2013-2015 mengikut pecahan industri, kurungan umur, gender, kaum, negeri, kurungan gaji dan tahap pengajian. Apakah strategi Kerajaan untuk membantu para penganggur.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 5

27. PN-1342-L25157 Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dengan Kesatuan Eropah, dan juga status Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau ("Regional Comprehensive Economic Partnership - RCEP").

28. PN-1342-L25240

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perlaksanaan Pendidikan Subjek Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sekolah Rendah dan Menengah dan apakah perincian perlaksanaan yang sedang dan bakal diambil oleh Kerajaan dalam menaiktaraf kemudahan-kemudahan pembelajaran dan kandungan subjek (STEM) di sekolah.

29. PN-1342-L25076

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kenderaan elektrik/"hybrid" di jalan raya pada masa ini, langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik/"hybrid" dan sama ada Kerajaan akan mengenalkan semula pengecualian cukai dan juga akan menambahkan stesen mengecas kenderaan.

30. PN-1342-L25478

Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dalam memantapkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih efisien, Kementerian telah memperkenalkan beberapa aplikasi atas talian seperti e-kehadiran dan e-disiplin di sekolah. Sejauh manakah kedua-dua aplikasi ini dapat mengurangkan gejala ponteng dan kes buli di sekolah. Adakah Kementerian telah melaksanakan kajian "pre" dan "post" untuk menilai keberkesanan aplikasi tersebut.

31. PN-1342-L25246

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah subsidi LPG dari tahun 2010 hingga 2015 dan bagaimanakah cara membasmi ketirisan subsidi serta mewujudkan satu kaedah pemberian subsidi LPG lebih bersasar dan bermakna kepada rakyat.

32. PN-1342-L25717

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKIM, YADIM dan lain-lain agensi Islam bagi menjelaskan Deklarasi Hak Asasi Islam seperti yang telah dianjurkan dalam persidangan antarabangsa OIC di Kaherah, Mesir pada tahun 2000.

33. PN-1342-L25483

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bahawa Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan Orang Asli. Dengan syarat kemasukan minima 2A di Peringkat UPSR, kini lebih 70% berjaya memperoleh 6A ke atas di peringkat PT3. Berapakah lagi pusat seumpama ini akan dibina dan apakah pengisiannya.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

6 AUM DN 13/6/2016

34. PN-1342-L25119 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bentuk kawalan dan saringan terhadap naskah Al-Quran, sama ada yang diimport atau keluaran tempatan yang berada di pasaran.

35. PN-1342-L25818

Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah persediaan awal yang diambil susulan Persidangan Pencemaran Jerebu ASEAN pada Oktober tahun lepas dalam menangani masalah jerebu yang dijangka akan melanda negara sekitar bulan September hingga November.

36. PN-1342-L25453 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani isu-isu perkauman serta isu-isu agama yang menjejas hubungan baik antara kaum di Malaysia.

37. PN-1342-L24986

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula Standard Operating Procedure (SOP) berkaitan kemasukan warga asing di pintu sempadan negara demi mengekang penyalahgunaan kuasa dan perlakuan rasuah di kalangan penjawat awam.

38. PN-1342-L25768

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah lif yang mendapat sijil perakuan bomba dan tidak mendapat sijil perakuan di Wilayah Persekutuan, aduan lif rosak, kematian dan kecederaan berpunca daripadanya sepanjang 2013 hingga Mei 2016.

39. PN-1342-L25200

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha yang akan dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan pembantu rumah akibat tindakan kerajaan Indonesia memberhentikan penghantaran mereka ke Malaysia bermula akhir bulan Mei 2016.

40. PN-1342-L25358 Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dengan kenaikan di luar kawalan harga rumah hari ini, adakah Kementerian yakin slogan satu keluarga satu rumah mampu di realisasikan menjelang tahun 2020 kelak.

41. PN-1342-L25223

Dato' Hoh Khai Mun minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian akan terus bergantung kepada import bagi menampung komoditi makanan dan ternakan di negara kita serta bagaimana Kementerian mempelbagaikan komoditi domestik.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 7

42. PN-1342-L25177 Datuk Koh Chin Han minta PERDANA MENTERI menyatakan persediaan yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghadapi krisis atau kemalangan dan sistem pengangkutan keretapi yang tergendala dan apakah Prosedur Operasi Standard ("Standard Operating Procedure") yang dilaksanakan oleh Kementerian dalam pengurusan krisis atau kemalangan tersebut.

43. PN-1342-L25188

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah usaha yang dijalankan untuk menyekat kehadiran kontraktor-kontraktor haram yang terdiri dari rakyat asing yang menjalankan kerja pembinaan di negara ini secara kecil-kecilan.

44. PN-1342-L25830

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sebagai merealisasikan usaha Kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, sudah berapa ramaikah penyelidik setakat ini yang serius untuk mengkomersilkan produk yang dihasilkan melalui pelbagai agensi di bawah MOSTI, lebih-lebih lagi dengan adanya peruntukan berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Bajet 2016 kepada MOSTI.

45. PN-1342-L25333

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan dalam memastikan lebih banyak jabatan dan agensi Kerajaan menerima pengiktirafan ISO 37001 yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada September tahun ini.

46. PN-1342-L25305

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan pengganas Islamic State (IS) di negara ini.

47. PN-1342-L25107

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kajian Bank Negara Malaysia (BNM) yang merumuskan golongan B40 dan M40 masih belum berkemampuan membeli rumah mampu milik selepas harga minimum jauh melangkaui kemampuan golongan ini yang pendapatan bersih hanya "sekadar cukup makan" sahaja.

48. PN-1342-L25824

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan daripada keseluruhan tawaran biasiswa MARA yang diperuntukkan kepada anak-anak Bumiputera di seluruh Malaysia bagi melanjutkan pengajian di luar negara, apakah statistik terkini agihan peruntukan tersebut kepada anak-anak Bumiputera cemerlang di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah mengikut bidang/jurusan dipilih di luar negara.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

8 AUM DN 13/6/2016

49. PN-1342-L25812 Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penjelasan atas kemajuan yang dicapai oleh Malaysia Airlines Berhad semenjak mengambil alih dan merombak pentadbiran MAS dan adakah proses pemulihan di bawah Khazanah Nasional akan mencapai kejayaan dan mengembalikan semula kegemilangan syarikat penerbangan negara.

50. PN-1342-L25805

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peranan dan penglibatan negara kita terhadap kestabilan serantau khususnya isu-isu kesejahteraan alam sekitar.

51. PN-1342-L25658

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mempromosi dan membantu pameran-pameran yang dianjurkan oleh pihak Muzium Negara yang kurang mendapat sambutan dari masyarakat.

52. PN-1342-L25128

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah Kerajaan bagi menjadikan negara ini lebih inovatif, meningkatkan produktiviti dan penggunaan pengetahuan lebih berkesan untuk pembangunan ekonomi bagi kesejahteraan rakyat.

53. PN-1342-L25087

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu garis panduan khusus berkaitan tuntutan insurans kemalangan bagi melindungi mereka yang terlibat daripada ditipu pihak yang tidak bertanggungjawab.

54. PN-1342-L24961

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang kebaikan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat ke dalam Malaysia.

55. PN-1342-L25370

Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan terhadap perkhidmatan kereta sapu profesional (Uber, Grabcar dan Blacklane) yang tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk beroperasi namun mendapat reaksi positif dari masyarakat ekoran sistem perkhidmatan teksi yang didakwa mengecewakan.

56. PN-1342-L25183

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pertimbangan yang diambil untuk melaksanakan perbincangan dengan negara-negara serantau mengenai isu pelacuran, memandangkan Malaysia berada di nombor ke lapan seluruh dunia, berdasarkan laporan “The Countries with the Most Prostitutes yang diterbit oleh Live & Invest Overseas”.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 9

57. PN-1342-L25785 Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus isi rumah keseluruhan rakyat Malaysia yang sudah memiliki kediaman termasuk isi rumah miskin. Berapa peratuskah kadar kemiskinan berjaya diatasi termasuk miskin tegar melalui Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia ke Sepuluh.

58. PN-1342-L25639

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik kes buli yang melibatkan pelajar sekolah semenjak tahun 2010 hingga sekarang. Apakah langkah yang telah diambil bagi membendung gejala ini yang dilihat semakin serius.

59. PN-1342-L25693 Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sebab-sebab kegagalan UIAM mencapai taraf sebagai sebuah universiti penyelidikan dan kemerosotan kedudukan UIAM dalam “World University Ranking”.

60. PN-1342-L25113 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tahap keselamatan di sekolah-sekolah yang terdedah dengan ancaman kongsi gelap, mutu keselamatan yang longgar, kualiti makanan di kantin serta baru-baru ini risiko diancam binatang berbisa.

61. PN-1342-L25000

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berhubung dengan Pelan Strategik Kebangsaan Mengenai HIV & AIDS 2011-2015 (“The National Strategic Plan on HIV & AIDS 2011-2015”), menjelaskan hasil keberkesanan usaha yang telah dilakukan sepanjang tahun 2011-2015 untuk meningkatkan liputan dan kualiti penjagaan, rawatan dan sokongan bagi pesakit HIV dan keluarga pesakit HIV.

62. PN-1342-L25364

Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Kementerian dalam membentuk kerjasama dengan Kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ekoran ramai kaum Melayu dan Bumiputera yang terpaksa berpindah keluar dan menyewa pada hujung usia.

63. PN-1342-L25070

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah penyebaran masalah penyakit “Parkinsons Disease”, “Dementia” dan “Alzheimer” dari segi nisbah penduduk dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit-penyakit ini.

64. PN-1342-L24974

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berdasarkan hasil kajian Kementerian, apakah faktor utama dan faktor penyumbang kenaikan di luar kawalan harga rumah mampu milik hari ini walaupun dibina di luar kawasan bandar dan pinggir bandar.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

10 AUM DN 13/6/2016

65. PN-1342-L25799 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan bekalan keperluan harian mencukupi, terutamanya ketika menyambut musim perayaan sedangkan negara masih menghadapi musim kemarau.

66. PN-1342-L25455

Tuan Chia Song Cheng mintak MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan saluran interaksi dengan rakyat agar lebih memahami polisi dan dasar yang dijalankan oleh Kerajaan.

67. PN-1342-L25665

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha yang akan dilakukan untuk mengurangkan kebanjiran pekerja asing di sektor pelancongan dan peruncitan.

68. PN-1342-L25171

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan dalam mengurangkan salah laku dan kegiatan rasuah dalam pengurusan syarikat GLC dengan efektif.

69. PN-1342-L25269

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang wajar dikenakan oleh Kementerian terhadap pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terlibat dengan sindiket penyeludupan migran antarabangsa yang ditumpaskan polis baru-baru ini.

70. PN-1342-L25543

Tan Sri Nalla K. S. minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kementerian membangunkan sebarang aplikasi untuk mengenal pasti potensi berlakunya banjir.

71. PN-1342-L25298

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah yang mendorong Kerajaan untuk memperkenalkan Dasar Permit Import (AP) Terbuka yang akan dilaksanakan mulai Januari 2017, serta apakah jangkaan Kerajaan mengenai kesan pelaksanaannya terhadap iklim pemasaran kenderaan di negara ini.

72. PN-1342-L25033

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa jumlah Sekolah K9 (Sekolah Komprehensif Tahun 1 hingga Tingkatan 3 di Sekolah yang sama) yang telah dan akan dibina di negeri Pahang, Perak dan Kelantan kerana ia banyak membantu mengatasi isu keciciran pelajar luar bandar terutamanya pelajar Orang Asli.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 11

73. PN-1342-L25257 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kedudukan Malaysia dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia yang terkini, serta apakah langkah Kementerian untuk terus mengukuhkan daya saing dan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.

74. PN-1342-L25612

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa kutipan GST yang telah dikutip mengikut negeri bagi tahun 2015 dan 2016 setakat ini.

75. PN-1342-L25594

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pusat perjudian haram yang telah dirampas dan disita bagi tahun ini. Bolehkah Kementerian memberi keterangan jenis-jenis perjudian haram yang terdapat di negara kita.

76. PN-1342-L25528

Tan Sri Nalla K. S. minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah perlaksanaan Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan mengapakah peruntukan dana dari SEDIC dilihat diagihkan melalui kuota berkaitan dengan politik dan tidak secara terbuka kepada seluruh kaum India.

77. PN-1342-L25129

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 dan nyatakan bilangan permohonan yang ditolak serta nyatakan faktor-faktor penolakan permohonan berkenaan.

78. PN-1342-L25544

Dato' Sri Khairudin Samad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk berunding dengan Kerajaan Arab Saudi agar memberi kelonggaran syarat menunaikan ibadat haji dan umrah bagi golongan wanita berumur 45 tahun ke bawah yang tidak mempunyai mahram terutamanya ibu tunggal, balu, dan golongan yang belum berkahwin.

79. PN-1342-L25342 Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini pencapaian Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan apakah usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan bagi memastikan ASEAN melalui AEC ini akan menjadi sebuah komuniti yang berdaya saing, berintegrasi dan inklusif.

80. PN-1342-L25007

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendekatan Kerajaan untuk menarik lebih banyak “cruise” singgah di pelabuhan Malaysia seperti Klang, Langkawi dan Pulau Pinang.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

12 AUM DN 13/6/2016

81. PN-1342-L25712 Tuan Ramli bin Shariff minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan Pusat bagi membantu meringankan, melicinkan dan memendekkan tempoh masa permohonan golongan asnaf untuk mendapatkan bantuan zakat di peringkat negeri-negeri.

82. PN-1342-L25729 Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jumlah penagih dadah mengikut kadar umur dan langkah-langkah yang diambil dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

83. PN-1342-L25605

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan fenomena perubahan cuaca secara mendadak mengundang kepada bencana alam seperti banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini. Musibah seperti ini membawa kesukaran kepada rakyat. Adakah negara selesa dengan rancangan semasa untuk berhadapan dengan keadaan sebegini.

84. PN-1342-L25151

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta PERDANA MENTERI menyatakan kesan kejatuhan harga minyak ke atas operasi, biasiswa dan pendapatan PETRONAS dan jumlah pemberhentian pekerja tempatan bagi setiap negeri.

85. PN-1342-L25314 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad tidak menurun sungguhpun harga bahan bakar jana elektrik seperti petroleum, gas dan arang batu telah turun mendadak.

86. PN-1342-L25042

YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi memperkasakan sistem keselamatan sempadan negara termasuk membendung penyeludupan migran antarabangsa.

87. PN-1342-L25685

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tentang mengapa Kementerian pada masa kini lebih memberi penekanan terhadap pencapaian modal insan (“Human Capital”) di sekolah rendah dan menengah daripada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah digubal dalam dekad 1990-an.

88. PN-1342-L25538

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan rakyat Kelantan terutamanya masyarakat luar bandar rata-rata mengalami masalah bekalan air, lebih-lebih lagi pada musim kemarau ini. Persoalannya tidakkah ada pihak Kerajaan Pusat untuk mengambil alih hal-hal bekalan air di Kelantan ini. Jika tidak, masalah ini akan berterusan menjadi masalah kepada rakyat. Saya amat yakin Kerajaan Kelantan yang ada hari ini sudah tidak boleh dan tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air ini.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 13

89. PN-1342-L25472 Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda di Sekolah Menengah kebanyakannya dilaksanakan di luar waktu sekolah, ini menyebabkan kelas POL ini tidak begitu efektif dan sempurna. Adakah Kementerian bercadang untuk melaksanakan Kelas POL di waktu sekolah untuk mengelak berlakunya keciciran pelajar mempelajari Bahasa Ibunda.

90. PN-1342-L25651

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengenai bangunan-bangunan lama yang diisytiharkan sebagai bangunan warisan. Senaraikan kriteria yang harus dipenuhi pada sesuatu bangunan itu untuk diisytiharkan sebagai bangunan warisan.

91. PN-1342-L25374

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan usaha yang akan dilakukan untuk mempopularkan Keramat Mall sebagai pusat membeli belah, memandangkan ia terletak di tempat yang strategik tetapi hanya 60 peratus premis perniagaan diisi oleh para peniaga.

92. PN-1342-L25690

Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah ada usaha-usaha yang khusus oleh Kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik kepada kakitangan sektor swasta terutama sekali pekerja kolar biru.

93. PN-1342-L24994

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melebarkan lorong Lebuh Raya Utara-Selatan daripada dua lorong kepada tiga lorong bermula dari Slim River ke bahagian Utara seperti Kedah dan Perlis agar seiring dengan tiga lorong lebuh raya di bahagian Selatan.

94. PN-1342-L25762

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah pihak Kementerian dalam menangani penyeludupan, pemerdagangan manusia, rokok, dadah dan pil Kuda di sempadan negara.

95. PN-1342-L24980

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan inisiatif menggalakkan pengeluaran dan pemasaran kenderaan cekap tenaga (EEV) melalui Dasar Automotif Nasional (NAP).

96. PN-1342-L25316

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pengilang dan premis makanan yang didapati bersalah kerana kegagalan dan pengabaian aspek kebersihan sepanjang lima tahun lalu, tindakan yang dikenakan terhadap mereka, serta langkah-langkah bagi mempertingkatkan pematuhan terhadap aspek berkenaan.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

14 AUM DN 13/6/2016

97. PN-1342-L25099 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapakah bunga kebangsaan negara iaitu bunga raya (“Hibiscus”) sudah jarang didapati dan ditanam di seluruh negara khususnya di taman-taman rekreasi dan tempat pelancongan negara .

98. PN-1342-L25408

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan peserta Skim Perlindungan Keselamatan Sosial dan berapakah nilai pampasan, gratituiti atau faedah yang dibayar dalam tahun 2015 dan 2016.

99. PN-1342-L25593

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai status implementasi program MyBeras setakat ini. Berapakah keluarga yang menerima bantuan MyBeras dan apakah cara permohonan bagi keluarga miskin tegar.

100. PN-1342-L25771

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi memastikan pengguna media sosial agar tidak diperdaya oleh sindiket “Love Scam”.

101. PN-1342-L25382

Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai penyertaan dan pelaburan yang dilaksanakan oleh FELCRA Bhd dalam menubuhkan pasukan bolasepak FELCRA FC dan menyertai pertandingan piala FAM pada tahun 2015 dan 2016. Berapa nilai pelaburan (juta ringgit) dalam setahun dan sumber kewangan dalaman FELCRA yang digunakan untuk membiayai penubuhan dan penyertaan tersebut. Apakah pulangan yang di terima oleh FELCRA dan juga kepada peserta dan seterusnya FELCRA itu sendiri.

102. PN-1342-L25620

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berkenaan pelajar tajaan GLC di Peringkat PHD dan Masters yang pulang berkhidmat kembali kepada penaja tetapi tidak diberi jawatan serta gred gaji yang bersesuaian dan hilang “seniority” dalam gred pekerjaan dan gaji. Apakah langkah Kerajaan bagi memastikan satu garis panduan atau “guideline” untuk memastikan “the returning top talents” ini diberi jawatan, pakej gaji yang bersesuaian dan bukan setaraf dengan Peringkat Sarjana/”Degree” bagi mengurangkan situasi “brain drain” yang dihadapi kini.

103. PN-1342-L25506

Datuk Lihan Jok minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota RELA di seluruh negara, dan sejauh manakah peranan RELA disusun semula untuk memenuhi keperluan keselamatan negara pada masa sekarang.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 15

104. PN-1342-L25451 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kejayaan Program SAS (“Separation At Source”) yang dilaksanakan tahun lepas dalam membantu mengurangkan sisa pepejal, tahap kesedaran penduduk terhadap program ini dan sama ada Kerajaan akan melanjutkan tempoh tanpa denda untuk tempoh satu tahun lagi.

105. PN-1342-L25429

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kerakyatan orang yang ditangkap dan dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan bagi tahun 2010 hingga 2015.

106. PN-1342-L25707

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sebab-sebab mengapa Kedutaan Malaysia di Brussel, Belgium yang merupakan pejabat utama Kesatuan Eropah (EU), tidak dinaikkan taraf sebagai sebuah kedutaan penting yang strategik seperti Pejabat Misi PBB Malaysia di New York, USA dan Kedutaan Malaysia di Washington, D.C.

107. PN-1342-L25064

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha bas berhenti-henti di bawah Skim ISBSF (“Interim Stage Bus Support Fund”) pada tahun 2015 dan juga menyatakan kemajuan Program SBST (“Stage Bus Services Transformation”) iaitu sama ada kawasan yang dipilih akan ditambah dan tarikh perlaksanaan.

108. PN-1342-L25737

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah duti import atau pun tarif import ke atas barangan Malaysia berjaya dilaksanakan berikutan Perjanjian Perdagangan Bebas FTA (“Free Trade Agreement”) ditandatangani dengan negara-negara seperti Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Australia, Turki dan sebagainya dan adakah penilaian semula diadakan bagi memastikan perjanjian tersebut benar-benar membantu serta memanfaatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana di negara kita dalam meningkatkan ekonomi rakyat secara terus.

109. PN-1342-L25194

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha-usaha yang telah dibuat untuk mempertingkatkan pengasingan sisa pepejal di kalangan pengguna dalam mencapai 22% sisa kitar semula menjelang 2020.

110. PN-1342-L25582

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah persediaan yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk menghadapi Sukan SEA 2017 selain daripada mempelawa rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

16 AUM DN 13/6/2016

111. PN-1342-L25093 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia merombak semula prosedur dan polisi yang ditetapkan dalam memastikan setiap anggota imigresen yang dipertanggungjawabkan menjalankan amanah mereka dengan baik dan tidak terjebak dengan aktiviti rasuah.

112. PN-1342-L24967

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha yang telah dibuat setakat ini dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

113. PN-1342-L25616

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan mempunyai satu modul bagi membantu golongan “Transgender” supaya mereka ini tidak terpesong sambil mewujudkan ruang untuk berdikari mencari nafkah hidup yang halal.

114. PN-1342-L25280 Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) bilangan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara kerana terbabit dengan kesalahan mengedar dadah serta cubaan membawa dadah masuk ke negara ini; dan

(b) apakah punca menyebabkan Malaysia menjadi sasaran tempat

transit untuk pengedaran dadah dari luar negara ke negara lain, serta apakah usaha Kerajaan bagi membendung dan menyekat kegiatan berkenaan.

115. PN-1342-L25792

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah tumpuan terhadap pengurusan LINUS di sekolah dapat mempertingkatkan penguasaan pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan berkualiti dan berkemampuan yang telah disasarkan sebagai sub-NKRA pendidikan negara.

116. PN-1342-L25566

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status penggunaan vaksin denggi di negara ini dibenarkan ataupun tidak, rentetan daripada kenyataan media yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan pada 17 Mei 2016 di mana vaksin ini masih di peringkat kajian dan keputusannya masih belum diketahui.

117. PN-1342-L25350

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun perumahan anggota polis di Sabah oleh kerana kadar sewa rumah di Sabah agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 17

118. PN-1342-L25574 Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah pemohon yang telah memohon program My Deposit iaitu bantuan awal pembelian rumah sebanyak 10% daripada harga rumah dengan maksimum sebanyak RM30,000.00 bagi setiap pemohon dan nyatakan statistik mengikut umur 20-30 dan 30 ke atas.

119. PN-1342-L25041

YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh manakah Indek Belia Malaysia (IBM) berperanan memantau perkembangan kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia.

120. PN-1342-L25021

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegah penyeludupan senjata api ke Malaysia memandangkan penjenayah sekarang dilengkapkan dengan senjata api yang canggih dalam kegiatan haram mereka.

121. PN-1342-L25520

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Felda bercadang untuk membangunkan mana-mana rancangan yang mempunyai daya saing menjadi Bandar Baru Moden yang memberi peluang kepada penerokanya menikmati taraf ekonomi lebih tinggi. Jika ada perancangan, Rancangan Felda yang mana.

122. PN-1342-L25263

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha dan langkah strategik yang telah dirangka oleh Kementerian dalam memperkukuh kefahaman pelajar terhadap Rukunegara serta prinsipnya bagi memperkasa semangat patriotisme yang tinggi bagi menangani serta menyekat dakyah dan ideologi militan, fanatisme dan ekstremisme di sekolah-sekolah.

123. PN-1342-L25130

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan inisiatif Kerajaan bagi program pembangunan belia yang komprehensif untuk melahirkan generasi belia yang positif ke arah pembentukan belia holistik di negara ini.

124. PN-1342-L25435

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan perkembangan pemasangan sistem “Supervisory Control And Data Acquisition” (SCADA) bagi projek RTB Sungai Kelantan Fasa 1.

125. PN-1342-L25515

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menambah hasil tangkapan ikan negara, dan nyatakan usaha untuk memulihkan sumber perikanan di laut.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

18 AUM DN 13/6/2016

126. PN-1342-L25607 Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah faktor penyebab sering berlaku banjir di kawasan bandaraya Kuala Lumpur khususnya di kawasan Lembah Pantai dan sekitarnya, apabila berlaku hujan lebat walaupun hanya untuk 2 atau 3 jam sahaja.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 19

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.9/2015) Rang Undang-undang Kanun Tatacara

Jenayah (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. (D.R.12/2015) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

3. (D.R.4/2016) Rang Undang-Undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 [Menteri Dalam Negeri]

4. (D.R.6/2016) Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 [Menteri Pengangkutan]

5. (D.R.10/2016) Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016 [ Menteri Pengangkutan ]

6. (D.R.1/2016) Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

7. (D.R.7/2016) Rang Undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

8. (D.R.8/2016) Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

20 AUM DN 13/6/2016

9. (D.R. 9/2016) Rang Undang-Undang Hakmilik Strata

(Pindaan) 2016 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

Bacaan Kali Yang Kedua

10. (D.R.11/2016) Rang Undang-Undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 21

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN NEGARA)

TAHUN 2016

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.61 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2015

13 Jun 2016

CMD. 5 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian / Jabatan Kerajaan Persekutuan Tahun 2015

13 Jun 2016

CMD.6 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

CMD. 7 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan dan Pengurusan Syarikat Subsidiari Serta Pengurusan Kewangan Siri 1 Tahun 2015.

13 Jun 2016

CMD.8 Laporan Maklum Balas Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2015 dan Aktiviti Kementerian / Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Bagi Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

CMD. 9 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

CMD. 10 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

CMD. 11 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

22 AUM DN 13/6/2016

TAHUN

2016 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD. 12 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

CMD. 13 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 14 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 15 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 16 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 17 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 18 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 19 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016

CMD. 20 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2015 Siri 1

13 Jun 2016

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileAUM DN 13/6/2016 3 ... di perairan negara khususnya di Laut Cina Selatan. ... di Rompin, Pahang telah berjaya meningkatkan imej pendidikan

AUM DN 13/6/2016 23

TAHUN

2016 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.21 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2015 Siri 1.

13 Jun 2016