Malaysia telah banyak menyumbangkan kepakaran di peringkat antarabangsa semenjak dari zaman...

15
Malaysia telah banyak menyumbangkan kepakaran di peringkat antarabangsa semenjak dari zaman penjajahan portugis di Melaka pada tahun 1511 sehinggala pada era Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak sekarang. Sumbangan Malaysia kepada dunia luar amat luas dan merangkumi pelbagai bidang dan agenda. Antaranya ialah bidang industri, politik pertanian, sukan, hiburan, pelancongan, sejarah ketamadunan bangsa serta agama dan sebagainya lagi yang membolehkan Malaysia di kenali di peringkat serata dunia. Ramai pemimpin negara yang telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang. Contohnya Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Malaysia yang keenam Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kesemua mereka telah memberi sumbangan yang berharga kepada Malaysia sejak dahulu, kini dan akan datang. Tun Dr. Mahathir Mohammad juga telah banyak berkorban demi negara Malaysia dengan memberi pelbagai sumbangan-sumbangan untuk memajukan negara.

Transcript of Malaysia telah banyak menyumbangkan kepakaran di peringkat antarabangsa semenjak dari zaman...

Malaysia telah banyak menyumbangkan kepakaran di peringkat antarabangsa semenjak dari zaman penjajahan portugis di Melaka pada tahun 1511 sehinggala pada era Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak sekarang. Sumbangan Malaysia kepada dunia luar amat luas dan merangkumi pelbagai bidang dan agenda. Antaranya ialah bidang industri, politik pertanian, sukan, hiburan, pelancongan, sejarah ketamadunan bangsa serta agama dan sebagainya lagi yang membolehkan Malaysia di kenali di peringkat serata dunia. Ramai pemimpin negara yang telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang. Contohnya Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Malaysia yang keenam Dato Seri Najib Tun Razak. Kesemua mereka telah memberi sumbangan yang berharga kepada Malaysia sejak dahulu, kini dan akan datang. Tun Dr. Mahathir Mohammad juga telah banyak berkorban demi negara Malaysia dengan memberi pelbagai sumbangan-sumbangan untuk memajukan negara.

Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan bahawa tarikh lahir beliau, sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau adalah putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis. Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicine berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz (kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar. Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Beliau juga cukup dikenali dengan "Dr. M". Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Tanah Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana menggunakan nama timangan iaitu "Che Det" sebagai nama pena yang diterbitkan oleh akhbar The Straits Times Singapura antara tahun 1946-1950. Pada tahun 1946, beliau merupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Penglibatan beliau dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun 1950an kerana masih menuntut di Universiti. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan beliau bergiat semula dalam bidang politik. Dr. Mahathir telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi beliau menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, beliau diberi kepercayaan menjadi calon dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, dan kemudianya sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, dan sebagai Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974.Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas". Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang kerjaya politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia. Walaupun terdapat banyak pandangan yang berbeza dari segi tindakan dan pemikiran, tetapi sumbangan beliau terhadap Malaysia tidak boleh dinafikan.

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindakbalas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia. Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ke timur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat betapa pentingnya peranan swasta. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorientasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr. Mahathir memperkenalkan kempen Bersih, Cekap, Amanah dan kemudian Kepimpinan Melalui Teladan. Di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, pentadbiran negara Malaysia telah melalui pelbagai perubahan dan pembaharuan. Beliau memperkenalkan konsep persyarikatan Malaysia pada tahun 1983. Pembaharuan pentadbiran adalah bertujuan untuk pembangunan negara. Perubahan yang ketara dalam sektor awam memperlihatkan satu peralihan paradigma yang merangkumi bukan sahaja perubahan struktur dan sistem, tetapi juga nilai, sikap dan pemikiran anggota perkhidmatan awam atau kakitangan kerajaan. Peranan baru ini telah meletakkan kepentingan hubungan yang erat antara sektor awam dan sektor swasta dalam semangat Pensyarikatan Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) sektor awam terus melaksanakan program pembaharuan semasa serta memperkenalkan inisiatif baru bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada orang awam. Usaha juga akan terus dipertingkatkan penyampaian perkhidmatan untuk memenuhi kehendak sektor swasta terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan dan perniagaan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) kerajaan di bawah pimpinan beliau telah mengambil usaha untuk memperkenalkan perubahan bagi mempertingkatkan budaya kecermelangan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Program pembaharuan pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi bidang-bidang yang luas, iaitu pengurusan kualiti, perlaksanaan Piagam Pelanggan, penghasilan inovasi, pembaikan kepada sistem dan prosuder kerja, pengukuran produktiviti dan prestasi, peluasa penggunaan teknologi maklumat, pengukuhan struktur organisasi, pembaikan dalam pengurusan anggota awam, penerapan nilai positif dan etika kerja, perwujudan sistem inspektor dan perlaksanaan Dasar Syarikat Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh, Kerajaan terus memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki pentadbiran dan pengurusan. Langkah-langkah telah diambil bagi memastikan usaha pembaharuan berjalan dengan lancar dan berkesan. Langkah yang diambil telah diteruskan dan inisiatif baru akan diteroka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam disamping mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan sektor swasta. Maklumat ini akan hanya dapat dicapai melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih mengutamakan pelanggan, pembaikan kepada sistem dan prosedur kerja, penekanan kepada prestasi dan hasil, pengukuhan struktur organisasi dan pengurusan anggota sektor awam, pembaikan sistem pengesanan projek, pengukuhan akauntabiliti, disiplin dan etika kerja, follow-up dan follow through perlaksanaan program serta pengukuhan kerja sektor awam dan swasta. Pada 28 Februari 1991, Dr. Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr. Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996, Dr. Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah era maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan kad pintar serbaguna. Di satu hujung MSC terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar PETRONAS. Selain itu, ia juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi dan Putrajaya bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Semua projek berbilion ringgit ini dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia kerap menghadapi kritikan sewaktu ia mula dilaksanakan.

Ramai menganggap Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling berani dan lantang sehingga kini. Sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa Dr. Mahathir secara berani dan terbuka menyuarakan pendirian negara. Beliau dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam. Antara lainnya, Dr. Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an.

Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Dr. Mahathir dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bahawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari puncanya. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah pemimpin serba boleh, yang mungkin hanya satu dalam sejuta. Beliau adalah doktor, arkitek, jurutera, artis pakar niaga dan pemidato. Beliau juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelakasana. Beliau adalah ayah dan sahabat. Paling penting beliau adalah negarawan terulung yang dilahirkan di bumi bertuah ini. Pada Mei 2003, satu koleksi 14 buku tentang pemikiran dan wawasan Dr. Mahathir telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebuah Institut pemikiran Dr. Mahathir juga sedang dibangunkan.

Di bawah pentadbiran Dr. Mahathir juga, industri teknologi maklumat (IT) telah diperkenalkan di negara ini. Penggunaan IT dalam sektor awam diperluaskan dengan tumpuan kepada pembangunan insfrastruktur IT bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan produktiviti. Usaha ini akan merealisasikan objektif ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang kurang menggunakan kertas. Program IT kerajaan akan memberi tumpuan kepada penggubalan standard IT, pembangunan pangkalan data wam, perlaksanaan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN), peningkatan keselamatan komputer dan rangkaian komputer, pembangunan anggota IT serat kesedaran terhadap IT. Penggubalan Pelan Standard IT akan menggariskan Standard untuk Pertukaran Data Elektronik (EDI), prosedur perolehan, sistem metodologi pembangunan sistem serta prosedur dan garis panduan untuk pengumpulan dan penyebaran maklumat. Dari segi metodologi pembangunan, perhatian akan diberikan kepada pendekatan object-oriented yang bertujuan meningkatkan produktiviti pembangunan perisian melaui pengurangan dalam kos pembangunan kitaran hayat dan meningkatkan perisian mudah alih. Projek MEASAT dalam usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat, pembangunan Lebuhraya Maklumat dan Koridor Raya Multimedia (MSC) menerusi insfrastruktur telekomunikasi telah memberi kejayaan yang cemerlang. Pelancaran satelit milik Malaysia, iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) pada Januari 1996 telah meletakkan Negara Malaysia di ruang angkasa globalisasi. Ini membolehkan perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan IT diperoleh secara langsung dan serentak dari satu tempat ke satu tempat dan keseluruh pelusuk negara serta hampir seluruh Asia Timur. Penggunaan gentian optik, stesen bumi dan satelit, kabel darat dan dasar laut, teknologi pancaran tanpa talian dan selular serta teknologi broadband dan digital yang sama-sama membentuk insfrastruktur telekomunikasi abad ke 21 Malaysia akan membolehkan penghantaran secara meluas aplikasi IT seperti video, grafik, suara, multimedia, cetakan desktop, perniagaan secara virtual, LTC pendidikan jarak jauh, tele-perubatan dan aplikasi IT yang lain.

Selain itu, Malaysia memiliki keupayaan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan dan telekomunikasi dan IT-nya dengan perlaksanaan sepenuhnya insfrastruktur ini. Melalui kupasan tentang tajuk ini, ianya telah membuka mata dan minda kita selaku rakyat Malaysia untuk sama memberikan satu kerjasama bagi melicinkan perlaksanaan dan rancangan barisan pemimpin dalam merangka pembangunan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara sekali gus meletakkan negara Malaysia sebaris negara maju yang lain di dunia. Pelbagai rancangan yang bakal dilaksanakan adalah untuk rakyat dan negara. Bagi sama-sama menjaga negara kita ke arah keamanan dan kesejahteraan yang berterusan, kita sendiri perlu menanamkan semangat cintakan negara dan memberi kerjasama dalam terus menjulang nama Malaysia.Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengumumkan dasar kependudukan 70 juta di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan September 1982. Dasar ini berperanan untuk mencapai matlamat negara Malaysia yang mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100tahunakan datang. Selain itu dasar ini juga bertujuan menyediakan tenaga kerjayangcukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung kepada tenaga kerja asing, meningkatkan daya pengeluaran negara, meningkatkan daya pembelian nasional atau pasaran tempatan, dan untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yangamandan negara yang kuat dari segi pertahanan.Sebagai kesimpulannya, era pantadbiran Dr. Mahathir Bin Mohamad telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam negara Malaysia. Dr. Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari dibelenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara. Tun Dr Mahathir Mohamad memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.