Mangsa-pemangsa (prey – predator)

15
Mangsa-pemangsa (prey – predator) • Pemangsa memburu dan membunuh haiwan lain sebagai makanan. • Haiwan yang diburu dan dibunuh dikenali sebagai mangsa. • Pemangsa merupakan karnivor dan biasanya lebih besar daripada mangsa. • Biasanya pemangsa mempunyai gigi dan cakar yang tajam, penglihatan yang baik,boleh berlari pantas dan ada yang mempunyai bisa. • Contoh hubungan mangsa-pemangsa: a)ikan yu putih makan anjing laut dan singa laut b) katak dan kodok makan lalat,nyamuk dan serangga lain c) harimau makan rusa dan kambing

description

Mangsa-pemangsa (prey – predator). Pemangsa memburu dan membunuh haiwan lain sebagai makanan . Haiwan yang diburu dan dibunuh dikenali sebagai mangsa . Pemangsa merupakan karnivor dan biasanya lebih besar daripada mangsa . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Page 1: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Mangsa-pemangsa(prey – predator)

• Pemangsa memburu dan membunuh haiwan lain sebagai makanan.

• Haiwan yang diburu dan dibunuh dikenali sebagai mangsa.• Pemangsa merupakan karnivor dan biasanya lebih besar

daripada mangsa.• Biasanya pemangsa mempunyai gigi dan cakar yang tajam,

penglihatan yang baik,boleh berlari pantas dan ada yang mempunyai bisa.

• Contoh hubungan mangsa-pemangsa:a)ikan yu putih makan anjing laut dan singa lautb) katak dan kodok makan lalat,nyamuk dan serangga lainc) harimau makan rusa dan kambing

Page 2: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Simbiosis

• Dalam simbiosis, dua organisma dari spesies yang berbeza hidup bersama dan hubungannya dalam masa yang lama.

• Terbahagi kepada 3 jenis:a) komensalismeb) mutualismec) parasitisme

Page 3: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Komensalisme • Dalam komensalisme, satu organisma beruntung dan yang lain

tidak terjejas.• Organisma yang beruntung ialah komensal. Organisma yang

lain disebut perumah.• Contoh-contoh komensalisme:

a) ikan remora ,melekat pada badan ikan yu dan mendapatkan perlindungan dan pengangkutan. Ikan yu tidak terjejas.b) orkid yang hidup pada pokok mendapat untung dari segi ketinggian pokok untuk mendapatkan lebih cahaya matahari. Orkid membuat makanan sendiri dan tidak menjejaskan pokok yang ditumpanginya.

Page 4: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Kesalingan (mutualisme)• Dalam kesalingan, kedua-dua organisma beruntung dari

hubungan yang erat.

• Contoh-contoh kesalingan ialah:a) liken terdiri daripada alga hijau dan kulat yang hidup bersama. Alga menerima perlindungan dari kulat. Kulat menyumbang karbon dioksida pada alga untuk menjalankan fotosintesis. Kulat yang tidak dapat menjalankan fotosintesis kerana tidak mempunyai klorofil, menerima makanan dan oksigen dari alga.

b) semut dan afid. Semut melindungi afid dari pemangsa dan afid merembes makanan pada semut.

Page 5: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Parasitisme • Parasitisme merupakan hubungan di antara perumah dan

parasit.• Parasit mendapat keuntungan daripada hubungan itu dan

menjejaskan perumah.• Terdapat dua jenis parasit :

a) ektoparasit- yang hidup di luar badan perumah. Contoh : nyamuk, pijat, sengkenit.b) endoparasit - yang hidup di dalam badan perumah. Contoh : cacing pita, cacing kerawit dalam usus manusia dan haiwan.

• Parasit mendapat makanan dan perlindungan dari perumah. Beberapa parasit akhitrnya membunuh perumah atau menjangkitkan perumah dengan penyakit.

Page 6: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Persaingan

• Persaingan berlaku apabila organisma di kawasan yang sama berebut untuk mendapatkan sumber-sumber sama yang terhad.

• Haiwan bersaing dengan satu sama lain untuk mendapatkan makanan, pasangan, air, ruang dan perlindungan.

• Tumbuhan bersaing untuk ruang , cahaya matahari, air dan mineral.

• Persaingan terbahagi kepada dua:

a) persaingan intraspesies Organisma yang sama spesies bersaing untuk mendapatkan

sumber-sumber.

b) persaingan interspesies Organisme dari spesies yang berbeza bersaing untuk

mendapatkan sumber-sumber.

Page 7: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Contoh –contoh persaingan

a) Pokok-pokok dalam hutan hujan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari dengan bertumbuh tinggi-tinggi.

b) Haiwan karnivor seperti harimau bintang dan singa bersaing untuk mendapatkan makanan.

Page 8: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Kawalan biologi (biological control)

• Kawalan biologi ialah cara mengawal haiwan perosak dengan menggunakan musuh semulajadi perosak itu.

• Kawalan biologi digunakan dalam pertanian untuk menggantikan penggunaan racun serangga (insektisid), dan racun perosak.

• Inteeraksi yang mungkin digunakan dalam kawalan biologimungkin mangsa-pemangsa, parasitisme atau persaingan.

Page 9: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

• Contoh-contoh kawalan biologi:a) Ikan dibela di kolam dan di tempat-tempat menakung air untuk

memakan larva nyamuk.b) Burung pungguk digunakan di sawah padi dan ladang kelapa sawit

untuk mengawal populasi tikus.

• Rumput khas ditanam di ladang kelapa sawit untuk mengawal populasi rumpai.

- Kebaikan kawalan biologi:a) cara ini tidak mencemar alam sekitarb) perosak tidak membentuk rintangan terhadap pemangsa atau parasit.c) agen yang digunakan dalam kawalan biologi tidak menjejaskan

kesihatan manusia atau membunuh organisma lain. Ini kerana agen menjejaskan mangsa atau perumah tertentu sahaja.

- Keburukan kawalan biologi:a) Jangka masa yang diambil untuk menjejaskan populasi perosak agak

lama. Cara kimia bertindak lebih cepat.

Page 10: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Sekian

Page 11: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Persaingan

• Persaingan berlaku apabila organisma di kawasan yang sama berebut untuk mendapatkan ________________________________.

• Haiwan bersaing dengan satu sama lain untuk mendapatkan __________, __________, air, ________ dan ________________.

• Tumbuhan __________ untuk _______ , cahaya matahari, ____ dan mineral.

• Persaingan terbahagi kepada dua:

a) persaingan _______________ Organisma yang _______ spesies bersaing untuk mendapatkan

sumber-sumber.

b) persaingan _______________ Organisme dari spesies yang _________ bersaing untuk

mendapatkan sumber-sumber.

Page 12: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Contoh –contoh persaingan

a) ________________ dalam hutan hujan bersaing untuk mendapatkan ______________dengan bertumbuh ______________.

b) Haiwan karnivor seperti ______________dan _____________ bersaing untuk mendapatkan __________.

Page 13: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Kawalan biologi (biological control)

• __________________ialah cara mengawal haiwan perosak dengan menggunakan ________________________ perosak itu.

• Kawalan biologi digunakan dalam pertanian untuk menggantikan penggunaan _________________(insektisid), dan _____________.

• Interaksi yang mungkin digunakan dalam kawalan biologi mungkin _______________, parasitisme atau ________________.

Page 14: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

• Contoh-contoh kawalan biologi:a) ________ dibela di kolam dan di tempat-tempat menakung air untuk

memakan _______________.b) __________________digunakan di sawah padi dan ladang kelapa sawit

untuk mengawal populasi _________.c) _______________ ditanam di ladang kelapa sawit untuk mengawal

populasi _____________.

- Kebaikan kawalan biologi:a) cara ini tidak _____________ alam sekitarb) perosak tidak ____________________terhadap pemangsa atau parasit.c) agen yang digunakan dalam kawalan biologi tidak menjejaskan

____________manusia atau _________ organisma lain. Ini kerana agen menjejaskan mangsa atau perumah tertentu sahaja.

- Keburukan kawalan biologi:a) Jangka masa yang diambil untuk menjejaskan populasi perosak agak

_________. Cara kimia bertindak lebih _________.

Page 15: Mangsa-pemangsa (prey – predator)

Exercise (latihan)1. Organisma yang hidup di dalam badan organisma lain

dan melemahkannya dipanggil _____________________.

2. Penggunaan satu organisma untuk mengawal populasi perosak dikenali sebagai ___________________

3. _____________________merupakan jenis interaksi antara organisma berlainan spesies di mana kedua-dua organisma beruntung.

4. ________________berlaku apabila banyak organisma memerlukan sumber-sumber asa yang sama.