Manipulatif

3
Nama : Muhammad Sahron Bin Mahmad Zulkepli No Matrik : PT 122161 CT Soalan 3: Manipulatif Manipulatif adalah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh digunakan untuk pelajar. Penggunaan BBM ini dapat menarik minat pelajar kerana pelajar dapat mengendali dan melihatnya dengan jelas. Manipulatif terbahagi kepada tiga aspek iaitu bahan sebenar (Real Objects), Models dan Mock- Up. Bahan sebenar (Real Objects) Bahan sebenar yang dimaksudkan ini melibatkan perkara seperti wang kertas, duit syiling, artifak, tumbuh-tumbuhan, binatang dan sebagainya. Ia dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bergantung kepada topik yang hendak dibincangkan. Contoh dalam Mata Pelajaran Geografi bagi tajuk jenis tumbuhan di hutan pantai, guru boleh membawa contoh daun pokok rhu ke dalam bilik darjah dan menunjukkan kepada para pelajar yang tidak pernah melihatnya. Langkah ini akan menarik minat pelajar untuk mengetahui dan belajar lebih lanjut tentang tajuk pelajaran tersebut. Models Model dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi sebagaimana yang dipersembahkan oleh bahan sebenar (real objects). Model dilihat sebagai rujukan yang lebih konkrit atau kukuh jika dibandingkan dengan gambar, lukisan atau videotape. Model boleh dipersembahkan dalam saiz tertentu sama ada lebih besar, kecil atau sama saiznya dengan objek sebenar yang ingin ditunjukkan. Aktiviti dalam bilik darjah menggunakan model dapat meningkatkan semangat ingin tahu pelajar dan membantu mereka dari aspek kognitif dan psikomotor. Contoh apabila guru Mata Pelajaran Geografi ingin menunjukkan bagaimana proses bumi mengelilingi matahari berlaku, guru menggunakan model untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana proses tersebut berlaku. Mock-up Mock-up memudahkan guru bagi menyampaikan sesuatu konsep. Sebagai contoh, komputer mempunyai komponen-komponen dalamannya yang tersendiri. Guru boleh melabelkan komponen tersebut atau aktiviti yang melibatkan penyediaan sistem elektrik di mana aktiviti boleh melibatkan pembabitan pelajar dalam penyediannya asalkan tidak mendatangkan risiko kepada mereka. Berdasarkan ketiga-tiga jenis manipulatif ini, penulis memilih untuk menggunakan bahan sebenar (real objects). Kriteria yang ada dalam Real Object amat sesuai dalam Mata Pelajaran Geografi kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya mendapatkannya di tempat asal dan dipersembahkan kepada pelajar di dalam bilik darjah. Contoh yang dapat penulis

Transcript of Manipulatif

Page 1: Manipulatif

Nama : Muhammad Sahron Bin Mahmad Zulkepli

No Matrik : PT 122161 CT

Soalan 3:

Manipulatif

Manipulatif adalah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh digunakan untuk pelajar. Penggunaan BBM ini dapat menarik minat pelajar kerana pelajar dapat mengendali dan melihatnya dengan jelas. Manipulatif terbahagi kepada tiga aspek iaitu bahan sebenar (Real Objects), Models dan Mock-Up.

Bahan sebenar (Real Objects)

Bahan sebenar yang dimaksudkan ini melibatkan perkara seperti wang kertas, duit syiling, artifak, tumbuh-tumbuhan, binatang dan sebagainya. Ia dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bergantung kepada topik yang hendak dibincangkan. Contoh dalam Mata Pelajaran Geografi bagi tajuk jenis tumbuhan di hutan pantai, guru boleh membawa contoh daun pokok rhu ke dalam bilik darjah dan menunjukkan kepada para pelajar yang tidak pernah melihatnya. Langkah ini akan menarik minat pelajar untuk mengetahui dan belajar lebih lanjut tentang tajuk pelajaran tersebut.

Models

Model dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi sebagaimana yang dipersembahkan oleh bahan sebenar (real objects). Model dilihat sebagai rujukan yang lebih konkrit atau kukuh jika dibandingkan dengan gambar, lukisan atau videotape. Model boleh dipersembahkan dalam saiz tertentu sama ada lebih besar, kecil atau sama saiznya dengan objek sebenar yang ingin ditunjukkan. Aktiviti dalam bilik darjah menggunakan model dapat meningkatkan semangat ingin tahu pelajar dan membantu mereka dari aspek kognitif dan psikomotor. Contoh apabila guru Mata Pelajaran Geografi ingin menunjukkan bagaimana proses bumi mengelilingi matahari berlaku, guru menggunakan model untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana proses tersebut berlaku.

Mock-up

Mock-up memudahkan guru bagi menyampaikan sesuatu konsep. Sebagai contoh, komputer mempunyai komponen-komponen dalamannya yang tersendiri. Guru boleh melabelkan komponen tersebut atau aktiviti yang melibatkan penyediaan sistem elektrik di mana aktiviti boleh melibatkan pembabitan pelajar dalam penyediannya asalkan tidak mendatangkan risiko kepada mereka.

Berdasarkan ketiga-tiga jenis manipulatif ini, penulis memilih untuk menggunakan bahan sebenar (real objects). Kriteria yang ada dalam Real Object amat sesuai dalam Mata Pelajaran Geografi kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya mendapatkannya di tempat asal dan dipersembahkan kepada pelajar di dalam bilik darjah. Contoh yang dapat penulis

Page 2: Manipulatif

kemukakan ialah dalam tajuk jenis-jenis tumbuhan di hutan pantai. Guru hanya perlu mendapatkan contoh daun pokok rhu, pokok kelapa, buah kelapa, pokok dan buah pandan kera, pokok ketapang, pokok tapak kuda dan sebagainya. Seterusnya guru akan melakukan aktiviti di kelas dengan meminta pelajar di dalam kumpulan memilih atau mengenal pasti jenis daun pokok-pokok yang terdapat di hutan pantai.

Walaupun guru tidak boleh menunjukkan pokok sebenar yang berada di hutan pantai, cukup sekadar menunjukkan contoh daun tumbuhan-tumbuhan tersebut sebagai wakil untuk pokok yang sebenar yang berada di hutan pantai.

Soalan 4 (i):

Pelbagai kaedah atau pendekatan yang boleh guru gunakan dalam usaha untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mata Pelajaran Geografi amat berkaitan dengan dunia sebenar dan alam sekitar atau pun persekitaran manusia. Jika guru tidak membantu atau membimbing pelajar untuk memahami dunia sebenar dalam Mata Pelajaran Geografi, maka para pelajar akan ketinggalan dan tidak memahami proses-proses yang berlaku dalam persekitaran. Oleh itu, usaha perlu dilakukan oleh guru untuk membawa pelajar ke dalam dunia geografi di samping meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap mata pelajaran ini. Selain dari pembelajaran di dalam bilik darjah, penulis memilih kaedah field trip sebagai salah satu langkah mendekatkan lagi pelajar dengan alam dan persekitaran serta proses sebenar. Field Trip merupakan lawatan lapangan untuk proses pembelajaran sebenar melibatkan manusia atau objek yang memberi kesempatan kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman ‘firsthand’. Aktiviti ini memberi ruang kepada pelajar untuk melihat bentuk-bentuk dan proses-proses sebenar yang tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah. Contohnya, untuk melihat proses luluhawa kimia dan fizikal, penulis akan membawa pelajar dalam lawatan lapangan ke sebuah gua bagi menyaksikan dengan sendiri bagaimana proses luluhawa kimia dan fizikal berlaku. Penulis akan menunjukkan kepada pelajar kesan proses-proses yang berlaku dan melihat sendiri bentuk-bentuk yang terhasil dari proses luluhawa di dalam gua. Lawatan ini dapat memberi gambaran sebenar kepada pelajar dan pembelajaran akan lebih menarik melalui pengalaman yang mereka terokai dan dapat.

Page 3: Manipulatif

Soalan 4 (ii):

Pelajar juga boleh menggunakan alam atau persekitaran untuk melihat proses-proses luluhawa yang berlaku bagi tujuan menerokai alam sebenar untuk dengan melayari laman web http://www.slideshare.net/norazurenjohari/luluhawa . Laman ini juga boleh membantu pelajar memahami tentang proses luluhawa yang berlaku di persekitaran mereka. Kaedah yang penulis kemukakan ini amat sesuai dengan tajuk proses luluhawa dalam Mata Pelajaran Geografi sebagaimana yang diperkatakan oleh Bandura (1986) dalam teori perlakuan model menekankan perhubungan rapat di antara persekitaran dan individu dalam mempelajari sesuatu. Menurut beliau, persekitaran turut memainkan peranan penting dalam menjana daya kognitif individu. Penjanaan ini akan menentukan serapan maklumat kekal atau pun sebaliknya untuk digunakan dimasa akan datang.

Kesimpulannya, pengalaman merupakan pengajaran yang terbaik untuk menerokai dan

melihat sendiri proses-proses dan bentuk-bentuk sebenar dalam pelajaran berkaitan proses luluhawa. Pengalaman sebenar ini akan dapat menambahkan keyakinan pelajar, memberi galakan semangat, meningkatkan lagi perasaan ingin tahu pelajar di samping memberi impak emosi yang mendalam terhadap pelajar. Ini juga merupakan salah satu motivasi yang akan meningkatkan lagi minat pelajar terhadap Mata Pelajaran Geografi.