Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

16
TERHAD 930/4 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2017 Buku panduan ini mengandungi 16 halaman bercetak ©Majlis Peperiksaan Malaysia 2017 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Transcript of Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

Page 1: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

1

TERHAD

930/4 STPM/S930

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

MANUAL

KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2017

Buku panduan ini mengandungi 16 halaman bercetak ©Majlis Peperiksaan Malaysia 2017

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 2: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

2

KANDUNGAN

Halaman

1 PENGENALAN 3

2 OBJEKTIF 3

2.1 Kemahiran kognitif

2.2 Kemahiran manipulatif

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH 3 7

3.1 Arahan Kerja Kursus Syariah

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

3.6 Tanggungjawab Calon

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 8 9

5 FORMAT PENULISAN 9

6 STRUKTUR PENULISAN 10

7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH

10 12

8 LAMPIRAN 13 16

Page 3: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

3

1 PENGENALAN

Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon

persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Kursus

Syariah (KKS)sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi Kerja Kursus

adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran Kerja Kursus diambil kira bersama-sama dengan

markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

2 OBJEKTIF

Kerja Kursus Syariah (KKS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;

2.1 Kemahiran kognitif iaitu:

(a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul

Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum

syarak;

(b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak

disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;

(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;

(e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh;

(f) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan

semasa dalam bidang Syariah.

2.2 Kemahiran manipulatif iaitu:

(a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada

daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan

hasil kajian;

(c) memproses dan menganalisis data.

2.3 Kemahiran insaniah iaitu:

(a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(c) berupaya menyelesaikan masalah;

(d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(f) berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;

(g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH

3.1 Arahan Kerja Kursus Syariah

(a) wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.

(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang

dikenalpasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.

Page 4: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

4

(c) Tema tersebut adalah seperti berikut:

(i) Jual beli

(ii) Khiyar

(iii) Riba

(iv) Ijarah

(v) al-Rahn

(vi) Syarikat

(vii) Wakalah

(viii) Wadi’ah

(ix) Hibah

(x) Wasiat

(xi) Praperkahwinan

(xii) Perkahwinan

(xiii) Talak

(xiv) ’Iddah dan Rujuk

(xv) Konsep Mirath

(xvi) Liabiliti Harta Pusaka

(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka

(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka

(xix) Konsep jenayah

(xx) Qisas

(xxi) Diyat

(xxii) Kaffarah

(xxiii) Hudud

(xxiv) Ta’zir

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

(a) Memastikan calon yang mengambil KKS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata

pelajaran

(b) Mengesahkan penulisan KKS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah

oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani

Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KKS

(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KKS kepada Majlis

Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan

(f) Mengesahkan markah penulisan KKS yang diperoleh calon dengan menandatangani

borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KKS di sekolah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KKSdalam tempoh

enam bulan dari tarikhkeputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan evidens penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan

Page 5: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

5

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan

pelaksanaan KKS

(b) Memuat turun Manual KKS dari portal MPM

(c) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan

dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Syariah Kertas 4 (930/4) dan menghantarnya

kepada MPM (up: Tuan Haji Kamarudin bin Kusni)

(d) Memastikan calon menghasilkan penulisan KKS secara individu

(e) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(f) Memantau kemajuan kerja penulisan KKS calon mengikut masa yang ditetapkan

(g) Membimbing calon dari aspek yang berikut:

(i) memilih tema,

(ii) mengenal pasti isu,

(iii) menetapkan tajuk dan skop KKS,

(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan

(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(h) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/

maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS

(i) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS

(j) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKS

(k) Memastikan calon menghantar KKS pada masa yang ditetapkan

(l) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KKS ke MPM dua minggu

sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan

(m) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)

(Lampiran 3)

(n) Menilai penulisan akhir KKS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC

(Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke

MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan

(o) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak

menulisnya di dalam evidens kerja kursus calon

(p) Mengisi dan menghantar markah KKS calon melalui e-submission ke MPM mengikut

tarikh yang ditetapkan

(q) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah

calon yang baharu

(r) Menghantar salinan BMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p : Tuan

Haji Kamarudin bin Kusni, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn. MPM,

Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar

maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKS dan

dianggap tidak mengambil kertas 930/4

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

perkara4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Page 6: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

6

(c) Menyemak dan menilai penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon

(d) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan

perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan.

(e) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan

markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KKS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan evidens penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KKS

dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan

tugasan

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Menyemak penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon

(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah

ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)

(f) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan

perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan

markah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KKS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan evidens penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan

3.6 Tanggungjawab Calon

(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS

(b) Melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual

Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menghasilkan penulisan KKS secara individu

(d) Melaksanakan tugas berikut:

(i) memilih tema,

(ii) mengenal pasti isu,

(iii) menetapkan tajuk dan skop KKS,

(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan

(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS

(f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/

pengumpulan maklumat dan pembentanganKKS

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan

borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah

Page 7: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

7

(h) Menghantar hasil KKS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan

oleh pihak sekolah

(i) Membentangkan hasil KKS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat

yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Page 8: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

8

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

13Jan 2017 Muat naik

Manual Kerja

Kursus

Melayari portal MPM Melayari portal MPM

01 Feb hingga

13 Mei 2017

Pengajaran dan

Pembelajaran,

Pelaksanaan,

Penghantaran,

Pemeriksaan, dan

Pembentangan

KKS

Menyampaikan taklimat

tugasan kepada calon

Memaklumkan tarikh akhir

penyerahan KKS mengikut

arahan MPM

Membimbing calon

mengenal pasti tema dan

memilih isu, tajuk, dan

skop KKS

Menjelaskan calon tentang

elemen kemahiran insaniah

(soft skill) yang dinilai

Membimbing calon

melaksanakan tugasan

Menilai elemen kemahiran

insaniah (soft skill)

Menjelaskan item-item

yang dinilai dalam

penulisan KKS

Membimbing calon

memproses dan

menganalisis data

Membimbing calon untuk

menulis mengikut format

yang ditetapkan

Memantau kemajuan hasil

penulisan calon secara

berterusan dengan

merekodkan dan

menandatangani Borang

BRKKC (Lampiran 3)

Membimbing calon

membuat penambahbaikan

Menerima KKS daripada

calon

Menilai pembentangan

KKS mengikut skema

yang ditetapkan oleh MPM

Menerima tugasan KKS

dan pemakluman tarikh

akhir penyerahan KKS

Memahami skop KKS

Membincangkan tema, isu,

tajuk, dan skop KKS yang

telah dikenal pasti, dipilih,

dan ditetapkan bersama-

sama dengan guru

Merancang jadual kerja

Mengumpul data dan

maklumat melalui

pemerhatian, temu bual,

dan kaji selidik daripada

pelbagai sumber

Menyusun dapatan (data

dan maklumat)

Memproses data dan

maklumat – mentafsir,

menganalisis, dan

membuat hubung kait

antara dapatan yang

diperoleh

Mempersembahkan data

dan maklumat dalam

bentuk jadual, graf, carta,

dan lain-lain yang

bersesuaian

Membincangkan dapatan

kajian dan menghubung-

kaitkannya dengan teori

yang bersesuaian

Menghasilkan penulisan

yang lengkap mengikut

format yang ditetapkan

Menyemak dan membuat

penambahbaikan terhadap

kualiti penulisan KKS

Menyerahkan KKS

mengikut tarikh yang

ditetapkan kepada guru

Membentang KKS pada

tarikh dan masa yang

ditetapkan

Page 9: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

9

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

18 Mei hingga

30 Mei 2017

Pengisian dan

penghantaran

markah melalui

e-submission

Membuat semakan dan

penyelarasan semula

markah bagi setiap calon

Menghantar markah KKS

calon kepada MPM

dengan menggunakan

perisian e-submission

Tidak berkenaan

15 Mac

hingga 03 Mei

2017

Pemantauan

Kerja Kursus

oleh MPM

Mengemukakan sampel

KKS untuk pemantauan

markah oleh MPM

Tidak berkenaan

15 Okt 2018 Penyimpanan evidens

* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta

5 FORMAT PENULISAN

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KKS mengikut

format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.

5.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk

kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi

permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis

dalam satu perenggan.

5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KKS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota

kaki atau sistem pengarang-tarikh.

5.7 Susunan penulisan KKS adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(e) Kerja Kursus Syariah.

5.8 KKS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan

seperti perkara 5.7 di atas.

Page 10: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

10

6 STRUKTUR PENULISAN

6.1 Kandungan

6.2 Abstrak

6.3 Penghargaan

6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian

6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian

6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan

menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal

selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya

6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan

menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam

bidang Syariah

6.8 Rumusan dan cadangan

6.9 Senarai rujukan

6.10 Lampiran (jika ada)

7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH

7.1 MPM mengemukakan tiga tema.

7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop

tugasan daripada tema yang telah dipilih.

7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada

kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon sahaja

Contoh:

Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Syariah

Tema 1:

Wasiat

Tema 2:

Waris

Tema 3:

Ta’zir

Calon pilih tema 3

Ta’zir

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

A

Page 11: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

11

A

Calon menentukan skop tugasan

(Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada Kerja Kursus yang akan

dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami

sempadan Kerja Kursus berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau

limitasi penghasilan Kerja Kursusnya; seperti sampel kajian, tempoh kajian,

dan limitasi tempat kajian)

Contoh:

1. Sampel kajian Masyarakat Muslim Di Jengka 13

2. Tempoh kajian Dari Januari 2017 hingga Mac 2017

3. Limitasi tempat kajian – Jengka 13 Pahang

Calon menentukan objektif kajian

(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat

dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan

dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai)

Contoh:

Menjelaskan liabiliti harta pusaka menurut perspektif Islam

Mengkaji tahap kefahaman masyarakat terhadap liabiliti harta pusaka di Tg.

Karang Selangor

Calon mengenal pasti isu

(Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri

sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan)

Contoh:

Masyarakat tidak mengetahui kewujudan Peruntukan Undang-undang

mengenai kesalahan meninggalkan solat jumaat

Calon menentukan tajuk

(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)

Contoh:

Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Kewujudan Peruntukan Undang-

undang mengenai kesalahan meninggalkan solat Jumaat di Jengka 13 Pahang

B

Calon menentukan objektif kajian

(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat

dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan

dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai)

Contoh:

Menjelaskan kesalahan meninggalkan solat jumaat menurut Islam dan

Undang-undang

Mengkaji tahap kesedaran masyarakat muslim jengka 13 Pahang mengenai

kewujudan Peruntukan Undang-undang kesalahan meninggalkan solat

jumaat.

Page 12: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

12

Calon menentukan kaedah kajian

Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan

maklumat, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kajian Dokumentasi

Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti

buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga

boleh membuat rujukan Internet.

2. Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan

untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka

bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif

kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan.

Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan

kajian.

3. Temu bual

Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai

maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat,

iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan

individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau

kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan

temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal

seperti menemu bual Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Rancangan (JKKR), Ketua Kampung, Ahli JKKR, Imam, Bilal dan lain-

lain. Manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual ahli masyarakat

dan orang awam di tempat kajian.

4. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui

pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan

kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian

Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan

menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam

bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan

boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan Kerja Kursus

Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan.

Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang

dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh

menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian

yang telah dijalankan.

B

Page 13: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

13

8 Lampiran

Lampiran 1

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

TAJUK:

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA GURU/

PEMERIKSA

TANDATANGAN

GURU/PEMERIKSA

TARIKH

TERHAD

Page 14: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

14

Lampiran 2

TERHAD BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa Kerja Kursus

calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan Kerja Kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.

Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan

sebarang markah untuk Kerja Kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat Kerja Kursus Calon

Makluman kepada calon:

Kerja Kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja Kursus calon boleh

dibatalkan sekiranya calon didapati meniru Kerja Kursus calon lain atau membenarkan calon lain

untuk meniru Kerja Kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa

cara sekalipun bagi menghasilkan Kerja Kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja KursusCalon:

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan Kerja

Kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan

bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk

calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau

pemeriksa Kerja Kursus mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian

individu).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa Kerja Kursus............................................. telah dihasilkan mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Kerja Kursus calon dan saya berpuas hati

bahawa sepanjang pengetahuan saya, Kerja Kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

TERHAD

Page 15: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

15

Lampiran 3

TERHAD

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No.Kad Pengenalan: ...............................

Tarikh

Aktiviti dalam Penghasilan

Kerja Kursus

(diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan

Guru

Tandatangan

Calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam

penghasilan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2017 mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .............................................

Nama Guru: .......................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Kerja Kursus.

TERHAD

Page 16: Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

16

Lampiran 4

TERHAD BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .......................................

No.Kad Pengenalan: .................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah

Guru/Pemeriksa

Markah

Penyelaras

A. Penulisan

1. Abstrak 4

2. Pengenalan 4

3. Objektif Kajian 4

4. Kaedah Kajian 4

5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 20

6. Rumusan dan Cadangan 4

7. Senarai Rujukan 3

8. Kemahiran Manipulatif 3

9. Kemahiran Insaniah 4

B. Pembentangan dan Soal Jawab

1. Pembentangan Kerja Kursus 4

2. Soal Jawab 2

3. Kreativiti 2

4. Keterampilan 2

Jumlah Markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan

butiran di atas adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran

di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................

Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................

No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................

Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................

No. Telefon (sekolah) : .....................................

(bimbit) : .....................................

No. Telefon (sekolah) : ....................................

(bimbit) : ....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan

perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

TERHAD