Manual 'Papan Chi Tie'

4
Kaedah penggunaan Papan Chi TiePenggunaan Papan Chi Tie ini digunakan untuk murid pemulihan bagi pembinaan konsep awal mengenai cara menolak dengan mengumpul semula. Berfokus kepada proses penolakan satu digit dari satu digit, murid mampu untuk memanipulasikan papan ini dengan mudah kerana wujud perbezaan warna mengikut nilai tempat yang telah disediakan. Nama Papan Chi Tie diberikan kerana Chi Tie ini berasal daripada Bahasa Cina dan bermaksud magnet. Pengkaji menggunakan magnet sebagai blok asas bagi menyelesaikan masalah penolakan dengan mengumpul semula. Berikut merupakan cara untuk menggunakan Papan Chi Tie . Langkah 1: 1. Peserta kajian diberikan seorang satu kad imbasan beserta pen marker yang boleh dipadam serta Papan Chi Tie diletak di hadapan peserta kajian. Rajah 5.2 : Memperkenalkan ‘Papan Chi Tie’ 2. Pengkaji akan memberikan soalan matematik yang berfokus kepada tolak satu digit dari dua digit dengan mengumpul semula. Peserta kajian diminta menulisnya soalan dalam bentuk ayat matematik Nilai satu Nilai puluh Tempat menyimpan magnet soalan

description

bbb

Transcript of Manual 'Papan Chi Tie'

Page 1: Manual 'Papan Chi Tie'

Kaedah penggunaan ‘Papan Chi Tie’

Penggunaan ‘Papan Chi Tie’ ini digunakan untuk murid pemulihan bagi pembinaan

konsep awal mengenai cara menolak dengan mengumpul semula. Berfokus kepada proses

penolakan satu digit dari satu digit, murid mampu untuk memanipulasikan papan ini dengan

mudah kerana wujud perbezaan warna mengikut nilai tempat yang telah disediakan. Nama

‘Papan Chi Tie’ diberikan kerana Chi Tie ini berasal daripada Bahasa Cina dan bermaksud

magnet. Pengkaji menggunakan magnet sebagai blok asas bagi menyelesaikan masalah

penolakan dengan mengumpul semula. Berikut merupakan cara untuk menggunakan ‘Papan

Chi Tie’.

Langkah 1:

1. Peserta kajian diberikan seorang satu kad imbasan beserta pen marker yang boleh

dipadam serta ‘Papan Chi Tie’ diletak di hadapan peserta kajian.

Rajah 5.2 : Memperkenalkan ‘Papan Chi Tie’

2. Pengkaji akan memberikan soalan matematik yang berfokus kepada tolak satu digit

dari dua digit dengan mengumpul semula. Peserta kajian diminta menulisnya soalan

dalam bentuk ayat matematik pada ruangan yang disediakan dalam ‘Papan Chi Tie’

dalam kad imbasan yang disediakan.

Nilai satuNilai puluh

Tempat menyimpan

magnet

soalan

Page 2: Manual 'Papan Chi Tie'

Rajah 5.3 : Pengkaji memberi soalan.

Langkah 2:

1. Peserta kajian diminta menulis soalan dalam bentuk lazim pada kad imbasan yang

diberi. Seterusnya, peserta kajian akan meletakkan magnet yang diperlukan dalam

‘Papan Chi Tie’ mengikut warna yang ditentukan.

Rajah 5.4 : Meletakkan magnet yang diperlukan.

Bagi memudahkan peserta kajian, petunjuk berwarna telah digunakan. Bagi kotak

pertama yang mewakili nilai tempat puluh yang berwarna kelabu, murid akan

meletakkan papan magnet yang mengadungi sepuluh magnet dalam satu papan yang

diperlukan iaitu tiga puluh. Seterusnya peserta kajian akan meletakkan magnet yang

diperlukan iaitu dua magnet pada kotak yang mewakili nilai tempat satu yang

berwarna kuning. Data ditukarkan di dalam bentuk magnet-magnet kecil supaya

3 magnet papan

mewakili 30

2 magnet mewakili 2

Page 3: Manual 'Papan Chi Tie'

memudahkan murid untuk mengira dengan lebih pantas dan tepat serta ia menarik

perhatian murid untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula.

Langkah 3:

1. Murid akan mengambil magnet yang perlu dikeluarkan dan mencatatkan pada kad

imbasan yang diberi.

Rajah 5.5 : Meminjam magnet dari rumah sebelahnya.

Murid akan meminjam sepuluh magnet iaitu satu papan dari nilai tempat puluh bagi

menolak nombor yang terletak pada nilai tempat satu. Di samping itu, murid akan

membuat penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. Dengan ini

mereka dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula dengan

mudah.

Langkah 4:

1. Murid akan mengira magnet yang tertinggal dalam ‘Papan Chi Tie’. Di samping itu,

murid akan mengira dan menulis jawapan pada soalan yang ditulis pada kad imbasan

dalam bentuk lazim.

Page 4: Manual 'Papan Chi Tie'

Rajah 5.6 : Mengambil magnet Rajah 5.7 : Mengeluarkan

dari papan yang dipinjam. magnet yang perlu

ditolak.

Dengan ini murid dapat menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula

dengan mudah serta dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula

dengan menggunakan ‘Papan Chi Tie’.

Rajah 5.8 : Mengira magnet yang tertinggal dan menulis jawapan