MANUAL - eseminar.dbp.gov.myeseminar.dbp.gov.my/dokumen/Manual Penentuan Kos.pdf · 3.8 Titik...
Transcript of MANUAL - eseminar.dbp.gov.myeseminar.dbp.gov.my/dokumen/Manual Penentuan Kos.pdf · 3.8 Titik...
1
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN
DBP
Versi 1.0
Disediakan oleh
Bahagian Sistem Maklumat 1 Mei 2016
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
1
1. LATAR BELAKANG
1.1 Penentuan kos penerbitan yang disediakan dalam dokumen ini adalah
berdasarkan perbincangan dan persetujuan yang diadakan sepanjang tahun
2015 antara pegawai di Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan
(PPP), Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah (KE Bteks) dan pegawai di Bahagian
Sistem Maklumat (BSM).
1.2 Penentuan kos ini akan membantu pegawai di Bahagian PPP untuk
mencadangkan harga jualan sesebuah buku berdasarkan penentuan untung.
1.3 Perbincangan pada 2/12/2015 yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerbitan
telah bersetuju menerima draf Manual Penentuan Kos Penerbitan DBP.
2. KAEDAH PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
Faktor penting dan wajib dalam penentuan kos penerbitan DBP ialah
Parameter yang wajib disediakan
Pertimbangan dan Penilaian
Pengoptimunan Keuntungan DBP
2.1 Parameter yang wajib disediakan
2.1.1 Maklumat judul dan spesifikasi penerbitan buku yang melibatkan 17
item iaitu saiz buku, luas teks, jenis teks, warna teks, kertas teks, Jenis
kulit, warna kulit, bahan kulit, kemasan, jilidan, jumlah halaman,
jumlah cetak, jumlah up kulit, kuras dan Jumlah halaman/kuras.
Perincian seperti Rajah 1.
Rajah 1: Maklumat judul dan spesifikasi penerbitan buku
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
2
2.1.2 Kos Tetap yang merupakan kos editorial, kos reka bentuk, kos
pracetak dan kos cetak. Perincian seperti Rajah 2.
Rajah 2: Kos Editorial , Reka Bentuk, Kos Pracetak dan Cetak
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
3
2.1.3 Kos Berubah yang melibatkan peratus royalti (%) atau/dan
honorarium (RM), peratus diskaun (%), peratus pengurusan/overhed
(%) dan peratus kos pakej, kod jalur dan lain-lain (%). Perincian
seperti Rajah 3.
Rajah 3: Peratus royalti (%) atau/dan honorarium (RM), peratus diskaun (%),
peratus pengurusan/overhed (%) dan peratus kos pakej, kod jalur dan lain-lain
(%).
2.2 Pertimbangan dan penilaian
2.2.1 Kos Tetap =Kos Editorial + kos Reka Bentuk + Kos Pracetak + Kos
Cetak. Perincian seperti Rajah 4.
2.2.2 Kos Berubah= Kos Royalti + Honorarium + Diskaun + Pengurusan +
Promosi, dll. Perincian seperti Rajah 4.
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
4
Rajah 4: Kos Tetap dan Kos Berubah
2.3 Pengoptimuman Keuntungan DBP
Harga buku yang dicadangkan mesti mempertimbangkan keuntungan yang
optimum kepada DBP. Kaedah untuk memperolehi keuntungan optimum boleh
dilaksanakan menggunakan salah satu kaedah, sama ada :
2.3.1 Menentukan peratus untung dengan menyatakan Penentuan Untung
(%), perkara 27. Perincian seperti Rajah 4; atau
2.3.2 Menentukan harga buku dengan menyatakan penentuan Harga Buku
(RM), perkara 29. Perincian seperti Rajah 4
3.0 SEMAKAN HOLISTIK HASIL PENENTUAN KOS PENERBITAN
Setelah penentuan kos penerbitan DBP dilaksanakan, semakan holistik dengan
pertimbangan pengoptimuman sumber dan memaksimumkan keuntungan mesti
dilaksanakan. Parameter semakan holistik seperti berikut :
3.1 Jumlah Pendapatan Kasar
3.2 Jumlah Perbelanjaan termasuk untung
3.3 Jumlah Perbelanjaan termasuk CBP 6%
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
5
3.4 Jumlah Pendapatan bersih selepas CBP
3.5 Margin untung selepas CBP
3.6 Untung bersih senaskhah
3.7 Kos berubah seunit
3.8 Titik Pulang modal Naskhah
3.9 Titik Pulang modal RM
3.10 Kos cetak per naskhah selepas CBP
3.11 Kos cetak per halaman
Perincian seperti Rajah 5.
Rajah 5: Semakan Holistik Hasil Penentuan Kos Penerbitan
4.0 PELAKSANAAN PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
Pengiraan Kos Penerbitan DBP boleh dilaksanakan dengan dua kaedah, iaitu
4.1 Menggunakan modul dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP).
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
6
4.2 Menggunakan helaian Ms Excel yang telah disediakan formula pengiraan
seperti Rajah 1 – 5. Salinan lembut helaian ini boleh dimuatnaik melalui pusat
sehenti DBP atau rujuk Bahagian Sistem Maklumat.
Bagaimanapun, sekiranya kaedah 4.2 digunakan, semua maklumat Penentuan
Kos Penerbitan DBP mesti dirakam semula dalam SPMP.
5.0 SUMBER RUJUKAN MANUAL PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
5.1 Salinan lembut helaian Ms Excel di Pusat Sehenti DBP. Tatacara untuk
memuatnaik fail ini boleh di rujuk di BSM.
Rajah 6 : Salinan Lembut Helaian Ms Excel Penentuan Kos Penerbitan DBP pada Pusat Sehenti.
MANUAL
PENENTUAN KOS PENERBITAN DBP
7
5.2 Modul Penentuan Kos Penerbitan DBP pada Sistem Penerbitan Maklumat Penerbitan (SPMP)
Rajah 7: Modul Penentuan Kos Penerbitan DBP
5.0 PENGHARGAAN
Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam Penyediaan dokumen penentuan kos penerbitan DBP. Pegawai yang terlibat ialah:
5.1 Tuan Haji Abd Khalik bin Sulaiman 5.2 Puan Padilah binti Ali 5.3 Encik Sulaiman bin Kaiat 5.4 Puan Zainah binti Azahari 5.5 Puan Rosnani binti Mat Jihin 5.6 Encik Mohd Najib bin Mohd Masaan 5.7 Puan Norhuriyatina binti Salleh 5.8 Puan Norafidah binti Md Noor 5.9 Encik Zaidi bin Mohd Salleh 5.10 Puan Zarah binti Abd Rahman