manual pengguna e-sitrep
Transcript of manual pengguna e-sitrep
MANUAL PENGGUNA SISTEM E
PENULISAN / PENGHANTARAN LAPORAN KEJADIAN LUAR BIASA
YANG BERLAKU DI INSTITUSI PENJARA SECARA DALAM TALIAN
JABATAN PENJARA MALAYSIA
TAJUK:
MANUAL PENGGUNA SISTEM E-SITREP –
PENULISAN / PENGHANTARAN LAPORAN KEJADIAN LUAR BIASA
YANG BERLAKU DI INSTITUSI PENJARA SECARA DALAM TALIAN
(ON-LINE).
JABATAN:
JABATAN PENJARA MALAYSIA
1
PENULISAN / PENGHANTARAN LAPORAN KEJADIAN LUAR BIASA
YANG BERLAKU DI INSTITUSI PENJARA SECARA DALAM TALIAN
2
MANUAL PENGGUNA SISTEM E-SITREP
• Pengguna E-Sitrep terbahagi kepada 3 iaitu:-
(a) Pentadbir
(b) Keselamatan
(c) Institusi
• E-Sitrep boleh dicapai dengan menggunakan alamat domain
http://jpmportal.prison.gov.my/e_sitrep dan antaramuka login seperti dibawah akan terpapar.
• Pengguna perlu memasukkan akaun Pengguna dan Katalaluan di ruangan yang disediakan untuk
membolehkan mereka menggunakan E-Sitrep ini.
LUPA NAMA PENGGUNA DAN KATALALUAN
• Sekiranya pengguna terlupa akaun masuk ke E-Siterp, pengguna boleh mendapatkan semula akaun
masuk mereka dengan menekan pada perkataan ‘hyperlink’ Disini.
3
• Apabila pengguna klik pada ‘hyperlink’ Disini ‘page’ seperti di bawah akan terpapar dimana untuk
pengguna mendapatkan akaun login yang terlupa, pengguna perlu memasukkan No. Kad
Pengenalan di ruangan seperti di bawah dan menekan pada butang Paparkan Akaun Login.
• Maklumat login pengguna yang terlupa akan terpapar seperti di bawah dan pengguna boleh
menggunakan maklumat ini sebagai akaun mereka untuk masuk ke E-Sitrep.
Butang Reset-Digunakan oleh
pengguna untuk sistem
mengosongkan semula maklumat
yang telah dimasukkan.
Ikon E-Sitrep-Kembali ke
antaramuka Login E-Sitrep
4
CAPAIAN MODUL BAHAGIAN KESELAMATAN & INTELIGEN DAN PENTADBIR
• Apabila pengguna sistem yang terdiri daripada Bahagian Keselamatan & Inteligen dan Pentadbir
login ke dalam E-Sitrep, antaramuka seperti di bawah akan terpapar dan capaian modul seperti di
bawah akan tertera iaitu terdiri daripada Modul Kemasukkan, Carian, Paparan, Paparan Lulus,
Paparan Gagal, Sitrep, Laporan, Daftar, Manual Pengguna dan Keluar.
5
• Apabila pengguna sistem yang terdiri daripada Pengguna Institusi, login ke dalam E-Sitrep,
antaramuka seperti di bawah akan terpapar dan capaian modul seperti di bawah akan tertera iaitu
terdiri daripada Modul Kemasukkan, Carian, Manual Pengguna dan Keluar.
6
MODUL KEMASUKKAN
• Apabila pengguna menekan pada perkataan ‘hyperlink’ Kemasukan, paparan seperti di bawah
akan tertera.
• Modul ini digunakan oleh pengguna untuk memasukkan maklumat rekod sitrep.
• Pengguna perlu melengkapkan kekosongan dalam borang ini mengikut keperluan maklumat sitrep
yang sebenar.
• Selepas pengguna melengkapkan borang ini, pengguna perlu menekan pada butang Hantar.
• Pastikan maklumat No. Rujukan dan Institusi diisi kerana ruangan ini adalah ruangan mandatori.
Kembali ke
butang menu
Butang
Logout
Ruang
mandatori
7
• Selepas butang Hantar ditekan antaramuka Butir-butir Banduan akan terpapar seperti di bawah.
• Borang Butir-butir Banduan ini perlu diisi bagi merekodkan maklumat banduan yang terlibat dalam
kes sirep yang direkod tetapi sekiranya tiada maklumat banduan dalam sesuatu kes sitrep,
antamuka ini tidak perlu diisi, hanya menekan pada butang Hantar untuk sistem ini memproses
maklumat yang berikutnya.
• Selepas butang Hantar ditekan antaramuka Butir-butir Anggota akan terpapar seperti di bawah.
• Borang Butir-butir Anggota ini perlu diisi bagi merekodkan maklumat anggota atau pegawai
penjara yang terlibat dalam kes sirep yang direkod tetapi sekiranya tiada maklumat anggota dalam
sesuatu kes sitrep, antamuka ini tidak perlu diisi, hanya menekan pada butang Hantar untuk sistem
ini memproses maklumat yang berikutnya.
8
• Selepas butang Hantar di antaramuka Butir-butir Anggota ditekan, antaramuka Cetakan Laporan
seperti di bawah akan tertera dimana Cetakan Laporan ini adalah rekod laporan yang telah
dimasukkan oleh pegawai yang bertugas beserta butir-butir banduan dan anggota yang terlibat
sekiranya ada.
• Untuk kembali ke antaramuka Menu, tekan ikon ‘rumah’
Ikon ‘rumah’ untuk
kembali ke ‘page’ Menu
Ikon printer- untuk
cetakan antaramuka
‘Cetakan Laporan’
9
Modul Carian
• Modul ini digunakan untuk pengguna membuat Carian rekod.
• Pengguna boleh memilih membuat carian sama ada melalui Institusi atau No. Rujukan atau
Laporan atau Tempat Kejadian atau Punca.
• Carian ini boleh dibuat pilihan lebih daripada satu kategori.
• Selepas Carian dibuat oleh pengguna, Pengguna perlu menekan pada butang Cari dan paparan
maklumat seperti di bawah akan tertera.
• Maklumat yang tertera adalah mengikut kategori yang dipilih oleh pengguna.
10
Modul Paparan
• Modul ini digunakan oleh pengguna untuk melihat rekod yang telah dimasukkan oleh
institusi.
• Rekod yang tertera adalah maklumat awal yang belum diproses oleh Bahagian
Keselamatan & Inteligen.
• Rekod yang diproses adalah maklumat yang Diluluskan atau Digagalkan oleh Bahagian
Keselamatan & Inteligen.
• Sekiranya sesuatu rekod itu Diluluskan atau Digagalkan, rekod tersebut akan hilang pada
antaramuka Paparan dan akan masuk ke antaramuka Modul Lulus dan Modul Gagal.
Proses
Luluskan
Rekod
Proses
Gagalkan
Rekod
Kemaskini
Rekod
Hapus
Rekod
11
Kemaskini Rekod
• Apabila pengguna klik pada ikon kemaskini, rekod seperti di bawah akan terpapar dimana pada
ruangan ini pengguna boleh mengubah pada mana-mana rekod mengikut keperluan dan Tekan
pada Butang Kemaskini yang berada di akhir borang Kemaskini tersebut.
• Selepas butang Kemaskini di tekan, antaramuka kemaskini Butir-butir banduan dan Butir-butir
Anggota juga akan tertera dimana pengguna juga boleh mengubah data yang terdapat pada
borang-borang ini.
12
• Selepas Butang Hantar ditekan sistem akan pergi ke antaramuka Modul Paparan dan pengguna
boleh tekan pada ikon ‘Rumah’ untuk sistem kembali pada antaramuka Menu.
13
Modul Paparan Lulus
• Apabila pengguna tekan pada modul Paparan Lulus rekod seperti di bawah akan tertera dimana
rekod ini adalah rekod yang telah diproses oleh pengguna Bahagian Keselamatan & Inteligen.
• Di ruangan antaramuka ini, pengguna Bahagian Keselamatan & Inteligen boleh mengkategorikan
kes pada ruangan Maklumbalas IPPM.
• Apabila pengguna klik pada ikon Maklumbalas IPPM itu, paparan seperti di bawah akan terpapar.
• Di ruangan ini, pengguna perlu mengisi maklumat pada ruangan kosong mengikut keperluan dan
mengkategorikan kes mengikut keperluan.
• Setelah maklumat lengakap diisi pada ruangan ini, pengguna perlu menekan pada butang Hantar
dan maklumat ini tidak akan terbit di Modul Paparan Lulus lagi tetapi di Modul Sitrep iaitu
maklumat tersebut telah ditapis oleh pengguna Bahagian Keselamatan & Inteligen untuk proses
yang berikutnya.
14
Modul Paparan Gagal
• Modul ini akan memaparkan rekod yang telah digagalkan oleh pengguna Keselamatan & Inteligen
• Senarai rekod ini juga boleh dikemaskini dan dihapuskan.
15
Modul Sitrep
• Modul ini memaparkan maklumat yang telah dikategorikan kes atau diproses pada antaramuka
Maklumbalas IPPM tadi.
• Perkataan hyperlink pada ruangan laporan adalah untuk memaparkan Cetakan Laporan yang telah
dikategorikan Kes rekod.
• Apabila pengguna tekan pada perkataan hyperlink ini paparan seperti di bawah akan tertera.
Rekod yang telah
dikategorikan kes
16
Modul Laporan
• Antaramuka ini digunakan untuk mendapatkan laporan berdasarkan kategori yang dipilih.
• Rekod yang dikeluarkan adalah rekod yang telah diproses dan melepasi maklumat kategori kes
IPPM.
• Paparan seperti di bawah merupakan contoh laporan yang dikeluarkan mengikut Kategori Kes
Merah A.
• Perkataan hyperlink pada ruangan Laporan apabila ditekan oleh pengguna, sistem akan ke
antaramuka Kemaskini rekod Sitrep.
17
Modul Daftar Pengguna
• Antaramuka ini digunakan oleh pengguna Pentadbir atau Bahagian Keselamatan & Inteligen untuk
mendaftar pengguna baru sama ada capaian bagi pengguna Institusi, Pentadbir atau anggota
Bahagian Keselamatan & Inteligen.
• Apabila borang ini telah dilengkapkan pengguna perlu tekan pada butang Tambah dan rekod
pengguna baru ini akan tersimpan di pangkalan data E-Sitrep.