Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

48
TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Ilmiah) Penggal 3 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia. Manual ini terdiri daripada 48 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Transcript of Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

Page 1: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu

(Penulisan Esei Ilmiah)

Penggal 3

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali

menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat

dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan

Malaysia.

Manual ini terdiri daripada 48 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Page 2: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

2 TERHAD

Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu

Senarai kandungan

Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman.

Penghargaan

(a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan

tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah.

(b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting

kepada yang kurang penting.

1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang

(a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk.

(b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan

masalah atau isu kajian.

(c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1½ halaman.

1.2 Definisi Konsep

Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat

tokoh). Definisi daripada kamus tidak diterima.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian)

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan.

(b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai.

(c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja.

(d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan

Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan

mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan,

membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik,

mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya.

(e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan

seterusnya.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk...

(a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk

kajian)

(b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya:

(i) Untuk menambah dokumentasi

(ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan

(iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran

(c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar.

Apakah kegunaan hasil kajian?

Pernyataan objektif mesti mengandungi

ayat pendahuluan

Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan

Apakah yang hendak

dikaji?

Page 3: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

3 TERHAD

4.0 SKOP KAJIAN

Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian.

Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal.

5.0 BATASAN KAJIAN

(a) Pernyataan tentang had data

(b) Batasan dari segi lokasi kajian

(c) Batasan dari segi tempoh/masa

(d) Batasan dari segi informan/responden/subjek:

dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan

6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar)

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.

Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan merujuk kepada proses pelajar merujuk bahan bacaan di perpustakaan,

pusat sumber, dan juga laman web yang tertentu untuk mendapatkan maklumat tentang definisi

istilah, konsep-konsep penting, dan juga kajian lepas yang berkaitan dengan kajian pelajar.

6.1 Pengumpulan Data

Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan

orang Negeri Sembilan.

(a) Kaedah Lapangan

(i) Teknik pemerhatian

Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini

digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau

kawasan yang dikaji.

(ii) Teknik temu bual

Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal.

Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau

pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini

menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual

secara tidak formal ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian.

Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam

perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis

temu bual tersebut.

(iii) Teknik soal selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih

tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk

memudahkan calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk

borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif

kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan

kajian.

(iv) Teknik rakaman

Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan

responden/subjek.

Apakah yang ingin dibuat dalam kajian?

Apakah yang tidak ingin dibuat dalam kajian?

Huraian kaedah kajian

mesti mengandungi ayat

pendahuluan.

Page 4: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

4 TERHAD

(b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan

(i) Teks lama (klasik)

(ii) Teks moden

(iii) Korpus

(iv) Filem

6.2 Penganalisisan Data

Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan

mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan

untuk menganalisis data.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.

(a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian

(b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan

(c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar

seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu

semula.

9.0 PENUTUP

(a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya

(b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya

BIBLIOGRAFI (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

(a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1).

(b) Pelajar hendaklah menyatakan tiga hingga lima rujukan sahaja.

(c) Bibliografi boleh terdiri daripada

(i) buku

(ii) artikel

(iii) sumber Internet

(d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi

(i) nama penulis/pengarang

(ii) tahun/tarikh

*Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia

(e) Penggunaan Internet terhad kepada dua sumber sahaja

NOTA AKHIR (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

LAMPIRAN (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

Peringatan:

Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI

KAJIAN, dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.

Catatan: Untuk contoh penulisan esei ilmiah, rujuk Lampiran 2 dan Lampiran 3.

Huraian dapatan kajian mesti

mengandungi ayat pendahuluan.

Page 5: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

5 TERHAD

PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI

1. Karya Penulis

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis, editor, atau penyusun

(b) Tahun terbit

(c) Judul

(d) Bilangan jilid

(e) Edisi dan terbitan

(f) Tempat terbit

(g) Nama penerbit

Contoh: Oleh seorang penulis

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh: Oleh dua orang penulis

Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh: Oleh tiga orang penulis

Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and

Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis

Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan

Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Karya Terjemahan

Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.

(a) Nama penterjemah

(b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung

Contoh:

Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)

Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Lampiran 1

Page 6: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

6 TERHAD

3. Kamus dan Ensiklopedia

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Judul

(b) Jilid

(c) Tahun

(d) Edisi dan cetakan

(e) Tempat terbit

Contoh:

Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama negeri

(b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa

(c) Tahun terbit

(d) Judul

(e) Tempat terbit

(f) Nama penerbit

Contoh:

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi

1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Majalah

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis

(b) Tajuk rencana

(c) Kata singkatan “dlm.”

(d) Judul majalah

(e) Bilangan keluaran

(f) Jilid

(g) Halaman

(h) Tarikh terbit

Contoh:

Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm.

142-143, Mac 1977.

Page 7: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

7 TERHAD

6. Jurnal

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis

(b) Tajuk rencana

(c) Kata singkatan “dlm.”

(d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya

(e) Jilid

(f) Bilangan keluaran

(g) Halaman

(h) Tarikh terbit

Contoh:

Abdullah Yusoff. “Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak”.

Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995.

Za’ba, “Modern Development” dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940.

7. Surat khabar atau Buletin

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis

(b) Tajuk rencana

(c) Kata singkatan “dlm.”

(d) Nama surat khabar atau buletin

(e) Tarikh terbit

Contoh:

Zaharuddin Mohd. Ali. “PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral”

dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.

8. Monograf

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis, editor, atau penyusun

(b) Tahun terbit

(c) Judul

(d) Nama siri

(e) Jilid

(f) Bilangan

(g) Tempat terbit

(h) Penerbit

Contoh:

Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda

terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).

Page 8: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

8 TERHAD

8. Latihan Ilmiah

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis

(b) Tahun

(c) Tajuk

(d) Peringkat pengajian

(e) Tempat

Contoh:

Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. “Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan

Meditasi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu,

Universiti Malaya.

9. Kertas Data

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis

(b) Tahun

(c) Tajuk

(d) Jenis bahan

(e) Tempat

(f) Bentuk bahan dalam tanda kurung

Contoh:

Sanat Md. Nasir, 1979. “Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar

Keseringan dan Struktur”. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu,

Universiti Malaya. (Stensilan).

10. Kertas Kerja

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis

(b) Tahun

(c) Tajuk

(d) Jenis bahan

(e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel

(f) Tempat

(g) Tarikh

Contoh:

Othman Putih, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan

Arah Masa Depan”. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua.

Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Page 9: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

9 TERHAD

11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama pensyarah

(b) Tahun

(c) Tajuk

(d) Sumber nota

(e) Tempat

(f) Tarikh

Contoh:

Artwood, Joyce, 1986. “Editors in Publishing”. Kumpulan nota ceramah yang

disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986.

12. Wawancara

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Bahan berakam

Contoh:

Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku

Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian

Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,

pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.

(b) Bahan tidak berakam

Contoh:

Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku

Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian

Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,

pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.

13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)

Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Tajuk

(b) Tahun

(c) Bentuk bahan dalam tanda kurung

(d) Nama pengarah

(e) Tempat terbit

(f) Penerbit

(g) Bilangan bahan

(h) Tempoh

(i) Lokasi

Contoh:

Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.

Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M)

Sdn. Bhd.

Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:

EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.

Page 10: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

10 TERHAD

14. Bahan Internet

Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang

berikut:

(a) Nama pengarang

(b) Tahun

(c) Tarikh dicapai

(d) Alamat laman sesawang

Contoh:

Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012,

daripada http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-

bahasa-sunda-2/

Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di

Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–

1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26 Mac 2012,

daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm.

sosio.nov.2010.pdf

15. Contoh Penulisan Bibliografi

BIBLIOGRAFI

Buku

Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua.

New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal/Makalah dalam Jurnal:

Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri

dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 75–99.

Bahan Internet:

Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012, daripada

http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-bahasa-sunda-2/

Page 11: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

11 TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

TAJUK PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU MENGIKUT

DAERAH NEGERI SEMBILAN

NAMA,

NOMBOR

KAD PENGENALAN,

DAN ANGKA GILIRAN

CALON

2. HASNIDA BT HARON

940115-04-5192/SJ1021 1001

3. ARBAIYAH BT HJ ZULKIFLI

940825-11-5432/SJ1021 1002

4. HARON BIN ABU KASSIM

940202-46-5431/SJ1021 1003

5. KAMARIAH BT AHMAD

940126-43-5664/SJ1021 1004

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON SEKOLAH MENENGAH TANJUNG PUTERI,

80500 JOHOR BAHRU

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH

Lampiran 2

CONTOH ESEI 1

Page 12: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

12 TERHAD

TAJUK KAJIAN:

PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU

MENGIKUT DAERAH NEGERI SEMBILAN

Page 13: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

13 TERHAD

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan i

1.0 Pengenalan 2

1.1 Latar Belakang 2-3

1.2 Definisi Konsep 3-4

2.0 Objektif Kajian 4

3.0 Kepentingan Kajian 4

4.0 Skop Kajian 5

5.0 Batasan Kajian 5

6.0 Kaedah Kajian

6.1 Mendapatkan Data

6.2 Mengumpulkan Data

6.3 Menganalis Data

5

6

6-8

7.0 Dapatan Kajian

7.1 Vokal depan sempit [i]

7.2 Vokal depan separuh sempit [e]

7.3 Vokal depan luas [a]

7.4 Vokal tengah [ə]

7.5 Vokal belakang sempit [u]

7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

9-10

10

11

12

12

13

8.0 Rumusan Kajian 13

9.0 Penutup 14

Bibliografi 15

Lampiran

Lampiran I

Lampiran II

Lampiran III

16

17

18

i

Page 14: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

14 TERHAD

PENGHARGAAN

Penyelidik mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurniaNya,

penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Penyelidik juga ingin

merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6

Atas Kelas Mawar, Encik Hassanuddin Othman, yang telah banyak meluangkan masa untuk

membantu penyelidik menyiapkan kajian ini sehingga selesai. Kepada Allah penyelidik

memohon agar beliau diberikan balasan yang sebaik-baiknya. Penyelidik juga mengucapkan

terima kasih kepada informan-informan untuk kajian ini. Tidak lupa, penyelidik juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penyelidik yang telah memberikan

sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan latihan ilmiah ini. Semoga usaha ini

dapat memberikan sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu,

khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian dialek.

Hasnida bt Haron

Arbaiyah Hj Zulkifli

Kamariah Ahmad

Haron Abu Kassim

September 2013

ii

Page 15: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

15 TERHAD

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam

bahasa Melayu dan dialek Negeri Sembilan, serta definisi konsep-konsep penting yang

digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Setiap bahasa mempunyai dialek daerahnya yang tersendiri. Dialek daerah

merupakan kelainan daripada sesuatu bahasa yang wujud disebabkan kelainan

pertuturan antara kumpulan masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Perbezaan atau

kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan pemastautinan kumpulan penutur

yang berbeza. Kelainan itu melibatkan beberapa aspek bahasa, termasuk aspek

sebutan vokal dan konsonan yang ada dalam bahasa tersebut.

Catatan: Lanjutkan bahagian ini dengan kutipan/petikan pendapat tokoh tentang

perbezaan atau kelainan yang dimaksudkan dan juga tentang keterangan dialek

Negeri Sembilan. Kemudian buat rumusan sendiri mengenainya.)

Catatan: Bahagian ini perlu diakhiri dengan kenyataan yang menuju ke arah

pernyataan masalah/isu/persoalan kajian.

Contoh 1: Pada hakikatnya, dalam penggunaan bahasa yang sebenar, wujud

percampuradukan antara sebutan bahasa Melayu baku dengan sebutan dialek. Untuk

mengelakkan keadaan tersebut, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali dibuat

kajian tentang perbezaan antara kedua-duanya agar penutur dapat mengetahui

sebutan baku yang sebenar dan apabila bertutur dalam konteks formal, dia tidak

terpengaruh oleh dialek daerah.)

Contoh 2: Kelainan sebutan, sama ada antara dialek daerah dengan bahasa Melayu

baku atau antara beberapa dialek itu sendiri merupakan sesuatu yang unik bagi

bahasa Melayu. Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali kajian

2

Page 16: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

16 TERHAD

dilakukan untuk memperlihatkan kelainan-kelainan tersebut agar hasilnya dapat

diketengahkan bagi makluman mereka yang berminat dalam bidang kajian dialek.)

1.2 Definisi Konsep

Menurut Asmah Hj Omar (2008), dialek dimaksudkan kepada variasi bagi sesuatu

bahasa yang....

Bahasa baku ialah satu variasi bahasa yang telah dikodifikasikan atau

diseragamkan...

Sebutan baku bahasa Melayu ialah satu bentuk sebutan yang telah diseragamkan,

iaitu sebutan sesuatu bunyi atau fonem itu adalah sebagaimana lambang fonetiknya.

Sebagai contoh, bunyi /u/ dalam perkataan /buluh/ dibunyikan sebagai [buluh],

bukan [buloh].

Menurut Raja Mukhtaruddin......bunyi vokal ialah....

Menurut Yunus Maris pula, vokal....

Mengikut....

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa vokal dapat didefinisikan

sebagai bunyi yang dihasilkan dengan...

(Catatan: Dapatkan kutipan definisi daripada tokoh dalam bidang fonologi sebelum

membuat rumusan sendiri)

3

Page 17: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

17 TERHAD

Variasi bebas merujuk kepada dua bunyi vokal yang penggunaannya boleh bertukar

ganti dalam satu pasangan minimal, misalnya bagi perkataan “agama”, ada penutur

yang menyebutnya sebagai [agama], dan [ugama] tetapi maksudnya sama. Ini

bermakna, dalam konteks itu vokal [a] dan [u] bervariasi bebas.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk

(a) mengumpul data tentang sebutan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu mengikut

sebutan dialek Negeri Sembilan,

(b) membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa Melayu baku

dengan sebutan dialek Negeri Sembilan berdasarkan kehadirannya dalam suku

kata/perkataan,

(c) menentukan jumlah sebutan bunyi vokal dalam dialek Negeri Sembilan.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk

(a) memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Negeri Sembilan dengan

sebutan bahasa Melayu baku,

(b) menambah dokumentasi tentang kajian dialek,

(c) dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan

pelajar yang bertutur dalam bahasa Melayu secara formal tetapi memperlihatkan

pengaruh dialek Negeri Sembilan.

4

Page 18: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

18 TERHAD

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penyebutan enam bunyi vokal bahasa Melayu baku

mengikut sebutan dialek Negeri Sembilan. Sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan,

vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Seremban. Oleh itu,

sebutan itu tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek Negeri Sembilan

yang pada hakikatnya berbeza-beza mengikut daerah pemastautinan.

Informan juga terdiri daripada golongan yang berpendidikan. Oleh itu, sebutan yang

setulen sebutan penutur jati dialek Negeri Sembilan yang tidak terdedah kepada bahasa

baku atau dialek lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana informan telah

terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian,

kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

6.1 Mendapatkan Data

Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidik

mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Negeri Sembilan.

Informan diminta menyebut beberapa perkataan yang penyelidik senaraikan, iaitu

yang mengandungi vokal-vokal yang berbeza, dan sebutan itu mengikut dialek

mereka. Mereka juga diminta berbual dalam dialek Negeri Sembilan. Penyelidik

merakamkan sebutan dan juga perbualan itu.

5

Page 19: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

19 TERHAD

6.2 Mengumpulkan Data

Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan

sebutan perkataan yang mengandungi vokal-vokal tersebut dalam bentuk ejaan

Rumi dan dalam transkripsi fonetik.

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan

semua vokal dalam bahasa Melayu, iaitu vokal [i], [e], [a], [ə], [u], dan [o].

Huraian tentang vokal tersebut dan cara penghasilannya adalah seperti yang

berikut.

ə

Rajah jenis-jenis vokal

Rajah di atas menunjukkan keratan rentas lidah. Bahagian di sebelah kiri

merupakan bahagian depan lidah manakala yang di sebelah kanan ialah belakang

lidah. Bahagian yang bergaris horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat

dan bukaan antara rahang.

6.3.1 Vokal depan sempit [i]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit

keras tetapi tidaklah sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar

sempit [i]

separuh sempit [e]

separuh luas [ɛ]

luas [a]

Depan Tengah Belakang sempit [u]

separuh sempit [o]

separuh luas [ɔ]

6

Page 20: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

20 TERHAD

melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang

adalah sempit manakala keadaan bibir terhampar.

6.3.2 Vokal depan separuh sempit [e]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit

keras tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan bunyi [i]. Udara dari

paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan.

Bukaan rahang lebih luas berbanding dengan semasa menghasilkan bunyi

[i] manakala keadaan bibir terhampar.

6.3.3 Vokal depan luas [a]

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-

rendahnya. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga

mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas daripada semasa

menghasilkan bunyi [ε] manakala keadaan bibir antara bundar dan

terhampar.

6.3.4 Vokal tengah [ə]

Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara

kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan separuh sempit.

Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan, manakala keadaan bibir neutral.

6.3.5 Vokal belakang sempit [u]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit

lembut tetapi tidak sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar

7

Page 21: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

21 TERHAD

melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir

bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

6.3.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit

lembut tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. Udara dari

paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan.

Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu

dicatatkan perkataan yang mengandungi vokal tertentu, iaitu mengikut

susunan vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang dalam kedudukan

yang berbeza dalam perkataan. Bagi setiap perkataan itu dituliskan

ejaannya, transkripsi fonetik sebutan bakunya dan sebutannya mengikut

dialek daerah Negeri Sembilan. Dengan demikian, perbezaan sebutan itu

dapat dilihat dengan jelas.

8

Page 22: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

22 TERHAD

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut

sebutan baku dan sebutan dialek Negeri Sembilan.

7.1 Vokal depan sempit [i]

Penyebutannya:

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

ikan [ikan]

ikut [ikut]

itu [itu]

ini [ini]

sakit [sakit]

kulit [kulit]

polis [polis]

habis [habis]

tulis [tulis]

cili [cili]

tapi [tapi]

keli [keli]

dia [dia]

[ikan]

[ikuiʸt]

[tu]

[ni]

[sakiʸt]

[kuliʸt]

[pɔlih]

[habeh]

[tuleh]

[ladɔ]*

[tapi]

[semilaŋ]*

[diɔ]

Jadual 1: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan sempit

*Penutur dialek Negeri Sembilan menyebut cili sebagai lada dan ikan keli

sebagai ikan semilang.

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa … (jelaskan dapatan kajian).

Contoh : …sebutan vokal [i] pada awal dan tengah suku kata dalam dialek N 9

adalah sama dengan sebutan bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun, dalam

suku kata tertutup pada akhir perkataan, sebutannya berbeza. Jika suku kata akhir

tertutup itu diakhiri oleh bunyi [t] bunyi [i] disebut dengan artikulasi tambahan

[ʸ]. Jika suku kata itu diakhiri oleh bunyi [s], vokal [i] itu disebut sebagai [e],

kecuali bagi kata pinjaman. Hal ini bermakna, vokal [i] dan [e] bervariasi bebas.

9

Page 23: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

23 TERHAD

Bagi vokal [i] yang terdapat pada awal sesetengah perkataan, bunyi itu gugur,

misalnya [itu] disebut sebagai [tu] dan [ini] disebut sebagai [ni] sahaja.

7.2 Vokal depan separuh sempit [e]

Penyebutannya:

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

elak [elaʔ]

ekor [ekor]

esok [esoʔ]

leher [leher]

selekeh [səlekeh]

tengok [teŋoʔ]

boleh [boleh]

kes [kes]

kole [kole]

tele [tele]

ole-ole [oleole]

[ɛlaɂ]

[ɛkɔ]

[ɛsɔʔ]

[lɛhɛ]

[səlɛkɛh]

[tɛŋɔʔ]

[buleh]

[kɛs]

[kɔlɛ]

[tɛlɛ]

[olɛolɛ]

Jadual 2: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit

Jadual 2 menunjukkan bahawa… (jelaskan dapatan kajian)

10

Page 24: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

24 TERHAD

7.3 Vokal depan luas [a]

Penyebutannya:

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

air [air]

abu [abu]

tumbang [tumbaŋ]

emak [əmaʔ]

ombak [ombaʔ]

tongkang [toŋkaŋ]

ikan [ikan]

engkau [əŋkau]

ubat [ubat]

buat [buat]

tempat [təmpat]

sempat [səmpat]

ketua [ketua]

kuda [kuda]

lada [lada]

apa [apa]

bangsa [baŋsa]

[aɛ]

[abu]

[tombaŋ]

[ɔmaʔ]

[ɔmbaʔ]

[toŋkaŋ]

[ikan]

[ɛkau]

[ubɛʔ]

[buɛʔ]

[tompɛʔ]

[sompɛʔ]

[kətuɔ]

[kudɔ]

[ladɔ

[apɔ]

[baŋsɔ]

Jadual 3: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan luas

Berdasarkan jadual di atas nyata bahawa wujud perbezaan penyebutan vokal [a]

dalam dialek Negeri Sembilan berbanding dengan sebutan baku dalam kedudukan

tertentu, iaitu… (jelaskan dapatan kajian)

11

Page 25: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

25 TERHAD

7.4 Vokal tengah [ə]

Penyebutannya:

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

engkau [əŋkau]

emak [əmaʔ]

empat [əmpat]

beli [bəli]

pedas [pədas]

perut [pərut]

ketua [kətua]

bersih [bərsih]

semilang [səmilaŋ]

tempat [təmpat]

kempis [kəmpis]

[ɛkau]

[ɔmaɂ]

[ɔmpɛʔ]

[bɔli]

[pɔdɛh]

[pɔɣot]

[kətuɔ]

[bəɣosɛh]

[səmilaŋ]

[tɔmpɛɂ]

[kɔmpih]

Jadual 4: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal tengah

Berdasarkan jadual di atas… (jelaskan dapatan kajian)

7.5 Vokal belakang sempit [u]

Penyebutannya:

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

ubat [ubat]

ular [ular]

juga [juga]

buat [buat]

dua [dua]

rasuah [rasuah]

bumbung [bumbuŋ]

salur [salur]

perut [pɔrut]

ikut [ikut]

batu [batu]

sapu [sapu]

itu [tu]

[ubɛɂ]

[ula]

[jugaʔ]

[buɛʔ]

[duɔ]

[rasuah]

[bumbɔŋ]

[salɔ]

[pɔɣot]

[ikut]

[batu]

[sapu]

[tu]

Jadual 5: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang sempit

Hasil pemerhatian terhadap Jadual 5, didapati bahawa…

(jelaskan dapatan kajian)

12

Page 26: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

26 TERHAD

7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

Penyebutannya:

Perkataan – sebutan baku Sebutan dialek

ombak [ombaʔ]

ole-ole [ole-ole]

orang [oraŋ]

kotor [kotor]

esok [esoʔ]

ekor [ekor]

boleh [boleh]

polis [polis]

tolong [toloŋ]

tengok [teŋoʔ]

bongkar [boŋkar]

tongkang [toŋkaŋ]

teko [teko]

polo [polo]

[ɔmbaɂ]

[ole-ole]

[oɣaŋ]

[kotɔ]

[esɔʔ]

[ɛkɔ]

[bulɛh]

[pɔlih]

[tɔlɔŋ]

[tɛŋɔʔ]

[bɔŋka]

[tɔŋkaŋ]

[tɛkɔ]

[pɔlɔ]

Jadual 6: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh sempit

Jadual 6 menunjukkan bahawa … (jelaskan dapatan kajian)

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Rumusannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan

vokal-vokal bahasa Melayu mengikut sebutan baku dan mengikut sebutan dialek Negeri

Sembilan. Perbezaan itu melibatkan vokal-vokal……dalam kedudukan yang berbeza,

seperti… (Lanjutkan huraian dengan memberikan penjelasan dan contoh mengikut

kedudukan dalam suku kata/perkataan)

Ternyata bahawa terdapat ….(jumlah vokal- tunjukkan vokalnya) dalam dialek Negeri

Sembilan berbanding dengan hanya enam vokal dalam sebutan bahasa Melayu baku.

13

Page 27: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

27 TERHAD

9.0 PENUTUP

Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri

Sembilan merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek

mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa

yang menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek

penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek Negeri

Sembilan, tetapi juga dalam dialek-dialek lain. Penyelidik berharap agar kajian yang

seperti ini akan diteruskan.

14

Page 28: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

28 TERHAD

BIBLIOGRAFI

Asmah Hj Omar...

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2).

Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain…

Yunus Maris…

Kamus Linguistik… (senaraikan bibliografi lain yang digunakan dalam rujukan)

15

Page 29: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

29 TERHAD

Lampiran I

Senarai nama informan

Informan 1

Nama: Siti Aminah binti Musa

Umur: 19 tahun

Pekerjaan: Pelajar IPTS

Informan 2

Nama: Adam Amin bin Samad

Umur: 20 tahun

Pekerjaan: Sendiri

Informan 3:

Nama: Salmi Aishah binti Ahmad Shuib

Umur: 19 tahun

Pekerjaan: Pelajar IPTS

Informan 4:

Nama: Khatijah binti Mohd Kamil

Umur: 19 tahun

Pekerjaan: Pelajar IPTS

16

Page 30: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

30 TERHAD

Lampiran II

Senarai perkataan yang mengandungi bunyi vokal yang disebut oleh informan

Vokal [i]

ikan sakit cili

ikat kulit keli

Vokal [e]

elak leher kole

ekor selekeh tele

Vokal [a]

air bangsa ketua

abu tumbang kuda

Vokal [ə]

engkau tempat

emak lemas

Vokal [u]

ubat bumbung batu

ular salur sapu

Vokal [o]

ombak bongkar teko

ole-ole tongkang polo

17

Page 31: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

31 TERHAD

Lampiran III

Transkripsi fonetik daripada rakaman perbualan informan

Rakaman 1

Rakaman 2

Rakaman 3

Rakaman 4

[ɔmak] [dɛn] [bɔli] [ikan] [səmilaŋ] [tapi] [dɛn] [taɂ] [makan] [pɔdɛh] [baɲaɂ] [ladɔ]

[sakiʸt] [pɔɣut] [nanti] [kənɔ] [makan] [ubɛk] [dɛn] [taɂ] [sukɔ]

[mɔh] [maen] [pɔlɔ]

[dɛn] [taɂ] [pɔnah] [maen]

[ɛkau] [baŋsɔ] [apɔ]

[tu] [pɔn] [taɂ] [pɔnah] [maen]

[ɛkau] [la] [kətuɔ]

[manɔ] [kɔlɛ] [aɛ] [salo] [bumboŋ] [bɔcɔ]

[kotɔ] [tɔmpɛk] [ni]

[sapu] [bəɣoseh] [bəɣoseh]

[esɔɂ] [dɛn] [bawaɂ] [ɛkau] [gi] [pantai]

[ɛkau[ [kan] [sukɔ] [dɔŋa] [ɔmbaɂ]

[bulɛh] [tɛŋɔɂ] [tɔŋkaŋ]

[diɔ] [naɂ] [bɔli] [duɔ] [ɛkɔ] [kudɔ] [gilɔ]

[abɛh] [tumbaŋ] [pɔkɔɂ] [kɛɂ] [dɔpan] [tu] [nanti]

[dɛn] [nampaɂ] [ula] [kɛɂ] [tɔpi] [batu] [warne] [golap] [macam] [abu]

[tɛŋɔɂ] [sampai] [sakiʸt] [lɛhɛ]

[apɔ] [pasal] [ɛkau] [taɂ] [bawaɂ] [baliʸɂ] [bulɛh] [buwat] [olɛ] [olɛ]

[masɔɂ] [dalam] [tɛkɔ]

[ɛkau] [mɛmaŋ] [gilɔ] [lɔpɛh] [ni]

[jaŋan] [ikut] [manɔ] [dɛn] [naɂ] [poi]

[pɔlih] [tu] [naɂ] [bɔŋka] [jugaɂ] [kɛs] [rasuah] [kɛk] [tɔmpeɂ] [diɔ]

[tapi] [taɂ] [sɔmpɛɂ] [diɔ] [sakiʸt] [kɔnɔ] [buɛɂ] [oɣaŋ] [abɛh] [kuliʸt] [diɔ]

[kawan] [kawan] [sumɔ] [cubɔ] [ɛlaɂ] [jumpɔ] [diɔ]

[daɣi] ] [tadi] [bəcakap] [dɛn] [dahagɔ] [tɔlɔŋ] [buɛɂ] [aɛ] [tɛ]

[apɔ] [adɔ] [dalam] [bɛg] [tu] [kɔmpih] [je]

18

Page 32: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

32 TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

TAJUK DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN, DAN

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

NAMA,

NOMBOR

KAD PENGENALAN,

DAN ANGKA GILIRAN

CALON

1. HAMZAH BIN ZULKIFLI

940530-09-5191/SP1053 1020

2. ARMANDA ZARRA BT AHMAD ZAIN

940808-04-5402/SP1053 1021

3. DANNIA BT MAHMUD

940610-46-5454/SP1053 1040

4. FAIZAL BIN MOHD

940505-08-5033/SP1053 1045

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON SEKOLAH MENENGAH TELUK NIPAH,

11800 PULAU PINANG

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH

CONTOH ESEI 2 Lampiran 3

Page 33: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

33 TERHAD

TAJUK KAJIAN:

DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN,

DAN

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

Page 34: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

34 TERHAD

SENARAI KANDUNGAN

Halaman

Penghargaan ii

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang 2

1.2 Definisi Konsep 2

2.0 Objektif Kajian 2

3.0 Kepentingan Kajian 3

4.0 Skop Kajian 3

5.0 Batasan Kajian 4

6.0 Kaedah Kajian

6.1 Mendapatkan Data 4

6.2 Mengumpulkan Data 5

6.3 Menganalisis Data 6

7.0 Dapatan Kajian

7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik 6

7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik 7-9

7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik 9-12

8.0 Rumusan Kajian 13

9.0 Penutup 13

Bibliografi 14

Nota Akhir 14

Lampiran

Lampiran 1 14

Lampiran 2 14

i

Page 35: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

35 TERHAD

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, kami telah

dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-

tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan Enam Atas Kelas Mawar,

Encik/Puan... yang telah banyak meluangkan masa membantu kami menyiapkan kajian ini

sehingga selesai. Kami memohon kepada Allah agar beliau diberikan balasan yang sebaik-

baiknya. Kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas dan

individu di institusi yang dikunjungi oleh pihak kami sewaktu mendapatkan bahan untuk

menyelesaikan penulisan ini. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada

ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan

penulisan esei ilmiah ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan kepada

pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang yang berkaitan

dengan kajian laras bahasa Melayu lama.

Hamzah bin Zulkifli

Armanda Zarra bt Ahmad Zain

Dannia bt Mahmud

Faizal bin Mohd

September 2013

ii

Page 36: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

36 TERHAD

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Kajian ini berfokus terhadap bahasa Melayu Klasik, yakni sejenis variasi bahasa

Melayu yang wujud akibat perkembangan masa. Bahasa Melayu mengalami

evolusi tertentu sebelum mencapai tahap kewujudan bahasa Melayu kini. Salah

satu tahap perkembangan bahasa Melayu ialah bahasa Melayu kuno yang beralih

kepada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu Klasik merupakan salah satu tahap

perkembangan bahasa Melayu yang ... (salah satu permasalahan kajian ialah

walaupun bahasa Melayu klasik sering dianggap sebagai salah satu tahap yang

penting dalam perkembangan bahasa Melayu, namun begitu huraian bahasa ini

secara terperinci tidak begitu banyak dibuat oleh pengkaji terdahulu).

1.2 Definisi Konsep

Bahasa Melayu ialah sejenis variasi bahasa yang dituturkan oleh ...

Bahasa Melayu klasik ialah sejenis variasi kepada bahasa Melayu yang terhasil

akibat perubahan masa. Bahasa ini ...

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau bahan bertulis, mengumpul data tentang

bahasa Melayu klasik dan:

(a) menghuraikan definisi bahasa Melayu klasik;

(b) menghuraikan tahap perkembangan bahasa Melayu klasik; dan

(c) mengenal pasti dan menganalisis fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik.

2

Page 37: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

37 TERHAD

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya adalah:

(a) Untuk meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup, definisi dan fungsi

bahasa Melayu klasik.

(b) Untuk menyediakan satu profil lengkap berkaitan bahasa Melayu klasik sebagai

rujukan kepada para pembaca dan pengkaji yang akan datang.

(c) Untuk menyediakan panduan yang dapat dijadikan rujukan dalam proses

pengajaran berkaitan bahasa Melayu klasik.

(d) Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa Melayu

klasik.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini ialah kepada bahasa Melayu klasik, iaitu salah satu laras bahasa

Melayu yang wujud berdasarkan perkembangan masa. Aspek yang diberikan tumpuan

ialah definisi, tahap perkembangan, dan fungsi-fungsi laras bahasa ini pada zamannya.

Definisi bahasa Melayu klasik dihuraikan berdasarkan empat aspek, iaitu zaman,

pengaruh, proses pengislaman dan aksara. Tahap perkembangan bahasa Melayu klasik

akan meninjau dan mengupas perkembangan bahasa ini pada tahap permulaan,

perkembangan, kegemilangan, dan peralihannya. Fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik

berfokus kepada perbincangan peranan bahasa Melayu klasik sebagai lingua franca,

bahasa perhubungan, bahasa undang-undang, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa

penulisan dan kesusasteraan dan fungsi lain ...

3

Page 38: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

38 TERHAD

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang berkaitan dengan bahasa

Melayu klasik sahaja. Oleh itu, kajian ini tidaklah menggambarkan secara keseluruhan

tahap perkembangan bahasa Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Tinjauan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan bahasa Melayu klasik ini juga

hanya dilakukan terhadap sumber bertulis sebab mustahil untuk mendapatkan data lisan

sebab kewujudan bahasa Melayu klasik yang sudah lama berlaku, iaitu sekitar abad ke-

11 hingga abad ke-13.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Pendekatan sebegini

lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu, terutamanya sains sosial. Kajian yang

menerapkan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mentafsir dan mengupas fenomena

sosial yang berlaku dalam kehidupan manusia dan masyarakat (Sarjit Singh & Zahid

Emby, 2010:73). Pendekatan sebegini bermatlamat untuk mendapatkan pemahaman

yang mendalam tentang tingkah laku manusia dan faktor yang mendorong manusia

bertindak sebegitu. Berlatar belakangkan suasana dan keadaan semula jadi, pendekatan

ini cuba mendapatkan gambaran menyeluruh sesebuah kajian.

6.1 Mendapatkan Data

Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan.

Kaedah ini akan memanfaatkan institusi, seperti perpustakaan, bilik sumber, arkib,

laman sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau

bukan bertulis untuk memperoleh maklumat.

4

Page 39: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

39 TERHAD

6.2 Mengumpulkan Data

Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat melalui kajian

kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku,

tulisan ilmiah, jurnal, makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain yang terdapat di

perpustakaan, bilik sumber, arkib, dan sumber lain. Pembacaan ini merupakan

cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan

maklumat tentang bahasa Melayu klasik.

Seterusnya, kajian pustaka secara maya dengan menggunakan laman sesawang

yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku, tulisan ilmiah, jurnal,

makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain. Laman sesawang yang diakses untuk

memperoleh maklumat ialah Yahoo, Googles, Scholar, Scopus, Directsciense dan

laman lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat

membantu pengkaji mendapatkan maklumat untuk melakukan kajian pustaka,

seperti mendapatkan maklumat awal berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat

di pasaran. Hal ini demikian kerana tinjauan terhadap laman sesawang tidak

terhad, yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh juga

lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan laman sesawang ini akan

dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini berkaitan dengan

bahasa Melayu klasik dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini.

Semua maklumat bertulis, khususnya maklumat tentang bahasa Melayu klasik

yang diperoleh menerusi tinjauan terhadap bahan bertulis di perpustakaan, bilik

sumber, arkib, tempat lain dan laman sesawang yang ditemui akan dijadikan

sebagai asas kepada penulisan kajian ini.

5

Page 40: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

40 TERHAD

6.3 Menganalisis Data

Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah pustaka seperti

yang dibincangkan di atas akan digunakan untuk menuliskan tiga aspek bahasa

Melayu klasik yang dikaji, iaitu definisi bahasa Melayu klasik, tahap

perkembangan bahasa Melayu klasik dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu definisi, tahap

perkembangan, dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik. Bahagian yang berikut

memaparkan huraian berkaitan tiga aspek ini:

7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Ada empat cara untuk mendefinisikan bahasa Melayu klasik, iaitu:

7.1.1 Definisi berdasarkan zaman kewujudannya

7.1.2 Definisi berdasarkan pengaruh – Arab dan Islam

7.1.3 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang mengalami proses pengislaman

(berkaitan dengan konsep jawi sama ada dari segi manusia atau tulisan)

7.1.4 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang sudah mengenali huruf atau

aksara dan kegiatan penulisan bertanggungjawab dalam menstabilkan

sebutan yang membentuk konsep baku dalam bahasa Melayu.

6

Page 41: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

41 TERHAD

7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

7.2.1 Peringkat Permulaan Bahasa Melayu Klasik

Pada abad ke-13 pengaruh agama Islam menjadi semakin dominan

di Nusantara yang turut sama membawa kepada perkembangan

penggunaan bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan

perkataan bahasa Arab dan penggunaan tulisan Jawi menggunakan huruf

Arab. Akibatnya, berlaku satu lagi tahap evolusi terhadap bahasa Melayu,

yakni bahasa Melayu berkembang pesat melalui peminjaman perkataan

Arab dan Parsi malah bahasa-bahasa dari Barat, seperti Portugis, Belanda,

dan Inggeris turut mempengaruhi perkembangan bahasa ini pada waktu

itu. Bahasa Melayu pada ketika ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik

kerana mempunyai aksara Jawi.

Menurut Ismail Hussein (1984: 25), bahasa Melayu klasik bermula pada

sekitar abad ke-13 dan ke-14, iaitu beliau menyebutnya sebagai zaman

peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam. Bahan

bukti yang pertama menunjukkan penggunaan bahasa Melayu klasik di

Nusantara ialah cacatan yang ditemui pada Batu Bersurat Sungai Teresat

di Kampung Buloh, Kuala Berang (Batu Bersurat Terengganu). Menurut

Syed Mohammad Naquid al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat

itu ialah 4 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masehi.

Kebanyakan sarjana bahasa berpendapat bahawa bahasa yang terdapat

pada prasasti ini menyemai bahasa Melayu klasik yang dimuatkan dalam

Sejarah Melayu. Penggunaan tulisan ini menjadi titik tolak kepada

permulaan zaman bahasa Melayu klasik. Selain itu, prasasti yang berkaitan

dengan bahasa Melayu klasik juga ditemui di Kedah, Kelantan, Perak,

7

Page 42: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

42 TERHAD

Pahang, Negeri Sembilan, dan Sumatera, iaitu di Jambi, Riau, Acheh dan

Sumatera Selatan (Amat Juhari Moain, 1994). Oleh itu, jelaslah bahawa

bahasa Melayu klasik mula digunakan pada sekitar abad ke-14 sehingga

ke awal abad ke-19.

7.2.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Pada tahap ini, perkembangan bahasa Melayu klasik yang bermula dengan

penggunaan tulisan jawi dipengaruhi pula oleh bahasa dari Barat, seperti

Portugis, Belanda dan Inggeris. Perkembangan ini menyebabakan bahasa

Melayu sekali lagi bertembung dengan bahasa dan kebudayaan lain yang

mendatangkan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu klasik.

Perkembangan ini mula berlaku pada sekitar abad ke-15.

Menurut Amat Juhari Moain (1992: 1062), tulisan rumi yang digunakan

oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi merupakan tulisan rumi yang

digunakan pada kali pertama setelah Melaka ditawan Portugis. Pada tahun

1521 seorang penggembara Itali, iaitu Antonio Pigafetta membuat cacatan

perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanan bahasa Itali.

7.2.3 Peringkat Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu klasik mengalami zaman kegemilangan menerusi tiga

zaman, iaitu zaman kerajaan Melaka, Acheh dan kerajaan Johor-Riau.

Terdapat beberapa pengaruh dan faktor yang menyebabkan pencapaian ini.

Antaranya, ialah ...

8

Page 43: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

43 TERHAD

7.2.4 Peringkat Peralihan Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Moden

Pada awal sekitar abad ke-19 bahasa Melayu Moden mula mengambil alih

kedudukan dan fungsi bahasa Melayu klasik. Keadaan ini ditandai oleh

hasil karangan tulisan Abdullah Munsyi. Zaman Abdullah Munsyi

bolehlah dianggap sebagai zaman peralihan daripada bahasa Melayu klasik

kepada bahasa Melayu moden. Zaman bahasa Melayu moden sebenarnya

bermula pada awal abad ke-20, yakni setelah Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut Perkara 152 Perlembagaan

Malaysia bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan.

7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik

7.3.1 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Lingua Franca

Bahasa lingua franca ialah bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan

yang digunakan secara sistematik untuk tujuan berkomunikasi dalam

kalangan masyarakat yang berlainan bahasa ibundanya. Di Melaka pada

ketika ini mempunyai 84 bahasa dan bahasa Melayu klasik dijadikan

sebagai bahasa lingua franca oleh penutur bahasa yang berlainan ini.

Bahasa Melayu klasik menjadi lingua franca dalam pelbagai kegiatan

penduduk pada masa ini. Contohnya, dalam aktiviti perniagaan,

perdagangan, perbualan dan penyebaran agama Islam.

Seterusnya, ketika zaman kerajaan Melaka bahasa Melayu klasik menjadi

bahasa lingua franca dalam perhubungan Melaka dengan negeri lain yang

mempunyai urusan dengannya. Dalam keadaan ini bahasa Melayu klasik

menjadi lingua franca melalui pengunaannya dalam surat yang dihantar

9

Page 44: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

44 TERHAD

oleh negeri Melaka ke negeri lain. Dalam hubungan negeri Melaka dengan

negeri yang lebih bertaraf, Melaka akan menghantar ufti dan surat sembah.

Surat salam akan dikirimkan kepada negeri yang setaraf dengan Melaka

dan Melaka akan menerima surat sembah dari negeri yang berada di

bawah naungannya. Surat neutral akan diberikan kepada negeri yang

bermusuhan dengan negeri Melaka.

Selain itu, terdapat juga surat dalam bahasa Melayu klasik yang ditulis

kepada pemerintah di luar dari Nusantara dan surat izin berdagang.

Contohnya, surat Melayu terawal dari Ternate ialah dua pucuk surat

daripada Sultan Ternate Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal John III

yang bertarikh 1521 dan 1522. Kemudian surat Melayu ...

7.3.2 Bahasa Melayu Klasik sebagai Bahasa Hubungan dalam Masyarakat

Melayu

Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa perhubungan dalam masyarakat

Melayu dikenali dengan wujudnya bahasa dalam dan bahasa luar. Hal ini

bermakna wujudnya kelas bahasa tertentu dalam bahasa Melayu klasik,

iaitu bahasa yang digunakan oleh golongan pemerintah atau bangsawan

dan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa. Bahasa yang digunakan oleh

pemerintah atau bangsawan dianggap sebagai bahasa dalam, bahasa istana

atau bahasa tinggi. Bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa pula dikenali

sebagai bahasa luar, bahasa biasa atau bahasa rendah. Golongan rakyat

biasanya menggunakan bahasa luar ini sesama rakyat sahaja ketika

berkomunikasi. Lazimnya bahasa Melayu klasik yang dikenali sebagai

10

Page 45: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

45 TERHAD

bahasa luar terdiri daripada dialek Melayu tempatan di negeri-negeri

Melayu. Bahasa dalam pula digunakan oleh raja untuk berkomunikasi

dengan rakyat dan digunakan oleh rakyat untuk berkomunikasi dengan

raja. Contohnya, di dalam Hukum Kanun Melaka telah termaktub undang-

undang berkaitan dengan hal ini, iaitu seseorang yang hendak mengadap

Sultan mestilah “…bercakap bahasa dalam (atau dikenali sebagai bahasa

istana)…” .

7.3.3 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Undang-undang Negeri

Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa undang-undang negeri terbahagi

kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis dan undang-undang

bertulis. Undang-undang tidak bertulis yang menggunakan bahasa Melayu

klasik ialah Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua undang-

undang adat ini dihafal oleh Ketua Adat masing-masing. Contoh undang-

undang bertulis yang menggunakan bahasa Melayu klasik ialah Hukum

Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang,

Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah dan lain-lain.

7.3.4 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Ilmu Pengetahuan

Bahasa Melayu klasik yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan

terlihat pada zaman Acheh. Zaman tersebut merupakan zaman

kegemilangan keintelektualan Melayu yang memperlihatkan cendekiawan

Melayu menghasilkan karya ilmu dalam bahasa Melayu klasik. Bahasa

Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi-

institusi pendidikan tertentu dan digunakan untuk penyebaran agama

11

Page 46: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

46 TERHAD

Islam. Pada ketika ini juga bahasa Melayu klasik menjadi bahasa yang

digunakan dalam kalangan sarjana dan cendekiawan. Antara tokoh yang

menggunakan bahasa Melayu klasik pada ketika ini ialah Hamzah Fansuri

dan Syed Nuruddin al-Raniri.

7.3.5 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Penulisan dan Kesusasteraan

Bertulis (Kitab dan Buku)

Bahasa Melayu Klasik juga digunakan untuk menghasilkan kesusasteraan

bertulis, seperti kitab dan buku tertentu. Hal ini terbukti dengan terhasilnya

pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa Melayu. Karya-karya bahasa

Melayu klasik dihasilkan untuk tujuan tertentu, seperti digunakan untuk

menguatkan semangat rakyat ketika menghadapi peperangan dan sebagai

sumber hiburan kepada rakyat untuk melepaskan tekanan dan merehatkan

diri mereka. Karya-karya sastera yang menggunakan bahasa Melayu klasik

terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu karya sastera asli, karya saduran

(lagenda Islam), karya terjemahan, cerita sezaman dengan Nabi

Muhammad (Hikayat Muhammad Hanafiah), cerita berbingkai (Hikayat

Bayan Budiman), ketatanegaraan (Taj-us Salatin), lagenda Islam, tokoh

(Hikayat Zulkarnain) dan Nabi Muhammad dan keluarga (Hikayat Nabi

Bercukur).

7.3.6 Fungsi-fungsi Lain (jika ada)

Pelajar boleh menghuraikan fungsi lain sekiranya mereka menemui

maklumat tentang fungsi tersebut.

12

Page 47: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

47 TERHAD

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, bahasa Melayu klasik menunjukkan satu tahap perubahan dalam

evolusi bahasa Melayu di Nusantara. Dari segi definisinya, bahasa Melayu klasik boleh

dihuraikan berdasarkan pelbagai faktor sosial yang wujud sewaktu perkembangan

bahasa ini. Dari segi tahap perkembangannya, dapat dikatakan bahawa sebagaimana

perkembangan unsur lain, bahasa ini mengalami perkembangan pada tahap awal,

puncak dan kemerosotannya. Fungsi yang dimainkan oleh bahasa Melayu klasik juga

meluas, bukan sahaja dalam bidang lisan malah dalam bidang tulisan. Hal ini demikian

kerana bahasa ini bukan sahaja diperlukan dalam perhubungan lisan malah disebabkan

faktor wujudnya aksara jawi yang memainkan peranan yang besar dalam penghasilan

karya bertulis maka bahasa ini juga diguna pakai dalam konteks penghasilan karya

bertulis.

9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memaparkan salah satu tahap perkembangan dalam bahasa Melayu,

iaitu bahasa Melayu klasik. Huraian keseluruhan mendapati bahawa bahasa Melayu

klasik merupakan bahasa yang penting bukan sahaja kerana bahasa ini mempunyai

pelbagai fungsi malah bahasa ini juga menjadi tapak berkembangnya aksara awal dalam

bahasa Melayu, iaitu aksara jawi.

Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada pengkaji lain untuk melaksanakan

kajian terhadap aspek penting lain bahasa ini, seperti teks-teks bertulis dalam bahasa

Melayu klasik, cendekiawan yang menerajui perkembangan bahasa Melayu klasik,

kata-kata unik dalam bahasa Melayu klasik yang tidak digunakan lagi, dan aspek lain

secara lebih rinci dan khusus.

13

Page 48: Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei ...

TERHAD

48 TERHAD

BIBLIOGRAFI

NOTA AKHIR

LAMPIRAN

Lampiran 1 – Gambar-gambar batu bersurat

Lampiran 2 – Gambar-gambar lain (pelbagai surat awal, buku, dan bahan lain penulisan

dalam bahasa Melayu klasik)

14