Manual Ringkas Sistem Spa Lengkap (1)

13
1 MANUAL RINGKAS SISTEM SPA 1. Pergi ke halaman aset.mohe.gov.my (Gunakan Internet Explorer Sahaja) 2. Klik pada ikon Senarai Agensi untuk memilih agensi. 3. Scroll untuk mencari agensi Gambarajah 1: Muka Hadapan Portal SPA 4. Klik pada Ikon Agensi berkenaan. Scroll keatas untuk memasukkan kata nama dan kata laluan. 5. Nama Agensi akan terpapar dimuka hadapan. Sekiranya sudah memilih agensi namun nama agensi tidak terpamer, “Refresh” laman anda atau tekan butang “F5”.

Transcript of Manual Ringkas Sistem Spa Lengkap (1)

  • 1

    MANUAL RINGKAS SISTEM SPA

    1. Pergi ke halaman aset.mohe.gov.my (Gunakan Internet Explorer Sahaja)

    2. Klik pada ikon Senarai Agensi untuk memilih agensi.

    3. Scroll untuk mencari agensi

    Gambarajah 1: Muka Hadapan Portal SPA

    4. Klik pada Ikon Agensi berkenaan. Scroll keatas untuk memasukkan kata nama dan kata laluan.

    5. Nama Agensi akan terpapar dimuka hadapan. Sekiranya sudah memilih agensi namun nama

    agensi tidak terpamer, Refresh laman anda atau tekan butang F5.

  • 2

    Gambarajah 2: Senarai Agensi

    6. Masukkan Kata Nama dan Kata Laluan anda.

    Kata Nama:

    Kata Laluan: aset1234

    Anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan bagi mengelakkan akaun anda disalahguna oleh

    pihak lain. (Untuk menukar kata laluan, rujuk langkah 11)

  • 3

    Gambarajah 3: Log Masuk

    7. Klik ikon Knowledgebase untuk melihat senarai kategori atau katalog peralatan.

    Gambarajah 4: Menu Knoledgebase

  • 4

    8. Klik Katalog Kelengkapan Aset. Setiap kategori peralatan akan dipamerkan berserta sub kategori.

    - Sekiranya gambar peralatan tidak sama, rujuk keterangan/deskripsi peralatan untuk mencari

    peralatan yang berpadanan.

    - Pilih FUNGSI peralatan yang HAMPIR-HAMPIR sama.

    - Anda boleh klik butang pangkah untuk keluar dari laman Knowledgebase ini atau boleh terus

    klik tab Portal SPA untuk pergi ke laman Sistem SPA.

    Gambarajah 5: Katalog Peralatan

  • 5

    9. Klik pada Ikon Pengurusan Aset Alih kemudian klik pada Sistem SPA. Satu tetingkap baru akan

    terbuka. (Paparan muka utama sistem SPA mungkin berbeza mengikut Peranan Pengguna)

    Gambarajah 6: Pautan Ke Sistem SPA

    10. Klik pada ikon Profil untuk menukar profil atau kata laluan

    Gambarajah 7: Selenggara Profil Pengguna

  • 6

    11. Klik pada Tukar Kata Laluan dan tukar kata laluan anda. Klik kemaskini setelah selesai.

    Gambarajah 8: Profil Pengguna

    12. Untuk mendaftar aset, klik pada Menu Daftar Aset kemudian klik Daftar Aset. Satu paparan akan

    keluar.

    Gambarajah 9: Menu Daftar Aset

  • 7

    13. Masukkan kategori aset ke dalam ruangan Carian Kelas Aset kemudian klik butang cari. Senarai

    perlatan berkaitan ketegori yang dicari akan terpapar. Sila klik pada jenis aset yang ingin

    didaftarkan. (Sekiranya terdapat keraguan untuk jenis aset, rujuk semula katalog di

    Knowledgebase)

    Gambarajah 10: Carian Kelas Aset

  • 8

    14. Sila pilih jenis aset yang ingin didaftarkan samaada Harta Modal atau Inventori. Klik pada radio

    button yang berkaitan dan klik butang Terus.

    LANGKAH INI MERUPAKAN LANGKAH YANG SANGAT PENTING.....

    SEKIRANYA BERLAKU KESILAPAN, PERLU DIBUAT PEMBETULAN

    DENGAN SEGERA......

    Gambarajah 11: Pilih Jenis Aset

    BAGI ASET YANG DIBELI PADA TAHUN 2007 DAN KE ATAS

    INVENTORI:

    Aset yang berharga kurang dari RM 1000 dan TIDAK memerlukan penyelenggaran berkala.

    Semua jenis perabut mesti direkod sebagai INVENTORI walaupun harganya lebih dari RM

    1000.

    HARTA MODAL:

    Selain daripada yang diterangkan di atas.

    BAGI ASET YANG DIBELI PADA TAHUN 2006 DAN KE BAWAH

    INVENTORI:

    Aset yang berharga kurang dari RM 500 dan TIDAK memerlukan penyelenggaran berkala.

    Semua jenis perabut mesti direkod sebagai INVENTORI walaupun harganya lebih dari RM

    1000.

    HARTA MODAL:

    Selain daripada yang diterangkan di atas.

  • 9

    15. Klik pada butang Sahkan untuk mengesahkan kod peralatan. Penjanaan kod ini adalah automatik

    oleh sistem.

    Gambarajah 12: Pengesahan Kod Siri.

    16. Pendaftaran Harta Modal. (Untuk Inventori, Rujuk Langkah 17)

    - Masukkan semua maklumat mengikut Kad Pendaftaran (KEWPA 2) yang sedia ada. Bagi

    pendaftaran aset yang baru hendaklah mengikut kepada spesifikasi dan Delivery Order yang

    diperolehi.

    - No LO perlu diisi meskipun ianya bukan ruangan mandatori.

    - Masukkan gambar peralatan sekiranya mempunyai gambar.

    - Ruangan No Rujukan Fail hendaklah dimasukkan no Pendaftaran Peralatan dari kad KEWPA 2.

    Contoh: KPT/PSIS25/JKA/H/09/00125

    - Sila klik checkbox Tandakan Jika Perlu Penyelenggaraan untuk semua peralatan yang

    memerlukan penyelenggaraan berkala.

    - Masukkan Komponen/Aksesori jika ada. Bagi komputer, monitor juga termasuk dalam

    kategori aksesori.

    - Di ruangan Pegawai Bertanggungjawab, masukkan nama Pengarah Terkini. Klik ikon orang

    untuk mencari nama Pengarah. Tarikh berkuatkuasa, biarkan tarikh terkini.

    - Diruangan penempatan semasa, tarikh juga dibiarkan tarikh terkini.

    - Pemilihan pengguna/penyelia penempatan semasa peralatan dan lokasi hendaklah dipilih

    dengan teliti agar memudahkan Pegawai Pengesah mengesah peralatan untuk disahkan.

    Kesilapan pemilihan mungkin menyebabkan peralatan didaftar tidak dapat disahkan.

    - Setelah selesai, klik butang simpan.

    - Satu pop-up mesej akan terpapar samaada anda ingin mendaftar peralatan yang sama. Klik

    ok sekiranya anda ingin meneruskan pendaftaran aset yang sama. Sekiranya tidak klik cancel.

  • 10

    Gambarajah 13. Pendaftaran Harta Modal

    17. Pendaftaran Inventori.

    - Masukkan semua maklumat mengikut Kad Pendaftaran (KEWPA 3) yang sedia ada. Bagi

    pendaftaran aset yang baru hendaklah mengikut kepada spesifikasi dan Delivery Order yang

    diperolehi.

    - No LO perlu diisi meskipun ianya bukan ruangan mandatori.

    - Masukkan gambar peralatan sekiranya mempunyai gambar.

    - Ruangan No Rujukan Fail hendaklah dimasukkan no Pendaftaran Peralatan dari kad KEWPA 3.

    Contoh: KPT/PSIS25/JKA/I/09/123-133

    - Masukkan kuantiti peralatan. Rekod pendaftaran akan mendaftar kesemua kuantiti peralatan.

    Ini juga untuk memudahkan pengagihan peralatan dilokasi berlainan.

    - Di ruangan Pegawai Bertanggungjawab, masukkan nama Pengarah Terkini. Klik ikon orang

    untuk mencari nama Pengarah. Tarikh berkuatkuasa, biarkan tarikh terkini.

    - Diruangan penempatan semasa, tarikh juga dibiarkan tarikh terkini.

    - Pemilihan pengguna/penyelia penempatan semasa peralatan dan lokasi hendaklah dipilih

    dengan teliti agar memudahkan Pegawai Pengesah mengesah peralatan untuk disahkan.

    Kesilapan pemilihan mungkin menyebabkan peralatan didaftar tidak dapat disahkan.

    - Setelah selesai, klik butang simpan. Jumlah rekod didaftarkan akan dipaparkan. Kesemua

    kuantiti peralatan akan dipaparkan.

    *setiap perabot meskipun melebihi harga RM1000 adalah termasuk dalam kategori Inventori.

    *Aset yang diperolehi sekali dengan bangunan, perlu direkodkan sekiranya aset tersebut boleh

    diasingkan/diubah/dialih dari bangunan tersebut. (Contoh: Kerusi yang datang sekali dengan

    bangunan). Anggarkan harga seunit dari maklumat-maklumat terdahulu.

  • 11

    Gambarajah 14: Pendaftaran Inventori

    18. Setelah direkodkan, satu paparan akan keluar bagi membuat perubahan/agihan peralatan.

    - Klik pada checkbox yang ingin dipindahkan lokasi.

    - Klik pada ubah lokasi dan pegawai untuk mengubah lokasi.

    - Teruskan langkah diatas untuk mengubah lokasi/pegawai peralatan yang lain jika ada.

    Gambarajah 15: Ubah Lokasi & Pegawai

  • 12

    19. Untuk melihat senarai yang telah direkod, klik pada menu Daftar Aset kemudian Senarai Direkod.

    Klik pada jenis peralatan untuk melihat senarai peralatan yang telah anda daftarkan.

    Gambarajah 16: Senarai Direkod

    20. Klik pada ikon Pensel untuk mengubah rekod anda sekiranya terdapat pembetulan. (Rekod ini

    hanya boleh diubah sebelum disahkan oleh Pegawai Pengesah)

    PENGESAHAN PERINGKAT PERTAMA AKAN DILAKSANAKAN PADA 27 JUN 2014

    HARAP MAKLUM

  • 13

    Gambarajah 17: Ubah Rekod

    21. Sekiranya selesai, klik butang Keluar untuk keluar dari Sistem SPA.

    Sebarang pertanyaan mengenai Sistem (nama pengguna, kata laluan, akses dll) bolehlah

    menghubungi En Yasrizan(6249) atau Cik Zuria Anita(6252) di Unit Teknologi Maklumat.

    Sebarang pertanyaan mengenai Aset (status aset, jenis, harga dll) bolehlah mneghubungi Pn Faridah

    Hanim(6264) di Unit Aset.