Manual sistemkejohanan

24
Manual Sistem Pengendalian Kejohanan Sistem pengendalian kejohanan olahraga ini dibangunkan menggunakan Microsoft Access. Oleh itu aplikasi Microsoft Access perlulah terdapat di dalam komputer yang hendak digunakan. Gunakan Microsoft Access XP atau 2003 sahaja. Sebelum memulakan sistem ini, fail aplikasi ini hendaklah di salin ke dalam cakera keras kerana sistem ini tidak boleh dimulakan dari cakera padat (CD). Selepas disalin ke dalam cakera keras, atribut bagi fail tersebut hendaklah disetkan kepada mod archive (fail yang disalin dari cakera padat akan mempunyai atribut read-only dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan kepadanya). Selepas dimulakan aplikasi ini, skrin permulaan yang dipaparkan adalah seperti berikut:

Transcript of Manual sistemkejohanan

Page 1: Manual sistemkejohanan

Manual Sistem Pengendalian Kejohanan

Sistem pengendalian kejohanan olahraga ini dibangunkan menggunakan Microsoft

Access. Oleh itu aplikasi Microsoft Access perlulah terdapat di dalam komputer yang hendak

digunakan. Gunakan Microsoft Access XP atau 2003 sahaja.

Sebelum memulakan sistem ini, fail aplikasi ini hendaklah di salin ke dalam cakera

keras kerana sistem ini tidak boleh dimulakan dari cakera padat (CD). Selepas disalin ke

dalam cakera keras, atribut bagi fail tersebut hendaklah disetkan kepada mod archive (fail

yang disalin dari cakera padat akan mempunyai atribut read-only dan tidak boleh dibuat

sebarang perubahan kepadanya).

Selepas dimulakan aplikasi ini, skrin permulaan yang dipaparkan adalah seperti

berikut:

Penggunaan system ini adalah berdasarkan kepada menu yang terdapat di bahagian

atas program. Menu yang terdapat dalam system ini termasuklah Fail, Maklumat, Acara,

Keputusan dan Cetakan.

Page 2: Manual sistemkejohanan

1. Menu Fail

Menu ini mempunyai 5 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a) Pilihan Import.

Pilihan ini adalah untuk mengimport data dari disket pendaftaran yang dihantar oleh

pasukan yang bertanding. Hanya data dari pasukan yang belum diimport sahaja yang boleh

melalui proses ini. Jika data pasukan yang hendak diimport sudah berada di dalam sistem,

anda akan diberi pilihan untuk mengekalkan data yang lama atau untuk overwrite data yang

lama dan digantikan dengan data yang baru.

b) Pilihan Backup

Pilihan ini adalah untuk membuat salinan data (backup data) supaya data tersebut

boleh di ambil (restore) semula jika dikehendaki. Anda dinasihatkan supaya menyimpan data

salinan ini ke dalam satu folder yang baru.

Buat pilihan dibahagian ini

Taipkan nama folder di sini

Page 3: Manual sistemkejohanan

Klik butang OK apabila anda telah selesai membuat arahan tersebut. Data tersebut

akan disimpan dalam folder yang berkenaan.

c) Pilihan Restore

Pilihan ini adalah untuk menyalin data salinan (backup data) yang telah dibuat dalam

langkah di atas ke dalam sistem. Arahan ini akan menyebabkan semua data yang berada di

dalam sistem digantikan dengan data salinan tersebut.

Anda perlu memilih folder yang mempunyai data salinan dan klik butang OK untuk

melaksanakan arahan ini.

d) Pilihan Bersih Data

Pilihan ini adalah untuk membersihkan data yang berada dalam pangkalan data.

Semua data di dalam pangkalan data ini akan dibersihkan, kecuali data mengenai rekod

kejohanan yang akan dikekalkan.

e) Pilihan Tamat Aplikasi

Pilihan ini adalah untuk keluar dari aplikasi ini

Pilih folder backup di bahagian ini

Page 4: Manual sistemkejohanan

2. Menu Maklumat

Menu ini mempunyai 7 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a) Pilihan Kejohanan

Pilihan ini adalam untuk memasukkan maklumat asas berkenaan kejohanan olahraga

yang dijalankan.

Maklumat asas berkenaan kejohanan ini boleh diisikan di 3 bahagian yang atas

(MSSD, TAHUN, KALI KE -). Maklumat ini hanya akan dipaparkan di skrin permulaan

sebagai pengenalan sistem. Maklumat lain berkaitan dengan kejohanan diisi ke dalam tiga

ruangan yang berikutnya (NAMA KEJOHANAN, TEMPAT, TARIKH). Maklumat ini akan

menjadi header bagi setiap cetakan yang akan dibuat menggunakan sistem ini.

Page 5: Manual sistemkejohanan

Ruangan GAMBAR1 dan GAMBAR2 pula adalah untuk meletakkan logo penganjur

atau logo kejohanan. Kedua-dua logo ini akan diletakkan di skrin permulaan dan bagi cetakan

pula, ia akan diletakkan di bahagian kiri dan kanan header. Untuk mengedit atau

memasukkan gambar, klik butang kanan tetikus dan anda perlu memilih Bitmap Image

Object, Open. Komputer anda akan memulakan program Paint (secara default). Setelah

selesai membuat perubahan pada imej menggunakan program Paint, pilih Exit & Return to

MAKLUMAT KEJOHANAN. Gambar atau imej logo anda akan dikemaskini.

Pada maklumat pengambilan masa, anda perlu memasukkan bilangan titik perpuluhan

yang akan digunakan dalam kejohanan ini. Pada kebiasaannya, masa yang menggunakan

catatan tangan adalah tepat kepada 1 titik perpuluhan. Walau bagaimanapun, terdapat

kejohanan yang menggunakan 2 titik perpuluhan untuk peringkat saringan atau separuh akhir.

b) Pilihan Pasukan

Pilihan ini adalah untuk memaparkan maklumat mengenai pasukan-pasukan yang

bertanding dalam kejohanan ini. Hanya pasukan yang telah diimport maklumatnya sahaja

yang akan dipaparkan.

c) Pilihan Peserta

Pilihan ini adalah untuk memaparkan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang

bertanding. Paparannya adalah seperti berikut:

Page 6: Manual sistemkejohanan

Maklumat yang berkaitan dengan peserta seperti nama, no kad pengenalan atau no

sijil kelahiran, tarikh lahir dan sekolah boleh ditukarkan secara terus. Anda boleh bergerak

dari satu rekod ke satu rekod dengan menggunakan kekunci PageDown dan PageUp. Untuk

perubahan acara yang diambil oleh peserta berkenaan, anda boleh mennggunakan butang

Tambah yang terdapat di bahagian bawah dan memilihan acara yang dikehendaki dan

seterusnya klik butang OK. Untuk membuang acara yang telah didaftarkan oleh peserta, klik

diruangan acara berkenaan dipaparkan dan diikuti dengan klik butang Mansuh. Anda akan

diminta untuk membuat pengesan untuk memansuhkan acara tersebut. Namun begitu, arahan

ini hanya boleh dilakukan sebelum penyusunan peserta dilakukan.

Arahan lain yang boleh dilaksanakan adalah untuk menambah peserta baru. Klik

butang Tambah di sebelah atas dan akan dipaparkan dengan paparan seperti berikut:

Anda perlu memasukkan semua maklumat di atas dan menekan butang Proses.

Seterusnya jika hendak menambah acara peserta baru tersebut, boleh gunakan arahan seperti

yang telah diterangkan tadi. Untuk membuang peserta yang berdaftar pula, anda boleh

menekan butang Buang. Seperti juga mengubah acara, arahan ini hanya boleh dilaksanakan

sebelum susunan peserta dibuat.

Terdapat juga bantuan untuk membuat carian peserta dengan menggunakan nombor

peserta. Anda perlu memilih Jantina dan Kelas yang dikehendaki terlebih dahulu dan diikuti

dengan klik butang Carian. Paparan maklumat peserta akan menunjukkan peserta yang dicari

jika nombor yang berkenaan terdapat di dalam pangkalan data. Jika tiada, paparan asal akan

dikekalkan.

Page 7: Manual sistemkejohanan

d) Pilihan Rekod

Pilihan ini adalah untuk menyimpan rekod kejohanan dan rekod bagi peringkat

kejohanan yang di atasnya. Paparan rekod adalah seperti berikut:

Perkara yang penting disini adalah untuk memasukkan maklumat REKOD 1 dan

REKOD 2 mengikut format yang betul. REKOD 1 adalah dalam bentuk nombor. Untuk acara

yang unitnya saat, meter dan mata, bolehlah dimasukkan terus rekodnya. Untuk acara yang

unitnya minit (balapan jarak 800 M dan ke atas), catatannya hendaklah ditukarkan kedalam

saat. Untuk REKOD 2, ikut format seperti yang dipaparkan. Anda boleh menambah rekod

jika terdapat 2 orang yang memegang rekod dalam acara yang sama.

e) Pilihan Tafsiran Rekod

Pilihan ini adalah untuk menamakan jenis rekod yang terdapat dalam kejohanan ini.

Untuk kejohanan peringkat yang berbeza tafsirannya adalah berbeza. Jadual dbawah

menunjukkan tafsiran yang boleh diberikan untuk kejohanan yang dilangsungkan pada

peringkat tertentu.

BIL Kejohanan Sekolah Kejohanan Daerah Kejohanan Negeri1 REKOD SEKOLAH REKOD MSSD REKOD MSSJ2 REKOD MSSD REKOD MSSJ REKOD MSSM3 REKOD MSSJ REKOD MSSM REKOD ASEAN

Rajah di bawah menunjukkan contoh kejohanan yang dilangsungkan diperingkat

daerah.

Page 8: Manual sistemkejohanan

f) Pilihan Mata

(Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan)

Pilihan ini adalah untuk menentukan pungutan mata yang dipungut berdasarkan

kedudukan peserta pada peringkat akhir. Pungutan mata perlu dimasukkan untuk acara

(I)ndividu dan acara (P)asukan (relay). Jika terdapat acara lain yang berbeza pungutan

matanya (biasanya heptathlon dan pentathlon) letakkan dibahagian (L)ain-lain dan mengisi

kod acara berkenaan.

Namum begitu, terdapat kejohanan olahraga yang tidak lagi menggunakan pungutan

mata dalam perlaksanaannya, hanya menggunakan pungutan pingat emas, perak dan gangsa

sahaja. Untuk hal yang sedemikian, anda masih perlu meletakkan mata bagi kedudukan 1, 2

dan 3 kerana tanpa mata, tiada pungutan pingat akan dilakukan. Hal ini tidak akan menjadi

masalah kepada perjalanan kejohanan kerana anda masih boleh melihat keputusan

keseluruhan kejohanan samada berdasarkan pungutan mata atau pingat.

g) Pilihan Kelas Umur

(Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan)

Pilihan ini adalah maklumat berkaitan dengan peringkat umur yang terdapat dalam

kejohanan ini. Terdapat beberapa maklumat yang penting disini yang perlu diambil perhatian,

antaranya ialah ACARA TERBUKA dan MATA DIKIRA.

Dalam bahagian ACARA TERBUKA, tandakan pada bahagian dimana kelas

umur tersebut boleh mengambil acara terbuka. Untuk bahagian MATA DIKIRA, tandakan

pada peringkat kelas umur yang akan dikira mata/pingat sebagai penentu pemenang

Page 9: Manual sistemkejohanan

kejohanan. Ini boleh dipilih kerana terdapat kejohanan yang tidak mengambil kira peringkat

umur bawah 20 dalam menentukan pemenang kejohanan.

3 Menu Acara

Menu ini mempunyai 7 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a) Pilihan Maklumat Acara

(Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan)

Pilihan ini akan memaparkan maklumat acara yang terdapat dalam kejohanan

olahraga.Ini adalah maklumat asas bagi semua acara olahraga dan kebanyakan maklumat ini

tidak perlu diubah.

b) Pilihan Acara Kejohanan

Pilihan ini adalah untuk menyenarkan semua acara yang berlangsung dalam

kejohanan olahraga yang akan dilangsungkan. Semua acara akan mempunyai peringkat umur

dan jantina yang akan dilangsungkan. Contoh di bawah menunjukkan acara 800 meter yang

dipertandingkan untuk kategori lelaki 18, perempuan 18, lelaki 15 dan perempuan 15.

Page 10: Manual sistemkejohanan

Anda boleh menambah kategori umur yang hendak dipertandingkan untuk sesuatu

acara dengan menekan butang Tambah. Pilih kategori umur yang hendak ditambah dan klik

butang OK. Jika hendak membuang kategori umur yang telah dimasukkan, klik tetikus pada

peringkat umur tersebut dan klik butang Mansuh. Anda akan diminta untuk membuat

pengesahan untuk membuang acara tersebut. Kemudian, kategori yang dipilih akan

dimansuhkan.

c) Pilihan Nombor Acara

Pilihan ini akan digunakan untuk memasukkan nombor acara kejohanan mengikut

peringkat samada saringan, separuh akhir atau akhir. Maklumat mengenai tarikh acara

tersebut akan dilangsungkan juga akan dimasukkan.

Sebarang perubahan pada maklumat nombor dan tarikh acara hendaklah dilakukan di

ruang yang disediakan seperti ditunjukkan di bawah.

Pada pilihan ini anda boleh membuat perubahan pada nombor acara dengan

menggunakan butang Tambah dan Mansuh seperti di bawah.

Jika anda klik butang Tambah, anda akan diminta memilih peringkat umur acara yang

hendak ditambah beserta peringkatnya dan diikuti dengan klik butang OK. Paparan untuk

menambah acara adalah seperti di bawah.

Bahagian untuk mengubah tarikhBahagian untuk mengubah nombor acara

Page 11: Manual sistemkejohanan

Jika anda ingin membuang acara yang telah terdapat dalam nombor acara, klik pada

baris acara berkenaan dan klik butang Mansuh.

d) Pilihan Susun Acara (Auto)

Pilihan ini akan melaksanakan susunan acara secara automatik yang akan digunakan

semasa kejohanan. Paparannya adalah seperti berikut:

Terdapat beberapa maklumat yang perlu ditetapkan sebelum sesuatu acara tersebut

disusun.

Acara : Anda perlu memilih acara yang hendak disusun. Acara yang tersenarai adalah

seperti dalam perkara (b).

Peringkat : Anda perlu memilih peringkat yang hendak disusun (Akhir, Separuh

Akhir, Saringan).

Page 12: Manual sistemkejohanan

Ikut Lorong : Anda perlu menentukan samada acara tersebut memerlukan peserta

berlari mengikut lorong atau tidak.

BilLorong : Untuk acara yang mengikut lorong, anda perlu memasukkan bilangan

lorong yang boleh digunakan. (secara lalainya adalah 8)

Setelah semua pilihan tersebut ditetapkan, klik butang SUSUN untuk melaksanakan

proses susunan peserta.

e) Pilihan Susun Acara (Ubah)

Pilihan ini adalah untuk mengubah susunan peserta yang telah dibuat dalam perkara

(d). Proses perubahan yang dilakukan adalah secara manual. Klik pada acara yang hendak

diubah dan diikuti dengan klik butang SUSUN. Anda akan dipaparkan dengan susunan

peserta yang telah disusun seperti berikut :

Terdapat 3 pilihan untuk mengubah peserta iaitu Insert, Delete dan Tukar yang

terletak disebelah kanan atas.

Insert : Pilihan ini adalah untuk menambah peserta dalam acara berkenaan. Anda

akan diminta memasukkan peserta yang berkenaan dan diikuti dengan klik butang

OK. Untuk acara yang mengikut lorong dan peringkat separuh akhir, anda akan

diminta untuk memasukkan lorong dan nombor separuh akhir peserta yang berkenaan.

Delete : Pilihan ini adalah untuk membuang peserta yang telah disusun. Anda

dikehendaki memilih peserta yang berkenaan dan klik butang OK.

Page 13: Manual sistemkejohanan

Tukar : Pilihan ini adalah untuk menukar peserta yang telah disusun dengan peserta

lain. Anda dikehendaki memilih peserta yang hendak dikeluarkan dan yang hendak

dimasukkan dan diikuti dengan klik butang OK.

Untuk pilihan ini anda juga boleh membuang susunan peserta yang telah dibuat. Klik

pada susunan acara yang hendak dibuang dan klik butang PADAM.

f) Pilihan Senarai Relay

Pilihan ini adalah untuk memaparkan senarai peserta relay yang didaftarkan oleh

pasukan yang bertanding. Anda boleh menambah dan membuang peserta jika diperlukan.

g) Pilihan Statistik Peserta

Pilihan ini adalah untuk memaparkan bilangan peserta yang didaftarkan dalam semua

acara yang dipertandingkan. Pilihan ini adalah penting untuk tujuan penyemakan.

4 Menu Keputusan

Menu ini mempunyai 4 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a) Pilihan Masuk Keputusan

Pilihan ini adalah untuk memasukkan keputusan acara yang telah dipertandingkan

samada pada peringkat Separuh Akhir atau Akhir. Anda akan diminta untuk memilih

acara yang hendak dimasukkan keputusannya terlebih dahulu seperti yang dipaparkan

di bawah:

Page 14: Manual sistemkejohanan

Setelah memilih acara yang hendak dimasukkan keputusannya, klik butang MASUK

dan anda akana dipaparkan dengan paparan untuk memasukkan keputusan. Kaedah yang

digunakan untuk memasukkan keputusan ialah dengan memasukkan keputusan berdasarkan

kedudukan peserta dalam acara tersebut dan bukannya mengikut susunan peserta. Contoh

keputusan yang telah dimasukkan adalah seperti berikut:

Kemasukan keputusan ini boleh dimasukkan hanya setakat yang dikehendaki sahaja.

Pengisian penuh keputusan sehingga semua peserta adalah terpulang kepada masing-masing.

Setelah keputusan acara tersebut dimasukkan, klik butang Proses untuk memasukkan mata

atau pingat kedalam pasukan dan peringkat umur masing-masing. Untuk acara yang

melibatkan peringkat Saringan atau Separuh Akhir, pemilihan peserta yang layak ke peringkat

Page 15: Manual sistemkejohanan

seterusnya perlu dilakukan secara manual. Paparan kemasukan keputusan untuk peringkat

tersebut akan melibatkan satu item baru iaitu LAYAK(untuk peserta yang layak) seperti di

bawah:

Untuk acara lompat tinggi, jika terdapat kedudukan seri bagi kedudukan kedua atau

seterusnya, maklumat tersebut hendaklah dimasukkan sebelum keputusan dimasukkan.

Satu paparan tambahan akan meminta anda untuk memasukkan bilangan peserta yang

mengalami keputusan seri dari tempat kedua hingga ke-8.

Page 16: Manual sistemkejohanan

Setelah maklumat tersebut lengkap diisi,klik butang Terima dan masukkan keputusan

seperti biasa.

b) Pilihan Edit Keputusan

Pilihan ini untuk mengedit keputusan acara yang telah dimasukkan. Anda perlu

memilih terlebih dahulu acara yang hendak diedit. Paparan untuk menedit keputusan adalah

sama seperti memasukkan keputusan. Anda hanya perlu menukar keputusan yang berkaitan

sahaja dan diikuti dengan klik butang Proses.

(Peringatan : Untuk acara lompat tinggi yang melibatkan perkongsian mata/pingat, Operasi

edit ini tidak boleh digunakan. Anda perlu memansuh keputusan dan memasukkan keputusan

yang baru)

c) Pilihan Batal Keputusan

Pilihan ini untuk membatalkan keputusan acara yang telah dimasukkan. Anda perlu

memilih terlebih dahulu acara yang hendak dimansuhkan dan diikuti dengan klik butang

Mansuh.

d) Pilihan Peserta Terbaik

Pilihan ini adalah untuk memaparkan senarai peserta yang layak dipertimbangkan

sebagai peserta terbaik kejohanan mengikut peringkat umur.

Page 17: Manual sistemkejohanan

5. Menu Cetakan

Menu ini mempunyai 8 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a) Pilihan Borang

Pilihan ini adalah untuk mencetak borang-borang pertandingan. Pilihan yang ada

adalah samada untuk mencetak borang Pengelola Peserta atau Borang Keputusan Rasmi.

Terdapat dua butang untuk mencetak dan penerangannya aalah seperti berikut:

Untuk memapar borang sebelum dicetak. Terus mencetak borang

b) Pilihan Susunan Peserta

Pilihan ini adalah untuk mencetak susunan peserta yang telah dibuat susunannya.

Anda boleh memilih samada untuk mencetak mengikut nombor acara atau kelas peserta.

Disamping itu muka surat juga boleh diletakkan pada halaman yang hendak dicetak.

c) Pilihan Keputusan Acara

Pilihan ini adalah untuk mencetak keputusan acara yang telah dimasukkan dan

diproses. Sama seperti di atas, anda boleh memilih samada untuk mencetak mengikut nombor

acara atau kelas peserta dan mencetak muka surat jika dikehendaki.

d) Pilihan Acara Multi-Event

Pilihan ini adalah untuk mencetak ringkasan pungutanmata bagi acara multi-event

(heptathlon dan pentathlon) yang telah dimasukkan dan diproses.

Page 18: Manual sistemkejohanan

e) Pilihan Mata

Pilihan ini adalah untuk mencetak pungutan mata keseluruhan setakat mana keputusan

akhir dimasukkan. Anda mempunyai tiga pilihan iaitu:

Campuran : Untuk mencetak semua peringkat umur.

Sekolah Menengah : Untuk mencetak peringkat umur bagi sekolah menengah.

Sekolah Menengah : Untuk mencetak peringkat umur bagi sekolah rendah.

f) Pilihan Pingat

Pilihan ini adalah sama seperti bahagian (e) kecuali susunan adalah mengikut pingat.

g) Pilihan Hadiah dan Sijil

Pilihan ini adalah untuk mencetak Borang Pengelola Pemenang untuk tujuan

penyampaian hadiah.

h) Pilihan Pendaftaran

Pilihan ini adalah untuk mencetak senarai peserta yang telah didaftarkan.

Nota : Untuk perkara (a),(b), (c) dan (g) anda boleh membuat pilihan kepada lebih

dari satu acara dengan cara hold kekunci Shift dan diikuti dengan klik tetikus atau

menekan kekunci Arrow Key Bawah.