marvellous tips: ELEKTRIK DI MALAYSIAimaeazma.blogspot.my/2011/04/elektrik-di-malaysia.htmlDalam...

download marvellous tips: ELEKTRIK DI MALAYSIAimaeazma.blogspot.my/2011/04/elektrik-di-malaysia.htmlDalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal

If you can't read please download the document

Transcript of marvellous tips: ELEKTRIK DI MALAYSIAimaeazma.blogspot.my/2011/04/elektrik-di-malaysia.htmlDalam...

marvellous tips: ELEKTRIK DI MALAYSIA

marvellous tips

Hanya 1matlamat...

Thursday, April 7, 2011

ELEKTRIK DI MALAYSIA

Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik. Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dilakukan melalui motor elektrik, dan motor dan generator mempunyai banyak persamaan. Sumber penggerak utama bagi kuasa mekanikal mungkin reciprocating atau enjin wap turbin, air yang jatuh melalui kuasa hidro (turbin atau kincir air, enjin pembakaran dalam, turbin angin, mesin jana tangan (hand crank), udara mampat atau sebarang sumber tenaga mekanikal yang lain.

Penjana elektrik

Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006.Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa loji hidro dan 82% berupa loji bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.

Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:

Tenaga Nasional Berhad 11,296MWMalakoff Berhad 4,393MWPowertek Berhad 1,490MWYTL Power Berhad 1,212MW

Dimasa hadapan, mungkin selepas 2012, syarikat jana kuasa di Borneo akan dihubung masuk ke Grid Nasional:

Syarikat SESCO Berhad 750MWSabah Electricity Sdn Bhd 785MW,5 penjana bebas(IPP) - 318MW.

Talian penghantar

Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50Hz.

HVAC 132kVHVAC 275kVHVAC 500kV

Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.

Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.

Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275kV. Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100MW, sistem 500kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd).Pada tahun 2006, talian 500kV antara Bukit Batu dan Tanjung Bin telah diwartakan untuk mengangkut kuasa yang dijana oleh Stesen Kuasa Tanjung Bin 2100MW.

Bekalan ke luarnegeri

Negara Thai - Pada 1981 sambungan 132kV HVAC dengan keupayaan 80MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300kV (HVDC) dengan keupayaan 300MW.

Singapura -Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.

Voltan Talian pembahagian di Malaysiaadalah pada voltan 33kV, 22kV, 11kV, 6.6kV dan 415/240V.

jong wat by

imaeazma

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Dyla Qistinasaid...

Hi. Are you working in electiral/ engineering field? would love to share contact address with you. :) come visit me at dylaqistina.blogspot.com / send me email at [email protected]. i am a training executive cum freelance writer and currently organizing heat rate awareness seminar this upcoming March 2012.

December 19, 2011 at 12:29 PM

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

LinkWithin

iklan

Top 10's viewed

MENGESAN KEROSAKAN LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

db Elektrik merupakan bekalan asas untuk melengkapkan hidup. Memang orang di zaman dahulu tidak kenal akan kipas, tv mahupun rice cooker ...

CARA BAIKI KIPAS SILING

Kipas merupakan suatu keperluan di setiap rumah. Ia berfungsi menggerakan udara. Terdapat pelbagai jenis kipas siling di pasaran. Di zaman...

SERVICE AIRCOND SENDIRI

Kemajuan hidup telah mengubah segalanya. Dari kipas daun rumbia, ke kipas siling. Malah ramai yang berkemampuan telah memiliki ''air...

KEGUNAAN TEST PEN

Testpen merupalan alat penguji yang setia bagi juruteknik. Ia digunakan untuk menguji kewujudan voltan dalam sesuatu litar elektrik. Setakat...

baiki lampu LED

Lampu dibangunkan Thomas Edison terus mengalami evolusi. Dari penciptaan lampu berfilamen kepada lampu pendaflour. Teruja pula dengan lampu ...

PENDUDUK MALAYSIA HAMPIR 28 JUTA

Jumlah keseluruhan penduduk warganegara Malaysia adalah 27.6 juta orang atau lebih tepat lagi 27 565 821 orang. Angka ini merupakan data ...

Baiki water boiler

Rumah kita biasanya tidak menggunakan pemanas air jenis ini kerana ia makan banyak current. Dah tentu kos melambungkan so thermos je da cuku...

MARI BELAJAR CPR

Pernahkah kita berdepan dengan orang yang tiba-tiba rebah terkena serangan jantung? Apa tindakan jika kejadian itu berlaku? Mahu lari atau m...

BANDINGAN ORANG DIUJI

Takutkan Allah itu lebih baik daripada takut kepada sesuatu makhluk selain dari-Nya. Mari kita lihat suatu perbandingan. Katalah suatu ketik...

Baiki treadmill

Alat senaman yang direka bagi mereka yang malas. Merupakan sebuah platform yang di jan dengan tenaga elektrik. Mempunyai dua mode operas...

Museum

2013

(4)

July

(2)

March

(2)

2012

(7)

December

(1)

October

(4)

July

(1)

February

(1)

2011

(48)

May

(1)

April

(6)MENGESAN KEROSAKAN LITAR ELEKTRIK DI RUMAHPENDUDUK MALAYSIA HAMPIR 28 JUTAGAYA HIDUP AKTIF DENGAN BERSENAMMENGUJI REMOTE TVELEKTRIK DI MALAYSIALEMBUTKAN HATI YANG KERAS

March

(9)

February

(9)

January

(23)

2010

(27)

December

(27)

widgeo.net

iklan berbayar

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.