Masa Depan Anak Anda - · PDF filetumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa...

4
Sama ada daripada kesihatan dan keselamatan hinggalah ke pendidikan dan kegembiraan - kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. MENJAGA DIRI ANDA SENDIRI Satu daripada aspek utama keibubapaan yang sering diabaikan adalah kesihatan dan kegembiraan ibu bapa. Pakar bersetuju bahawa lebih gembira dan sihat pasangan ibu bapa itu, lebih baik kesannya untuk seluruh keluarga. Kesihatan anda adalah sama penting dengan kesihatan anak-anak anda kerana apabila anda sihat, anda dapat menjaga anak-anak anda. Tetapi, apabila seluruh tumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa terlupa atau tidak berkesempatan untuk menjaga diri mereka sendiri. Jika anda menjaga kesihatan anda, lebih mudah dan seronok untuk anda menjalankan tanggungjawab sebagai ibu atau bapa. Kebanyakan orang mendapati bahawa jika mereka menjaga diet dan cuba melakukan senaman selama 30 minit setiap hari, ia dapat membantu. Memang berbaloi untuk mengingati bahawa pemakanan yang baik tidak menelan belanja yang besar. Keadaan akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk menjalankan peranan ibu atau bapa jika anda cergas secara fizikal. Naluri keibubapaan tidak lahir secara semula jadi dan kebanyakan ibu bapa memerlukan bantuan pada masa- masa yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa keluarga dan rakan-rakan dapat membantu, tetapi kadang kala kita memerlukan nasihat pakar. Mujurlah kini terdapat banyak maklumat dan bantuan praktikal berbanding dahulu. Masa Depan Anak Anda Kandungan Panduan Kehidupan Ini Menjaga diri anda sendiri • Asuhan kanak-kanak dan sekolah • Kesihatan dan keselamatan • Memahami kos membesarkan anak-anak • Mendapatkan bantuan • ASUHAN KANAK-KANAK DAN SEKOLAH Memilih pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah yang tepat untuk anak- anak merupakan keputusan besar bagi para ibu bapa. Pilihan pusat asuhan kanak-kanak akan bergantung kepada keadaan anda sendiri. Walaupun salah seorang antara ibu atau bapa telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menguruskan keluarga sepenuhnya, anda mungkin masih memerlukan bantuan luar. Anda juga mungkin memikirkan bahawa anak anda akan mendapat faedah daripada bersosial dengan bayi dan kanak-kanak yang lain. Anda juga mungkin mahu mengaturkan rancangan yang mana, selepas waktu sekolah, anak anda yang lebih besar boleh menghadiri pusat jagaan harian yang sama dengan anak kecil anda. Pilihan anda merangkumi pusat jagaan kanak-kanak yang rasmi, kelas bimbingan merangkap pusat jagaan harian, pengasuh, pembantu rumah yang tinggal bersama atau pengaturan yang kurang rasmi, seperti ahli keluarga dan teman rapat. Bergantung kepada sesuatu pusat, jagaan kanak-kanak boleh disediakan dari baru lahir dan terdapat peraturan yang ketat dari segi persekitaran yang selamat dan bilangan kakitangan yang mencukupi. “SATU DARIPADA ASPEK UTAMA KEIBUBAPAAN ADALAH KESIHATAN DAN KEGEMBIRAAN IBU BAPA.”

Transcript of Masa Depan Anak Anda - · PDF filetumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa...

Page 1: Masa Depan Anak Anda - · PDF filetumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa terlupa atau tidak ... kanak yang sakit? ... Walaupun itu adalah iltizam kasih sayang

Sama ada daripada kesihatan dan keselamatan hinggalahke pendidikan dan kegembiraan - kita semua mahukanyang terbaik untuk anak-anak kita.

MENJAGA DIRI ANDA SENDIRI

Satu daripada aspek utama keibubapaan yang seringdiabaikan adalah kesihatan dan kegembiraan ibu bapa.Pakar bersetuju bahawa lebih gembira dan sihat pasanganibu bapa itu, lebih baik kesannya untuk seluruh keluarga.

Kesihatan anda adalah sama penting dengan kesihatananak-anak anda kerana apabila anda sihat, anda dapatmenjaga anak-anak anda. Tetapi, apabila seluruhtumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramaiibu bapa terlupa atau tidak berkesempatan untukmenjaga diri mereka sendiri.

Jika anda menjaga kesihatan anda, lebih mudah danseronok untuk anda menjalankan tanggungjawab sebagaiibu atau bapa. Kebanyakan orang mendapati bahawa jikamereka menjaga diet dan cuba melakukan senamanselama 30 minit setiap hari, ia dapat membantu. Memangberbaloi untuk mengingati bahawa pemakanan yang baiktidak menelan belanja yang besar. Keadaan akan menjadilebih mudah bagi anda untuk menjalankan peranan ibuatau bapa jika anda cergas secara fizikal.

Naluri keibubapaan tidak lahir secara semula jadi dankebanyakan ibu bapa memerlukan bantuan pada masa-masa yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa keluarga danrakan-rakan dapat membantu, tetapi kadang kala kitamemerlukan nasihat pakar. Mujurlah kini terdapat banyakmaklumat dan bantuan praktikal berbanding dahulu.

Masa Depan Anak AndaKandungan Panduan Kehidupan Ini

Menjaga diri anda sendiri •

Asuhan kanak-kanak dan sekolah •

Kesihatan dan keselamatan •

Memahami kosmembesarkan anak-anak •

Mendapatkan bantuan •

ASUHAN KANAK-KANAK DAN SEKOLAH

Memilih pusat asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolahrendah dan sekolah menengah yang tepat untuk anak-anak merupakan keputusan besar bagi para ibu bapa.

Pilihan pusat asuhan kanak-kanak akan bergantungkepada keadaan anda sendiri. Walaupun salah seorangantara ibu atau bapa telah membuat keputusan untukberhenti kerja dan menguruskan keluarga sepenuhnya,anda mungkin masih memerlukan bantuan luar. Andajuga mungkin memikirkan bahawa anak anda akanmendapat faedah daripada bersosial dengan bayi dankanak-kanak yang lain.

Anda juga mungkin mahu mengaturkan rancangan yangmana, selepas waktu sekolah, anak anda yang lebih besarboleh menghadiri pusat jagaan harian yang sama dengananak kecil anda. Pilihan anda merangkumi pusat jagaankanak-kanak yang rasmi, kelas bimbingan merangkappusat jagaan harian, pengasuh, pembantu rumah yangtinggal bersama atau pengaturan yang kurang rasmi,seperti ahli keluarga dan teman rapat.

Bergantung kepada sesuatu pusat, jagaan kanak-kanakboleh disediakan dari baru lahir dan terdapat peraturanyang ketat dari segi persekitaran yang selamat danbilangan kakitangan yang mencukupi.

“SATU DARIPADA ASPEK UTAMA

KEIBUBAPAAN ADALAH KESIHATAN

DAN KEGEMBIRAAN IBU BAPA.”

Page 2: Masa Depan Anak Anda - · PDF filetumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa terlupa atau tidak ... kanak yang sakit? ... Walaupun itu adalah iltizam kasih sayang

Berikut adalah beberapa perkara yang harusdipertimbangkan apabila memilih pusat jagaan kanak-kanak (atau tadika):• Apakah nisbah kakitangan dengan kanak-kanak?• Berapa orang anak yang akan menghadiri pusat

tersebut pada hari-hari tertentu?• Apakah struktur kos atau bayarannya?• Apakah waktu operasi pusat tersebut?• Bagaimana pusat tersebut mengendalikan kanak-

kanak yang sakit?• Apakah kegiatan yang dijalankan oleh pusat tersebut

untuk kanak-kanak? Semak program pendidikan dankegiatan yang khusus untuk kanak-kanak berlainanusia.

• Dalam lingkungan umur berapakah kanak-kanaktersebut ditempatkan?

• Apakah jenis sajian yang dihidangkan? Semak samaada sajian tersebut berkhasiat dan menyihatkan.

• Apakah kelayakan profesional kakitangan pusattersebut? Adakah mereka layak dari segi akademik,atau terdiri daripada beberapa profesional yangdisokong oleh pembantu yang tidak berkelayakan?

Apakah bahasa utama yang digunakan di pusat tersebut?

Ada dua perkara yang anda boleh lakukan untukmembantu dalam penyelidikan anda:• Kunjungi pusat tersebut pada waktu yang berbeza

dalam sehari. Adakah kanak-kanak kelihatan gembiradan seronok? Adakah kanak-kanak berbeza usiabergaul?

• Cuba berbual dengan ibu bapa lain yang menghantaranak ke pusat tersebut. Tanyakan pengalaman mereka.Adakah mereka akan mengesyorkan pusat tersebutkepada rakan-rakan mereka?

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia ada menyediakanmaklumat lanjut mengenai pemilihan sesuatu pusat ataupemeriksaan butiran pentauliahan bagi penyedia jagaankanak-kanak.

Untuk mendapatkan perincian mengenai tadika,Persatuan Tadika Malaysia boleh membantu anda.

Memilih sekolah rendah atau menengah

Walaupun anda adalah pengaruh yang paling besarterhadap pendidikan anak anda, pilihan sekolahmemainkan peranan yang penting. Pilihan untuk andadan anak anda adalah keputusan individu, tetapi andamungkin mahu mempertimbangkan perkara berikutapabila menilai sesuatu sekolah. Ia terbahagi kepada tigakategori: keperluan anak anda, keperluan anda dan apayang ditawarkan oleh sekolah.

Keperluan anak anda

Pertimbangkan sekolah dari segi berikut yangberkaitan dengan anak anda:• keupayaan akademik• minat• kekuatan – akademik, sukan, muzik, seni, dll.• kesukaran dan kelemahan• ciri-ciri personaliti• jenis persekitaran pilihan

Anak yang menghadapi masalah pembelajaran dalamkelas mungkin berasa tidak selesa menghadiri sekolahyang mementingkan pencapaian dan pembelajaranakademik. Kanak-kanak yang bersikap ceria dan cergasmungkin menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diridi sekolah yang mempunyai kemudahan tamanpermainan yang sederhana dan kegiatan sukan yangterhad. Kanak-kanak yang berbakat muzik mungkin rasatidak sesuai untuk menghadiri sekolah yangmementingkan perlawanan sukan dan kegiatan fizikal.

Oleh sebab itulah penting bagi anda untuk memilihsekolah yang tepat, dengan kurikulum dan kegiatan luarkurikulum yang sesuai untuk anak anda.

Keperluan anda

Bagaimana sekolah bertepatan dengan keperluananda dari segi:• Nilai – apa perbezaan antara nilai sekolah dan nilai

yang anda pupuk di rumah?• Pertalian agama – adakah ia penting bagi anda• Lokasi – dekat dengan rumah dan sistem pengangkutan• Penglibatan ibu bapa• Yuran

Apa yang ditawarkan oleh sekolah

Untuk menilai apa yang ditawarkan oleh sekolah:• Baca prospektus, buku panduan atau risalah promosi

sekolah. Ia harus menggariskan perincian pentingmengenai sekolah – termasuk objektif, kos, dasarkemasukan, kurikulum dan perkhidmatan pelajar

• Baca buletin sekolah• Dapatkan maklum balas daripada ibu bapa pelajar

di sekolah atau penduduk yang tinggal dalamkomuniti setempat

• Dapatkan maklumat daripada kakitangan utamasekolah mengenai pendekatan dan standardpembelajaran mereka, keputusan akademikterbaru, kemudahan dan iltizam untuk kegiatansukan dan luar kurikulum.

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Terdapat banyak isu mengenai kesihatan dankeselamatan anak-anak kita yang mungkin dapatdirangkumi sepenuhnya dalam Panduan Kehidupan ini.

Perkara utama yang dibimbangkan oleh ibu bapa masakini adalah seperti kegemukan kanak-kanak, keselamatanmelayari internet dan mengelakkan kemalangan di rumah.

Anda boleh dapati banyak maklumat dan nasihat yangberguna di laman web yang berikut.

www.mvfra.orgSukarelawan Bomba dan Penyelamat yangmenjalankan bengkel pendidikan keselamatan kanak-kanak dan kem kemandirian di hutan, latihankebakaran dan ceramah keselamatan kebakaran.

“TIDAK DINAFIKAN BAHAWA IBU BAPA

MEMANG SIBUK, TETAPI CUBA LUANGKAN

MASA UNTUK BEREHAT DAN LAKUKAN

SESUATU YANG ANDA GEMARI.”

Page 3: Masa Depan Anak Anda - · PDF filetumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa terlupa atau tidak ... kanak yang sakit? ... Walaupun itu adalah iltizam kasih sayang

Bantuan kerajaan

Terdapat berbagai-bagai skim bantuan kerajaan yangdisediakan. Jangan terus mengandaikan bahawa andatidak layak mendapat bantuan-bantuan ini. Dapatkanmaklumat daripada kakitangan sekolah mengenaibantuan yang boleh diperoleh.

Menyediakan belanja

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untukmembantu anda menguruskan tanggungjawabmenyediakan belanja untuk anak-anak anda, danmemenuhi matlamat yang anda tetapkan untuk gayahidup dan pendidikan mereka. Dalam mempertimbangkanrancangan kewangan anda, anda mungkin menghadapidilema simpanan yang biasa dialami ini - adakah andaharus memaksimumkan bayaran pinjaman perumahananda untuk memperbaik kewangan anda, atau adakahlebih baik jika anda mewujudkan rancangan simpanan danpelaburan yang khusus untuk pendidikan anak-anak anda?Berkenaan dengan keputusan kewangan pula, lebih baikjika anda mendapatkan nasihat profesional daripadapenasihat kewangan yang berkelayakan, melainkan andabenar-benar yakin dan memahami pilihan simpanan danpelaburan yang tersedia untuk anda.

Situasi setiap orang adalah unik dan lima prinsip asasyang berikut adalah gambaran keseluruhan yang bolehdipertimbangkan.

Sediakan rancangan

Dua kesilapan paling besar yang sering dilakukan olehorang ramai berkenaan wang mereka ialah:• Tidak mengenal pasti matlamat kewangan mereka, dan• Tidak mempunyai rancangan untuk mengukuhkan

masa depan kewangan mereka.

Lindungi perkara yang penting

Kebanyakan orang sering terlupa untuk melindungipendapatan dan aset mereka yang lain, termasukkesihatan mereka. Bergantung pada keadaan anda,pertimbangkan untuk membeli insurans / takafuluntuk melindungi pendapatan anda demi keluarga dandiri sendiri seandainya anda meninggal dunia ataumengalami ketidakupayaan yang serius.

Anda juga boleh pertimbangkan insurans / takafulkesihatan dan trauma dan memastikan bahawa asetanda yang lain seperti kereta dan rumah andadilindungi secukupnya.

Tambah aset anda

Sama ada anda menambah pelaburan melaluipelaburan yang khusus untuk anak-anak, KWSP,rancangan simpanan atau alat pelaburan yang lain,beberapa garis panduan asas boleh digunakan:• Lebih besar dan lebih kerap pelaburan anda, lebih

baik untuk anda.• Jangan terlebih labur jika ia boleh menjejaskan

tanggungan anda yang lain.• Tentukan masanya - lebih awal anda bermula, lebih

lama wang anda dilaburkan, lebih baik bagi anda.• Ingat risikonya - lebih tinggi potensi pulangan, lebih

tinggi risikonya. Oleh itu berhati-hatilah, dapatkannasihat yang betul dan selidiki secara mendalamterlebih dahulu.

Uruskan hutang dengan berhati-hati

• Jika anda mempunyai pinjaman perumahan, semakuntuk memastikan kesesuaiannya dengan keadaananda.

• Berhati-hati dengan penggunaan kad kredit danbayar bakinya sebelum tarikh matang. Semak bilabil anda harus dibayar dan berwaspada dengan hadkad kredit yang tinggi.

• Berhati-hati dengan pembiayaan anda. Contohnya,jika anda mempunyai RM10,000 dalam akaun bankyang memperoleh jumlah keuntungan yang kecil,mengapa menggunakan pembiayaan kewanganperibadi atau kad kredit sejumlah RM10,000 untukpercutian luar negara?

www.mpaeds.org.myBaca buku kecil Pencegahan Kecederaan Kanak-kanakPersatuan Pediatrik Malaysia yang boleh dimuatturun.

www.nutriweb.com.myLaman web yang diuruskan oleh PersatuanPemakanan Malaysia ini menawarkan petua dan ideauntuk memastikan keluarga kekal sihat.

MEMAHAMI KOS MEMBESARKAN ANAK-ANAK

Satu daripada pelaburan sepanjang hayat yang terbesarboleh anda lakukan adalah untuk anak-anak anda.Walaupun itu adalah iltizam kasih sayang dan emosi,penting juga bagi anda untuk menyedari kos kewanganjangka panjang. Lagipun, anda perlu merancang supayaanak-anak anda dibesarkan dalam keadaan yang selesa.

Beberapa kajian telah dilakukan dalam usaha untukmengetahui jumlah kos membesarkan anak-anak.Walaupun mereka menggunakan kaedah yang berbeza-beza, dan sesetengahnya pula merangkumkan kospendidikan swasta, hakikatnya adalah kos membesarkananak-anak pada zaman moden kini bukanlah murah.

Kita harus menerima kenyataan bahawa kos pendidikananak anda memang ada. Berapa jumlahnya, akanbergantung pada keadaan anda - tetapi ia bolehmenjangkau ratusan, jika tidak ribuan ringgit setiaptahun.

Baik sekolah kerajaan mahu pun swasta, pasti ada kospersekolahan yang dikenakan untuk uniform, peralatansukan, alat tulis, perjalanan, rombongan, buku sekolahdan mungkin juga komputer peribadi.

“SEBOLEH-BOLEHNYA,

PILIH PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

YANG TERLETAK DALAM PERJALANAN

DARI RUMAH KE TEMPAT KERJA .”

“LEBIH BIJAK UNTUK MEMIKIRKAN TENTANGPILIHAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAKTERLEBIH DAHULU. KEBANYAKAN PUSAT

YANG BAGUS MEMPUNYAI SENARAI MENUNGGU YANG PANJANG.”

Page 4: Masa Depan Anak Anda - · PDF filetumpuan diberikan kepada anak-anak atau bayi, ramai ibu bapa terlupa atau tidak ... kanak yang sakit? ... Walaupun itu adalah iltizam kasih sayang

• Jelaskan baki pembiayaan secepat yang mungkin.Lebih besar jumlah bayarannya dan lebih kerapanda membayar, lebih cepat anda bebas daripadahutang.

• Pertimbangkan jumlah kos pembiayaan denganmembandingkan kadar keuntungan serta kos-koslain, seperti yuran.

• Penyatuan hutang dapat membantu jika andaberhutang dengan satu atau lebih banyak kad kreditdan mempunyai pembiayaan yang lain.Menyatukan hutang di bawah satu pembiayaanperibadi atau pinjaman perumahan anda (jikaterdapat peruntukan di dalam pinjaman perumahananda), boleh mengurangkan beban kewangan andadan menjadikannya kurang mahal.

Pilih pelaburan yang betul

Bukan mudah untuk memilih pelaburan yang betul.Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan perkarayang perlu diingat untuk membantu andameminimumkan kemungkinan membuat keputusanyang buruk. Anda mungkin mahu berbincang denganpenasihat kewangan mengenai isu-isu berikut:• Risiko pelaburan. Setiap orang mempunyai tahap

keselesaan yang berbeza dengan berlainan jenispelaburan. Agar ada rasa selesa, anda perlumemadankan alat pelaburan anda dengan profil

risiko anda. Penasihat kewangan boleh membantuanda dalam hal ini jika anda tidak begitu arifmengenainya.

• Jenis pulangan yang boleh dihasilkan daripadapelaburan anda - contohnya pertambahanpendapatan atau pertambahan modal.

• Jangka masa pelaburan - jika anda melabur untukmenambah dana untuk pendidikan anak-anak ataupersaraan anda sendiri, maka, usia anak anda danrancangan anda untuk masa depan anda sendiri akanmemberi kesan terhadap tempoh yang anda ada.

• Kepelbagaian aset yang sesuai bagi alat pelaburanyang berbeza - seperti saham, hartanah, bon dan tunai.

• Faktor kesukaran - memahami buruk dan baiknyamenguruskan aset anda sendiri berbandingmenyerahkan tanggungjawab tersebut kepadapengurus dana profesional.

• Kesan cukai pendapatan - sesetengah pelaburanmempunyai kelebihan cukai berbanding yang lain.Pilih jenis pelaburan yang paling sesuai dengankeadaan kewangan anda.

Hakmilik Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ) 100, Queen Street, Melbourne, 3000, ABN 11 005357 522, 1996-2006. Maklumat sehingga Jun 2006. Semua maklumat adalah di dalam bentuk ringkas dan bukannyalengkap. Ianya hanyalah satu panduan am dan bukannya pengganti khidmat nasihat profesional. Maklumat yang tertera tidak mengambil kira keperluan peribadi dan kedudukan kewangan seseorang. Anda tentukan samada ianyasesuai untuk anda. Teliti kenyataan produk sebelum berlanggan sesuatu produk kewangan.

Sila hubungi 1 300 80 8888, layari ambankgroup.com atau kunjungi mana-mana cawangan AmBank untuk bertemu dengan perunding Family First kami.

Untuk Maklumat Lanjut

“PASTIKAN BAHAWA ANDA MENDAPAT

PERLINDUNGAN YANG TERBAIK

UNTUK KEADAAN ANDA.”

MENDAPATKAN BANTUAN

Berikut adalah senarai laman web khusus untuk ibu bapayang anda mungkin dapati berguna.

www.family.org.myFocus on the Family merupakan sebuah organisasiyang komited untuk memupuk, menyokong danmelindungi nilai-nilai tradisional dan institusikekeluargaan.

www.lppkn.gov.myLPPKN (Lembaga Pembangunan Penduduk danKebajikan Negara) adalah sebuah unit di bawahKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga &Masyarakat yang menyediakan sumber dan programyang menumpukan pada pembangunan keibubapaandan kekeluargaan.

www.moe.gov.myLaman web rasmi Kementerian Pendidikan yangmenyediakan maklumat mengenai sistem sekolah,kurikulum, biasiswa dan perkhidmatan pendidikanyang lain.