Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

download Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

of 22

Transcript of Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    1/22

    MASALAH AQIDAH DAN SEJAUH MANA KAITANNYA DENGAN AJARAN

    SYIAH

    1.0 PENDAHULUAN

    Aqidah Islam bertunjangkan Dua Kalimah Syahadah yang wajib diimani dan dipenuhi

    tuntutan-tuntutannya iaitu kalimah tauhid Aku bersaksi bahawa tidak ada Ilah selain Allah,

    dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.Hal ini dinyatakan oleh Allah

    S.W.T dalam Surah An-Nur ayat ke-63 :

    Sesungguhnya orang-orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah

    dan rasul-Nya.

    Penerimaan kesemua amal-amal baik seseorang di akhirat nanti adalah bergantung

    kepada kesahihan aqidahnya. Jika aqidahnya hancur, rosak ataupun cedera, segala amal

    baiknya akan menjadi sia-sia di sisi Allah S.W.T. Oleh itu setiap individu wajib memelihara

    aqidah masing-masing agar ketauhidannya sejahtera dan mendapat perakuan daripada Allah

    S.W.T kelak. Allah S.W.T memberikan peringatanNya dalam Al-Quran :

    Sesungguhnya orang yang kufur kepada Allah dan rasul-Nya dan bermaksud

    menbeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-Nya dengan mengatakan :

    Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengengkari sebahagian yang lain,serta

    bermaksud mengambil jalan lain antara yang demikian. Merekalah orang-orang kafir yang

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    2/22

    sebenarnya. Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.

    (Surah An-Nisa: 150-151)

    Lebih jelas lagi, asas-asas aqidah Islam dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah

    s.a.w yang antara isi kandungannya ialah Rukun Islam, Rukun Iman dan ihsan :

    :

    : :

    : : : . : : .: .

    : . : .

    Dari Umar r.a dia berkata : Ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada

    suatu hari tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang memakai baju yang sangat putih dan

    berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada

    seorangpun antara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi

    lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya seraya berkata: Ya Muhammad,

    beritahu aku tentang Islam ?.

    Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w : Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak

    ada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau

    mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan mengerjakan haji jika mampu

    .Kemudian dia berkata: Engkau benar . Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula

    yang membenarkan.

    Kemudian dia bertanya lagi: Beritahuaku tentang Iman . Lalu bagindabersabda:

    Engkauberiman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya

    dan Hari Akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

    .Kemudian dia berkata: Engkaubenar.

    Kemudian dia berkata lagi: Beritahuaku tentang ihsan . Lalu bagindabersabda:

    Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau

    tidak melihatnya maka Dia melihat engkau .

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    3/22

    Kemudian dia berkata: Beritahuaku tentang hari kiamat. Beliau bersabda:

    Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya .

    Dia berkata: Beritahukan aku tentang tanda-tandanya . Beliau bersabda: Jika

    seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan

    dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan

    bangunannya .

    Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian baginda

    (Rasulullah) bertanya: Tahukah engkau siapa yang bertanya ?. Aku berkata: Allah dan

    Rasul-Nya lebih mengetahui . Beliau bersabda: Diaadalah Jibril yang datang kepada

    kalian mengajarkan agama kalian.

    (Riwayat Muslim)

    Terdapat beberapa perkara yang mendatangkan kerosakan kepada aqidah umat Islam

    seperti perlakuan syirik, kufur, khurafat, riddah dan nifaq. Antara contoh golongan yang

    bermasalah dalam aqidahnya ialah mereka yang berfahaman Syiah, Jabbariyyah, Muktazilah,

    Ahamdiyyah Qadiyani, Najariyyah, Musyabbihah dan sebagainya.

    Dalam tulisan ini, akan dihuraikan antara perlakuan yang merosakkan aqidah iaitu

    syirik, kufur, khurafat, riddah dan nifaq dengan dalil-dalil yang sahih dan contoh-contoh yang

    sesuai. Seterusnya akan dibentangkan latar belakang dan asal-usul ajaran Syiah serta

    pembahagian firqah di dalamnya. Kemudian dipaparkan pula antara isi ajaran dan amalan

    penganut fahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam khususnya dari sudut

    aqidah. Di akhir nanti kesimpulan menyeluruh tentang isi kandungan tulisan ini dibuat

    sebagai penutup.

    2.0 PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

    2.1 Syirik

    Syirik bermaksud menyekutukan Allah sama ada melalui pegangan, perkataan

    ataupun perbuatan. Syirik berlaku apabila seseorang itu menyekutukan Allah pada zat, sifat

    dan afalNya. Contoh paling jelas ialah ramai orang-orang Arab di sekitar Rasulullah s.a.w di

    Makkah pada awal dakwahnya digelar sebagai musyrikin kerana mereka tidak menyembah

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    4/22

    Allah sahaja sebaliknya turut menyekutukan Allah dengan menyembah selain Allah seperti

    berhala-berhala Manat, Al-Latta, Al-Uzza, Hubal dan sebagainya sebagaimana firman Allah

    dalam Surah Al-Araf ayat ke-191 :

    Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhala-berhala yang tak dapat

    menciptakan sesuatupun sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang."

    Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik jail dan syirik khafi. Syirik jail ialah syirik

    yang dilakukan secara terang-terangan dan jelas seperti menyembah berhala dan berdoa

    kepada makhluk. Syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi seperti meyakini bahawa

    hukum-hakam yang diturunkan Allah tidak sesuai dan ada hukum-hakam ciptaan makhluk

    yang lebih sesuai. Syirik khafi juga berlaku apabila dari segi hakikatnya seseorang itu

    meyakini bahawa yang mendatangkan sebab akibat ialah selain daripada Allah. Contohnya

    seperti meyakini bahawa yang menyebabkan kematian seorang askar itu ialah peluru musuh

    dan bukannya Allah. Padahal yang mematikan ialah Allah sedangkan peluru hanyalah

    penyebab ataupun laluan bagi pekerjaan Allah. Peluru langsung tidak ada sebarang kuasa,

    hanya Allah yang berkuasa.

    Di sisi Allah, antara hukuman ke atas para pelaku syirik ialah diharamkan syurga

    kepadanya lalu dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-

    Maidah ayat ke-72 : Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu

    yang lain, maka sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan tempat

    kembalinya ialah ke neraka.

    Selain itu, dosa syirik tidak akan diampunkan Allah sebagaimana yang tertera dalam

    Surah An-Nisaayat ke-48 :

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yangsyirik

    kepadanya, dan Allah akan mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki selain daripada

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    5/22

    dosa syirik. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa

    besar.

    Seterusnya para pelaku syirik tidak akan mendapat kenikmatan bertemu dengan Allah

    pada hari akhirat kelak. Hal ini dinyatakan dalam Surah Al-Kahfi ayat ke-110 : Sesiapa

    yang berharap untuk bertemu dengan Allah, maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan

    janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu dalam ibadahnya.

    Menurut Rasulullah s.a.w pula, pelaku syirik ialah pelaku dosa yang paling besar.

    Buktinya ialah sabda baginda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim : Seorang sahabat

    bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Apakah dosa yang paling besar di

    sisi Allah? Jawab baginda : Engkau menjadikan sesuatu yang lain sebagai sekutu bagi

    Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu.

    Begitulah antara kedudukan para pelaku syirik di sisi Allah.

    2.2 Kufur

    Dari sudut bahasa, kalimah kufur membawa maksud menutupi. Kalimat kafir berakar

    kata dari kafara yang bermaksud "menutup". Pada zaman sebelum Islam istilah tersebut

    digunakan untuk para petani yang sedang menanam benih di ladang dengan cara menutup

    benih dengan tanah. Dari segi syarak, kufur bermaksud mengengkari atau menolak daripada

    beriman kepada Allah.

    Kufur terdiri daripada dua jenis. Jenis pertama ialah kufur orang-orang bukan Islam

    iaitu menolak daripada beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Maksudnya mereka menolak

    keseluruhan agama Islam. Jenis yang kedua pula ialah orang-orang Islam sendiri yang

    meyakini Allah dan rasul-Nya tetapi ada mengengkari aspek-aspek tertentu dalam ajaran

    Islam.

    Antara contoh kufur ialah orang-orang yang mendustai Allah dan kebenaran

    sebagaimana yang diterangkan dalam Surah Al-Ankabut ayat ke-68 :

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    6/22

    Siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta

    terhadap Allah atau mendustakan kebenaran tatkala yang hak itu itu datang kepadanya?

    Bukankah dalam neraka jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir?

    Begitu juga dengan makhluk yang menentang perintah Allah dan bersikap sombong

    sebagaimana kisah Iblis dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-34 :

    Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat :Tunduklah kamu

    kepada Adam. Lalu mereka tunduk kecuali Iblis, ia enggan dan bongkak dan adalah ia

    termasuk orang-orang yang kafir.

    Keraguan kepada Allah dan hari akhirat juga boleh membawa kepada kekafiran.

    Buktinya dalam Surah Al-Kahfi ayat ke-35 hingga 38 : Dan ia memasuki kebunnya sedang

    ia aniaya terhadap dirinya sendiri, ia berkata : Aku kira kebun ini tidak akan binasa

    selama-lamanya, dan aku tidak mengira hari kiamat akan datang, dan jika sekiranya aku

    dikembalikan kepada Rabbku, nescaya aku akan dapati tempat kembali yang baik.

    Temannya berkata kepadanya : Apakah engkau kafir terhadap (Allah) yang menciptakan

    kamu daripada tanah. Kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia menjadikan kamu

    seorang lelaki? Tapi aku (percaya) Dialah Rabbku dan aku tidak menyekutukanNya

    sedikitpun. Al-Kahfi 35-38.

    Satu lagi jenis kufur ialah kufur nikmat. Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat

    ke-83 :

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    7/22

    Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengengkari dan kebanyakan

    mereka adalah orang-orang kafir.

    Selain itu membunuh sesama orang Islam juga termasuk ke dalam kekufuran

    sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Mencaci orang Islam adalah satu

    kefasikan dan membunuhnya adalah satu kekufuran.(Bukhari, Muslim).

    Janganlah sepeninggalku nanti kamu kembali lagi menjadi orang-orang kafir, (iaitu

    sekiranya) sebahagian kamu memenggal leher sebahagian yang lain. (Bukhari Muslim).

    Tidak ketinggalan juga sekiranya kita bersumpah dengan nama selain Allah.

    perbuatan tersebut turut berupa satu kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

    Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat kufur dan

    syirik. (Turmizi)

    Begitulah antara tanda-tanda kekufuran yang dinyatakan dalam Al-Quran dan as-

    Sunnah.

    2.3 Khurafat

    Menurut Kamus Dewan, khurafat bermaksud kepercayaan yang karut, dongeng atau

    tahyul. Dari segi syaraknya bermaksud kepercayaan atau perbuatan yang dirasakan berkaitan

    dengan agama tetapi sebenarnya bercanggah dengan agama.

    Asal-usul kalimah khurafat ini mempunyai sejarah yang menarik. Dalam satu hadis

    riwayat Imam Ahmad dan Turmizi dinyatakan :Pada suatu malam Rasulullah s.a.w berbual-

    bual dengan para isterinya tentang suatu perkara, lalu salah seorang antara mereka

    berkata: Perkara ini seperti cerita khurafat.Baginda seraya bersabda : Adakah kalian

    tahu apa itu khurafat ? Sesungguhnya Khurafat itu ialah seorang lelaki dari Bani Uzhrah

    (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin pada zaman jahiliyyah, lalu dia tinggal

    bersama golongan jin beberapa ketika, kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang

    kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah

    dilihatnya pada mereka (golongan jin) daripada perkara ajaib. Maka sebab itulah manusia

    mengatakan cerita khurafat (Ahmad, Turmizi)

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    8/22

    Dalam satu hadis lain dinyatakan seperti berikut : Pada suatu malam Rasulullah

    s.a.w berbual-bual dengan Aisyah tentang suatu perkara sedangkan ketika itu baginda

    bersamanya di dalam satu selimut, lalu Aisyah berkata : Demi engkau sebagai ibu dan

    bapaku wahai Rasulullah, jika engkau tidak ceritakan kepadaku cerita ini nescaya aku masih

    menganggap cerita itu adalah cerita khurafat. Rasulullah s.a.w bersabda : Adakah kamu

    tahu apa itu cerita khurafat wahai Aisyah? Aisyah menjawab : Sesuatu yang tidak

    (sepatutnya) berlaku dikatakan cerita khurafat. Baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya

    sebenar-benar cerita ialah cerita khurafat iaitu seorang lelaki dari Bani Uzhrah (di Yaman)

    yang telah disembunyikan oleh jin lalu dia tinggal bersama-sama golongan jin. Kemudian

    golongan jin itu menghantarnya pulang ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada

    manusia tentang apa yang dilihatnya pada mereka (golongan jin). Maka sebab itulah

    manusia mengatakan (cerita-cerita aneh dan ghaib) sebagai cerita khurafat.(Thabrani)

    Antara contoh-contoh perlakuan khurafat ialah mempercayai bunyi-bunyi burung

    membawa maksud sial atau kematian, meyakini nombor-nombor tertentu sebagai sial,

    percaya penuh kepada barang-barang hikmat atau tangkal yang kononnya mampu membawa

    untung ataupun celaka, membuang ancak di laut atau di sungai dengan tujuan untuk

    mengelakkan bala bencana, mandi tolak bala, meyakini bahawa roh nenek moyang

    memelihara anak cucunya, dan sebagainya.

    2.4 Riddah

    Riddah ialah perlakuan seseorang muslim yang menyebabkan terputus keIslamannya

    kerana melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada

    melalui fikiran, perkataan ataupun perbuatan.

    Dan sebenarnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka telah kafir

    setelah keIslaman mereka.(Surah At-Taubah : 74)

    Maksudnya kufur setelah beriman.

    Kesan perbuatan riddah ini ialah akan dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di

    dalamnya sebagimana yang dijealskan dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-217 : Barangsiapa

    yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    9/22

    itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka,

    mereka kekal di dalamnya.

    Antara contoh riddah dari segi perkataan ialah mencaci Allah dan Rasulullah,

    mengaku sebagai nabi, mendakwa menerima wahyu dan sebagainya. Dari segi perbuatan pula

    contohnya berdoa dan menyembah kepada selain Allah, sujud kepada makhluk, memijak

    mushaf dan sebagainya. Dari segi iktikad pula seperti menyakini bahawa ada sekutu bagi

    Allah, halalnya zina, harusnya arak, tuntutan mengeluarkan zakat sudah berakhir, solat fardhu

    tidak perlu dilaksanakan dan sebagainya.

    Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w terdapat beberapa golongan riddah seperti

    Musailamah Al-Kazzab dari Bani Hanifah di Yamamah yang mengaku dirinya seorang nabi,

    seorang wanita bernama Sajjah dari Bani Tamim yang mengaku menerima wahyu dan

    akhirnya berkahwin dengan Musailamah, Salma di Zafar yang dibunuh oleh Khalid Al-

    Walid, Tulaihah al-Khuwailid dari Bani Asad di Najd yang mendakwa dirinya nabi, Al-

    Aswad al-Ansi di Yaman yang menghalalkan perzinaan dan menghapuskan solat fardhu, dan

    lain-lain.

    2.5 Nifaq

    Nifaq ialah sejenis penyakit hati. Orang yang mempunyai penyakit ini disebut sebagai

    munafik. Umumnya nifaq membawa erti berjiwa jahat tetapi menyembunyikan kejahatan dan

    menzahirkan kebaikan di hadapan manusia. Ringkasnya berpura-pura.

    Kalimah nifaq datang daripada kata nafaqa iaitu lubang sejenis tikus untuk keluar

    dari sarangnya. Jika dicari tikus itu melalui lubang itu, tikus itu akan bersembunyi dan keluar

    melalui lubang yang lain.

    Rasulullah s.a.w mengingatkan kita akan golongan munafik ini sebagaimana maksud

    sabdanya : Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang

    munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia

    mempunyai salah satu daripada sifat munafik, sehinggalah dia meninggalkannya . (Empat

    sifat itu ialah) apabila dipercayai ia berkhianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila

    berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengetepikan kebenaran.(Ahmad)

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    10/22

    Sikap orang-orang munafik yang berpura-pura ini ditegaskan Allah dalam Surah Al-

    Baqarah ayat ke-8 hingga 10 : Dan di antara manusia ada yang berkata : Kami beriman

    kepada Allah dan hari akhirat, padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang

    yang beriman (hanya berpura-pura). Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman,

    padahal mereka hanyalah emnipu diri sendiri tanpa mereka sedar. Dalam hati mereka ada

    penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu, dan mereka mendapat azab yang pedih

    kerana mereka berdusta.

    Contoh perlakuan munafik dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :

    Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu : jika berbicara (dia) berdusta, jika berjanji

    (dia) memungkiri (janjinya) dan jika dipercaya (dia) berkhianat."(Bukhari)

    Begitu juga dengan orang yang melampau dalam bertengkar sebagaimana yang

    dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Bukhari, Mslim, Abu Dawud, Turmizi dan An-Nasai

    : Ada empat perkara yang barangsiapa (empat perkara ini) ada pada dirinya secara

    lengkap, maka dia itulah orang munafik yang sesungguhnya, dan barangsiapa yang terdapat

    padanya satu perkara sifat saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga ditinggalkan sifat

    yang satu ini. (Empat perkara itu) ialah apabila dia dipercaya dia berkhianat, apabila

    berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila bertengkar dia melampaui

    batas.

    Sabda baginda dalam hadith yang lain : Sesungguhnya dua solat ini (iaitu solat

    fardhu Isya dan Subuh berjemaah) ialah solat yang paling berat bagi orang-orang

    munafik.(Abu Dawud, An-Nasai)

    Begitulah sedikit kupasan tentang perilaku yang merosakkan aqidah iaitu syirik,

    kufur, khurafat, riddah dan nifaq. Semoga kita dijauhkan Allah daripada perkara-perkara itu.

    3.0 SYIAH

    3.1 Asal-Usul Ajaran Syiah

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    11/22

    Puak Syiah hari ini mendakwa golongan mereka sudah wujud sejak zaman Saiyidina

    Ali, bahkan merekalah penyokong Saiyidina Ali dalam konfliknya dengan para sahabat

    Rasulullah s.a.w yang lain seperti Saiyidatina Aisyah, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin

    Awwam, Muawiyah bin Abi Sufyan dan lain-lain. Kononnya penyokong Saiyidina Ali ialah

    Syiah manakala penyokong Muawiyah ialah Sunni. Hal ini tidak benar. Kajian-kajian terkini

    menunjukkan fahaman Syiah yang ada hari ini hanya berasal selepas terbunuhnya anak

    Saiyidina Ali iaitu Saiyidina Hussin di Karbala.

    Pada awalnya golongan Syiah lebih berupa kumpulan yang memperjuangkan agenda

    politik tertentu, tetapi kemudiannya beransur-ansur berubah menjadi seakan-akan satu

    mazhab agama yang tersendiri apabila mempunyai pegangan tauhid, fiqh dan tasawuf yang

    tersendiri, yang rata-ratanya berbeza dengan pegangan umat Islam seluruhnya.

    Dari sudut bahasa, perkataan syiah bermaksud pengikut. Bagi puak Syiah, gelaran

    syiah itu bermaksud penyokong kepada Saiyidina Ali dan keturunannya. Kepada kaum

    Sunni pula, Syiah ialah satu fahaman melampau yang menyalahi jumhur ulama, yang

    menisbahkan diri mereka kepada Saiyidina Ali dan keturunannya..

    Kalimat syiah terdapat dalam Al-Quran. Contohnya dalam Surah As-Saffat ayat ke-

    83 :

    Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuksyiahnya (mengikut Nabi Nuh).

    Berdasarkan ayat ini, kalimat syiah bermaksud pengikut.

    Sementara dalam Surah Al-Qasas ayat ke-15 tertera :

    (Orang) ini adalah dari syiahnya (kaumnya Nabi Musa iaitu Bani Israil) dan (orang

    ) ini pula adalah dari musuhnya (kaum Firaun). Lalu syiahnya (orang dari golongannya)

    meminta bantuan darinya (Nabi Musa) terhadap lawannya.

    Berdasarkan ayat ini pula, syiah bermaksud kaum.

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    12/22

    Kaum Syiah sudah mengeksklusifkan kalimah syiah ini sebagai golongan mereka

    sehinggakan pada hari ini apabila disebut syiah, merekalah yang dimaksudkan. Padahal

    ayat-ayat dalam Al-Quran itu tidak mengkhususkan kalimah tersebut kepada mereka.

    3.2 Aliran-aliran Syiah dan Pegangan Mereka

    Imam Shahrastani mengkategorikan kaum Syiah kepada lima golongan besar iaitu

    kaum Kisaniyyah, Zaidiyyah, Ghulah, Imamiyyah atau disebut juga Ithna Ashara dan

    Ismailliyyah. Setiap golongan ini terpecah kepada beberapa bahagian kecil lagi.

    Golongan paling hampir dengan fahaman Sunni ialah aliran Syiah Zaidiyyah.

    Golongan ini bermula sebagai penyokong kepada Imam Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin

    Abi Talib yang meninggal dunia pada tahun 121 Hijrah. Dalam usaha untuk memerangi

    Gabenor Iraq iaitu Umar bin Yusuf Ath-Thaqafi, Zaid membawa 15,000 tentera dari Kufah.

    Ketika perang meletus, Zaid terdengar sebahagian daripada tenteranya mencela

    Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar lalu dia membantah perlakuan sebegitu. Akibatnya,

    sebahagian daripada tenteranya memisahkan diri dari pasukan Zaid.

    Melihat situasi itu, Zaid berkata : Rafdtumuni yang bermaksud : Kalian sudah

    menolak aku. Dari sinilah asalnya kaum Syiah Rafidah, manakala mereka yang masih

    bersama-sama Zaid disebut kaum Syiah Zaidiyyah.

    Umumnya kaum Syiah Zaidiyyah berfaham Muktazilah dari sudut aqidah dan

    bermazhab Hanafi dalam fiqh. Sebahagian ulama Syiah Rafidah mengatakan kaum Zaidiyyah

    tidak termasuk ke dalam sekte Syiah kerana ada banyak perbezaan antara mereka.

    Abu Farj al-Isfahani mengatakan dalam Muqatil at-Talibin : (Imam) Abu Hanifah

    telah berjuang menyokong kejayaan Zaid. Dia telah menghantarkan utusan kepada Zaid

    dengan mengatakan : Aku serahkan kepadamu perkhidmatan dan kekuatanku dalam jihad

    menentang musuhmu

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    13/22

    Hal ini menunjukkan bahawa Syiah aliran Zaidiyyah sangat berbeza dengan aliran-

    aliran Syiah yang lain dan yang terhampir dengan fahaman kaum Sunni.

    Syiah arus perdana hari ini yang memerintah di Iran ialah dari sekte Imamiyyah atau

    disebut juga Ithna Ashara. Tokoh yang diagung-agungkan mereka ialah Imam Khomenei,

    pencetus Revolusi Iran. Daripada sekte Imamiyyah ini lahir satu aliran Syiah yang lebih

    ekstrem lagi iaitu Syiah Ismailiyyah.

    Golongan Syiah terdiri daripada pelbagai aliran, namun secara ringkasnya kesemua

    aliran itu bolehlah dipecahkan kepada tiga kelompok besar iaitu golongan taksub atau

    pelampau, golongan arus perdana dan golongan yang tidak melampau. Golongan taksub atau

    pelampau ini dikira sudah terkeluar daripada Islam. Bagi golongan arus perdana pula, para

    ulama berkhilaf, ada yang memfatwakan mereka sudah terkeluar daripada islam manakala

    sebahagian ulama pula menganggap mereka masih dalam agama Islam tetapi sudah

    melakukan dosa-dosa yang berat. Golongan Syiah yang tidak melampau pula dikira masih

    dalam golongan umat Islam kerana hanya ada sedikit perbezaan dlaam pegangan mereka dan

    perbezaan itu pula hanyalah dalam hal-hal furuk.

    3.3.1 Golongan Syiah Taksub dan Pelampau

    Biasanya (bukan semestinya) antara pegangan sebahagian besar mereka :

    i. Sahabat Rasulullah iaitu Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar ialah dua berhalaQuraisy. Sekiranya golongan Syiah ini mendapat kekuasaan ke atas wilayah Hijaz,

    pembongkaran dua berhala ini dari sisi jasad Rasulullah merupakan perkara utama

    untuk mereka laksanakan.

    ii. Menyakini bahawa hak kekhalifahan jatuh pada Saiyidina Ali dan orang lain telahmerampasnya.

    iii. Menghukum majoriti sahabat sebagai terkeluar daripada Islam atau sesat. iv. Mengamal dan menyebarkan amalan nikah mutah.v. Mengiktiraf hanya keturunan Fatimah binti Muhammad Rasulullah sahaja sebagai

    Ahlul Bait.

    vi. Meyakini konsep Imam 12.vii. Meyakini bahawa imam terakhir mereka yang hilang sebagai Al-Mahdi.

    viii. Menghalalkan darah umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka.

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    14/22

    ix. Percaya bahawa malaikat Jibril sepatutnya menurunkan wahyu kepada Saiyidina Ali,bukannya Rasulullah.

    x. Menganggap mulia pekerjaan mencederakan diri pada peringatan Hari Karbala.xi. Taksub dengan taqiyyah.

    xii. Percaya bahawa Al-Quran yang beredar meluas pada hari ini sudah terseleweng danmereka mempunyai Al-Quran yang beberapa kali ganda tebalnya ebrbanding Al-

    Quran biasa.

    xiii. Percaya bahawa semua imam Syiah bersifat maksum.xiv. Percaya bahawa Fatimah binti Rasulullah telah dikasari oleh para sahabat sehingga

    menyebabkan kematiannya.

    xv. Meyakini bahawa Saiyidina Ali sebagai individu paling utama dan paling afdhalselepas Rasulullah saw.

    3.3.2 Golongan Syiah Arus Perdana

    Biasanya antara keyakinan kebanyakan mereka adalah :

    i. Tidak mengecop berhala kepada Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar, tetapimemandang mereka berdua sebagai pembuat dosa besar.

    ii. Meyakini bahawa Saiyidina Ali individu paling afdhal selepas Rasulullah.iii. Menghukum kebanyakan sahabat sebagai pembuat dosa besar.iv. Menghadkan Ahlul Bait kepada Saiyidina Ali, isterinya Fatimah binti Rasulullah dan

    keturunan mereka sahaja.

    v. Mengamalkan taqiyyah.vi. Walaupun tidak berpegang dengan sebahagian fahaman golongan Syiah Taksub dna

    Pelampau, tapi pada bila-bila masa yang diperlukan, mereka mudah untuk bersekutu

    dan bekerjasama dengan golongan itu.

    vii. Percaya bahawa hak kekhalifahan jatuh pada Saiyidina Ali dan orang lain telahmerampasnya.

    viii. Meyakini bahawa imam terakhir mereka yang hilang ialah Al-Mahdi.ix. Menganggap mulia pekerjaan mencederakan diri pada peringatan Hari Karbala.x. Percaya semua imam Syiah bersifat maksum.

    xi. Pengamal dan penyebar amalan nikah mutah.xii. Suka meletakkan ketulan tanah seakan-akan batu di dahi ketika sujud dalam solat.

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    15/22

    3.3.3 Golongan Syiah yang Tidak Melampau

    Biasanya antara pegangan majoriti individu dalam golongan ini adalah :

    i. Tidak bersetuju dengan kebanyakan pegangan kedua-dua golongan di atas.ii. Yakin bahawa Saiyidina Ali sebagai sahabat paling afdhal.

    iii. Mencintai Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan sahabat-sahabat lain.iv. Tidak menghadkan Ahlul Bait kepada keturunan Fatimah binti Rasulullah sahaja.v. Tidak mengamalkan taqiyyah.

    vi. Percaya bahawa Al-Quran sehingga ke hari ini tetap suci.vii. Mengiktiraf hak kekhalifahan turut jatuh kepada selain Saiyidina Ali, cuma

    sepatutnya Saiyidina Ali ditabalkan sebagai khalifah pertama.

    viii. Menolak keMahdian imam terakhir puak Syiah.ix. Mengenang Hari Karbala tetapi tidak mengamalkan acara sambutan yang bukan-

    bukan.

    x. Tidak mengamalkan nikah mutah.xi. Dari segi mazhab fiqhnya ramai juga yang berpegang pada salah satu mazhab yang

    empat.

    4.0 AJARAN DAN AMALAN SYIAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AQIDAH

    ISLAM

    Ketika menjelaskan pembahagian golongan Syiah sebelum ini, secara tidak langsung

    sudah disentuh antara ajaran mereka yang sebahagiannya memang merosakkan aqidah para

    penganutnya. Berikut diperincikan pula ajaran-ajaran dan keyakinan yang merosakkan aqidah

    itu.

    4.1 Kitab Suci Al-Quran

    Majoriti penganut fahaman Syiah mendakwa Al-Quran yang tersebar ke seluruh dunia

    pada hari ini sudah diselewengkan, ada yang ditokok dan ada yang dikurangkan. Kononnya

    Al-Quran yang asal tebalnya tiga kali ganda berbanding Al-Quran yang ada sekarang dan

    ayat-ayatnya berjumlah 17,000 berbanding hanya lebih 6,000 ayat dalam Al-Quran sekarang.

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    16/22

    Hal ini tentulah suatu pembohongan kerana seolah-olah Al-Quran tidak terpelihara

    kesuciannya sedangkan Allah sudah menjamin kesucian dan ketulenan Al-Quran sehinggalah

    ke hari akhirat.

    Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat ke-9 :

    Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya kamilah

    yang memeliharanya.

    Maksudnya mereka sudah mempertikaikan janji Allah bahawa Al-Quran itu

    terpelihara kesuciannya. Dalam hal ini, mereka sudah mempertikaikan Allah dan Al-Quran,

    satu perlakuan yang bertentangan dengan aqidah Islam.

    4.2 Al-Hadith/As-Sunnah

    Umumnya kaum Syiah hanya meyakini hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para

    perawi pilihan mereka sahaja, iaitu para perawi yang mereka dakwa sebagai pendukung

    Syiah. Mereka kurang ambil berat tentang ilmu mustalah hadith. Oleh itu kitab-kitab hadith

    mereka banyak berisi hadith-hadith yang tidak dapat ditentukan darjatnya. Mereka dengan

    mudah menolak banyak hadith yang sahih dan hasan kerana tidak bersesuaian dengan

    kehendak hati mereka. Dalam kata lain, mereka sebenarnya sudah mendustakan Nabi

    Muhammad s.a.w sendiri. Apabila Nabi didustakan, rosaklah aqidah.

    4.3 Kedudukan Para Sahabat

    Bagi kaum Syiah kecuali aliran Zaidiyyah, majoriti sahabat Rasulullah s.a.w

    sepeninggalan baginda sudah sesat dan ada yang kafir. Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina

    Umar sendiri dilabelkan sebagai Dua Berhala Quraisy. Maksudnya mereka dengan mudah-

    mudah menghukum muslim lain termasuklah para sahabat Rasulullah sebagai sesat, kafir,

    murtad dan sebagainya. Padahal para sahabat ialah generasi terbaik yang pernah wujud di

    muka bumi ini. Menghina para sahabat samalah seperti menghina Rasulullah sendiri.

    4.4 Taqiyyah

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    17/22

    At-Taqiyyah ialah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan untuk

    menjayakan tujuan-tujuan tertentu, ringkasnya berpura-pura. Bagi kaum Syiah, taqiyyah

    adalah wajib. Mereka diwajibkan berpura-pura menyokong orang lain tetapi sebenarnya

    mereka berniat untuk menjatuhkan orang itu. Sikap bertaqiyyah ini tidak ubah seperti hipokrit

    dan munafik. Maksudnya kaum Syiah memang suka jika sifat-sifat munafik tersemai dalam

    kalangan umat Islam, padahal perbuatan munafik sangat dimurkai Allah.

    4.5 Kedudukan Ahlul Bait

    Kaum Syiah mendakwa bahawa ahlul bait hanyalah keturunan Saiyidina Ali dan

    sebahagian anak-anaknya sahaja. Maksudnya mereka menafikan ahli keluarga Rasulullah

    yang lain sebagai ahlul bait, sedangkan Rasulullah sudah mengiktiraf mereka sebagai ahlul

    baitnya. Oleh itu kaum Syiah sudah dengan sengaja menentang ketentuan Nabi s.a.w sendiri.

    4.6 Melihat Allah di Akhirat

    Umat Islam meyakini bahawa nikmat yang tertinggi di akhirat nanti ialah

    memandang Wajah Allah ataupun ringkasnya melihat Allah.Hal ini dijelaskan oleh Allah

    dalam firmanNya pada Surah Al-Qiyamah ayat ke-22 dan 23 :

    Wajah-wajah yang pada hari itu berseri-seri. Melihat kepada Tuhan mereka.

    Namun bagi majoriti kaum Syiah, Allah tidak mungkin dapat dilihat walaupun pada

    hari akhirat nanti. Maksudnya mereka sudah menentang ayat Allah sendiri. Walau satu ayat

    sahaja dalam Al-Quran ditolak, aqidah kita sudah rosak.

    4.7 Ratapan Hari Karbala

    Sebahagian penganut Syiah mengingati hari terbunuhnya Saiyidina Husain, kaum

    keluarga dan pengikutnya di Karbala dengan cara yang melampau sehinggakan ada yang

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    18/22

    mencederakan diri sendiri, membuat majlis ratapan yang sangat dilarang dalam agama,

    melompat-lompat dan menari-nari sehingga seakan-akan hilang akal dan sebagainya. Dalam

    Islam, tidak ada ajaran yang sebegini.

    4.8 Masalah Fiqh

    Kaum Syiah tidak mesra dengan empat mazhab fiqh yang masih wujud iaitu Mazhab

    Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab SyafiI dan Mazhab Hanbali kecuali Syiah aliran Zaidiyyah

    yang umumnya mengikut Mazhab Hanafi. Hukum-hakam fiqh mereka didakwa datang

    daripada imam-imam mereka yang maksum.

    Sebagai contoh, kita ambil pegangan Pencetus Revolusi Iran iaitu Imam Khomenei,

    seorang tokoh Syiah yang sangat diagung-agungkan. Dalam kitabnya yang berjudul Tahrir al-

    Wasilah terkandung hukum-hakam berikut :

    - Pendapat yang masyhur dan lebih kuat ialah dibolehkah bersetubuh dengan isteri kedalam duburnya. (Jilid 1, mukasurat 241)

    - Tidak boleh bersetubuh dengan isteri sebelum cukup umurnya Sembilan tahun, tetapikenikmatan-kenikmatan yang lain seperti meraba dengan syahwat, memeluk dan

    mendakap adalah dibenarkan sekalipun isteri itu masih menyusu. (Jilid 2, mukasurat

    241)

    - Dibenarkah nikah mutah dengan perempuan zina. (Jilid 2, mukasurat 292)- Perkara-perkara yang membatalkan solat : pertamanajis, dan keduaat-takfir,

    iaitu meletakkan satu tangan di atas tangan yang lain seperti yang dilakukan oleh

    orang-orang yang bukan dari golongan kita; dna tidaklah dilarang kalau dalam

    keadaan sedang bertaqiyyah. (Jilid 1, mukasurat 280)

    4.9 Kemaksuman Para Imam Syiah

    Mereka meyakini bahawa para imam Syiah khususnya Imam 12 bersifat maksum. Hal

    ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana yang bersifat maksum hanyalah Nabi

    Muhammad s.a.w dan para nabi sebelumnya.

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    19/22

    Demikianlah beberapa amalan dan keyakinan kaum Syiah yang jelas-jelas

    bertentangan dengan aqidah Islam, dan sebenarnya ada banyak lagi yang sedemikian.

    5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

    Jelaslah kepada kita bahawa kesahihan aqidah adalah perkara yang paling mustahak

    untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tersilap dari aspek aqidah, habis

    segala amalan seolah-olah debu yang berterbangan ditiup angin. Oleh itu semestinyalah kita

    sangat berhati-hati memelihara diri, keluarga, masyarakat dan umat daripada terlibat dengan

    gejala-gejala perosak aqidah seperti syirik, kufur, khurafat, riddah, nifaq dan sebagainya. Kita

    hendaklah mencari ilmu yang secukupnya tentang hal ini agar kita terhindar daripada gejala-

    gejala tersebut. Tanpa ilmu yang memadai, mudahlah kita terjerumus ke dalam gejala-gejala

    tersebut.

    Selain itu kita mestilah sentiasa berhati-hati dengan pelbagai ajaran dan perkumpulan

    yang pegangan mereka bertentangan dengan aqidah Islam khususnya Syiah dan umumnya

    ajaran-ajaran lain. Kita sudah melihat betapa pegangan kaum Syiah yang boleh merosakkan

    aqidah bukannya satu dua, tetapi banyak. Jika ada satu sahajapun sudah tidak boleh kita

    pegangi, apatah lagi banyak.

    Apabila kita sudah mengetahui bahaya gejala-gejala yang merosakkan aqidah dan

    pegangan kaum Syiah, kita mestilah bertindak untuk mengekangnya daripada terus melanda

    umat Islam. Kita sangat mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memelihara aqidah

    umat Islam agar sejahtera di dunia dan di akhirat.

    (4,698 patah perkataan)

    Abu Zulfiqar Al-Amsyari

    SUMBER

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    20/22

    Sumber Buku

    Abdul Latif Rafqi. (2003).Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman. Kuala

    Lumpur : Jasmin Enterprise.

    Hanafi Mohamed. (2009). 40 Perkara Yang Membatalkan Imam Menurut Al-Quran &

    Sunnah.Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.

    Ibnu Umar. (1987).Hukum Ulamak2 Islam Terhadap Shiah. Kuala Lumpur ; Virtue

    Publications.

    Mustaffa Suhaimi. (2005).Awas!!! Ajaran Songsang. Kuala Lumpur : Progressive Publishing

    House.

    Takiruddin bin Haji Hassan. (2008). Sejarah 2 Cucunda Rasulullah. Johor Bahru :

    Perniagaan Jahabersa.

    Sumber Internet

    Debunga Teratai Syurgawi. 5 November 2013.Pengkelasan Ringkas Golongan Syiah.

    http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/11/pengkelasan-ringkas-golongan-syiah.html

    Salam Perjuangan. 7 November 2013.Nifaq Penyakit Hati.

    http://bersamakepuncak.blogspot.com/2009/05/nifaq-penyakit-hati.html

    Sumber Akhbar

    Berita Harian 25 Julai 2013.Pertubuhan Syiah Malaysia Haram.

    Sumber Audio dan Video

    http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/11/pengkelasan-ringkas-golongan-syiah.htmlhttp://alexanderwathern.blogspot.com/2011/11/pengkelasan-ringkas-golongan-syiah.htmlhttp://bersamakepuncak.blogspot.com/2009/05/nifaq-penyakit-hati.htmlhttp://bersamakepuncak.blogspot.com/2009/05/nifaq-penyakit-hati.htmlhttp://bersamakepuncak.blogspot.com/2009/05/nifaq-penyakit-hati.htmlhttp://alexanderwathern.blogspot.com/2011/11/pengkelasan-ringkas-golongan-syiah.html
  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    21/22

    Abu Zulfiqar Amsyari. (2010)Riddah. Surau An-Nur, Trong, Perak.

    Abu Zulfiqar Amsyari.Pengkelasan Golongan Syiah. (2013). Surau An-Nur, Trong, Perak.

    Ashaari Muhammad. (1987).Bahaya Syiah.

    Zamihan Md. Zain. (2013).Mendepani Virus Syiah. Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala

    Lumpur.

    Lampiran

  • 8/22/2019 Masalah Aqidah dan Sejauh Mana Kaitannya dengan Ajaran Syiah

    22/22

    Salasilah Syiah

    Ibnu Umar. (1987).Hukum Ulamak2 Islam Terhadap Shiah. Kuala Lumpur ; Virtue

    Publications.