Masalah BM.docx

3
Tidak memahami apa yang dibaca Ada juga murid yang suka dan telah menguasai kemahiran membaca tetapi mereka tidak memahami apa yang dibacanya. Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan. PUNCA MASALAH KEMAHIRAN BACAAN Menurut Guy L.B dan rakan- rakan (1994), punca masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu; i) Faktor fizikal ii) Faktor kognitif dan bahasa iii) Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan. 1.2.1 Faktor Fizikal Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain. Murid-murid pendidikan pemulihan tidak dapat mengenal huruf yang mereka baca berpunca daripada faktor fizikal. Masalah penglihatan seperti rabun atau silau boleh menyebabkan murid menghadapi masalah ketika membaca. Kanak- kanak yang mengalami penyakit dyslexia akan melihat satu- satu objek itu terbalik dan sentiasa bergerak. Saya ingin kongsikan pengalaman saya menonton filem Hindi bertajuk Taare Zameen Par arahan Aamir Khan ( seperti Lampiran 6). Cerita tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ishaan Awasthi lakonan Darsheel Safary yang mengalami

Transcript of Masalah BM.docx

Tidak memahami apa yang dibaca Ada juga murid yang suka dan telah menguasai kemahiran membaca tetapi mereka tidak memahami apa yang dibacanya. Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan.

PUNCA MASALAH KEMAHIRAN BACAAN Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994), punca masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu; i) Faktor fizikal ii) Faktor kognitif dan bahasaiii) Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan. 1.2.1 Faktor Fizikal Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain. Murid-murid pendidikan pemulihan tidak dapat mengenal huruf yang mereka baca berpunca daripada faktor fizikal. Masalah penglihatan seperti rabun atau silau boleh menyebabkan murid menghadapi masalah ketika membaca. Kanak-kanak yang mengalami penyakit dyslexia akan melihat satu-satu objek itu terbalik dan sentiasa bergerak. Saya ingin kongsikan pengalaman saya menonton filem Hindi bertajuk Taare Zameen Par arahan Aamir Khan ( seperti Lampiran 6). Cerita tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ishaan Awasthi lakonan Darsheel Safary yang mengalami disleksia. Di kelas, ketika Ishaan diminta gurunya untuk membuka dan membaca buku pada halaman 38, bab 4, perenggan ke 3, dia seperti kebingungan dengan perintah gurunya. Setelah dua kali diminta untuk membaca, dia berkata bahawa semua hurufnya menari-nari. Begitu juga dengan masalah pendengaran kerana proses membaca memerlukan deria pendengaran untuk meniru bunyi-bunyi huruf yang diperdengarkan oleh guru. Biasanya keadaan ini berlaku sejak kanak-kanak itu dilahirkan lagi Murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal pula akan menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca. Di sekolah saya iaitu SK Taman Perling misalnya, terdapat 36 orang murid Pendidikan Khas. Kebanyakan mereka mengalami masalah kecacatan mental berpunca daripada diserang demam panas ketika bayi lagi Kekurangan makanan berzat juga akan merosakkan kesihatan murid seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk menyiapkan kerja dan cepat letih. Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Faktor sosio-ekonomi keluarga yang tidak stabil mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. 1.2.2 Faktor Kognitif dan Bahasa Tahap kognitif seseorang murid yang rendah juga merupakan punca sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain. Hal ini terjadi ada kaitannya dengan faktor genetik atau sejarah ketika mereka di dalam kandungan lagi. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan mereka untuk mengenal huruf-huruf dalam masa yang singkat. Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. 1.2.3 Faktor Emosi, Persekitaran dan Pendidikan Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Ia juga berkait rapat dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Ia berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi keluarga. Peranan ibu bapa dalam memastikan keperluan anak-anak untuk mencapai kejayaan tidak dapat diberikan sepenuhnya. Hasilnya, anak-anak semakin jauh ketinggalan dari segi pencapaian dalam pelajarannya berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain.