Masalah dalam parlimen

7
Kecoh di Parlimen sebelum bacaan kali kedua pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) bangkit dan menuntut agar bacaan Rang Undang-undang PCA (pindaan) Pemerluasan itu ditangguh. Antara pemimpin pembangkang yang bangkit adalah ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (gambar) yang mempersoalkan sama ada rang undang- undang itu akan ditarik balik atau tidak, memandangkan masa yang diperuntukkan untuk 11 rang undang-undang termasuk PCA tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga hari persidangan. "Saya percaya, kalau tidak sempat bahas kita bawa kepada sidang yang seterusnya, itu tiada masalah. "(Tetapi) kalau ada 11 rang undang-undang, maknanya perbahasan yang ini terlalu pendek. Di mana seriusnya kerajaan, seolah-olah tidak serius," kata Azmin sejurus sebelum sesi bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut dibacakan. "Mana boleh 11 rang undang-undang dalam tiga hari, kalau sampai pukul 12 malam sekalipun. Saya harap saya minta Menteri Dalam Negeri katakan adakah akan teruskan untuk tarik empat rang undang-undang," kata Timbalan Presiden PKR itu lagi. Tindakan Azmin itu kemudiannya dijawab Speaker Dewan Rakyat, dan berkata beliau tidak memberikan sebarang ketetapan masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen. "Berapa minit masa yang diperuntukkan tiada setakat ini. Pada masa ini belum ada tempoh masa. Tetapi petang nanti jam 6 petang, atau 8 malam kalau perlukan masa yang tepat, kita akan tetapkan," kata speaker. Beberapa pemimpin politik Barisan Nasional (BN) kemudiannya bangun membidas Azmin, antaranya ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin. "Gombak boleh bangun cakap satu hari... Ini Kalilah Gombak, berdiri satu hari," kata Bung Mokhtar. Ahmad Zahid kemudiannya meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan sejurus sebelum sesi Sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengahari. – 1 Oktober, 2013.

description

Tajuk Parlimen

Transcript of Masalah dalam parlimen

Kecoh di Parlimen sebelum bacaan kali kedua pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) bangkit dan menuntut agar bacaan Rang Undang-undang PCA (pindaan) Pemerluasan itu ditangguh.

Antara pemimpin pembangkang yang bangkit adalah ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (gambar) yang mempersoalkan sama ada rang undang-undang itu akan ditarik balik atau tidak, memandangkan masa yang diperuntukkan untuk 11 rang undang-undang termasuk PCA tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga hari persidangan.

"Saya percaya, kalau tidak sempat bahas kita bawa kepada sidang yang seterusnya, itu tiada masalah.

"(Tetapi) kalau ada 11 rang undang-undang, maknanya perbahasan yang ini terlalu pendek. Di mana seriusnya kerajaan, seolah-olah tidak serius," kata Azmin sejurus sebelum sesi bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut dibacakan.

"Mana boleh 11 rang undang-undang dalam tiga hari, kalau sampai pukul 12 malam sekalipun. Saya harap saya minta Menteri Dalam Negeri katakan adakah akan teruskan untuk tarik empat rang undang-undang," kata Timbalan Presiden PKR itu lagi.

Tindakan Azmin itu kemudiannya dijawab Speaker Dewan Rakyat, dan berkata beliau tidak memberikan sebarang ketetapan masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen.

"Berapa minit masa yang diperuntukkan tiada setakat ini. Pada masa ini belum ada tempoh masa. Tetapi petang nanti jam 6 petang, atau 8 malam kalau perlukan masa yang tepat, kita akan tetapkan," kata speaker.

Beberapa pemimpin politik Barisan Nasional (BN) kemudiannya bangun membidas Azmin, antaranya ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Gombak boleh bangun cakap satu hari... Ini Kalilah Gombak, berdiri satu hari," kata Bung Mokhtar.

Ahmad Zahid kemudiannya meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan sejurus sebelum sesi Sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengahari. 1 Oktober, 2013.

DEWAN UNDANGAN NEGERI KECOH ANGKARA GUAN ENG

Enam individu hari ini berhimpun secara aman di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng mendedahkan lokasi rumah berkembar berharga RM415,000.

Salah seorang daripada mereka, Kenneth Quah, 35 berkata beliau berbuat demikian susulan kenyataan akhbar ketua menteri dalam akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang mengatakan harga rumah berkembar di sebelah pulau diturunkan sehingga RM415,000.

Quah yang bekerja sebagai pengurus jualan berkata beliau sudah lama teringin memiliki kediaman sendiri.

"Kami sudah puas cari tapi tak jumpa dan sebagai rakyat Pulau Pinang kami rasa tertipu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Sejak hari pertama dewan bersidang dua orang wakil rakyat yang bertanggungjawab iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Adun Padang Kota Lama Chow Kon Yeow langsung tak buat apa-apa.

"Sekarang ini, kami nak beri surat celaan kepada Datuk Speaker sendiri kerana kedua perkara melibatkan kepentingan rakyat ini tidak dibincangkan dalam dewan," katanya.

Dalam perhimpunan yang berlangsung lebih sejam yang bermula pukul 12.20 tengah hari itu berlaku sedikit kekecohan apabila Speaker Dewan enggan bersemuka dengan kumpulan berkenaan.- Bernama

Gempar: Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka Kecoh Bila Ketua Pembangkang Kemukakan Usul Tidak Percaya Kepada Ketua Menteri Ali Rustam !

MELAKA [4.45 pm] - Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari kedua, hari ini, kecoh kira-kira setengah jam apabila wakil rakyat pembangkang cuba mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, atas dakwaan terbabit dengan politik wang. Usul itu cuba dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San (foto), sebaik persidangan disambung semula kira-kira jam 11.35 pagi selepas berhenti rehat. Bagaimanapun, cadangannya itu ditolak Speaker DUN, Othman Mohamad. Susulan itu, berlaku pertikaman lidah membabitkan sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang. Dalam kekecohan yang kelihatan hampir tidak terkawal itu, pelbagai isu termasuk mesyuarat bawah pokok di Perak dan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dibangkitkan. Kekecohan itu hanya selesai selepas Speaker meminta Mohd Ali meneruskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. Terdahulu, ucapan juga tertangguh dua kali, selepas Ketua Menteri turut terjebak dalam insiden itu. Mohd Ali berkata DAP mengemukakan usul tergempar itu kerana mahu mendapat publisiti murahan. "Kalau saya nak sebut DAP kerja rasuah pun banyak juga tapi itu hal DAP kita tak nak campur."Saya tidak terlibat dengan rasuah pun dalam Umno. Ini saya telah sebutkan tetapi Jawatankuasa Disiplin telah menyatakan saya bersalah dan tidak boleh bertanding (jawatan Timbalan Presiden Umno), jadi saya akurlah dengan keputusan parti saya. Ini tidak ada kaitan dengan DAP," katanya. Kami sungguh pelik mendengar jawapan dari Ali Rustam itu, dia yang didapati bersalah tiba-tiba tuduh DAP pula rasuah. Katanya tiada kaitan dengan politik wang, maka itu kenapa tiga orang agennya digantung keahlian selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang. Soalnya disini, wang siapa yang dibawa oleh agen-agen Ali Rustam itu kalau bukan wang dari poket beliau sendiri. Nampar benar Ali Ketam ini sudah mula melatah dan cakap melalut-lalut kerana takut hilang kuasa. Tunggulah pilihanraya umum ke-13 akan datang, biar rakyat Melaka sendiri yang menjatuhkan beliau.Sesi bahas pertama Dewan Rakyat kecoh

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang baru bermula hari ini terus kecoh apabila isu menghormati institusi raja disentuh.

Usul ucapan terima kasih dimulakan oleh ahli parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional (BN).

Sebaik saja Shamsul menyentuh kenyataan ketua pembangkang mengenai ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan sidang Dewan Rakyat pada Selasa, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bangkit dengan peraturan mesyuarat mendesak supaya ucapan tersebut ditarik balik.

"Saya katakan dalam ucapan saya, ketua pembangkang dan rakan-rakannya seolah-olah memperlekehkan ucapan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tidak membuat sebarang tuduhan terhadap ketua pembangkang dan rakan-rakan di sebelah sana," kata Shamsul mempertahankan ucapannya.

Ucapan beliau terus diganggu oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang memohon peluang untuk mencelah.

Perbahasan terus hangat apabila ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden bangun membuat celahan hingga memaksa timbalan speaker, Datuk Ronald Kiandee campur tangan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membahaskan usul ucapan terima kasih pada sebelah petang.

Berita mula diterbitkan pada: Jun 26, 2013 14:05 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/sesi-bahas-pertama-dewan-rakyat-kecoh-17111?cpDewan Rakyat kecoh, Bung Mokhtar salahkan DAP berhubung blogger seks

OLEH MD IZWANJULY 16, 2013Kekecohan timbul di Dewan Rakyat apabila Datuk Bung Mokhtar Radin menuduh DAP adalah pihak yang bertanggungjawab di belakang blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee di atas kejadian muat naik di Facebook yang menghina Islam.

Ahli Parlimen Kinabatangan dari Barisan Nasional (BN) itu, menggesa pasangan itu ditahan serta merta dan menyalahkan DAP di atas insiden itu.

Mereka seharusnya didakwa serta merta dan jangan benarkan mereka bergerak bebas.

Saya sedar trend ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke 13, mungkin ini ditaja oleh DAP, dakwanya.

Sejurus selepas itu, beberapa pemimpin DAP bangkit membantah kenyataan Bung kerana bersangka buruk serta menggesa beliau menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Bung enggan menarik balik serta mempertahankan hujahnya dengan menegaskan beliau berkata "mungkin" dan bukan menuduh.

"Saya kata hanya mungkin," kata Bung apabila didesak oleh pemimpin DAP dalam Dewan Rakyat.

Semalam "pasangan lucah" Alvin Tan dan Vivian Lee yang dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hadir memberikan kenyataan di ibu pejabat agensi itu di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Mereka memberi kenyataan untuk membantu siasatan berhubung memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Tahun lalu, Alvin dan Vivian menggemparkan negara apabila menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog mereka.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman, berkata pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan bagi merujuk kes berkenaan ke Pejabat Peguam Negara dan berharap siasatan dapat dilengkapkan dalam masa dua hari.

Sheikh Raffie berkata, pihaknya perlu menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan bukti kes berkenaan mencukupi untuk pendakwaan.

"Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan boleh didakwa di bawah seksyen 211 dan 233 yang memperuntukkan hukuman setahun penjara dan denda RM50,000.

"Kami menyeru orang ramai menghormati bulan Ramadan dengan elak mencetus kontroversi melalui kiriman di laman sosial yang bakal mencetuskan sensitiviti kaum," katanya lagi. - 16 Julai, 2013.