Masalah Disiplin Mungkin Juga Boleh Disama Ertikan Dengan Salah Laku Pelajar

download Masalah Disiplin Mungkin Juga Boleh Disama Ertikan Dengan Salah Laku Pelajar

of 1

description

disiplin

Transcript of Masalah Disiplin Mungkin Juga Boleh Disama Ertikan Dengan Salah Laku Pelajar

Masalah disiplin mungkin juga boleh disama ertikan dengan salah laku pelajar, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Masalah disiplin begitu sinonim dengan golongan remaja atau golongan pelajar sekolah yang sedang mengalami proses menuju ke alam dewasa. Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam pelbagai bidang akademik atau kokurikulum bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin dikenal pasti antara aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi ia mempunyai tujuan pendidikan untuk mendidik yang luas. Selain pendedahan pengetahuan dan intelektual kepada pelajar, aspek disiplin merangkumi moral dan sosial pelajar juga harus diberi penekanan. ( Aminuddin Bin Hehsan & Siti Noor Binti Muhamad, 2007).