Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf ·...

9
Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 77-85 Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes (Reading Problems in Government Primary School Students in Brunei Darussalam: A Case Study) TAMAM TIMBANG, ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD. RAHIMI NIK YUSOFF & JAMALUDIN BADUSHAH ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Penghuraian, pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Kebolehpercayaan diperoleh dengan menggunakan nilai perkali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan Nvivo 7 dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan peserta kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh (1) faktor individu, (2) psikologi, (3) faktor kaedah pengajaran guru, (4) masa pengajaran, (5) faktor persekitaran, dan (6) buku teks bacaan yang digunakan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah enam di Brunei Darussalam. Kata kunci: Masalah membaca, kajian kes, kaedah temu bual mendalam, sekolah rendah kerajaan ABSTRACT This research was based on the problems with reading that the primary six pupils from the government schools encountered in Negara Brunei Darussalam. The qualitative method that used the multicase multiplesite approach. In this approach, the participants consisted, four pupils, four parents and six teachers from four different primary schools in Negara Brunei Darussalam, were interviewed in depth. Discussion, conclusion and summarization of data were done by analyzing theme, sub-theme, and the research questions. Reliability the data were checked by group of supervisors. Cohen’s Kappa coefficient was used to measure the qualitative item statistically, where as Nvivo 7 used to analyze the data. The findings were reported in two parts; the profiles of the schools and participants in the research, as well as the report on the research questions. From this research, it is found that the factors that contributed to the inability to read efficiently in the government school primary six students are: (1) individual factor, (2) psychological factor, (3) method of teaching, (4) lesson periods, (5) environmental factor, and (6) text books. Keywords: Reading problem, case study, indepth interview approach, government primary school PENGENALAN Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca (Zamri 2008; Yahya 2008). Sebagai contoh, untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul. Biasanya, murid akan mudah lupa dan tidak memahami apa yang dibaca walaupun membacanya dengan berulang kali. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa cara membaca murid berkenaan belum dapat menghasilkan kefahaman daripada pembacaan yang dilakukan. Untuk mengelakkan pembaziran masa, murid perlu mengetahui dan melatih diri membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang bersesuaian dengan diri mereka. Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca (Samsiah 2008; Yahya 2008). Isu membaca tidak pernah lapuk untuk diperkatakan. Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee 2007). Hanya dengan membaca, negara dapat

Transcript of Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf ·...

Page 1: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 77-85

Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaandi Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes

(Reading Problems in Government Primary School Studentsin Brunei Darussalam: A Case Study)

TAMAM TIMBANG, ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD. RAHIMI NIK YUSOFF & JAMALUDIN BADUSHAH

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaanBrunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatifdiperoleh sepenuhnya melalui temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orangibu bapa dan enam orang guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Penghuraian, pentafsirandan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Kebolehpercayaan diperoleh denganmenggunakan nilai perkali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan Nvivo 7 dan dapatan kajiandilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan peserta kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalanganmurid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh (1) faktor individu, (2) psikologi,(3) faktor kaedah pengajaran guru, (4) masa pengajaran, (5) faktor persekitaran, dan (6) buku teks bacaan yangdigunakan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkanbagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah enam di Brunei Darussalam.

Kata kunci: Masalah membaca, kajian kes, kaedah temu bual mendalam, sekolah rendah kerajaan

ABSTRACT

This research was based on the problems with reading that the primary six pupils from the government schools encounteredin Negara Brunei Darussalam. The qualitative method that used the multicase multiplesite approach. In this approach,the participants consisted, four pupils, four parents and six teachers from four different primary schools in NegaraBrunei Darussalam, were interviewed in depth. Discussion, conclusion and summarization of data were done byanalyzing theme, sub-theme, and the research questions. Reliability the data were checked by group of supervisors.Cohen’s Kappa coefficient was used to measure the qualitative item statistically, where as Nvivo 7 used to analyze thedata. The findings were reported in two parts; the profiles of the schools and participants in the research, as well as thereport on the research questions. From this research, it is found that the factors that contributed to the inability to readefficiently in the government school primary six students are: (1) individual factor, (2) psychological factor, (3) methodof teaching, (4) lesson periods, (5) environmental factor, and (6) text books.

Keywords: Reading problem, case study, indepth interview approach, government primary school

PENGENALAN

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupanmanusia. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaandapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspekkehidupan mereka. Keberkesanan dalam membaca jugamerupakan satu perkara penting yang perlu diambil beratoleh murid ketika membaca (Zamri 2008; Yahya 2008). Sebagaicontoh, untuk memperoleh keputusan yang cemerlangdalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyaikemahiran membaca yang betul. Biasanya, murid akanmudah lupa dan tidak memahami apa yang dibaca walaupunmembacanya dengan berulang kali. Keadaan tersebutmenunjukkan bahawa cara membaca murid berkenaan belum

dapat menghasilkan kefahaman daripada pembacaan yangdilakukan. Untuk mengelakkan pembaziran masa, muridperlu mengetahui dan melatih diri membaca dengan betulberdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang bersesuaiandengan diri mereka. Kaedah pembacaan yang tidakbersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid merasacepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepatmengantuk ketika membaca (Samsiah 2008; Yahya 2008).

Isu membaca tidak pernah lapuk untuk diperkatakan.Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalamdunia globalisasi, serta bergelumang dengan duniateknologi maklumat dan perkomputeran, namun hakikatkepentingan membaca tidak boleh diabaikan (MohamadSofee 2007). Hanya dengan membaca, negara dapat

Page 2: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

78 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)

melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.Masyarakat membaca juga menjadikan ilmu sebagailandasan hidup. Oleh yang demikian, masyarakat membacasangat cintakan bahan-bahan ilmu, khususnya buku, jurnaldan majalah yang menyalurkan ilmu dan menyuburkanhikmah.

Masalah membaca juga dapat menjejaskan prestasipencapaian murid dalam semua mata pelajaran. MenurutMahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan prosesmembaca penting dilakukan untuk membantu muridmenambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitandengan aspek membaca mencerminkan wujudnyakesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagaibudaya ilmu yang perlu dikekalkan. Dalam pendidikanbahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap prosesmembaca telah diberikan perhatian, terutama melaluipenetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai sepertiyang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendahmahupun sekolah menengah (Kementerian PendidikanMalaysia 2000). Justeru, masalah membaca memberi kesanterhadap keupayaan murid-murid untuk mencapaikeputusan yang lebih baik dalam semua mata pelajaran,termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DINEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Dalam buku Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam,Bahagian Kurikulum Pendidikan Rendah Atas (darjah 4hingga 6) ada menyatakan matlamat pendidikan adalahuntuk memperkukuh kemahiran asas murid-murid, dan padamasa yang sama memberikan tumpuan kepada asuhanrohani dan akhlak. Pembelajaran lebih berorientasikankepada mengingati fakta-fakta, pelajaran yang berkaitandengan suasana dan alam sekitar murid-murid. Matlamattersebut adalah untuk memastikan dapat menguasaikemahiran asas dan bersedia mempelajari berbagai-bagaimata pelajaran yang terkandung dalam kurikulumpendidikan menengah selepas mereka keluar daripadaperingkat ini (Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam1985).

Kurikulum pendidikan rendah atas (darjah 4 hingga 6)ini diterjemahkan ke dalam Sukatan Pelajaran BahasaMelayu Sekolah-sekolah Rendah Darjah 1 hingga 6. Dalambuku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (1997), penekanankemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid-muriddarjah enam digariskan seperti berikut:

1. Membaca bahan-bahan yang dihasilkan oleh murid.2. Membaca buku-buku teks asas dan tambahan darjah

enam.3. Membaca buku-buku lain yang bersesuaian (Rumi dan

Jawi).4. Membaca majalah, akhbar, makalah dan lain-lain yang

sesuai (Rumi dan Jawi).

5. Membaca petikan majalah, akhbar, makalah, dan lain-lain yang sesuai (Rumi dan Jawi).

Interpretasi kemahiran membaca dalam SukatanPelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah di BruneiDarussalam bertujuan untuk membantu guru melaksanakanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kemahiranmembaca membolehkan seseorang murid yang belajarselama enam tahun di sekolah rendah itu menggunakanbahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umurmereka dalam perhubungan sehari-hari dan dalammempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalamkurikulum sekolah rendah. Menurut Sabar (2008),sepatutnya selama enam tahun berada di sekolah rendah,seseorang murid sudah dapat menguasai kesemuakemahiran bahasa, baik dari segi lisan, bacaan, kefahamanmahupun gerak kerja bertulis.

PERNYATAAN MASALAH

Di negara Brunei Darussalam, kajian tentang membacabelum banyak dijalankan seperti di Malaysia atau negara-negara lain. Walau bagaimanapun, masalah membacamemang wujud, terutama di peringkat sekolah rendah. Buktiwujudnya masalah membaca ini dapat dilihat melaluipencapaian murid melalui keputusan peperiksaan sekolahdan awam (Keputusan Peperiksaan Penilaian SekolahRendah 2003-2007). Melihat pentingnya kemahiranmembaca itu, maka kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan sebahagianmurid darjah enam di Brunei menghadapi masalah membaca.

Kamaruddin (1990) menyatakan bahawa kelemahanmurid dalam membaca dan memahami teks yang dibacasememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu bolehmenimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untukmengikuti proses belajar seterusnya. Masih terdapatrungutan dalam kalangan guru sekolah rendah dan sekolahmenengah di Brunei Darussalam yang mempersoalkanmurid yang tidak boleh membaca dan memahami teksdengan berkesan. Masalah ini dapat dilihat melalui hasilkeputusan ujian dan peperiksaan awam sekolah (LaporanTahunan Pelajaran 2005). Elizabeth Liew (2006) jugamenyatakan bahawa penguasaan bahasa Melayu formal disekolah rendah, menengah dan universiti telah menarikperhatian pihak akademik dan pendidik untuk mengkajialiran pencapaian bahasa Melayu di peringkat sekolahrendah yang semakin merosot.

Jadual 1 memaparkan pencapaian murid darjah enamdalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) daritahun 2003 hingga 2007, khususnya dalam mata pelajaranBahasa Melayu di negara Brunei Darussalam. Jadual 1tersebut menunjukkan masih terdapat sebilangan muriddarjah enam di Brunei yang tidak lulus dalam BahasaMelayu. Walaupun peratus gagal itu agak rendahberbanding dengan mata pelajaran lain, tetapi bagi matapelajaran Bahasa Melayu, ini merupakan sesuatu perkara

Page 3: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

79Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

yang agak membimbangkan. Kegagalan murid-muridtersebut membuktikan bahawa mereka menghadapipermasalahan membaca. Laporan Ketua Pemarkahan matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2004 sehingga 2007menyatakan bahawa masalah membaca merupakan salahsatu penyebab kepada tingginya peratus kegagalan dalampeperiksaan Bahasa Melayu (Laporan Ketua Pemarkahan2004-2007). Keputusan mata pelajaran Bahasa Melayudijadikan kayu ukur untuk menilai kemampuan membacamurid-murid di Brunei Darussalam.

Jika dilihat pada pencapaian murid mengikut gred dalammata pelajaran Bahasa Melayu dari tahun 2003 hingga 2007(Jadual 2), masih ramai murid yang memperoleh gred D.Gred D menggambarkan murid berkenaan mempunyaimasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Inimenunjukkan bahawa murid yang memperoleh gred D dapatdikategorikan sebagai murid yang menghadapi masalahmembaca. Ini menunjukkan bahawa memang wujud murid-murid yang lemah atau gagal membaca di Brunei walaupun

negara ini sebuah negara yang kecil, mempunyai jumlahpenduduk yang sedikit, lengkap dengan prasaranapendidikan dan sudah maju dalam bidang pendidikan.

Kajian Unit Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,Jabatan Perkembangan Kurikulum (2006) terhadappencapaian lapan buah sekolah rendah di Brunei mendapati55 peratus atau lebih daripada separuh murid di sekolah-sekolah yang dikaji berada di tahap lemah, dan 45 peratussahaja yang dapat dikategorikan sebagai baik dan lancarmembaca. Masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid ini telah memberikan kesan yang tidak baik terhadappencapaian murid-murid tersebut. Mereka bukan sahajamenghadapi masalah pada mata pelajaran Bahasa Melayu,malah juga menjejaskan hampir semua mata pelajaran yanglain. Laporan Lembaga Peperiksaan Brunei (2007) inimembuktikan bahawa kebanyakan kes murid yang gagaldalam mata pelajaran tertentu atau gagal keseluruhan adalahkerana mereka menghadapi masalah membaca.

JADUAL 1. Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Kerajaan bagi MataPelajaran Bahasa Melayu dari Tahun 2003-2007

Tahun Ramai Calon Lulus % Gagal %

2003 5356 5130 95.78 226 4.222004 5394 5251 97.35 143 2.652005 5114 4914 96.09 200 3.912006 5032 4733 94.06 299 5.942007 5116 4908 95.93 208 4.07

Sumber: Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Brunei (2007)

JADUAL 2. Pencapaian Calon dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu MengikutGred di antara Tahun 2003-2007

Tahun Ramai Calon A B C D %

2003 5356 1361 1784 1541 44 8.312004 5394 1712 1828 1349 362 6.712005 5114 1356 1832 1397 329 6.432006 5032 1399 1444 1404 486 9.652007 5116 1558 1771 1297 282 5.51

Sumber: Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Brunei (2007)

Masalah membaca memberikan kesan yang tidak baikterhadap pencapaian individu dalam pembelajaran.Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan kesanpsikologi kepada individu berkenaan, sehingga merekakurang dapat mengembangkan diri sendiri sekiranya merekamemiliki kebolehan membaca yang baik. Mengikut Md. Daud(2000), terdapat ramai murid di Brunei yang tidak mampubertutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea,pendapat dan sebagainya. Sikap sesetengah guru BahasaMelayu yang kurang memberikan perhatian terhadapkemahiran membaca dan bertutur sewaktu berada di bilikdarjah berkemungkinan telah menyumbang terhadapkeadaan sedemikian. Bagi murid darjah enam di sekolah-sekolah rendah di Brunei Darussalam, sepatutnya mereka

telah dapat menguasai kemahiran membaca tersebut dan dapatmemahami teks yang dibaca. Murid-murid yang berdepandengan masalah membaca tentunya terdapat faktor-faktortertentu yang menyebabkan berlaku gejala tersebut. Oleh itu,kajian masalah membaca di peringkat sekolah rendah di Bruneipenting dilakukan bagi mengetahui faktor penyebab, usahamengatasi, impak dan harapan murid, ibu bapa dan guru dalammenyelesaikan masalah membaca ini.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yangmenyebabkan berlakunya masalah membaca dalam kalangan

Page 4: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

80 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)

murid darjah enam di Brunei Darussalam. Secara khusus,kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah faktor-faktoryang menyebabkan masalah membaca dalam kalanganmurid darjah enam di Brunei Darussalam masih berlakuwalaupun sistem pendidikan semakin maju dan bertarafdunia.

METODOLOGI

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara mengumpuldan mengolah data berdasarkan perancangan khusus dansistematik yang melibatkan serangkaian pemboleh ubahdalam sesebuah kajian (Chua Yan Piaw 2006). Kajian inidijalankan sepenuhnya menggunakan kaedah kajian kes,iaitu mengunakan reka bentuk kajian kes satu kes pelbagaitempat (multicase multiplesite). Multicase merujuk kepadabeberapa orang murid, guru dan ibu bapa yang memberikandata tentang masalah membaca, manakala multiplesitemerujuk kepada beberapa buah sekolah yang dijadikansebagai tempat kajian ini. Pengumpulan data melalui temubual mendalam menjadi tunjang kepada kajian ini.Penggunaan kaedah kajian kes ini membolehkan penyelidikuntuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentangpermasalahan membaca dalam kalangan murid yang dikaji(Creswell 2007). Dengan menggunakan kaedah ini, pengkajidapat mencungkil perasaan, emosi dan pemikiran pesertakajian permasalahan membaca tersebut. Dalam kajian ini,pengkaji dapat bertindak sebagai alat pengkajian yangsensitif serta berkeupayaan memahami perlakuan-perlakuanmanusia, menggunakan pengalaman dan pengetahuanuntuk meneliti dan menelaah tentang apa yang dikaji denganlebih bermakna (Marohaini 2001). Reka bentuk ini dipilihkerana dapat memberikan gambaran yang kukuh tentangpermasalahan membaca murid-murid sekolah rendah yangdikaji.

PESERTA KAJIAN

Dalam kajian kes, istilah yang sering digunakan adalahspradley ataupun social situation (Sugiyono 2005). Situasisosial ini merujuk kepada tempat, pelaku dan aktiviti yangberinteraksi secara sinergik. Situasi sosial di sini merujukkepada situasi sekolah, faktornya adalah murid dan gurudan aktivitinya adalah pendidikan. Dalam kajian ini,penyelidik telah memilih murid-murid yang bermasalahmembaca, guru-guru dan ibu bapa yang berperanan sebagaipendidik kepada murid-murid tersebut untuk dijadikansebagai peserta kajian. Pemilihan peserta kajian tersebutdilakukan secara rawak bertujuan, iaitu teknik pengambilanpeserta dengan mengambil kira pertimbangan tertentu.Pertimbangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialahpeserta kajian yang dipilih dapat memberikan datasepenuhnya tentang kajian ini. Penentuan kriteria pesertatersebut dilakukan oleh pengkaji dan juga mengambil kirapandangan pihak sekolah tentang murid-murid yang

menghadapi masalah membaca tersebut. Hal ini dinyatakanoleh Flick (1998) di mana pemilihan peserta bagi kajiankualitatif adalah berdasarkan dengan kesesuaiannyadengan tajuk yang dikaji. Pemilihan peserta dalam kajiankualitatif (kajian kes) tidak berasaskan kepada jumlahataupun kuantiti sampel seperti dalam kajian kuantitatif.Apa yang paling penting ialah subjek yang dipilih dapatmemberikan maklumat secara maksimum dan peserta kajiantersebut memberikan maklumat yang hampir sama (sampaipada peringkat ketepuan data).

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan tiga set soalan temu bual, iaitupanduan temu bual murid, guru dan ibu bapa murid. Soalanprotokol temu bual kajian ini telah dibina dalam bentukpertanyaan terbuka, iaitu peserta temu bual bebasmenyatakan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalanyang diberikan tanpa disekat. Bagaimanapun, penemu bual(pengkaji) tetap sahaja memandu perbincangan agar tidakmeluas kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengankajian yang sedang dijalankan. Bagi melancarkanperbincangan semasa temu bual, pengkaji telah menyusunketiga-tiga set soalan protokol tersebut dalam bentuk yanghampir sama, iaitu mengandungi soalan pembuka, soalanpengenalan, soalan transisi, soalan kunci dan soalanpenutup.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DATA

Untuk melihat kesahan protokol temu bual, pengkaji telahmeminta beberapa orang pakar untuk menilai dan menyemaksoalan protokol yang dibina. Untuk melihatkebolehpercayaan data temu bual yang dijalankan, pengkajimenggunakan kaedah pengiraan Indeks KebolehpercayaanCohen Kappa seperti yang dicadangkan oleh Yin (2004).Penggunaan Indeks Kebolehpercayaan Cohen Kappa bolehdipercayai kerana beberapa pengkaji kualitatif di Malaysiatelah menggunakan persetujuan Cohen Kappa ini untukmengesahkan tema atau unit yang ditemui dalam analisisdata temu bual supaya boleh dipercayai (lihat Zamri 2004;Nik Mohd. Rahimi 2005).

Pengkaji telah meminta perkhidmatan tiga orang pakaruntuk menyemak dan memberikan komen terhadap protokoltemu bual yang telah siap dibina oleh penyelidik. Ketiga-tiga orang pakar tersebut ialah dua orang mempunyaikepakaran dalam bidang Bahasa Melayu dan satu oranglagi mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikankualitatif. Kebolehpercayaan data temu bual dilihatmenggunakan kaedah Indeks Kebolehpercayaan CohenKappa (K) menggunakan formula yang dicadangkan olehYin (1994), iaitu seperti berikut:

(fa-fc)/(N-fc)fa = kekerapan persetujuan penilaifc = kekerapan kebarangkalianN = jumlah item yang disediakan dalam skema

pengekodan

Page 5: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

81Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

Indeks kebolehpercayaan Cohen Kappa secarakeseluruhannya ialah K = 0.87. Landis dan Koch (1977)telah mencadangkan cara interpretasi nilai yang diperolehmenggunakan formula Cohen Kappa tersebut, iaitu nilaikebolehpercayaan yang melebihi 0.75 menunjukkanpersetujuan yang kuat ataupun menunjukkan tahapkonsistensi pengekodan data yang dilakukan oleh pengkajiadalah tinggi. Nilai 0.41 hingga 0.74 menunjukkan tahapketekalan yang sederhana, dan nilai di bawah 0.40menunjukkan tahap ketekalan yang lemah.

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Data daripada temu bual telah dilakukan proses transkripsibagi setiap subjek. Setelah data disemak, pengkaji terusmendapatkan tema-tema penting daripada data tersebut.Proses yang sama terus dilakukan sehingga sampai padatahap ketepuan data. Untuk memudahkan pengkajimengorganisasikan data, perisian NVivo 7 digunakan.Sebelum proses analisis dilakukan menggunakan perisiantersebut, semua hasil transkripsi dipastikan bersih terlebihdahulu, iaitu dengan cara meminta tolong semak semula(peer-checking) oleh subjek kajian. Langkah selanjutnyaadalah mencari tema-tema penting tentang faktor-faktormasalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid yangterlibat dalam kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

PROFIL PESERTA KAJIAN

Seramai 14 orang telah dipilihkan sebagai peserta kajian.Mereka terdiri daripada enam orang guru, empat orangmurid dan empat orang ibu bapa murid. Guru-guru yangdijadikan peserta kajian terdiri daripada guru-guru yangmengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 6 di empatbuah sekolah rendah di daerah Brunei Muara, BruneiDarussalam. Murid yang menyertai kajian ini ialah murid-murid yang telah dipilih oleh guru Bahasa Melayu danmemenuhi kriteria sebagai peserta kajian. Ibu bapa pulaterdiri daripada bapa dan ibu subjek murid yang telah dipilihtadi. Semua peserta kajian diberikan kod, iaitu G1, G2, G3,G4, G5 dan G6 untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. M1, M2, M3 dan M4 untukmurid-murid yang belajar di darjah enam yang telah dipilihsebagai subjek kajian. Manakala IB1, IB2, IB3 dan IB4

adalah kod ibu bapa murid yang menjadi peserta kajian.Enam orang guru sekolah rendah yang menyertai kajian initerdiri daripada dua orang perempuan dan empat orangguru lelaki. Seramai empat orang murid lelaki menjadi pesertakajian, manakala subjek ibu bapa pula pula terdiri daripadatiga orang lelaki dan seorang perempuan. Semua subjekyang dijadikan peserta kajian ini diberikan kod untukmelindungi identiti mereka.

FAKTOR-FAKTOR MASALAH MEMBACA

Berdasarkan dapatan temu bual mendalam yang dijalankanterhadap 14 orang subjek, telah dikenal pasti enam faktorutama punca berlakunya masalah membaca dalam kalanganmurid darjah enam di sekolah rendah kerajaan BruneiDarussalam. Keenam-enam faktor-faktor tersebut ialah(1) kaedah atau cara pengajaran guru, (2) persekitaran,(3) psikologi, (4) individu, (5) masa pengajaran dan (6) teksyang digunakan. Faktor-faktor tersebut digambarkan secaraterperinci pada Rajah 1.

KAEDAH PENGAJARAN GURU

Hasil dapatan temu bual yang dijalankan didapati kaedahpengajaran guru merupakan salah satu punca berlakunyamasalah membaca dalam kalangan murid darjah enamsekolah rendah kerajaan Brunei. Kaedah pengajaran guruyang didapatkan melalui kajian ini dapat dirumuskan kepadatiga punca utama, iaitu (1) kurang pengalaman, (2)penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu, dan (13) tidak ada kaedah yang berkesandalam pengajaran membaca. Ini diakui oleh peserta kajianyang ditemu bual seperti contoh berikut:

Kebanyakan kami guru-guru ini kurang pengalamanmengajar membaca atau mereka tidak menggunakan kaedahmembaca yang sepatutnya seperti kaedah suku kata atauapa-apa kaedah yang baiklah (G2).

... kita guru-guru kurang tahu tentang kaedah pengajaranmembaca yang terkini dan kita tidak ada pilihan lain,melainkan mengajar murid kita membaca mengikutkemampuan dan kadang-kadang berdasarkan pengalamanyang lampau yang belum tentu dapat meningkatkankemahiran membaca murid-murid (G1).

Kami disuruh membaca di rumah, waktu berada di sekolahkami disuruh membaca lagi cerita yang sama. Itu saja.Kadang-kadang di sekolah membaca beramai-ramai (M3).

JADUAL 4. Nilai Persetujuan Cohen Kappa

Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Cohen Kappa Keseluruhan

K =24 – 1326 – 13 K =

26 – 1325 – 13

K =26 – 1324 – 13 K =

30.84 + 0.92 + 0.84

K =1311 K =

1312

K =1311 K =

132.60

K = 0.84 K = 0.92 K = 0.84 K = 0.87

Page 6: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

82 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)

Seingat saya anak saya ini semasa berada di kelas rendahbawah sudah mula menunjukkan kelemahan membaca, bagisaya kalau di peringkat awal sudah diatasi dan dibantusaya fikir tentu masalah ini tidak akan sampai ke darjahyang lebih tinggi. Bagi saya cara guru mengajarlah,... tidakkenalah cikgu (IB1).

Saya juga tidak menyalahkan kepada anak saya saja, inijuga ada kena-mengena dengan cara guru mengajar di sekolah(IB3).

Kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu yang tidakberkesan menyumbang kepada masalah tidak bolehmembaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Masalahini bertambah kritikal apabila guru Bahasa Melayu yangmengajar kurang berpengalaman dan mengajarmenggunakan kaedah tradisional.

FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunyamasalah membaca dalam kalangan murid darjah enam disekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam ialahpersekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktorpersekitaran yang ditemui dalam kajian ini, iaitu (1) keluarga,(2) sekolah, dan (3) rakan. Kesemua peserta kajian mengakuibahawa faktor keluarga, sekolah dan rakan sebayamerupakan antara faktor masalah membaca masih berlaku.Ketiga faktor persekitaran yang menjadi penyumbangkepada berlakunya masalah membaca dapat ditunjukkandalam petikan temu bual terhadap peserta ibu bapa danguru.

Memantau perkembangan membaca dia jaranglah, sebabsaya dan isteri selalu mengingatkan dia untuk belajar subjekMatematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Lagipun dia sudahberada di darjah enam saya rasa belajar membaca tidakperlu lagilah (IB1).

Persepsi ibu bapa juga begitu lebih mementingkan subjekseperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris merekasanggup menghantar anak-anak mereka belajar (tuisyen)untuk subjek tersebut tetapi tidak pada Bahasa Melayuyang mereka anggap mudah lulus dan kurang penting, tetapisebaliknya anak-anak bukan Melayu pula (kebiasaannyaorang Cina) pula yang menghantar anak-anak merekabelajar/tuisyen bahasa Melayu kerana subjek ini pentinguntuk mendapatkan biasiswa. Saya rasa persepsi ini jugamenjadi punca (G2).

Bagi saya ada banyak faktor, seperti faktor latar belakangkeluarga murid tersebut, seperti latar belakang ibu bapamereka yang berpendidikan rendah jadi ibu bapa sepertiini tidak memahami apa kehendak dan keperluanpendidikan anak mereka. Misalnya tidak menyediakanbahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh anak-anakmereka (G4).

Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalahini. Masalah membaca ini sepatutnya sudah selesai atautidak lagi ada bagi murid darjah enam. Contoh saya padamasa ini lebih fokus kepada murid untuk menghadapipeperiksaan PSR 2009, saya tidaklah lagi akan banyakmenumpukan perhatian kepada mengajar membaca murid-murid yang lemah ini, kerana bagi saya murid darjah enamini mesti lulus peperiksaan PSR ini nanti. Caranya sajaialah murid yang lemah ini diajar oleh guru-guru lain khusus

RAJAH 1. Faktor-faktor Masalah Membaca

Page 7: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

83Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

untuk membaca sahaja. Bagi saja ini sudah terlambat.Sepatutnya mengatasi kelemahan membaca ini sudahbermula sejak murid itu dikenal pasti lemah membaca itulah.Kerana pada darjah 1, 2 atau 3 mereka ini sepatutnya sudahmantap dengan kemahiran membaca. Jadi bila dia berada didarjah 4, 5 dan 6 tumpuan guru hanya kepada pengajaranmata pelajaran seperti Matematik, Sains, Geografi, BahasaInggeris dan Bahasa Melayu (G5).

Faktor sekolah juga saya rasa menjadi salah satu faktorterhadap masalah ini, misalnya saya melihat persepsi guru-guru dan juga pentadbir sekolah termasuk pihakkementerian yang lebih mementingkan subjek-subjek lainberbanding dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Lihatsaja bila hendak peperiksaan PSR guru-guru sibuk denganpelbagai program untuk subjek Matematik, Sains danGeografi mereka seolah-olah melupakan kepentinganpelajaran Bahasa Melayu (G6).

Semua peserta kajian mengatakan bahawa faktorkeluarga adalah antara penyumbang wujudnya masalahmembaca. Empat orang subjek berpendapat bahawa faktorrakan sebaya juga boleh menyumbang kepada berlakunyamasalah membaca dalam kalangan murid. Manakala empatorang subjek bersetuju bahawa faktor persekitaran sekolahjuga mempengaruhi keupayaan membaca murid-murid.

FAKTOR PSIKOLOGI

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membinatabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalamterhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itumengalami proses pembacaannya. Dapatan kajian yangdijalankan mendapati terdapat dua faktor yang berkaitandengan psikologi, iaitu (1) kurang minat belajar dan(2) kurang mengambil perhatian semasa belajar. Faktor tidakminat membaca merupakan salah satu faktor yangmenyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalamkalangan murid darjah enam. Hal ini diakui oleh pesertakajian yang terlibat secara langung dalam kajian ini. Bagipeserta ibu bapa IB4, beliau mendapati bahawa anaknyakurang berminat untuk membaca. Ini berdasarkan padapetikan temu bual dengan IB4 yang mengatakan: “...sayalihat dia (M4) kurang berminat atau suka membaca”.

Peserta M1 turut menyatakan bahawa sikap kurangminat membaca pada dirinya adalah berpunca daripadakegagalannya untuk menguasai kemahiran membacadengan baik. Katanya, “...saya tidak berapa pandaimembaca, jadi... tidak berapa minat membaca buku”.Peserta kajian yang terdiri daripada guru Bahasa Melayujuga mendapati antara punca kelemahan membaca dalamkalangan murid yang terlibat dalam kajian ini adalahberpunca daripada kurang minat membaca. Peserta G2, G3dan G4 menyatakan:

...bagi saya kebanyakan murid yang bermasalah membacaini adalah merupakan murid yang kurang minat belajar,apatah lagi untuk membaca. Ini berdasarkan pemerhatiansaya terhadap murid-murid yang lemah membaca denganyang pandai membaca. Murid yang pandai membaca lebihsuka membaca buku atau apa sahaja bahan bacaan (G3).

Tumpuan belajar dari murid itu kurang, misalnya semasapengajaran di bilik darjah murid-murid seperti ini kurangmengambil perhatian terhadap pengajaran yangdisampaikan oleh guru. Perkara ini juga saya rasa berkaitrapat dengan sikap dan tabiat belajar murid berkenaan.Sebab murid yang pandai membaca mempunyai sikap dantabiat rajin belajar berbanding dengan murid yang lemahmembaca ini. Memang sudah ditakdirkan mungkin beginikeadaannya (G2).

Saya perhatikan murid-murid ini semasa kita mengajar,mereka kurang mengambil perhatian, Nampak seperti agakmalas sikit ketika belajar. Jadi bila sudah tidak menumpukanperhatian pada pengajaran guru macam mana mereka nakbelajar dan faham apa yang diajarkan oleh cikgu (G4).

Dapatan perbicangan ini menunjukkan faktorpsikologi seperti kurang minat belajar dan kurangmenumpukan perhatian terhadap pengajaran guru adalahmerupakan sikap negatif yang ditunjukkan oleh muridterhadap pengajaran guru bahasa Melayu di dalam bilikdarjah. Jika sikap ini tidak diatasi, pihak guru banyakmasalah akan timbul terhadap keberkesanan pembelajaranmurid dan pengajaran guru. Salah satu daripadanya ialahkelemahan membaca yang berlaku dalam kalangan muriddarjah enam di sekolah-sekolah rendah kerajaan BruneiDarussalam.

FAKTOR INDIVIDU

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dankebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyaikecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahamidengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding muridyang lemah membaca. Dalam konteks kajian ini, faktorindividu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasanmurid lemah dalam pembelajaran dan membaca. Murid-muridini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapatmengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalamjangka masa yang panjang.

Bagi sebilangan peserta guru, faktor kecerdasan muridatau individu berkait rapat dengan kebolehan membacamereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikanindividu berkenaan tidak boleh mengingati apa yangdipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkanmurid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari apayang telah dipelajari. Ini diakui oleh peserta G1, G3 danjuga peserta IB1 dan IB4 ketika ditemu bual.

Mengikut latihan-latihan yang pernah dibuat mungkin IQmurid berkenaan terlalu rendah, ingatan hanya sementaratidak boleh membawa ke hari esok, tanggapan selalu meleset(G1):

...ya, saya faham. Murid ini memang murid yang normaltetapi saya rasa tahap kecerdasannya memang rendahberbanding murid yang lain. Sebab itulah dia lemahkemahiran membaca (G3).

Yang saya tahu cikgu dia agak lemah sedikit ketika itu tapisejak naik darjah 5 dan 6 kebolehan membaca dia agaksemakin baik. Saya rasa anak saya yang seorang ini agak

Page 8: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

84 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)

slow sikit berbanding dengan adik-beradiknya yang lain.Mungkin agak kurang cerdaslah cikgu (IB1).

Saya tahu juga cikgu yang anak saya ini membaca agak lambatsikit, tetapi masih boleh membaca. Yalah cikgu, agak perlahanlah kalau membaca...membaca tidak berapa lancar (IB4).

Faktor individu yang berkaitan dengan kecerdasan inibanyak ditimbulkan oleh peserta kajian. Faktor inimerupakan salah satu punca wujudnya kelemahanmembaca dalam kalangan murid di sekolah rendah.Kebanyakan subjek guru dan ibu bapa bersetuju bahawamurid-murid yang bermasalah dengan kemahiran membacaini terdiri daripada murid-murid yang normal, tetapimempunyai kecerdasan yang rendah berbanding denganmurid-murid yang lebih pandai. Faktor individu inilah yangbanyak mempengaruhi berlakunya masalah membaca dalamkalangan murid di sekolah rendah di Brunei Darussalam.

TEKS YANG DIGUNAKAN

Secara tradisi, variasi dalam pembacaan murid berpuncadaripada jenis teks yang dibaca. Pengaruh teks terhadappembaca adalah sangat kompleks. Teks yang mudah danmenarik memudahkan pembaca, membaca dan memahamiisi kandungan teks tersebut. Sebaliknya, jika teks yangdibaca terlalu tinggi bahasanya, banyak teks, tulisan yangkecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan pembaca.Dapatan temu bual mendapati terdapat dua perkara utamayang berhubung kait dengan faktor teks, iaitu tidak menarikdan sukar difahami.

Berdasarkan keterangan subjek kajian, teks yang tidakmenarik adalah berkaitan dengan isi kandungan atau bahancerita yang sudah terlalu lama dan kurang sesuai dengankeadaan semasa murid. Kenyataan ini bertepatan denganketerangan subjek G1 yang menyatakan bahawa buku teksbacaan yang digunakan oleh murid-murid darjah enam tidaklagi sesuai digunakan oleh murid-murid pada masa kini. Ceritayang terdapat dalam teks berkenaan sudah lama, perludiperbaharui dan disesuaikan dengan keadaan dan kehendakmurid masa kini. Di samping itu, sebahagian kandungan teksbacaan tersebut terlalu panjang dan sukar difahami murid.Kandungan teks berkenaan kurang sesuai dengan kebolehanmurid darjah enam, terutama murid yang masih rendah tahapkemahiran membaca mereka. Kenyataan ini dijelaskan olehpeserta G1, G2 dan G3 melalui temu bual berikut:

Saya rasa ada juga yang selari dan sesuai tetapi ada jugayang perlu diubah suai. Misalnya ada sebilangan teks bacaanyang terlampau panjang, ada juga teks bacaan yang sudahlama, cerita dalamnya perlu yang baru dan disesuaikandengan keadaan murid masa kini (G1).

Buku teks bacaan yang digunakan setakat ini sesuai jugatetapi ada juga sebahagian kandungan teks bacaan itu yangterlampau panjang di samping isi cerita yang sudah jauhketinggalan dengan alam kehidupan murid-murid masa kini.Saya rasa buku teks bacaan perlu diperbaharuilah (G2).

Buku teks kalau boleh perlu disesuaikan misalnya untukmenarik minat murid-murid (G3).

Faktor buku teks yang kurang menarik juga diakui olehsubjek murid yang terlibat kajian ini. Sebagai contoh, pesertaM1 dan M2 yang ditemu bual berpendapat bahawa adasebahagian cerita atau isi cerita dalam bahan bacaan yangdigunakan mereka pada masa ini kurang menarik sekaliguskurang menarik minat mereka untuk membaca seperti manadijelaskan dalam hasil temu bual berikut:

Suka sedikit kerana susah untuk dibaca dan difahami. Sebabceritanya panjang, perkataannya panjang dan susah untukdieja (M1).

Ada jua saya suka. Tetapi banyak yang saya tidak sukasebab ceritanya tidak seronok dan susah nak dibaca (M2).

Dalam hal ini, subjek murid didapati lebih menggemaribahan bacaan yang mudah dibaca dan difahamiberdasarkan kepada kemahiran membaca subjek itu sendiri.Ini diakui oleh M4 yang menyatakan bahawa: “Saya sukamembaca buku bacaan yang senang saja cikgu”. Denganperkataan lain, beberapa subjek murid bersetuju bahawafaktor teks bacaan merupakan salah satu faktorpenyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalamkalangan murid sekolah rendah di Brunei Darussalam.

MASA PENGAJARAN

Faktor masa pengajaran bermaksud masa pengajaranmembaca yang diperuntukan terlalu singkat dan tidakmencukupi. Peruntukan masa pengajaran membaca yangterlalu singkat ini tidak banyak membantu murid tahapkecerdasan sederhana dan lemah untuk menguasaikemahiran membaca. Kenyataan masa pengajaran membacayang singkat dan tidak mencukupi dikongsikan oleh pesertaG1, G3, G4, G5, G6 ketika ditemu bual:

Bagi saya masa 30 minit itu tidak mencukupi, sepatutnyamasa membaca itu biarlah mengambil masa yang panjangterutama bagi murid barjah 1, 2 dan 3 sebab bagi sayamembaca adalah asas. Jadi pada peringkat asas kemahiranmembaca atau apa saja kemahiran perlu dikukuhkan terlebihdahulu sebelum mereka ini pergi lebih jauh lagi denganmempelajari banyak mata pelajaran dan mempelajari bahasaInggeris. Saya melihat keadaan ini kurang diambil perhatianberat oleh pihak kementerian. Bila dilihat pada bebanansubjek darjah 1, 2 dan 3 terlampau banyak sehingga lapanmata pelajaran. Jadi tumpuan kanak-kanak untukmengukuhkan kemahiran membaca dan lain-lain kemahiranitu terbatas disebabkan bebanan subjek yang banyak yangharus mereka kuasai (G1).

Saya rasa ia perlu ditambah terutama bagi darjah 1, 2 dan 3.Pada peringkat ini mereka masih lagi memerlukan kemahiranmembaca peringkat asas. Mereka perlu mantap membacabaharulah dia boleh menguasai kemahiran membaca itu nanti(G5).

Bagi saya tidak mencukupi sebabnya selepas aktivitimembaca bukan hanya setakat membaca sahaja, asal pandaimembaca seperti burung kakak tua maksudnya ia harusfaham apa yang dibacanya dan ada aktiviti susulan selepasmembaca. Seperti aktiviti bercerita dari apa yang merekabaca tadi. Bukannya membaca hanya tahu membunyikan

Page 9: Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan …journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah

85Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

kata atau perkataan sahaja. seharusnya guru-guru adainisiatif sendiri untuk menggalakkan murid-murid membacalebih jauh lagi (G6).

Masa membaca memang tidak mencukupi. Saya rasa masamembaca perlu ditambah seperti subjek lain. Iaitu satu jambarulah mencukupi (G3).

Bagi saya masa 30 minit sesuai untuk murid yang pandaimembaca, tetapi tidak mencukupi bagi murid yang lemahmembaca. Saya ingin menambah juga bahawa masa mengajarmembaca selama 30 minit bagi darjah 1dan 2 serta tiga ituadalah terlalu pendek. Bagi saya murid darjah 1, 2 dan 3perlu diberi masa 1 jam untuk belajar membaca (G4).

Dapatan perbincangan menggambarkan bahawa masapengajaran membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayuadalah tidak mencukupi. Waktu pengajaran yang panjangadalah masa yang sesuai bagi guru-guru untuk mengajardan membimbing murid-murid yang lemah menguasaikemahiran membaca.

KESIMPULAN

Masalah ketidakbolehan membaca masih berlaku di negaraBrunei Darussalam. Dengan jumlah penduduk yang tidakramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yangserba maju, sepatutnya masalah tidak boleh membaca initidak boleh berlaku atau sekurangnya dalam jumlah yangsedikit. Melalui kaedah temu bual yang dijalankan terhadappeserta guru, murid dan ibu bapa murid, maka terdapatbanyak faktor yang telah dikenal pasti. Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran Brunei seperti PusatPerkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, BahagianPendidikan dan Latihan Guru, Jabatan Pendidikan Daerahdan lain-lain perlu mengenal pasti langkah-langkah untukmengatasi masalah ketidakbolehan membaca murid-muridini. Dalam kajian ini, telah dikenal pasti enam faktor utamamengapa masalah membaca ini masih lagi berlaku. Justeru,langkah-langkah menangani masalah ini boleh dibuatdengan mengambil kira enam faktor utama utama masalahmembaca yang dihadapi murid-murid darjah enam disekolah-sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam.

RUJUKAN

Chua Yan Piaw. 2006. Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur:Mc Graw Hill.

Creswell, J.W. 2005. Research design: Qualitative and quantitativeapproach. Thousand Oaks, CA: Sage Publication.

Flick, U. 1998. An introduction to qualitative research. London:Sage Publication.

Jabatan Pelajaran Brunei. 1985. Sistem pendidikan negara BruneiDarussalam. Bandar Sri Begawan: Kementerian PendidikanBrunei Darussalam.

Jabatan Peperiksaan Brunei. 2007. Laporan ketua pemarkahankertas peperiksaan penilaian sekolah rendah BruneiDarussalam. Bandar Sri Begawan: Kementerian PendidikanBrunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1988. Maklumat dasar-dasarpelajaran negara Brunei Darussalam. Bandar Sri Begawan:Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 1997. Sukatan pelajaran bahasaMelayu sekolah-sekolah rendah darjah I hingga VI. BandarSri Begawan: Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 2006. Kajian membaca di lapanbuah sekolah rendah terpilih di Brunei Darussalam. BandarSri Begawan: Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jerie anak Peter Langan. 2008. Sikap dan motivasi murid Ibandalam mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerissebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamaruddin Husin. 1990. Pedagogi bahasa 4. Petaling Jaya:Longmann.

Landis, J.R. & Koch, G.G. 1977. The measurement of observeragreement for categorical data. Biometrics 45: 255-268.

Mahzan Arshad. 2003. Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satupendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerjalapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Marzukhi Nyak Abdullah. 1994. Kaedah pengajaran bahasaMelayu: Kurikulum bersepadu sekolah rendah. KualaLumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Md. Daud Taha. 2000. Bacaan mekanis dan hubungannya dengankemahiran bertutur. Bandar Seri Begawan: Institut PendidikanSultan Hassanal Bolkiah.

Mohamad Sofee Razak. 2007. Intelek kurang membaca. UtusanMalaysia, 26 November.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Kemahiran mendengarbahasa Arab: Satu kajian di sekolah menengah kerajaan negeri.Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi.

Sabar Mohamad. 2008. Tabiat membaca dalam kalangan pelajarluar bandar di Melaka. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Samsiah Yaakub. 2008. Penguasaan bacaan mekanis di kalanganmurid darjah 3: Satu kajian kes di Sekolah Umar Ali Saifuddin,Brunei Muara. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut PendidikanSultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.

Sugiyono. 2005. Memahami penelitian kualitatif. Bandung: CVAlfabeta.

Wiersma, W. 2000. Research method in education: An introduction.Needham Heights, NY: Allyn & Bacon.

Yahya Othman. 2008. Proses dan strategi membaca berkesan.Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Yin, R.K. 1994. Case study research: Design and methods. 2nd

Edition. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu

dalam kalangan pelajar cemerlang sekolah menengah. TesisDr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.

Zamri Mahamod. 2008. Psikolinguistik dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu. (Pnyt.). Shah Alam:Penerbitan Karisma.