MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran...

26
MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NOR HIDAYAH BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran...

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA DALAM KONTEKS

PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

NOR HIDAYAH BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian
Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian
Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA

DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

NOR HIDAYAH BINTI ALIAS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian

Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian
Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

DEDIKASI

Khas buat,

Bonda dan Ayahanda yang dikasihi, Zaliha Harun dan Alias Masrom, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan, berkat doa dan dorongan kalian, menjadi penawar semangat bagiku...

teristimewa untuk,

Abang dan adik-adik, tersayang, kau menjadi sumber inspirasiku, dalam menempuhi liku dan ranjau, kata perangsang mu ubat mujarab

bagiku terima kasih untuk,

rakan-rakanku rai, ika dan niza akan ku semat ianya dalam kalbuku, akanku ingati sepanjang hayatku

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia serta keizinanNya dapat saya menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada penyelia P.M. Dr. Mohd Nor Bin Bakar di atas bimbingan dan

tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Melalui

bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga saya telah berjaya

menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan yang telah membantu memberi

tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik kalian akan diberkati oleh Allah SWT.

Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji masalah pembelajaran di kalangan pelajar

sekolah menengah dalam tajuk persamaan kimia. Aspek yang dikaji adalah berkaitan

dengan konsep asas kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan

kepada bentuk simbol. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di empat buah

sekolah menengah dalam daerah Kluang dan Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim yang

telah dipilih secara rawak. Soalan berbentuk subjektif diberikan kepada pelajar adalah

berkaitan dengan persamaan kimia menggunakan instrumen soal selidik. Data yang

diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan dan min untuk dibuat perbandingan

menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS Version 11.5) dengan

nilai alpha α= 0.797. Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai

konsep persamaan kimia adalah sangat lemah. Kebanyakan daripada pelajar mempunyai

masalah pembelajaran dalam persamaan kimia. Secara spesifik lagi, kajian ini

mendapati bahawa pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam pengetahuan asas

kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol

yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian masalah Beberapa

cadangan pengukuhan telah dicadangkan bagi mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh

pelajar. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira masalah pembelajaran

tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan kefahaman

pelajar dalam tajuk persamaan kimia.

Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the secondary school students’ learning

problem about chemical equation. The aspects on this research are basic chemical

concept, writing balance equation and changing from word to chemical symbol. One

hundred secondary students from four schools in the district of Kluang and Johor Bahru,

Johor Darul Ta’zim were selected randomly as a sample. Subjective questions about

chemical equation were given to the students in a set of questionnaire. Their responses

were analyzed using“Statistical Package for the Social Science (SPSS Version 11.5)”

with value of α = 0.797. The findings showed that students’ understanding about

chemical equation were low. Most of the students have learning problems in chemical

equation. The study reveals that many problems have been encountered among the

students such as lack of knowledge in basic concepts, writing balance equations and

changing from word to chemical symbol which involving chemical equation in context

of problems solving. To overcome the problems, it is suggested that students should be

given extra exposure in solving involving basic chemical concepts. As the implications,

Page 10: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

teachers should be more sensitive and consider students’ learning problems to improve

the students’ understanding on the concepts of chemical equation.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

JADUAL KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

Page 11: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 11

Page 12: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

1.9 Batasan Kajian 11

1.10 Definisi Istilah 12

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian mengenai pembelajaran kimia 16

2.3 Kajian mengenai persamaan dan tindak balas kimia 20

2.4 Kajian mengenai miskonsepsi pelajar dalam kimia 23

2.5 Kajian mengenai kesukaran dalam kimia 25

2.6 Kajian mengenai penyelesaian masalah 26

2.7 Kajian mengenai buku teks 26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk kajian 29

3.3 Tempat kajian 30

3.4 Subjek kajian

3.4.1 Populasi 31

3.4.2 Sampel kajian 31

3.5 Instrumen 32

3.5.1 Taburan item-item soal selidik 33

3.5.2 Kadar pulangan borang soal selidik 37

3.6 Analisis data 37

Page 13: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

3.7 Kajian rintis 39

3.8 Analisis buku teks 41

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Dapatan kajian – Bahagian A ( Analisis Latar

Belakang Responden) 43

4.2.1 Taburan jantina responden 44

4.2.2 Taburan kaum responden 45

4.2.3 Taburan keputusan PMR

(Matematik & sains) responden 46

4.2.4 Taburan sekolah responden 47

4.3 Dapatan Kajian – Bahagian B ( Analisis Item

Soalan Tajuk Persamaan Kimia) 48

4.3.1 Konsep asas kimia 48

4.3.2 Penulisan Persamaan Seimbang 53

4.3.3 Penukaran Perkataan Kepada Simbol

Kimia 57

4.4 Analisis Buku Teks Kimia Tingkatan IV

(Persamaan Kimia) 62

4.4.1 Tulisan 62

4.4.2 Penerangan Kandungan 63

4.4.3 Teknik mengimbangkan persamaan kimia 64

Page 14: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan Kajian 65

5.2.1 Konsep asas kimia 66

5.2.2 Penulisan Persamaan Seimbang 67

5.2.3 Penukaran perkataan kepada simbol 68

5.2.4 Analisis Buku Teks 69

5.3 Rumusan 70

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan kajian lanjutan 71

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 73-76

LAMPIRAN 77-98

Page 15: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Bab 3

3.1 Taburan Sekolah Bagi Daerah Johor

Bahru dan Kluang 3O

3.2 Pemilihan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 32

3.3 Taburan Item Soal Selidik 34

3.4 Rasional Pemilihan Item 34

3.5 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik 37

3.6 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 38

3.7 Jadual Tahap Pencapaian Pelajar Mengikut Peratusan 38

Markah

3.8 Analisis Skor Min 39

Bab 4

4.1 Taburan Jantina Responden 44

4.2 Taburan Kaum Responden 45

4.3 Taburan Keputusan PMR (Matematik & Sains)

Responden 46

Page 16: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 47

4.5 Tahap Penguasaan dan Peratus Responden Bagi Konsep

Asas kimia 48

4.6 Bilangan Responden yang Menjawab dengan Betul,

Kurang Tepat dan Salah (konsep Asas Kimia) 49

4.7 Tahap Penguasaan dan Peratus Responden Bagi

Penulisan Persamaan Seimbang 53

4.8 Bilangan Responden yang Menjawab dengan Betul,

Kurang Tepat dan Salah dalam Mengimbangkan

Persamaan Kimia 54

4.9 Tahap Penguasaan dan Peratus Responden Bagi

Penukaran Perkataan Kepada Simbol Kimia 57

4.10 Bilangan Responden yang Menjawab dengan Betul,

Kurang Tepat dan Salah dalam Penukaran Ayat

Kepada Persamaan Kimia dan Simbol 58

Page 17: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

SENARAI SIMBOL

- Menghasilkan

+ - Ditambahkan kepada

(s) - Keadaan pepejal

(l) - Keadaan cecair

(g) - Keadaan gas

(aq) - Keadaan larutan

Page 18: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1.0 Borang Soal Selidik 77

2.0 Persediaan Mengajar Harian 83

3.0 Pengesahan Item 94

4.0 Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 96

5.0 Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 97

6.0 Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 98

Page 19: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kimia merupakan dunia yang penuh dengan penomena menarik, penggunaan

aktiviti eksperimen dan dipenuhi dengan pelbagai pengetahuan ( Mei, 2005 ).

Bagaimanapun, kimia itu sesuatu yang kompleks. Oleh sebab itu, pelajar perlu

mempelajari simbol, teori dan konsep kimia supaya kimia dapat diperluaskan lagi. Di

peringkat sekolah menengah matapelajaran kimia diwajibkan bagi pelajar yang

mengambil aliran sains tulin. Kursus sains kimia di sekolah meliputi tiga bidang kajian

asas iaitu kajian mengenai jirim, kajian mengenai konsep dan kajian mengenai

pengunaannya ( Suriati Awang, 1999 ). Tiga bidang kajian asas ini penting untuk

pelajar agar pelajar dapat mendekati dan memahami lagi apa yang dimaksudkan dengan

kimia. Terdapat beberapa konsep dalam kimia adalah penting untuk pembelajaran dan

pemahaman bagaimana kegunaan dunia dalam kehidupan seharian kita (Mei, 2005).

Kimia adalah subjek yang mencabar. Kimia dapat membina atau membangunkan

mental pelajar dan pendekatan yang diberi untuk pelajar sekolah menengah dengan

Page 20: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

memberi pengenalan kepada matapelajaran kimia ( Barrow , 1991). Kimia mengandungi

pelbagai konsep yang kadang kala sukar untuk pelajar memahaminya. Faktor ini

disebabkan oleh, subjek kimia terlalu berkait dengan alam dan sukar dilihat dengan mata

kasar. Kimia memerlukan imiginasi untuk membolehkan pelajar dapat mengaitkan

antara situasi dan keadaan. Oleh itu dengan mempelajari matapelajaran kimia

diharapkan pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak pengetahuan asas mengenai sains

kimia di samping memaju dan memperkembangkan kefahaman sains ( Suriati Awang,

1999 ).

Kaedah pengajaran yang disampaikan guru juga turut mempengaruhi

keberkesanan dalam pembelajaran kimia. Terdapat beberapa faktor lain yang

menyebabkan matapelajaran kimia menjadi sukar dipelajari. Menurut Mashitah (1983)

ciri-ciri yang perlu ada dalam pengajaran adalah keadaan murid yang teratur untuk

membolehkan mereka memerhati apa yang disampaikan guru, penyediaan alat bantu

pengajaran yang bersesuaian serta aktiviti di dalam kelas dapat membantu untuk pelajar

memhami pengajaran dengan lebih mudah.

Kandungan yang terdapat dalam matapelajaran kimia seharusnya dapat memberi

gambaran kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang dimaksudkan dengan atom, unsur,

sebatian serta dapat mengambar perubahan dan tindakbalas kimia yang berlaku. Kimia

banyak mengunakan simbol untuk mengantikan sesuatu perkataan dalam kimia.

Contohnya seperti gas oksigen mempunyai simbol O2 yang membawa maksud huruf

“O” sebagai oksigen dan angka “2” sebagai oksigen yang wujud dalam bentuk molekul.

Sekiranya pelajar tidak dapat mengenali simbol-simbol dalam kimia, maka

matapelajaran kimia itu akan menjadi sukar. Terdapat banyak simbol yang digunakan

dalam kimia. Simbol-simbol yang berlainan digunakan untuk mengaitkan antara satu

unsur dengan unsur lain dan juga mengambarkan keadaan unsur tersebut.

Page 21: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

Terdapat beberapa topik didalam kimia seperti keseimbangan kimia, mol,

pengoksidaan dan penurunan, tindak balas stokiometri, ikatan kimia dan tindak balas

kimia akan menyebabkan pelajar menganggap kimia subjek yang susah (Ozmen dan

Ayas, 2003). Tindak balas kimia sangat berkait dalam proses kimia. Ini kerana tindak

balas kimia berlaku disekeliling kita. Tindak balas kimia adalah proses di mana bahan

membentuk ikatan bersama (atau memecahkan ikatan) dan dengan terjadinya tindak

balas ini akan membebaskan atau menghasilkan tenaga ( Carpi, 2003 ). Tindak balas

kimia ini boleh diterjemahkan dalam bentuk persamaan kimia. Fenomena kimia dapat

diertikan dimana berlaku perubahan di dalam bentuk atau keadaan pada bahan dan

kemudiannya akan menghasilkan produk atau hasil yang baru (Tsaparlis, 2003).

Persamaan kimia pula adalah ringkasan yang digunakan saintis untuk menerangkan

tindak balas kimia ( Carpi, 2003 ). Persamaan kimia adalah perwakilan simbol dalam

tindak balas kimia di mana bahan pemula di tulis di sebelah kiri dan hasil ditulis di

sebelah kanan.

Kebanyakkan pelajar menggunakan idea berdasarkan pengalaman sehariannya

untuk menerangkan perubahan kimia (Tsaparlis , 2003). Seharusnya pelajar dapat

mengaitkan pengalaman seharian contohnya seperti pengaratan dengan persamaan

kimia. Akan tetapi kebanyakkan pelajar gagal untuk mengaitkan konsep tersebut dalam

matapelajaran kimia. Kadang kala berlaku miskonsepsi terhadap apa yang disampaikan

guru dengan pemahaman pelajar.

Page 22: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran kimia bukanlah satu matapelajaran yang mudah (Treagust,et al,

2000). Ia memerlukan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang agak tinggi untuk

membawa subjek ini. Kadang kala berlaku miskonsepsi dalam pembelajaran kimia. Ini

disebabkan oleh kurang pengusaan dalam sesuatu tajuk. Kadang kala pelajar tidak

memahami apa yang diajar oleh guru. Pelajar tidak dapat lari dari menghafal maksud

dan akhirnya mereka tidak dapat membuat kesimpulan dalam realiti sebenar

(Barrow,G.M, 1991).

Dalam persamaan kimia, masalah timbul apabila pelajar tidak dapat

mengambarkan tindak balas kimia yang berlaku. Sebenarnya persamaan kimia boleh

dilihat sebagai satu masalah seperti persamaan matematik tetapi dalam persamaan kimia

ia menerangkan pemerhatian dari eksperimen.

Kadangkala dalam persamaan kimia, dapat dilihat pelajar tidak dapat

mengimbangkan persamaan tersebut. Ini disebabkan pelajar tidak dapat mengaitkan

antara satu konsep kimia yang lain dengan contohnya pelajar tidak dapat mengaitkan

konsep mol untuk mengimbangkan persamaan kimia. Dalam penyelesaian masalah

yang melibatkan persamaan kimia, pelajar seharusnya pandai untuk menulis persamaan

kimia, seterusnya, mengimbangkan persamaan tersebut mengikut konsep nisbah mol

dalam persamaan dan akhirnya apabila pelajar dapat mengimbangkan persamaan kimia,

pelajar akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Akan tetapi apabila persamaan

kimia tidak dapat diimbangkan, maka jawapan pelajar yang dikehendaki dalam

penyelesaian masalah juga akan turut salah.

Page 23: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

Terdapat juga kesalahan pelajar ketika mentafsir maklumat, menghuraikan data,

menganalisis daripada soalan yang berbentuk penyelesaian masalah (Kam, et al, 2001).

Pelajar juga membuat tafsiran yang salah dalam mentafsir maklumat yang diberikan.

Contohnya, menulis hasil di sebelah kiri persamaan dan bahan disebelah kiri. Untuk

menulis persamaan kimia untuk sesuatu tindak balas, kita perlu menulis bahan pemula

disebelah kiri dan meletakan anak panah mengarah ke hasil yang ditulis disebelah kanan

persamaan ( Carpi, 2003 ). Terdapat pelbagai kategori persamaan kimia. Persamaan

kimia yang mempunyai nombor yang besar adalah lebih sukar berbanding nombor yang

kecil. Terdapat juga tindak balas berbalik. Dimana bahan pemula yang bertindakbalas

bersama menghasilkan dua hasil. Kemudian dua hasil tersebut akan bertindak balas

menghasilkan bahan pemula. Kesemua jenis tindakbalas ini akan menyebabkan pelajar

keliru dan tidak dapat menyelesaikan masalah persamaan kimia.

Dalam menulis persamaan kimia, pelajar juga terkeliru dalam menulis ikatan

kimia. Apabila ikatan kimia antara atom yang ditulis tidak seimbang casnya, maka ia

akan mempengaruhi persamaan kimia yang ditulis oleh pelajar. Di dalam menulis

persamaan kimia yang betul, pelajar perlu seimbangkan kesemua bilangan atom di

sebelah kiri dan juga kanan ( Carpi, 2003 ). Menurut hukum Dalton, hukum menyatakan

tindak balas kimia berlaku bergantung kepada nisbah yang didefinisikan dalam

persamaan kimia. Oleh itu, nisbah mol dalam persamaan kimia dapat mengambarkan

bilangan sebenar jisim bahan yang bertindak balas atau yang diperlukan untuk

menghasilkan satu tindak balas yang lengkap.

Di dalam tindak balas kimia , kuantiti bahan tidak akan berubah, ini

menyebabkan setiap bahagian di dalam persamaan mempunyai kuantiti yang sama.

Dalam persamaan kimia yang seimbang, dikedua-dua belah bahagian persamaan

perlulah mempunyai jumlah atom yang sama banyak. Untuk tindakbalas kimia yang

melibatkan banyak sebatian, seimbangkan persamaan menjadi lebih rumit. Oleh itu

pelajar boleh menggunakan kaedah aljabar untuk menyelesaikan masalah linear.

Page 24: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

Untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan kimia, pelajar

perlulah pandai untuk membaca persamaan tersebut. Berapakah jumlah mol yang

diperlukan untuk menghasilkan satu tindakbalas yang lengkap. Melalui penulisan

persamaan , pelajar akan diberitahu mengenai bilangan atom yang terlibat dan juga

bahan yang digunakan serta hasil yang didapati. Dalam kajian ini, penyelidik akan

menyelidik menggunakan soal selidik dan juga temuramah bagi mengukur kesukaran

pelajar dalam menyelesaikan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian di kalangan

pelajar sekolah menengah.

Buku teks juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran pelajar.

Guru akan menggunakan buku teks sebagai bahan asas dalam pengajaran. Buku teks

hendaklah mempunyai kualiti yang baik bagi membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.walaupun terdapat banyak buku rujukan dan juga informasi daripada

internet, buku teks masih lagi dianggap satu rujukan yang sangat penting. Menurut

Rajmah Hassan Sirat (2005), sistem dokumentasi pembelajaran iaitu penggunaan buku

teks masih penting malah ia amat diperlukan oleh pelajar-pelajar di negara ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Dapat dilihat sekarang, kebanyakkan pelajar sukar untuk menyelesaikan masalah

kimia yang melibatkan persamaan kimia dan pengunaan konsep-konsep yang lain.

Pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah di dalam kimia adalah disebabkan oleh

faktor-faktor seperti tidak dapat mengaplikasikan sesuatu penomena kimia dalam tindak

balas kimia. Kesukaran dalam matematik banyak mempengaruhi pelajar untuk

memahami konsep kimia dan seterusnya menyukarkan pelajar untuk menyelesaikan

masalah kimia. Ketakutan dalam mempelajari matematik selalunya akan berpindah

Page 25: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

kepada kimia, dimana didalam kimia juga melibatkan pengiraan dan sebagainya (Eriba

dan Ande 2006).

Kajian ini untuk mengenal pasti kesukaran yang terdapat dalam menyelesaikan

persamaan kimia. Pengiraan yang melibatkan tindakbalas jisim bahan daripada

persamaan kimia adalah salah satu kesukaran yang terdapat dalam penyelesaian masalah

kimia (Eriba dan Ande, 2006). Menurut Mei, (2005) dimana bahasa yang digunakan

didalam kimia membuatkan kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh perkataan

yang digunakan dalam kimia membawa maksud yang berlainan dalam bahasa yang

digunakan dalam kehidupan seharian walaupun perkataan itu adalah sama. Di sebabkan

faktor ini terdapat juga pelajar yang tidak dapat mentafsir soalan yang diberikan untuk

diterjemahkan dalam bentuk persamaan kimia.

Meskipun persamaan kimia dapat ditulis tetapi masih tidak tepat disebabkan oleh

pelajar tidak dapat mengimbangkan persamaan kimia menggunakan konsep nisbah mol

untuk setiap atom ataupun stoikiometri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui

kesukaran pelajar berkaitan penyelesaian masalah yang melibatkan persamaan kimia

untuk pelajar sekolah menengah sahaja.

1.4 Objektif kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui faktor masalah pembelajaran

persamaan kimia di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam konteks

penyelesaian masalah. Objektif khusus kajian ini adalah :

Page 26: MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian

i) Untuk mengenal pasti masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan

konsep asas kimia dalam penyelesaian masalah.

ii) Untuk mengenal pasti masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan

proses mengimbangkan persamaan dalam penyelesaian masalah.

iii) Untuk mengenal pasti masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan

penukaran perkataan kepada simbol dalam penyelesaian masalah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah :

i) Apakah masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan konsep asas

kimia dalam penyelesaian masalah.

ii) Apakah masalah pembelajaran persamaan kimia melibatkan proses

mengimbangkan persamaan dalam penyelesaian masalah.

iii) Apakah masalah pembelajaran persamaan kimia melibatkan penukaran perkataan

kepada simbol dalam penyelesaian masalah.