MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

download MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

of 3

Transcript of MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

  • 7/28/2019 MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

    1/3

    MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

    MEMBOSANKAN

    Menurut Awang Sariyan (2009), aspek tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek atau aspek

    yang kering, membosankan, dan kadangkalanya menakutkan. Tatabahasa dianggap kering danmembosankan kerana kononnya ia hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya sepertimata pelajaran Matematik. Disebabkan itulah, tidak ramai pelajar yang dapat menguasai aspek ini

    walaupun mereka sudah mempelajarinya sejak sekolah rendah lagi (Nawi Ismail, 2010).

    KESALAHAN BAHASA

    Pelbagai kesalahan bahasa dapat dikesan dalam latihan atau jawapan pelajar, bukan sahaja dalampenulisan karangan (Nawi Ismail, 2010), malahan juga dalam konteks lisan. Menurut Raminah Hj.Sabran (1987), kesalahan bahasa bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk

    bahasa yang baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk inibenar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasapertuturan yang tidak formal. Juriah dan kawan-kawan (1994) pula menyatakan bahawa kesilapan

    bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yangditerima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek

    bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah.

    KURANGNYA KESANTUNAN BERBAHASA

    Selain itu, kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi juga kurang diambil perhatian. Kesantunan

    bahasa diukur berdasarkan kepatuhan penggunaan bahasa terhadap peraturan bahasa yangdigunakan oleh sesuatu masyarakat. Secara umum, ia merujuk kepada penggunaan bahasa yang

    baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihakyang menjadi teman bicara (Awang Sariyan, 2007). Namun, masyarakat kita hari ini hanya sekadarmenyampaikan idea dengan menggunakan bahasa yang memperlihatkan kesombongan, keangkuhanketidakacuhan, keegoan, tidak beradat dan kurang ajar terutamanya dalam konteks lisan. Menerusi

    penggunaan kata ganti diri, misalnya, masyarakat kita masih gagal untuk mengenal pasti bentuksapaan yang sesuai dan sopan untuk digunakan Ada juga golongan remaja yang tidak mengucapkan

    salam tanda sapaan dan hormat sebelum memulakan bicara (Zuraidah Mohd. Sulaiman, 2011).

    MENGGUNAKAN SATU KAEDAH PENGAJARAN SAHAJA

  • 7/28/2019 MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

    2/3

    Selain itu, terdapat juga guru yang mengajarkan aspek tatabahasa dengan menggunakan satu

    kaedah pengajaran sahaja. Menurut Awang Sariyan (2009), guru yang hanya memberi penekanankepada penguasaan rumus-rumus tatabahasa akan lupa untuk menerapkan tatabahasa dalamkonteks penggunaan yang wajar dan sesuai. Manakala, guru yang taksub kepada penguasaan aspek

    komunikatif bahasa pula memandang remeh akan ketepatan bahasa daripada segi rumustatabahasa. Akibatnya, kaedah tradisional gagal atau kurang berjaya menjadikan tatabahasa sesuatuyang bermakna dalam kehidupan pelajar. Manakala, kaedah komunikatif pula gagal melahirkanpelajar yang berdisiplin daripada segi penggunaan bahasa yang gramatis dan bersistem walaupun

    mungkin menarik kerana mengaitkan bahasa dengan kehidupan sehari-hari.

    TUJUAN PENGAJARAN TATABAHASA

    Bagi menangani masalah ini, guru Bahasa Melayu perlu mengambil sikap terbuka. Mereka perlumemperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajarbagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa (sama ada lisan mahupun tulisan) bukan sahaja

    di dalam kelas, malahan juga dalam konteks lingkungan yang lebih luas.

    MENARIK MINAT

    Salah satu tujuannya adalah untuk menarik minat pelajar. Menarik minat yang dimaksudkan ialahdapat merangsang atau menarik perhatian pelajar untuk menyertai dan melibatkan diri dalamsesuatu aktiviti yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah. Dalam hal ini, motivasi dan

    rangsangan daripada gurulah yang memainkan peranan penting. Dengan kata lain, guru perlumengembangkan minat pelajar untuk mempelajari tatabahasa bukan hanya terhad di dalam bilikdarjah, tetapi, apa yang lebih penting ialah, minat itu dapat dibangkitkan secara berterusan dan

    diarahkan kepada sesuatu matlamat tertentu yang akan dapat membawanya jauh melebihi daripadapengalaman yang digunakan sebagai penggerak atau motivasi ke arah pembelajaran selanjutnya

    (Kamarudin Haji Husin, 2010).

    MENINGKATKAN MUTU BAHASA PELAJAR

    Selain itu, tujuan lain pengajaran tatabahasa perlu diperbaiki ialah untuk meningkatkan mutu bahasapelajar ketika berkomunikasi. Dengan kata lain, bahasa yang digunakan oleh pelajar perlumempunyai kualiti dan nilai yang tinggi sama ada digunakan dalam konteks lisan mahupun tulisan.Dalam hal ini, kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja mementingkan ketertiban dari segi morfologi,fonologi, sintaksis dan semantik, malahan juga mementingkan dari segi ketertiban atau kesantunan

    berbahasa.

  • 7/28/2019 MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA

    3/3

    RUJUKAN

    Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

    Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa

    Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

    Kamarudin Haji Husin (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.

    Nawi Ismail (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa dan Ejaan: Satu Cadangan.Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Diselenggarakan oleh Azizul Rahman Abdul Rahman dan

    Mohamad Saleeh Rahamad. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

    Raminah Hj. Sabran (1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu di Kalangan

    Guru Pelatih, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

    Zuraidah Mohd. Sulaiman (2011). Sopan Berbahasa Wadah Semarak Bangsa. Pelita Bahasa. Jun2011: 4