MASALAH PERTUTURAN

5
PRA 3109 2013 MASALAH PERTUTURAN Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, gagap, suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meniggalkan suku kata atau mengubah bunyi suatu perkataan. Misalnya “saya” kepada “caya”. Gagap merupakan gangguan kepada kelancaran percakapan. Aliran percakapan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah : 1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. 2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali. Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu lembut dan struktuk bahagian atas bibir yang menggangu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau . Pertuturan yang sengau disebabkan oleh udara yang sepatutnya masuk ke mulut semasa bertutur, telah masuk ke kaviti hidung. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak sumbing akan menyebut setiap perkataan dengan sengau kecuali konsenan n,m, ng dan vokal. Di samping itu laluan udara yang salah semasa bertutur lantas menghasilkan suara sengau boleh berpunca dari kelumpuhan otak yang gagal untuk mengawal dan menyelaras otot pertuturan dengan sempurna. Masalah ini juga berkait dengan kerencatan otak yang tidak menerima bunyi dengan sempurna.

description

PRA 3109 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Transcript of MASALAH PERTUTURAN

Page 1: MASALAH PERTUTURAN

PRA 3109 2013

MASALAH PERTUTURANMasalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, gagap, suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan  ialah kecenderungan meniggalkan suku kata atau mengubah bunyi suatu perkataan. Misalnya “saya” kepada “caya”. Gagap merupakan gangguan kepada kelancaran percakapan. Aliran percakapan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. 

Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :

1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi.

2. Mempunyai suara yang kasar.3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi

penyakit lain.5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali.

Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu lembut dan struktuk bahagian atas bibir yang menggangu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau .

Pertuturan yang sengau disebabkan oleh udara yang sepatutnya masuk ke mulut semasa bertutur, telah masuk ke kaviti hidung. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak sumbing akan menyebut setiap perkataan dengan sengau kecuali konsenan n,m, ng dan vokal. Di samping itu laluan udara yang salah semasa bertutur lantas menghasilkan suara sengau boleh berpunca dari kelumpuhan otak yang gagal untuk mengawal dan menyelaras otot pertuturan dengan sempurna.

Masalah ini juga berkait dengan kerencatan otak yang tidak menerima bunyi dengan sempurna.

            Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan

keperluan, kehendak dan perasaan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan.

Page 2: MASALAH PERTUTURAN

PRA 3109 2013

Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad.

Gagap

Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan.

Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanak-kanak mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa, tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur itu sendiri.

West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan masalah gagap:

· Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak.

· Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan

· Gagap boleh diturunkan melalui keluarga

Gagap berpunca dari :

· Keadaan fizikal dan mental seperti lembam

· Saraf dan otot saraf

· Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran

· Psikologi dan emosi neurois

Page 3: MASALAH PERTUTURAN

PRA 3109 2013

Sumbing

Kecacatan ini adalah disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas 13 minggu dalam kandungan. Sumbing boleh berlaku samada di bahagian bibir atau lelangit. Kekerapannya berlaku sumbing di kalangan kanak-kanak ialah 1: 750 bagi setiap kelahiran yang hidup dan ia kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.

Disebabkan Kurang Pendengaran :

Kurang pendengaran menyebabkan kelewatan bertutur atau kanak-kanak yang mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kesukaran untuk mendengar disebabkan oleh sistem saraf tunjang yang berpunca dari kemalangan, kecederaaan dan penyakit atau semulajadi semasa lahir.

Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran      Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan .            Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.            Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.            Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif.            Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.

Page 4: MASALAH PERTUTURAN

PRA 3109 2013

AKTIVITI BANTU MURIDDari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi,

langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.

Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah:

      i.        Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

    ii.        Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa.

   iii.        Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan ‘mem’ dan ‘an’. Sayamembeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.            Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa.            Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus.Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.

Sumber : http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-autisme-ciri-ciri-dan.html