Masalah & Strategi Sains PENGESANAN Tahun 6

2

Click here to load reader

description

Masalah & Strategi Sains PENGESANAN Tahun 6

Transcript of Masalah & Strategi Sains PENGESANAN Tahun 6

Page 1: Masalah & Strategi Sains PENGESANAN Tahun 6

SK (P) METHODIST, KUANTANSEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

STRATEGI MENGATASI MASALAH SAINS

UJIAN PENGESANAN / TAHUN 6

2015

Kelemahan :

1. Murid banyak membuat kesilapan pada soalan Bahagian A.2. Murid tidak membuat perbandingan pada jawapan sebab

(inferens)(Contoh : Anak ayam P tidak cukup makanan berbanding Q)

3. Murid tidak memberikan pemerhatian lain untuk menyokong sebab (inferens) sebaliknya memberikan pemerhatian.(Contoh : Anak ayam P lebih aktif berbanding Q)

4. Murid tidak menjawab menggunakan pembolehubah yang lengkap yang mengandungi parameter dan objek.(Contoh : Kelajuan kereta mainan)

5. Murid membuat kesilapan pada corak perubahan (pola) dalam carta palang yang mempunyai 2 corak perubahan.

6. Murid tidak memberi jawapan sebab (inferens) yang mempengaruhi corak perubahan pembolehubah bergerakbalas.

7. Murid masih belum mahir membuat kesimpulan berdasarkan penyiasatan yang mempunyai 2 corak perubahan.

8. Murid sukar membuat hubungan bagi pembolehubah yang dimanipulasi yang tidak boleh digabungkan dengan corak.Contoh : Kaedah yang digunakan)

Strategi Mengatasi :

Page 2: Masalah & Strategi Sains PENGESANAN Tahun 6

1. Membekalkan murid dengan Buku Teks Tahun 4 dan Tahun 5 sebagai bahan ulangkaji.

2. Peta Minda Topikal Tahun 4, 5 dan 6 akan dibekalkan untuk ulangkaji dan rujukan pantas.

3. Latihan KPS dipertingkatkan dengan penggunaan Modul JUC yang akan diedarkan kepada setiap murid.

4. Memberi contoh pelbagai kesalahan pembolehubah yang tidak lengkap (parameter dan objek) dan menerangkan penggunaan parameter yang tepat.

5. Memberi pendedahan kepada murid tentang kepelbagaian bentuk soalan beserta contoh jawapan.

6. Meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan pemerhatian lain dan pemerhatian yang menyokong inferens (KBAT) sewaktu Program Towards 2Q.

7. Membuat latih tubi soalan secara berperingkat mengikut seksyen, topikal dan keseluruhan bagi mengesan masalah dan meningkatkan lagi kefahaman murid.