Masjid

7
1 KERTAS KERJA CERAMAH PERDANA TEMA: “ISLAM DAN PENYATUAN”

description

ok

Transcript of Masjid

Page 1: Masjid

1

KERTAS KERJA

CERAMAH PERDANATEMA:

“ISLAM DAN PENYATUAN”

Page 2: Masjid

KERTAS KERJA PROGRAM CERAMAH PERDANA: “ISLAM DAN PENYATUAN”

1.0 Pendahuluan

Program ceramah perdana ini diadakan dengan bertemakan “Islam Dan Penyatuan” adalah

bertujuan untuk membincangkan tentang masalah dan perkara yang belaku di sekeliling kita.

Pada hari ini ramai di kalangan manusia khususnya umat Islam melakukan beberapa perkara

yang mangataskan nama agama, sanggup membunuh, dan bertembung sesama sendiri, tanpa

menilai dan memahami nilai agama itu sendiri.

Di samping itu juga, perpecahan di kalangan umat Islam pada hari ini begitu ketara di

sebabkan kedangkalan dan sifat ingin mencari populariti baik dia tas nama individu atau

kumpulan sehingga menghina golongan atau individu lain. Perkara ini harus dipandang secara

serius oleh umat Islam kerana ini menjadi kayu ukur kepada masa depan Islam dan uamtnya.

Justeru itu, program ini dirancangkan dan diharapkan dapat membantu umat Islam khususnya

agar dapat memahami dan membina tali persaudaraan. Oleh itu, penyatuan dan kefahaman

adalah elemen utama dalam mejayakan misi ini.

2.0 Objektif Program

2.1 Memberi kefahaman yang benar tentang agama Islam

2.2 Membentuk sikap dan sifat toleransi dan saling tolong-menolong

2.3 Mewujudkan suasana yang aman dan tenteram

2.4 Memberi panduan kepada masyarakat tentang konsep keadilan dan perpaduan

menurut Islam.

3.0 Sasaran Program

Semua penduduk Nilai dan Pelajar Usim

4.0 Tentatif Program

Rujuk Lampiran A

5.0 Ahli Jawatankuasa Program

Rujuk Lampiran B6.0 Biodata Penceramah

2

Page 3: Masjid

Rujuk Lampiran C

7.0 Belanjawan

Rujuk Lampiran D

8.0 Penutup

Pelaksanaan program seperti ini semamangnya memberikan satu penerangan khususnya kepada umat Islam berkenaan dengan keperluan untuk memahami dengan mendalam dan jitu ajaran agama itu sendiri. Di samping itu juga, umat Islam digesa agar segala tindakannya tidak sesekali terbabasa dari landasan ajaran agama bagi mengelakkan kesalahfahaman orang lain terhadap ajaran agama itu sendiri.

Oleh itu, Group Tafaqquh Anak Muda Nilai (TAMAN) bekerjasama dengan Masjid Putra Nilai mengambil langkah ini sebagai langkah untuk memberi penerangan dan juga sebagai satu wadah untuk menyebarkan dan menyemai nilai-nilai agama kepada seluruh penduduk beragama Islam.

LAMPIRAN A

3

Page 4: Masjid

TENTATIF PROGRAM

(SABTU/21 DISEMBER 2014)

2015 :Solat Isyak berjamaah

2030 :Ketibaan peserta program

2045 :Ketibaan Penceramah Jemputan Dan VIP

2100 :Ucapan Aluan Pengarah Program

2115 : Ceramah Perdana : DATO' DR. SIDDIQ BIN HAJI FADZIL : S.S DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

2245 : Sesi Soal Jawab

2300 : Jamuan VIP dan Penceramah / Majelis Bersurai

LAMPIRAN BAHLI JAWATANKUASA PROGRAM

4

Page 5: Masjid

Penaung :

Pengerusi :

Pengarah : Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Husin

Perhubungan : Umar Mukhtar bin Mohd Noor J/K Makanan : Mohd Sofian bin Abdullah

J/K Teknikal : Abdul Muhaimin bin Sahari

J/K Cenderahati : Syed Haashin Bin Syed Abdul Rahman

J/K Tugas Khas : Abdul Rahman bin Abdul Kodir

J/K Multimedia : Muhammad Razif bin Muhammad Fuad

LAMPIRAN C

5

Page 6: Masjid

BIODATA PENCERAMAH

PENCERAMAH 1 :

DATO' DR. SIDDIQ BIN HAJI FADZIL

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil adalah Presiden Kolej Dar Al-Hikmah merangkapPengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK). Beliau memperolehi Ph.D.dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Universiti KebangsaanMalaysia; M.Litt. (Sarjana Persuratan) dalam Pemikiran Islam dari Universitiyang sama, dan Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari UniversitiMalaya (1974). Beliau adalah mantan presiden ABIM (1983-1991).

Beliau juga adalah Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Ketua Panel Penulis modul Pengurusan Tauhidik dan buku Pengurusan Islami: Menghayati Nilai-nilai Qur’ani (YAPEIM). Dalam Bidang akademik beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah UKM sejak 1974 sehingga 2001. Atas jasa yang beliau telah taburkan, beliau telah menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP). Antara buku-buku hasil karya beliauialah: Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu; Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan; DiBawah Naungan al-Qur’an; Mengangkat Martabat Umat; Minda Melayu Baru; Perspektif Qur’ani:Siri Wacana Tematik.; Pemerkasaan Bangsa: Peranan Kepimpinan, Agama dan Budaya.

PENCERAMAH 2:

S.S DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri beroleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa.

Beliau juga merupakan bekas pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini merupakan penulis dan pendakwah bebas. Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan. Kini beliau banyak menulis dan menyampai kuliah dan ceramah sama ada di televisyen mahupun di seluruh Malaysia.

Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Fiqh Fatwa, Tasawwuf, Fiqh Semasa, Hadits.

LAMPIRAN D

6

Page 7: Masjid

BELANJAWAN PROGRAM

Bil

Perkara Peruntukan Jumlah

1 Penceramah RM 500 x 1 jam x 2 orang RM 1,000.00

2 Makanan RM 6.00 x 15 orang RM 90.003 Cenderahati RM 50 x 2 orang RM 100.004 Banner RM 50 x 3 unit RM 150.005 Sewa Dewan RM 150 x 2 Jam RM 300.00

JUMLAH

RM 1,640.00

6.0 Penutup

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada masyarakat dan pelajar diharap program ini mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak pengurusan Masjid Putra Nilai.

Disediakan oleh :

SYED HAASHIM BIN SYED ABDUL RAHMANSetiausaha,Group Tafaqquh Anak Muda Nilai (TAMAN)

Disemak oleh :

YM RAJA SHAHARIN BIN RAJA Ahli Jawatankuasa,Masjid Putra Nilai

7