Masjid anjurkan Tahun Baru Cina - · PDF fileSemasa perayaan utama orang Melayu dan Islam...

4
9/16/2017 Masjid anjurkan Tahun Baru Cina | Sarawakvoice.com http://sarawakvoice.com/2017/02/06/masjid-anjurkan-tahun-baru-cina/ 1/4 Masjid  anjurkan Tahun Baru Cina Oleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - February 6, 2017 D 106 etik kesepaduan jelas kelihatan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kepelbagaian etnik dan agama semasa musim perayaan. Masyarakat Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dalam meraikan perayaan tanpa mengira etnik. Konsep ‘rumah terbuka’, acara ritual balik kampung adalah antara yang tidak dapat dipisahkan dengan musim perayaan. Semasa perayaan utama orang Melayu dan Islam seperti sambutan perayaan Aidil Fitri, orang Cina dan India mengambil kesempatan mengunjungi kawan-kawan mereka daripada etnik Melayu. Pada musim perayaan Tahun Baru Cina dan sambutan hari Deepavali pula, orang Melayu akan mengunjungi rumah kawan-kawan bukan Melayu mereka yang menyambutnya perayaan tersebut. 106 SHARES 106 106 SHARES

Transcript of Masjid anjurkan Tahun Baru Cina - · PDF fileSemasa perayaan utama orang Melayu dan Islam...

9/16/2017 Masjid anjurkan Tahun Baru Cina | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/02/06/masjid-anjurkan-tahun-baru-cina/ 1/4

Masjid  anjurkan Tahun Baru CinaOleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - February 6, 2017

D106 o

etik kesepaduan jelas kelihatan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kepelbagaian etnik dan agama semasa musim perayaan.

Masyarakat Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dalam meraikan perayaan tanpa

mengira etnik. Konsep ‘rumah terbuka’, acara ritual balik kampung adalah antara yang tidak

dapat dipisahkan dengan musim perayaan.

Semasa perayaan utama orang Melayu dan Islam seperti sambutan perayaan Aidil Fitri, orang

Cina dan India mengambil kesempatan mengunjungi kawan-kawan mereka daripada etnik

Melayu.

Pada musim perayaan Tahun Baru Cina dan sambutan hari Deepavali pula, orang Melayu akan

mengunjungi rumah kawan-kawan bukan Melayu mereka yang menyambutnya perayaan

tersebut.

j s h b 106SHARES

106 oj s h b 106SHARES

9/16/2017 Masjid anjurkan Tahun Baru Cina | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/02/06/masjid-anjurkan-tahun-baru-cina/ 2/4

Namun begitu, terdapat juga golongan yang gagal mengesan aspek positif ini dengan

bertindak menyebarkan unsur perpecahan dan elemen politik kebencian. Perkara ini dapat

dilihat misalnya dengan penyebaran video palsu yang disunting semasa sambutan Hari Tahun

Baru Cina 2017 yang melibatkan Perdana Menteri dan pasukan tarian singa.

Video yang diviralkan itu menunjukkan kumpulan tarian singa hanya duduk diam seperti

memprotes di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak di rumah terbuka parti Gerakan. Versi asal

video tersebut akhirnya didedahkan dan realiti sebenar menunjukkan perkara sebaliknya yang

berlaku. Kempen politik murahan tidak mengenal musim, tidak menghormati tradisi

masyarakat dan sensitiviti etnik.

Di sebalik kempen politik murahan tersebut, kita juga berasa bangga dengan penglibatan

institusi agama Islam yang inisiatif tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu dengan

mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina.

Institusi agama yang saya maksudkan itu ialah Masjid Bangsar (lihat Sunday Star, 5 Februari

2017). Mengikut kenyataan yang diberikan oleh Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,

Datuk Ibrahim Tambychik, ahli jawatankuasa masjid membuat keputusan mengadakan rumah

terbuka sempena Tahun Baru Cina untuk menunjukkan bahawa masjid ialah tempat terbuka

untuk semua.

9/16/2017 Masjid anjurkan Tahun Baru Cina | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/02/06/masjid-anjurkan-tahun-baru-cina/ 3/4

Akhbar sama turut melaporkan majlis tersebut mendapat sambutan hebat daripada penduduk

sekitarnya. Orang Islam dan kawan-kawan bukan Islam mereka tidak ada masalah untuk

duduk dan makan di satu meja dan saling beramah mesra.

Imam masjid iaitu Ustaz Mohd Bukhai Hakah pula dilaporkan berkata beliau hanya

menganggarkan antara 100 hingga 150 orang akan hadir. Sebaliknya para hadirin yang hadir

lebih 400 orang berdasarkan jumlah makanan yang disediakan.

Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Baru, iaitu Datuk George Joseph yang turut sama hadir

memeriahkan majlis tersebut mengatakan bahawa inilah kali pertama masjid di Malaysia

mengadakan sambutan perayaan tahun Baru Cina.

Sekalung tahniah dan penghargaan patut kita semua rakyat Malaysia berikan kepada

kepimpinan masjid dan umat Islam di Bangsar yang memulakan langkah amat bermakna

dalam meluaskan tapak toleransi dan integrasi.

9/16/2017 Masjid anjurkan Tahun Baru Cina | Sarawakvoice.com

http://sarawakvoice.com/2017/02/06/masjid-anjurkan-tahun-baru-cina/ 4/4

Kita tidak boleh selamanya berpuas hati hanya dengan memiliki detik kesepaduan. Malaysia

perlu bergerak ke arah tahun-tahun dan dekad-dekad di mana tahap kesepaduan berubah

menjadi kebersatuan. – Sarawakvoice

106 oj s h b 106SHARES