MASYARAKAT ORANG ASLI DI LANDSKAP HUTAN PAYA GAMUT …
Transcript of MASYARAKAT ORANG ASLI DI LANDSKAP HUTAN PAYA GAMUT …
PROGRAM PEMULIHAN HUTAN GAMBUT BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DI LANDSKAP
HUTAN PAYA GAMBUT PAHANG TENGGARA
1. USAHA PEMBASAHAN TANAH GAMBUT MELALUI KAWALAN SISTEM HIDROLOGI Pembinaan sekatan parit di kawasan parit terbiar dari aktiviti pembalakan lampau dapat membantu meningkatkan paras air sekaligus menyumbang kepada proses pembasahan kawasan terdegradasi. Usaha pembasahan paya gambut dilaksanakan dengan membina 10 sekatan parit bersama pihak berkepentingan.
2. AKTIVITI PENGAYAAN SEMULA DI KAWASAN TEROSOT BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT Pengayaan semula dilaksanakan untuk membantu mempercepatkan pertumbuhan semulajadi di kawasan tanah gambut terosot selepas dibasahkan. Aktiviti ini dilaksanakan bersama komuniti. Aktiviti penyelenggaraan seperti merumput bulatan seterusnya dilakukan bagi meningkatkan kemandirian pokok yang ditanam.
OBJEKTIF
1. Menambah baik usaha rehabilitasi dalam mengawal sistem hidrologi bagi tujuan pembasahan tanah gambut
yang berterusan.
2. Melaksanakan aktiviti pengayaan semula di
kawasan rehabilitasi bagi usaha pemuliharaan kawasan tanah gambut yang terosot.
3. Melaksanakan inisiatif pencegahan kebakaran tanah gambut dengan menubuhkan
pemantau dari kalangan komuniti untuk melakukan rondaan sebagai langkah pemerkasaan komuniti
setempat.
MISI
Menjalankan Aktiviti Pemulihan Tanah
Gambut dan Kawalan Kebakaran Tanah Gambut
Bersama Komuniti Orang Asli serta Memperkasakan
Komuniti Orang Asli melalui Kesedaran dan Pendidikan
USAHA PEMULIHAN HUTAN PAYA GAMBUT
Bersambung di halaman sebelah..
3. USAHA PENUBUHAN KUMPULAN PEMANTAUAN KEBAKARAN GAMBUT BERASASKAN KOMUNITI Kumpulan pemantau kebakaran gambut dianggotai oleh dua orang ahli Sahabat Hutan Gambut Kampung Tanjung Kelapa. Mereka ditugaskan untuk melakukan rondaan di kawasan yang berpotensi untuk terbakar dan mengambil bacaan paras air di setiap sekatan parit yang telah dibina untuk tujuan pemantauan paras air.
4-B. MADU KELULUT Penternakan lebah kelulut dapat menjana pendapatan dengan penjualan madu kelulut asli di samping ia dapat meningkatkan hasil buah-buahan.
4-D. PENUBUHAN NURSERI KOMUNITI Penjagaan anak pokok mahang adalah usaha rehabilitasi tanah gambut terosot.
5. MEMBEKALKAN KEPERLUAN ASAS KEPADA KOMUNITI SETEMPAT
Membekalkan keperluan asas seperti sumber air bersih dan elektrik untuk membantu meningkatkan taraf hidup komuniti di dalam landskap paya gambut. Inisiatif ini dijalankan dengan mengambil kira sumber tenaga yang boleh diperbaharui bagi mencapai matlamat pelepasan karbon yang rendah.
4. Membantu meningkatkan taraf hidup komuniti
dengan memperkenalkan aktiviti yang boleh menjana
pendapatan sampingan.
5. Memberi bantuan bekalan asas kepada komuniti seperti
bekalan air bersih dan sumber elektrik dengan penjanaan
karbon yang rendah.
TEMPOH PROGRAM
SEPTEMBER 2018
SEHINGGA
OGOS 2020
PEMERKASAAN KOMUNITI ORANG ASLI
PRODUK SAHABAT !!
facebook.com/ASEANpeat/ [email protected]
..sambungan sebelumnya
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi
4-C. ANYAMAN MENGKUANG Komuniti setempat menganyam produk mengkuang untuk dijual sekitar kampung.
4-A. CENDAWAN JERAMI Penanaman cendawan jerami dapat membantu komuniti setempat menjana pendapatan tambahan di samping ia dapat dijadikan sebagai sumber makanan.
DENGAN KERJASAMA DAN SOKONGAN DARIPADA