Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling

3
Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling Sehingga 28 Februari 2005, jumlah keseluruhan ahli puak Kensiu tersebut adalah seramai 239 orang. Bilangan kelamin adalah seramai 60 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 132 orang adalah lelaki dan 107 orang adalah perempuan. Ahli yang paling tua di kalangan wanita ialah Siti Binti Abdullah yang telah berusia 91 tahun. Manakala di kalangan kaum lelaki pula ialah bekas penghulu puak Kensiu sendiri iaitu Puchok Bin Padang yang berusia lebih dari 80 tahun. Perkahwinan sesama ahli puak Kensui adalah satu kebiasaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli yang berkahwin dengan puak Temiar di Perak. Kebanyakan ahli puak Kensiu telah memeluk agama Islam. Terdapat seramai 163 orang yang beragama Islam. Manakala yang selebihnya iaitu 80 orang lagi masih mengamalkan animisme. Puak Kensiu ini mempunyai persembahan kebudayaan mereka sendiri iaitu dikenali sebagai Persembahan Sewang. Semasa membuat persembahan ini mereka mengenakan pakaian yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan dan hiasan kepala yang dibuat dari daun kelapa. Kampung Lubuk Legong adalah satu-satunya perkampungan asal Orang Asli dari suku Kaum Kensui (kumpulan Negrito) di semenanjung Malaysia. Kampung ini terletak kira-kira 13 km dari Bandar Baling dan telah dikategorikan sebagai perkampungan pinggir bandar.

Transcript of Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling

Page 1: Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling

Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling

Sehingga 28 Februari 2005, jumlah keseluruhan ahli puak Kensiu tersebut adalah seramai 239

orang. Bilangan kelamin adalah seramai 60 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 132 orang

adalah lelaki dan 107 orang adalah perempuan. Ahli yang paling tua di kalangan wanita ialah Siti

Binti Abdullah yang telah berusia 91 tahun. Manakala di kalangan kaum lelaki pula ialah bekas

penghulu puak Kensiu sendiri iaitu Puchok Bin Padang yang berusia lebih dari 80 tahun.

Perkahwinan sesama ahli puak Kensui adalah satu kebiasaan. Walau bagaimanapun, terdapat

juga ahli yang berkahwin dengan puak Temiar di Perak. Kebanyakan ahli puak Kensiu telah

memeluk agama Islam. Terdapat seramai 163 orang yang beragama Islam. Manakala yang

selebihnya iaitu 80 orang lagi masih mengamalkan animisme. Puak Kensiu ini mempunyai

persembahan kebudayaan mereka sendiri iaitu dikenali sebagai Persembahan Sewang. Semasa

membuat persembahan ini mereka mengenakan pakaian yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan

dan hiasan kepala yang dibuat dari daun kelapa.

Kampung Lubuk Legong adalah satu-satunya perkampungan asal Orang Asli dari suku Kaum

Kensui (kumpulan Negrito) di semenanjung Malaysia. Kampung ini terletak kira-kira 13 km dari

Bandar Baling dan telah dikategorikan sebagai perkampungan pinggir bandar. Pekan yang

terdekat ialah pekan Kampung Lalang yang jaraknya hanya

3 km serta dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu lain. Keunikan dan juga daya tarikan

utama masyarakat luar ke kampung ini ialah terdapatnya satu Kolam Rekreasi Air Panas, Ulu

Legong. Kolam semulajadi ini telah dinaik taraf dan menjadi tarikan kepada pengunjung-

pengunjung sekitar negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Kegiatan ekonomi utama penduduk kampung adalah menoreh getah, mencari hasil hutan, kerja-

kerja kontrak pertanian dan pembinaan. Disini terapat kemudahan asas yang baik seperti

perumahan, jalan raya, air dan eletrik yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Terdapat sebuah

surau untuk kegunaan umat Islam dan dua orang penggerak JAKIM ditugaskan sepenuh masa.

Page 2: Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling

Jumlah penduduk di kampung ini seramai 260 orang, terdiri dari 60 buah keluarga. Terdapat

80% penduduk telah memeluk Islam, manakala baki 20% masih menganut kepercayaan nenek

moyang mereka. Namun begitu, mereka yang menganut Islam di sini mengamalkan ibadah

keagamaan dengan belum sempurna. Sehubungan dengan itu juga, terdapat ramai remaja lelaki

dan wanita yang terdedah ke dalam aktiviti sosial yang negatif seperti arak, judi dan pergaulan

bebas.

Pendidikan formal yang terdapat disini ialah sekolah rendah kebangsaan serta sekolah menengah

kebangsaan yang masing-masing berada 3 km dan 5km dari Kampung Lalang. Tahap keciciran

pelajaran adalah tinggi iaitu 40% dari kelompok masyarakat adalah remaja dan kanak-kanak

berumur 15 tahun kebawah yang mana hanya 20 orang bersekolah rendah dan 4 orang disekolah

menengah. Walaubagaimanapun, pada masa ini, terdapat seramai 25 orang anak-anak warga

Kensui yang tercicir di alam persekolahan belajar di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli Kok

Lanas, Kelantan dibawah anjuran Islamic Outreach ABIM (IOA).