MATA PELAJARAN : SENIBINA KAPAL I (Studio Reka …omar/nota_senibina/Projek2.pdf · sml 3332 ga - 1...

2
SML 3332 GA - 1 FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JABATAN TEKNOLOGI MARIN MATA PELAJARAN : SENIBINA KAPAL I (Studio Reka Bentuk) KOD : SML 3332 PROJEK 2 : LUKISAN SUSUN ATUR AM MASA : 5 MINGGU / 10 JAM ARAHAN Setiap individu dikehendaki untuk menyediakan satu Lukisan Susun Atur Am (General Arrangement) yang lengkap berdasarkan kepada Lukisan Pelan Garisan yang telah disiapkan. Lukisan (dengan skala yang sesuai) tersebut mestilah menunjukkan Pandangan Sisi (Profile) dan Pandangan Pelan Bagi Dua Dasar (Double Bottom) jika ada, Tangki Bawah Dek (Under Deck Tanks), Dek Utama, Dek-dek lain, Dek Navigasi (bridge) dan Astaka (super structure). Semua bahagian dan ruang yang penting dalam kapal perlulah dilabelkan dengan jelas. Pelajar dibenarkan (tetapi tidak semestinya) menggunakan AutoCAD bagi tujuan lukisan ini. Laporan ringkas juga perlu dihasilkan bagi menerangkan kaedah dan keputusan yang dihasilkan. Kerja rekabentuk susun atur am adalah sukar dan memerlukan pengalaman yang luas kerana setiap ruang dan komponen dalam kapal mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk yang lain seperti berat, pusat graviti, kestabilan, kekuatan struktur dan lain-lain. Semua perkara ini (seringkali berlawanan kepentingan – conflicting) perlulah diambil kira semasa menentukan susunatur kapal. Seringkali susunatur kapal berubah-ubah semasa dalam peringkat rekabentuk dan “compromise” adalah pendekatan yang paling sesuai diambil semasa membuat kerja rekabentuk susunatur am. Proses rekabentuk susun atur am sebenarnya agak rumit dan memerlukan pertimbangan yang banyak. Dalam projek ini, lukisan akan dibuat tanpa membuat banyak pengiraan tetapi lebih bersifat menyalin dari kapal contoh sebagai pendedahan awal. Berikut ini diperturunkan beberapa langkah-langkah ringkas yang perlu digunakan sebagai panduan untuk merekabentuk susunatur am sesebuah kapal. 1. Menentukan Jenis atau fungsi kapal yang hendak direkabentuk. Bagi Pelan garisan yang telah dibuat dalam Projek 1, jenis kapal yang sesuai adalah bot perikanan. Terpulanglah kepada individu untuk memilih bot perikanan jenis apa; jerut, tunda, pancing, rawai dsbnya. Walaupun bot nelayan, bot kamu mesti tidak bersifat/berbentuk tradisional bahkan perlu kelihatan moden dan dilengkapkan dengan peralatan canggih yang sesuai. Pastikan rekabentuk kamu berbeza daripada rakan-rakan kamu yang lain. 2. Menyediakan maklumat dan data yang diperlukan termasuklah Lukisan Pelan Garisan, dan Contoh-contoh GA sedia ada yang berkaitan/bersesuaian. Kamu perlu membuat kajian awal mengenai jenis dan peralatan bot nelayan moden. 3. Menyenaraikan peralatan dan ruang yang perlu dimasukkan ke atas kapal seperti ruang penginapan, petak ikan, enjin, tangki, pam, win, dsbnya. Kalau boleh senaraikan juga ruang/isipadu yang diperlukan untuk setiap butiran. 4. Membuat lakaran luar/asas dalam kertas A3 terlebih dahulu. Lakaran perlulah menunjukkan profail kapal dan dek utama sahaja dahulu. Walaupun hanya lukisan lakaran ia perlu dibuat dengan sekala yang sesuai supaya mudah untuk memindahkan

Transcript of MATA PELAJARAN : SENIBINA KAPAL I (Studio Reka …omar/nota_senibina/Projek2.pdf · sml 3332 ga - 1...

Page 1: MATA PELAJARAN : SENIBINA KAPAL I (Studio Reka …omar/nota_senibina/Projek2.pdf · sml 3332 ga - 1 fakulti kejuruteraan mekanikal ... projek 2: lukisan susun atur am ... tajuk laporan,

SML 3332 GA - 1

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN TEKNOLOGI MARIN MATA PELAJARAN : SENIBINA KAPAL I (Studio Reka Bentuk) KOD : SML 3332 PROJEK 2 : LUKISAN SUSUN ATUR AM MASA : 5 MINGGU / 10 JAM ARAHAN Setiap individu dikehendaki untuk menyediakan satu Lukisan Susun Atur Am (General Arrangement) yang lengkap berdasarkan kepada Lukisan Pelan Garisan yang telah disiapkan. Lukisan (dengan skala yang sesuai) tersebut mestilah menunjukkan Pandangan Sisi (Profile) dan Pandangan Pelan Bagi Dua Dasar (Double Bottom) jika ada, Tangki Bawah Dek (Under Deck Tanks), Dek Utama, Dek-dek lain, Dek Navigasi (bridge) dan Astaka (super structure). Semua bahagian dan ruang yang penting dalam kapal perlulah dilabelkan dengan jelas. Pelajar dibenarkan (tetapi tidak semestinya) menggunakan AutoCAD bagi tujuan lukisan ini. Laporan ringkas juga perlu dihasilkan bagi menerangkan kaedah dan keputusan yang dihasilkan. Kerja rekabentuk susun atur am adalah sukar dan memerlukan pengalaman yang luas kerana setiap ruang dan komponen dalam kapal mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk yang lain seperti berat, pusat graviti, kestabilan, kekuatan struktur dan lain-lain. Semua perkara ini (seringkali berlawanan kepentingan – conflicting) perlulah diambil kira semasa menentukan susunatur kapal. Seringkali susunatur kapal berubah-ubah semasa dalam peringkat rekabentuk dan “compromise” adalah pendekatan yang paling sesuai diambil semasa membuat kerja rekabentuk susunatur am. Proses rekabentuk susun atur am sebenarnya agak rumit dan memerlukan pertimbangan yang banyak. Dalam projek ini, lukisan akan dibuat tanpa membuat banyak pengiraan tetapi lebih bersifat menyalin dari kapal contoh sebagai pendedahan awal. Berikut ini diperturunkan beberapa langkah-langkah ringkas yang perlu digunakan sebagai panduan untuk merekabentuk susunatur am sesebuah kapal. 1. Menentukan Jenis atau fungsi kapal yang hendak direkabentuk. Bagi Pelan garisan

yang telah dibuat dalam Projek 1, jenis kapal yang sesuai adalah bot perikanan. Terpulanglah kepada individu untuk memilih bot perikanan jenis apa; jerut, tunda, pancing, rawai dsbnya. Walaupun bot nelayan, bot kamu mesti tidak bersifat/berbentuk tradisional bahkan perlu kelihatan moden dan dilengkapkan dengan peralatan canggih yang sesuai. Pastikan rekabentuk kamu berbeza daripada rakan-rakan kamu yang lain.

2. Menyediakan maklumat dan data yang diperlukan termasuklah Lukisan Pelan Garisan,

dan Contoh-contoh GA sedia ada yang berkaitan/bersesuaian. Kamu perlu membuat kajian awal mengenai jenis dan peralatan bot nelayan moden.

3. Menyenaraikan peralatan dan ruang yang perlu dimasukkan ke atas kapal seperti ruang

penginapan, petak ikan, enjin, tangki, pam, win, dsbnya. Kalau boleh senaraikan juga ruang/isipadu yang diperlukan untuk setiap butiran.

4. Membuat lakaran luar/asas dalam kertas A3 terlebih dahulu. Lakaran perlulah

menunjukkan profail kapal dan dek utama sahaja dahulu. Walaupun hanya lukisan lakaran ia perlu dibuat dengan sekala yang sesuai supaya mudah untuk memindahkan

Page 2: MATA PELAJARAN : SENIBINA KAPAL I (Studio Reka …omar/nota_senibina/Projek2.pdf · sml 3332 ga - 1 fakulti kejuruteraan mekanikal ... projek 2: lukisan susun atur am ... tajuk laporan,

SML 3332 GA - 2

ukuran. Gunakan AutoCad jika ada dan perlu. Kamu perlu memastikan ruang yang disediakan mencukupi berdasarkan lukisan pelan garisan.

5. Di atas lukisan lakaran profail tentukan kedudukan Dinding Sekat (Bulkhead)

terutamanya bagi collision bkhd, aft peak bkhd dan machinery room bkhds. Kedudukan dan jarak bkhd ini biasanya ditentukan berdasarkan rules and regulation (bagi kapal dagang) manakala bagi kapal perang ia ditentukan berdasarkan pengiraan pertama (first principle). Untuk projek latihan ini, anda tidak perlu merujuk kepada rules dan regulation tersebut. Memadailah anggaran dibuat berdasarkan kepada kapal contoh/rujukan dengan kadar yang sama.

6. Tentukan kedudukan dek utama (main deck) dan dek-dek lain. kapal tersebut.

Walaupun dalam lukisan pelan garisan kedudukan dek telah ditetapkan, ubahsuai masih dibolehkan bagi memenuhi kehendak atau fungsi kapal tersebut. Pandangan pelan setiap dek perlu dilukiskan berdasarkan kepada pelan garisan (offset dek diambil dari pelan badan – body plan). Lakarkan pandangan pelan dek-dek tersebut.

7. Di atas lukisan profail dan dek, Tentukan Kedudukan dan Ruang-Ruang Utama seperti

ruang injin, ruang penginapan, ruang navigasi, ruang petak ikan, ruang pukat, ruang peralatan tambahan, tangki air, minyak bahan api, minyak pelicir, ballast. Segala peralatan utama yang perlu diletakkan di atas dek utama juga perlu ditentukan seperti win, power block, derik dan sebagainya. Rujukan kepada GA kapal-kapal yang sama amatlah penting.

8. Sebahagian daripada ruang-ruang di atas perlu diperincikan seperti ruang injin, ruang

navigasi dan ruang penginapan. Walau bagaimanapun pada peringkat rekabentuk konsep, pelajar tidak perlu melukiskan dengan terperinci, cukup sekadar menujukkan komponen/peralatan utama sahaja dalam setiap ruang tersebut.

9. Melukis Lukisan Susun Atur Am (GA) di atas kertas lukisan bersaiz A1 atau A0

dengan skala yang sesuai. Lukisan GA mestilah mengandungi sekurang-kurangnya Pandangan Profail, Pandangan Pelan Setiap Dek termasuk Bridge deck dan quarter deck. Jika perlu Pandangan Keratan Rentas (sectional view) boleh juga dilukis untuk menunjukkan bahagian yang tidak jelas dilihat dari pandangan profail dan pelan. Semua ruang, komponen dan peralatan utama perlu dilabel dengan jelas. Kedudukan stesyen dan frame (jika ada) perlu juga ditunjukkan sebagai rujukan. Pelajar dibenar/digalakkan menggunakan AutoCAd untuk tujuan ini.

10. Menyediakan Laporan Ringkas. Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan ringkas

yang mengandungi sekurang-kurangnnya, Tajuk Laporan, Tujuan, Pengenalan ringkas tentang GA dan kepentingannya, Kaedah atau prosedur yang diambil untuk melukis GA, Hasil keputusan, perbincangan tentang masalah dan cadangan dan akhir sekali kesimpulan ringkas. Senarai rujukan juga perlu disertakan. Sekiranya ada pengiraan yang dibuat dan bahan-bahan rujukan penting yang perlu dikepilkan bersama laporan, ia perlu diletakkan dalam bahagian lampiran (appendix).

Tarikh Hantar Lukisan Dan Laporan :____23 Ogos 2002________