Matlamat Seni Tarian Dalam Pendidikan

3
MATLAMAT SENI TARIAN DALAM PENDIDIKAN Matlamat seni tari dalam pendidikan di sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian Generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum mampu berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahaan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembagunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni tarian dalam pendidikan sekolah rendah yang mengintegrasikan tiga komponan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembagan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. 7.0 TARIAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK Kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri, meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi dan menggunakan

description

k

Transcript of Matlamat Seni Tarian Dalam Pendidikan

Page 1: Matlamat Seni Tarian Dalam Pendidikan

MATLAMAT SENI TARIAN DALAM PENDIDIKAN

Matlamat seni tari dalam pendidikan di sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian Generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum mampu berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahaan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembagunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni tarian dalam pendidikan sekolah rendah yang mengintegrasikan tiga komponan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembagan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

7.0 TARIAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

Kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif.

Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri, meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan. Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya.

7.1 Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti masing-masing untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.

Page 2: Matlamat Seni Tarian Dalam Pendidikan

Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.

7.2 Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah. Ruang am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang pentas, padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.

Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

7.3 Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau pergerakan yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan.

Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan ke-cerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.

7.4 Elemen daya

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerak meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam satu tempoh yang singkat; pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan secara berayun; pergerakan staccato merujuk kepada pergerakan yang

Page 3: Matlamat Seni Tarian Dalam Pendidikan

bersifat terputus-putus, cepat dan ringan; pergerakan bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang menggigil; pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-lambat merujuk kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempo yang panjang dalam aktiviti pergerakan kreatif.

Berdasarkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, guru boleh membimbing kanak-kanak menggunakan pelbagai pergerakan dalam elemen daya untuk mereka cipta persembahan pergerakan kreatif yang unik.