MBMMBI
-
Upload
rafidah-ahmad -
Category
Documents
-
view
1.858 -
download
2
description
Transcript of MBMMBI
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kumpulan
kami menyiapkan tugasan kumpulan 2 yang telah diusahakan selama ini yang
bertajuk Pelaksanaan Perubahan Kurikulum ( Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris). Tugasan ini yang ini amat penting
buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada
tugasan subjek Pembangunan Kurikulum.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada
Prof. Dr. Maizam Binti Alias, pensyarah pembangunan kurikulum kerana beliau
telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua pelajar
DPLI ERT seksyen 1. Selain itu, sekalung penghargaan untuk Bahagian
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberikan maklumat
dan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga menghargai
jasa guru-guru SMK Bandar Baru Bangi dan SMK ...., Selangor kerana sudi
meluangkan masa kepada kami dalam proses mencari bahan untuk
menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-
sama berhempas pulas dalammenyempurnakan tugasan masing-masing.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan amat kami hargai.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan dijalankan dan dibentangkan.
ABSTRAK
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di
semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid
boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
Dasar MBMMBI ini dilaksanakan kerana pemansuhan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara
‘soft landing’. Kajian ini mengupas perubahan kurikulum yang berlaku selepas
pelaksanaan MBMMBI. Ia juga membincangkan sejauhmana hala tuju
pelaksanaan dasar MBMMBI ini dalam erti kata lain memartabatkannya. Dalam
melaksanakan dasar ini, pelbagai strategi dan perubahan dalam sistem
pendidikan sekolah. Antaranya ialah kesan kepada pendidik dan pelajar,
bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, sokongan dan komitmen
agensi pusat serta cabaran dan sokongan masyarakat.
PENDAHULUAN
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Malaysia
bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa
pengantar utama pendidikanberdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa
Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional
dan antarabangsa. Dasar ini berperanan untuk memastikan penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaaan dan sekolah
menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.
Pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011 telah dipercepatkan
berbanding cadangan asal pada 2012. Pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi
menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya,
bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk
Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.
Dasar MBMMBI ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
(soft- landing ) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran dan
pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia sahaja di sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah, bahasa Inggeris dan bahasa Cina atau bahasa Cina sahaja di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa Inggeris dan bahasa Tamil atau
bahasa Tamil sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT). Pelaksanaan
dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing”
akan memberi ruang kepada dilaksanakan dalam dwibahasa. pelajar-pelajar
lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P sains dan
matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Ini bertujuan untuk membantu
guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar PPSMI ke dasar
MBMMBI.
Soft-landing ini akan membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah
menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 untuk meneruskan
penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan
kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft-landing ini, proses
pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah
rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016.
Manakala di sekolah menengah pula, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi
kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Selaras dengan soft-
landing MMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di
peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020.
Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua-dua mata pelajaran
tersebut akan dibuat dalam bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat
MBMMBI.
Antara strategi pelaksanaan MBMMBI dalam memartabatkan Bahasa
Malaysia ialah P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan
Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa
Tamil di SJKT, menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT,
menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia, menyediakan bahan bacaan
Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa
Inggeris. Manakala strategi bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris
pula ialah melalui penyediaan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan
guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan
melalui IPGM dan IPTA, menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru
bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid), menyediakan
bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P
Bahasa Inggeris.
KRONOLOGI MBMMBI
15 April 2009 Pelantikan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin
sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia.
8 Julai 2009 Memorandum Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran :
Transformasi Pendidikan Strategi Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.
8 Julai 2009 Pengumuman pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan
MBMMBI oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin,
Menteri Pelajaran Malaysia.
4 Julai 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil.1/2009
dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri KSU & Y.Bhg. Tan Sri
KPPM.
3 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris Bil. 1/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato’ Noor
Rezan Bapoo Hashim, TKPPM (0)
5 Ogos 2009 Nota Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran – Strategi
MBMMBI
5 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa induk MBMMBI 2/2009 2.30
petang dipengerusikan oleh KSU & KPPM
14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris Bil.2/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato’ TKPPM
(0)
14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Penyelarasan
Program Bahasa Inggeris Bil.2/09
17 Ogos 2009 Mesyuarat Ketua Setiausaha KPM bersama Ketua
Perkhidmatan KPM Bil. 8/2009. Pembentangan MBMMBI
oleh Y.Bhg Tan Sri KPM.
19 Ogos 2009 Sidang Media- Keputusan Meja Bulat PPSMI & “Soft
Landing” MBMMBI oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM.
20 Ogos 2009 Publisiti dalam MHI-TV3 mengenai MBI oleh Pn.Adzura Elier
Ahmad (UiTM)
24 Ogos 2009 Publisiti dalam The Star mengenai MBMMBI oleh
Y.Bhg.Dato’ TKPPM(0)
25 Ogos 2009 Publisiti dalam NST mengenai MBI oleh Y.Bhg Dato’
KPPM(0)
25 Ogos 2009 Sesi perbincangan cadangan LDP untuk guru Bahasa
Inggeris
2 Sept 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato’
TKPPM(0)
17 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBI oleh
Y.Bhg.Dato’ TKPPM(0)
10 Sept 2009 Publisiti dalam Nasi Lemak Kopi 0-TV9 mengenai MBM oleh
Prof. Dr. Onn Hj.Hashim (MBM)
10 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBM oleh Y.Brs.Dr.
Haili Dolhan, TKPPM(D)
10 Sept 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBM oleh Y.Brs.
TKPPM(D)
5 Oktober 2009 mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI 3/2009 2.30
petang dipengerusikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin, Menteri Pelajaran
8 Oktober 2009 Majlis Bersama Tokoh-tokoh Bahasa dipengerusikan oleh
Y.Bhg.Tan Sri KPPM
10 Oktober 2009 Program bersama KPM di TV1 : 6 Fokus Utama MBMMBI
oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM
12 Oktober 2009 Mesyuarat Tindak Susul kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Induk MBMMBI 3/2009
11 November 2011 Taklimat pelaksanaan MBMMBI kepada JPN.
15 November 2011 Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh JPN kepada PPD
18 November 2011 Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh PPD kepada sekolah
3 Disember 2011 Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
3 & 4 Januari 2012 Sesi persekolah 2012 bermula dan pelaksanaan MBMMBI
bermula.
DASAR PELAKSANAAN MBMMBI
KementerianPelajaran Malaysia telahmengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
(SPI) Bil.12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuh BahasaInggeris (MBMMBI) bertarikh 4 November 2011 yang
menjelaskan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI,
pengajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia di
sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil
(SJKT). Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan
ini, garis panduan berikut disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk
membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama dengan SPI Bil. 12/2011.
1. Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan
situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing,
iaitu:
1.1Kelas yang menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan
matematik hendaklah terus menggunakan bahasa tersebut; atau
1.2Kelas yang menggunakan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan
matematik juga boleh terus menggunakan bahasa tersebut; atau
1.3Bagi kelas yang menggunakan dwibahasa, penggunaan bahasa
Malaysia amat digalakkan. Walaubagaimanapun, penggunaan
bahasa Inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan konsep.
1.4Murid dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik
dalam bahasa yang diikuti sebelum ini.
1.5
2. Pemilihan penggunaan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik
tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.
2.1Kesediaan guru bermaksudkompetensi guru yang sediaada di
sekolahuntukmengajardalambahasaInggeris.
2.2Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah mempertimbangkan kesediaan
muriduntuk mengikuti p&p dalam bahasa Inggeris.
3. Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan
melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris/bahasa
Malaysia berdasarkan keputusan Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah.
4. Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran dalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep sains dan
matematik dalam pengajaran:
4.1Sekolah akan dibekalkan dengan buku glosari bagi membantu p&p
sains dan matematik;
4.2Sekolah juga boleh memuat turun glosari daripada laman web
Kementerian Pelajaran.
5. Pengetua sekolah yang menerima murid baru Tingkatan 1 hendaklah
mengenalpasti bahasa yang digunakan dalam p&p sains dan matematik
semasa murid tersebut berada di Tahun 6.
6. Bagi tujuan pendaftaran/penempatan murid keTingkatan 1, dasar dan
prosedur penempatan yang sedia ada dikekalkan. Urusan pendaftaran murid
Tingkatan 1 perlu dilaksanakan pada awal bulan Disember – sila rujuk lampiran.
7. Sekiranya terdapat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan
bahasa dalam p&p sains dan matematik, prosedur pertukaran sekolah
hendaklah dipatuhi.
7.1Pihak sekolah hendaklah sebaik mungkin mengekalkan murid yang
telah mendaftar di sekolah masing-masing.
7.2Sekolah perlu seboleh mungkin memenuhi keperluan murid untuk
meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah
mereka ikuti.
7.3Sekiranya perkara 7.1 dan 7.2 tidak dapat dipenuhi, maka
permohonan pertukaran sekolah murid berdasarkan pilihan bahasa
boleh dilaksanakan.
7.4Bagitujuan perpindahan murid seperti perkara 7.3, hendaklah
disegerakan dan diberi pertimbangan khas oleh pihak PPD dan
sekolah.
8. Sekiranya timbul sebarang isu atau keraguan di peringkat pelaksaan adalam
tempoh peralihan pelaksanaan Dasar MBMMBI, hal tersebut perlu dirujuk
kepada pengurusan atasan.
9. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh
peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat
KPM, JPN dan PPD.
9.1Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk:
9.1.1 menjadisumberrujukanpelaksanaan MBMMBI;
9.1.2 memantaupelaksanaan MBMMBI;
9.1.3 menyediakanlaporanpelaksanaan MBMMBI;
9.1.4 menyelaraskandanmenyelesaikanisu-isuberbangkit; dan
9.1.5 mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.
9.2Setiap pasukan petugas khas hendaklah mengadakan mesyuarat
mingguan seperti berikut:
9.2.1 KPM – setiaphariRabudandipengerusikanoleh KPPM
9.2.2 JPN –setiap hari Selasa dan dipengerusikan oleh
Pengarah JP
9.2.3 PPD – setiap har iIsnin dan dipengerusikan oleh Pegawai
Pelajaran Daerah
9.3Keurusetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan petugas
khas adalah seperti berikut:
9.3.1 KPM – diurusetiakan oleh BahagianPengurusan Sekolah Harian
9.3.2 JPN – diurusetiakan oleh SektorPengurusan Sekolah
9.3.3 PPD – diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah
TUJUAN DASAR MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia sangat jelas kerana ia
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan,bahasa
perhubungan utama dan bahasa ilmu kea rah membina negara, bangsa untuk
mencapai hasrat 1Malaysia. Begitu pula dengan memperkukuh bahasa inggeris
kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai
bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global.
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, P&P Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris diperlukan menerusi pendekatan yang lebih berkesan.Dengan
pemansuhan menerusi PPSMI,mulai tahun 2011,murid tahun satu sekolah
kebangsaan akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.
PERLAKSANAAN DASAR MBMMBI
Dalam usaha menjayakan dasar ini Kementerian Pelajaran Malaysia
mengangkat kembali matapelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
utama dan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara, semua rakyat
Negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga dan memelihara bahasa
Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian peruntukan
masa untuk pengajaran Bahasa Melayu akan ditambah mulai tahun 2011,
apabila dasar MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya. Pertambahan masa Bahasa
Melayu daripada 270 minit kepada 330 minit di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina/Tamil, manakala untuk Sekolah Kebangsaan dikekalkan kepada 270 minit,
menunjukkan komitmen KPM dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa
Melayu di sekolah.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Pelajaran, inisiatif berkenaan diambil sebagai usaha melaksanakan
MBMMBI yang menggantikan PPSMI mulai 2011. Namun begitu, dengan
pertambahan masa tersebut tidak akan memanjangkan waktu persekolahan
semasa kerana ia hanya melibatkan pengubahsuaian peringkat dalaman
sahaja.Menurut pelbagai sumber media dasar yang diperkenalkan amat
ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang sebenarnya lebih
selesa menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Langkah
menambahkan masa pembelajaran dalam bahasa inggeris adalah amat wajar
bagi memperkukuhkan penguasaan para pelajar. Kita perlu faham, bahasa
inggeris bukan untuk sains dan matematik sahaja, tetapi untuk semua mata
pelajaran.
STRATEGI MENCAPAI DASAR MBMMBI
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan
modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P Yang
telah disediakan khas untuk dasar MBMMBI
1. Asas Berbahasa /(Basics To Basics).
Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik.
Asas berbahasa pradengar, prabunyi,prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul
pengajaran dan pembelajaran yangmenerapkan elemen menyeronokkan dalam seni
bahasa. Pengajaran danpembelajaran tatabahasa perlulah berasaskan dari sistem
bahasa yang betul dandilakukan secara bersepadu dalam konteks. Sebagai
contoh jika guru yangmengajar mata pelajaran Matematik haruslah menggunakan
bahasa yang betul danstandard bagi memberi kebiasaan murid dalam menggunakan
bahasa Melayu.Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan
asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan
keperibadian kitasebagai satu bangsa - bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita
mendaulat bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah ‘jati diri asing’ . Lantas,
akan terancatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.
Guru boleh membantu membetulkan penuturan bahasa murid dengan memberikan
galakkan yang akan menaikkan semangat murid menggunakanbahasa Inggeris.
Pelaksanaan hari Rabu sebagai English Day harus diperluaskandan
diperketatkan pengisiannya agar tidak ‘suam-suam kuku’ sahaja. Penguasaanguru
dalam bahasa Inggeris hendaklah mantap agar boleh menjadi rujukan kepada murid-
muridnya.Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah merangka dan menyediakan
latihan bahasa Inggeris kepada guru-guru untuk mempertingkatkan
penguasaan berbahasa Inggeris seperti ; Kursus Pemantapan Profisiensi Guru
Bukan Opsyenbahasa Inggeris, Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Bukan Opsyen
bahasa Inggeris dan Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris. Guru mesti
memantapkan diridalam penguasaan bahasa itu sendiri sebelum menyampaikan
kepada murid-muridbagi mengelakkan kesilapan dan boleh memalukan diri
mereka sendiri. Sepertiperumpamaan ‘guru kencing berdiri murid kencing berlari ’
perlulahdielakkan bagi memastikan murid murid ini tidak mencontohi perkara yang
negatif dilakukan oleh guru.
2. Didik Hibur
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysiaakan menyediakan
suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melaluipelbagai kaedah. Kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasadan seni bahasa akan
disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarianmaklumat, pelaporan dan
penghasilan produk. Manakala OPS-ENGLISHStudent’s Handbook pula untuk
bahasa Inggeris. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah menyediakan dan
membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran kesemua sekolah. Bahan
tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikankhusus bagi matapelajaran
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bahan digital iniberbentuk CD Stand-alone
yang dapat dijalankan di semua computer. Bahan iniditerapkan dengan unsur didik
hibur disamping menitikberatkan kemahiranberbahasa.
4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan
ataubahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu
BahasaMalaysia itu sendiri. Program Bulan Bahasa yang dilaksanakan di sekolah
haruslahdimanfaatkan oleh semua warga sekolah bagi memastikan penggunaan
bahasastandard dapat difahami , dilaksanakan sepanjang program berlansung
danseterusnya dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian.
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, lamansembang
dan laman web dapat menyediakan proses pengajaran dan pembelajaranyang bersifat
interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untukmenghimpunkan
bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa,para pendidik,
sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untukberbincang,
mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. BukuPanduan Guru
OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan pengajarandan pembelajaran
untuk pelajar Tingkatan Satu tahun 2012 dalam kemahiranbertutur dan
berkomunikasi yang lebih berkesan. CD Audio-Video (Teacher’s CD)akan
membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur danberkomunikasi
dengan lebih efektif.
6. Program Bacaan
Program bacaan seperti Komponen Sastera dalamBahasa Malaysia (KOMSAS), Buku
Sastera Sekolah Rendah, Bacaan AwalBerstruktur dan NILAM diteruskan.
Beberapa penambahbaikan akan dilakukansupaya pembacaan bahan sastera
dapat ditingkatkan. Makmal bahasa merupakansalah satu inisiatif ICT yang menjadi
agenda utama dalam pelaksanaan dasarMBMMBI ini. Insfrastruktur makmal
bahasa akan dilengkapi dengan alat pandangdengar, perisian kawalan murid
dan perisian interaktif bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang lebih
menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.Guru juga haruslah menyediakan bahan
bacaan dalam bahasa Malaysiadan bahasa Inggeris mengikut pelajaran yang diajar.
Bahan bacaan ini cukuppenting dimana guru haruslah mencari bahan bacaan yang
berkualiti dan mengikuttahap kebolehan murid berkenaan, Jika tahap murid
adalah terbaik, maka bahanbacaan mereka haruslah mempunyai aras yang sesuai
manakala murid yang lemahharus diberi bahan bacaan yang rendah. Ini adalah
bertujuan agar bahan bacaantadi akan difahami dan seterusnya dasar yang
dicanang tadi dapat hayati denganbetul.
7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
Guru yang mengajar mata pelajaran iniperlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk
memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.Guru digalakkan menghadiri kursus
peningkatan profesionalisme yang memberikanpendedahan tentang
perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembanganbahasa daripada pakar dari
dalam dan luar negara. Bahagian Pendidikan Guru(BPG) juga mengendalikan program
latihan dan peningkatan profesionalisme gurubagi mata pelajaran bahasa Malaysia
seperti ; Latihan Kursus Pendek KelolaanInstitusi, KDP 14 Minggu dan Kursus
Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa DanPustaka. Sebagai seorang guru yang ingin
menyampaikan maklumat terkini kepada pelajarnya, guru juga haruslah tidak
jemu mencari ilmu.
Ibarat ‘bagai air mencari jenisnya’ amat bersesuaian dengan guru yang tidak
kenal penat lelah namun masih juga mencari ilmu untuk disampaikan kepada anak
muridnya.Selain dari itu guru haruslah membuat persediaan yang mantapkhususnya
bagi pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu agar murid lebihberminat dan dapat
mewujudkan interaksi dua hala agar menjadikan pengajaran dan pembelajaran
berkualiti. Guru juga harus bersedia dengan senjata utama iaitubahan bantu
mengajar yang menarik disamping berkaitan dengan tajuk yang akan disampaikan nanti.
Kualiti yang mantap dalam pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih menyeronokkan
dan masalah dalam bilik darjah dapat dikurangkan. Begitu juga mata pelajaran teras
lain iaitu Sains dan Matematik. Guru yang kreatif akan melakukan serampang dua
mata iaitu sambil mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa melayu,
haruslah melihat tatabahasa yang digunakanoleh murid. Penerapan unsur bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris tadi sememangnya patut sebagai memenuhi dasar
yang dinyatakan tadi.
8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
Pemantauan daripada aspekkebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah
dipertingkatkan dari masa kesemasa bagi memastikan saiz kelas, serta
keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu
papan hitam, papan kenyataaan,dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk
guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan -bahan bacaan, dan
bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan
dan kebersihan. Susunan mejadan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya
memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama
mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x
9meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu
dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau
rujukan,kata-kata motivasi,termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer
dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.
Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid
dan guru untuk beradalebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam
sebuah rumah sendiri,wujudnyaperasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan
semangat berdikari, iaitubersamaberusaha memajukan diri dan kumpulan
secara kolektif. Pihak pengurusan harusmemainkan peranan dalam melakukan
pemantauan segala aspek yang dinyatakan agar objektif tersebut dapat dicapai dengan
jayanya.
9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu
diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam
Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca
dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal
dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana
melalui identiti negara bangsa.
10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan
diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar
negara.
11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi
Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat
kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai
syarat masuk.
BAHAN DAN SUMBER MBMMBI
Dalam melaksanakan sesuatu perubahan kurikulum, pihak yang
bertanggungjawab haruslah mengenalpasti apakah bahan-bahan sumber yang
akan disediakan kepada para pendidik. Hal ini penting kerana bahan dan
sumber yang disediakan akan membantu melicinkan lagi proses perubahan
kurikulum tersebut.
Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan
makmal bahasa dimana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal
bahasa bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan makmal komputer
sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa
dilaksanakan berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan
baru peralatan ICT untuk makmal Bahasa. Di samping itu, harus
mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran Bahasa.
Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa di sekolah. Seterusnya dapat membantu guru dan
murid dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa
Inggeris.
Objektif Makmal Bahasa ini diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam
menambah baik kurikulum pembelajaran Bahasa dan disamping itu dapat
menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi,
morfologi, sintaksisdan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara individu atau kumpulan
dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P Bahasa di dalam
kelas sebenar dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar. Malah, Makmal
Bahasa ini juga menjadi pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa
misalnya mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang
berkaitan.
Antara peralatan ICT di makmal komputer sekolah yang boleh digunakan
termasuklah Head set, Spilter, LCD Monitor, Classroom Monitoring System
(Perisian platform bagi pelaksanaan p&p) dan perisian Bahasa ( Bahan p&p
Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).
KESAN MBMMBI TERHADAP GURU
Perlaksanaan MBMMBI sedikit sebanyak mengubah kehidupan harian
pendidik. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu terlibat dengan tambahan waktu P&P. Ini kerana peruntukkan
tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris telah bertambah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit
hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan
ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu
pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan ditambah antara
30 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi tingkatan Satu
hingga Tingkatan lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu.
Guru juga mesti mengikuti program yang dilaksanakan oleh kerajaan di
mana kerajaan telah membawa masuk penutur jati dari luar di kalangan
pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah bersara secara kontrak
untuk melaksanakan program peningkatan profesionalisme pensyarah dan
guru. Pakar Bahasa Inggeris ini akan dilantik sebagai mentor kepada kepada
guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat mengajar bahasa Inggeris di sekolah.
Untuk memastikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajarkan oleh guru
mengikut opsyen , semua guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa
inggeris akan ditempatkan semula mengikut keperluan, manakala guru-guru
bukan opsyen akan diberikan kursus tambah opsyen. . Guru-guru bahasa
Ingggeris akan dibantu oleh seorang pembantu bagi kelas yang besar, kelas
yang melebihi 35 orang murid untuk meningkatkan “contact time” antara guru
dan murid. Dengan wujudnya jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ,
tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar –pelajar yang lemah
penguasaan bahasa Inggeris. Guru-guru yang berminat untuk mengajar di luar
Bandar akan diberi insentif, tawaran ini bertujuan untuk guru supaya
berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-
pelajar luar Bandar.
Perlaksanaan PPSMI sebelum ini memberi memberi kesan negatif
kepada pelajar Luar Bandar di mana pelajar perlu belajar mata pelajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris mengakibatkan keputusan pelajar
merosot. Perlaksanaan MBMMBI memberi nafas lega kepada guru kerana
keciciran pelajar boleh diminumkan jumlahnya kerana pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik boleh diajar dalam dwibahasa mengikut
kefahaman pelajar. Guru juga perlu mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan
bahan Alat Bahan Bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar melalui pendekatan kurikulum
modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan ini dilakukan
melalui modul pengajaran yang dan pembelajaran yang memberi tumpuan
kepada perkara asas berbahasa, didik hibur, apreseasi bahasa melalui Modul
Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi tumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berasaskan sistem bahasa.
Aktiviti ini perlu disokong dengan bahan bacaan estetika seperti seperti
kontemporari kanak-kanak, bahan program awal berstuktur dan bacaan intensif
yang mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang berkualiti.
Pendedahan kepada kepda masa depan yang cenderung kepada era
globalisasi. Guru juga perlu melengkapkan ilmu dengan bahan bacaan dan bilik
komputer bahasa yang diiktiraf sebagai makmal bahasa Ingggeris yang
debekalkan sebagai perintis makmal kepada memperkasakan bahasa inggeris
Penggunaan Bahasa Ingeris sekiranya dijadikan bahasa pengantar untuk
berkomunikasi memberi faedah kepada guru dan pelajar untuk jangka masa
panjang. Guru perlu memantapkan pengetahuan dengan program yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan antaranya program sastera kontemporari kanak-
kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa inggeris di peringkat
umur awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa inggeris . Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Inggeris digalakkan untuk menambah alat bantuan mengajar semasa
P&P agar menambah minat dan kefahaman pelajar.
KESAN MBMBI KEPADA PELAJAR
MBMMBI yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), adalah strategi
serampang dua mata kerajaan bagi memartabatkan bahasa Melayu tanpa
meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris. Justeru, usaha kerajaan
mempercepatkan MBMMBI yang sebelum ini disasarkan bermula pada 2012
kepada 2011, membabitkan murid Tahun Satu, mamp. Langkah kerajaan
memperluaskannya MBMMBI kepada murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan
Tingkatan Empat membuka ruang kepada pelajar untuk mepelajari subjek
Sains dan matematik dalam bahasa Melayu. MBMBI mampu membantu pelajar
yang keciciran terutamanya di sekolah rendah luar bandar berikutan subjek
Sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.
Tindakan kerajaan untuk melaksanakan MBMMBI pada 2012 telah
memudahkan pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan matematik di
mana kedua-dua mata pelajaran ini perlu diajar dalam bahasa yang mudah
difahami oleh murid, iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, Bahasa
Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Merujuk kepada garis panduan
perlaksanaan MBMMBI tahun 2012 SPI BIL 5/2011 perkara 7 pelajar boleh
boleh membuat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa
P&P sains dan matematik tetapi BIL 5/2011 perkara 7.1 sekolah perlu
memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam
bahasa yang telah mereka ikuti. pihak sekolah juga diarah untuk mengekalkan
murid-murid yang telah mendaftar di sekolah (BIL 5/2011 perkara 7.2).
Sekiranya hal ini tidak dapat dipenuhi, BIL 5/2011 perkara 7.3 permohonan
pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan.
IMPLIKASI MBMMBI TERHADAP PENGURUSAN BILIK DARJAH
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menengah serta memastikan
murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih
dan betul.Dasar MBMMBI berbeza dengan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang menetapkan
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Tamil dan sekolah menengah. Manakala Dasar MBMMBI menetapkan
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Dasar MBMMBI yang dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan
mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan
Matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
melalui pelaksanaan tambahan waktu P&P, transformasi kurikulum,
peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan
peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
P&P. Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat
dilaksana seperti dihasratkan. Hasil kajian mendapati murid sukar memahami
mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil
masa lama memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak
faham bahasa Inggeris.Hal ini memaksa guru mengajar dalam bahasa Malaysia
supaya murid dapat memahami mata pelajaran itu.Masalah seperti ini bukan
saja dialami sekolah luar bandar, malah di bandar.
Sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak
dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka terus
ketinggalan.Mulai 2010, dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat
peringkat di semua sekolah.Dalam proses peralihan ini, P&P Sains dan
Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa
Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil
di sekolah jenis kebangsaan Tamil.Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar itu. Perlaksanaan secara
berperingkat membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang
mengikuti P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum
2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan
Lima berdasar kesediaan guru dan murid di sekolah.
Dengan pendekatan ini, P&P Matematik dan Sains di sekolah rendah
dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016.Manakala di
sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua
mata pelajaran ini adalah pada 2021.MBMMBI memberi kesan terhadap
perubahan suasana P&P dengan adanya pelbagai modul yang perlu diguna
pakai oleh guru sebagai satu alat bantuan terhadap pendekatan Modular
Kurikulum Bahasa Melayu.Melalui modul P&P penguasaan asas bahasa dapat
diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik.
Aktiviti di dalam kelas juga lebih menarik melalui pendekatan MBMMBI
apabila asas berbahasa atau Back to Basic di laksanakan secara berstruktur
dan sistematik di dalam kelas. Asas berbahasa seperti pradengar, prabunyi,
prabaca dan pratulis dapat diperkukuh melalui modul P&P yang
menyeronokkan seperti penggunaan televisyen pendidikan di dalam kelas,
penggunaan audio dan visual, penggunaan CD interaktif dan sebagainya yang
mampu mempertingkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Malaysia. Bagi
pengukuhan dan pemantapan lagi Bahasa Inggeris penekanan kepada Phonics
adalah dititikberatkan di dalam kelas.Elemen pembelajaran yang
menyeronokkan di bentuk dalam Language Arts bagi menarik minat
pelajar.Modul tatabahasa diberikan penekanan penting di dalam pengajaran
tatabahasa di dalam kelas.
Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, email, laman sembang
dan laman web dapat menyediakan P& P yang bersifat interaktif serta
menghiburkan.Satu portal akan dibina untuk menghimpunkan bahan penulisan
bagi pengiat bahasa, pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa
Malaysia. Bagi mempergiatkan lagi pembangunan penguasaan Bahasa
Malaysia di Sekolah, program bacaan seperti Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia, Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan
NILAM diteruskan dan diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan dalam
pelaksanaan program.
Melalui aktiviti didik hibur pendekatan P&P Bahasa Malaysia
memberikan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai
pendekatan dan kaedah seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
menulis, tatabahasa, dan seni bahasa dengan menggunakan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, dan penghasilan produk. Modul Language
Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P Bahasa Inggeris
yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants,
choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar yang interktif. Bahan
bacaan estetik juga diberi penekanan di dalam aktiviti pelajar di dalam kelas
melalui Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur
dan Bacaan Ekstensif bagi mendedahkan pelajar kepada Bahasa Inggeris
pelbagai genre.
Pelaksanaan MBMMBI di sekolah banyak mendorong kepada
pembinaan dan pelestarian bagi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif
dan selamat untuk pelajar-pelajar sekolah.Sekolah perlu memantau dengan
teliti dalam aspek kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di sekolah.
Pemantauan ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan
saiz kelas, keadaan bilik darjah, jumlah pelajar di dalam kelas lebih kondusif
dan selesa bagi pelajar-pelajar menjalankan aktiviti P&P. Peningkatan sumber
atau bahan bantu mengajar berlakuapabila MBMMBI dilaksanakan di sekolah
melalui penaiktarafan makmal computer dengan penambahan perkakasan dan
perisian supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa. Perisian yang sesuai
akan digunakan sebagai bahan P&P di dalam kelas.
KOMITMEN KPM DALAM MEREALISASIKAN MBMMBI
Bagi melaksanakan dasar MBMMBI, KPM bertanggungjawab dalam merancang
dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI. KPM
bertanggungjawab bagi melatih guru bahasa Inggeris dalam perkhidmatan bagi
meningkatkan profesionalisme dan melengkapkan guru dengan kemahiran
selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. Dalam meningkatkan
kemahiran guru bahasa Inggeris, ELTC dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan program serta kursus berikut:
I. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of
Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG.
II. Certificate in the Practice of English Language Teaching (CPELT) untuk
guru bukan opsyen bahasa Inggeris.
III. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English
Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa
Inggeris yang tidak mengikuti CPELT(Certificate in the Practice English
Language Teaching).
IV. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam
kalangan pelajar Tingkatan Satu di sekolah Band 3 hingga 5.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mengendalikan program latihan dan
peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris:
Latihan untuk bahasa Malaysia:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan untuk bahasa Inggeris:
i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris .
Sebagai langkah untuk memastikan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran mata
pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, ELTC melaksanakan
Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru
bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris
di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini adalah kursus tambah
opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan itu:
i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru Sains dan Matematik
sekolah menengah yang berkhidmat antara 1 hingga 5 tahun
ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru bahasa Inggeris
yang bersara dari seluruh negara.
Dalam usaha menangani masalah perlaksanaan MBMMBI, pada 2008 KPM
telah bersetuju mengambil penutur jati Bahasa Inggeris sebagai pakaratau
mentor kepada guru dan pensyarah bahasa Inggeris di sekolah rendah dan
institusi pendidikan guru di negara ini.Keputusan dibuat bagi melaksanakan
Program Penutur Jati bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Peranan
Training Fellows ditempatkan di setiap PKBI adalah menjadi mentor kepada
pensyarah bahasa Inggeris bertujuan membantu pembangunan
profesionalisme pensyarah itu. Selain itu,TrainingFellows juga bekerjasama
dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas dilaksanakan
Training Fellows sejajar dengan keperluan dan kehendak institusi.
Bagi menjayakan Dasar MBMMBI, English Language Teaching Centre (ELTC)
menyediakan bahan meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru manakala Bahagian
Teknologi Pendidikan menyediakan dan membekalkan bahan digital
pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Petunjuk Prestasi Utama
Program Penutur Jati untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di
1,800 sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG)
yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI)
iaitu:
I. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.
II. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
III. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.
IV. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
V. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur.
AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN MBMMBI
Sokongan kerajaan yang kuat dalam meralisasikan transformasi
pendidikan ini dapat dilihat melalui penyediaan guru untuk mendidik pelajar di
serata pelusuk negara.Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih
10,000 guru bahasa Inggeris bagi memastikan pengajaran Bahasa Inggeris di
sekolah berjalan lancar. Penyediaan latihan berkenaan selaras dengan
pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang akan bermula pada tahun
depan. Hampir 12,000 guru terlibat dalam program latihan khusus untuk
mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan tahun lepas dan untuk
tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris diberikan
latihan sama untuk memastikan kelestarian MBMMBI di sekolah-sekolah.
Selain itu, kementerian juga memberikan komitmen yang padu dalam
perlaksanaan MBMMBI dengan menawarkan kerja secara kontrak melalui
pengambilan semula guru bersara Bahasa Inggeris. Mulai tahun ini sehingga
2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara bahasa Inggeris telah
dilantik secara kontrak di seluruh negara, dan sehingga Mac lepas 168 guru
telah menerima tawaran. Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik
komputer di sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 buah sekolah
dipilih sebagai perintis makmal dan diperluaskan ke 700 buah sekolah lagi .
Semua ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada sekolah-sekolah
dalam melaksanakan MBMMBI.
Mentor yang terbabit di sekolah rendah untuk membantu guru bahasa
Inggeris dalam aspek seperti berikut:
I. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme
guru bahasa Inggeris.
II. Pengendalian, program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon.
III. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan
zon.
IV. Perkhidmatan pakar dalam.perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.
V. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran.
VI. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai.
VII. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program.
VIII. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru
sekolah.
Bahan berkenaan adalah bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Bahan digital ini berbentuk CD
Standalone yang dapat dijalankan di semua komputer.Bahan diterapkan
dengan unsur didik hibur, di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.
SOKONGAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN MBMMBI
Pada awalnya ramai ibu bapa yang bimbang mengenai peralihan bahasa
pengantar dalam pendidikan sains dan matematik daripada Bahasa Inggeris
(PPSMI) kepada Bahasa Malaysia (MBMMBI).Namun kebimbangan ini dapat
dirungkaikan melalui pendekatan soft landing.Ada juga ibu bapa yang
tersenyum bersetuju dengan dasar baru kerajaan dalam memartabatkan
Bahasa Malaysia melalui pendekatan MBMMBI di sekolah.Melalui pendekatan
MBMMBI di sekolah, bahasa pengantar di sekolah ialah dengan menggunakan
Bahasa Malaysia.
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa
Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan serta
perhubungan utama dalam bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk
mencapai hasrat 1Malaysia.MBMMBI juga bermatlamat untuk memperkukuh
Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
MBMMBI ini juga kurikulumnya direka bentuk apabila hasil dapatan
daripada kajian perlaksanaan PPSMI mendapati murid sukar memahami mata
pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil masa
yang lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak
memahami pengajaran yang menggunakan bahasa pengantar bahasa
Inggeris.Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia
supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut.Masalah
seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga
di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar
murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains
dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.Bagi mengelakkan pelajar ini
terus ketinggalan kerajaan mengambil langkah bijak dengan menggubal dasar
baru iaitu MBMMBI yang kini semakin mendapat sokongan daripada ibu bapa.
Kini ibu bapa boleh menarik nafas lega dan tidak perlu runsing kerana segala
masalah mereka diselesaikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan pihak
kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik dalam
kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.