MBMMBI

17
MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS PENGENALAN Isu penguasaan bahasa sering menjadi agenda utama negara dalam merangka pelan pembangunan pendidikan negara. Bahasa berperanan sebagai medium komunikasi, perhubungan dan alat perpaduan. Kepentingan menguasai bahasa ini mendorong kerajaan menetapkan satu standard yang perlu dicapai oleh murid di negara ini. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat agar setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hasrat ini merupakan anjakan kedua transformasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dikenal pasti mampu menghasilkan perubahan dan memberi impak kepada sekurang- kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Fokus utama dalam pelan tersebut ialah kualiti kerana ia dimensi yang penting dan perlu diberikan perhatian yang segera. Di bawah anjakan tersebut, kementerian menggariskan beberapa strategi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Strategi pertama ialah dengan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan. Strategi kedua pula melibatkan Bahasa Inggeris iaitu

description

Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris

Transcript of MBMMBI

Page 1: MBMMBI

MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

PENGENALAN

Isu penguasaan bahasa sering menjadi agenda utama negara dalam merangka

pelan pembangunan pendidikan negara. Bahasa berperanan sebagai medium

komunikasi, perhubungan dan alat perpaduan. Kepentingan menguasai bahasa ini

mendorong kerajaan menetapkan satu standard yang perlu dicapai oleh murid di

negara ini. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat

agar setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hasrat ini

merupakan anjakan kedua transformasi sistem dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dikenal pasti mampu menghasilkan

perubahan dan memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima

keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Fokus

utama dalam pelan tersebut ialah kualiti kerana ia dimensi yang penting dan perlu

diberikan perhatian yang segera.

Di bawah anjakan tersebut, kementerian menggariskan beberapa strategi

yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa

Inggeris. Strategi pertama ialah dengan memperkenalkan kurikulum Bahasa

Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif

untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan. Strategi kedua

pula melibatkan Bahasa Inggeris iaitu memperluas program LINUS supaya meliputi

literasi Bahasa Inggeris. Manakala strategi ketiga melibatkan guru Bahasa Inggeris

iaitu meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang

bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris. Strategi keempat ialah menggalakkan

setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.

Strategi-strategi yang sedang dan akan dilaksanakan ini bukanlah sesuatu

yang baharu. Malah ia adalah rentetan kepada rancangan pendidikan terdahulu iaitu

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Perubahan ini mungkin dilihat

bersifat strategi atau operasi, namun ia menggambarkan perubahan amalan semasa

dalam sistem pendidikan Malaysia yang sentiasa berkembang.

Page 2: MBMMBI

KONSEP

Keperluan untuk meningkatkan keberhasilan murid melalui Bahasa Malaysia dapat

dicapai melalui sistem pendidikan semasa. Walaupun wujud kepelbagaian budaya

masyarakat Malaysia, penguasaan kemahiran berbahasa Malaysia di kalangan

murid adalah meluas. Ini terbukti melalui kadar kelulusan dan pencapaian murid

dalam Bahasa Malaysia dalam peperiksaan-peperiksaan awam.

Namun begitu, tahap pencapaian penggunaan Bahasa Inggeris masih rendah

berbanding Bahasa Malaysia. Ini dibuktikan melalui statistik kelulusan murid dalam

Bahasa Inggeris pada peperiksaan-peperiksaan awam. Malah kelemahan

penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan siswazah baharu telah

dikenal pasti sebagai isu yang kerap dihadapi oleh majikan di Malaysia.

Penyertaan murid dalam sekolah rendah yang berlainan membawa kepada

keberhasilan yang berbeza dalam kalangan murid pelbagai etnik (KPM, 2013).

Justeru kerajaan meletakkan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran

penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris bagi semua murid agar selepas

tiga tahun persekolahan, setiap murid akan mencapai 100% literasi asas dalam

bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Kerajaan juga mensasarkan agar 90%

daripada murid yang tamat Tingkatan 5 memperoleh skor kredit minimum dalam

Bahasa Malaysia. Manakala pencapaian Bahasa Inggeris pula menjangkau 70%

murid memperoleh skor kredit minimum dalam SPM.

Walaupun keutamaan diberi kepada penguasaan Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris, kerajaan turut menyediakan mata pelajaran bahasa lain di semua

sekolah rendah dan menengah. Ia akan diperkukuhkan supaya setiap murid

berpeluang mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Ia bertepatan dengan

budaya Malaysia yang berbilang bangsa dan bahasa.

Page 3: MBMMBI

DEFINISI

Bahasa merupakan entiti yang amat rencam yang terangkum di dalamnya pelbagai

jenis pengetahuan. Walau semudah manapun sistem sesuatu bahasa atau sekecil

manapun bilangan penuturnya, entiti tersebut tetap berstatus bahasa yang

sempurna. Bahasa terdiri daripada sejumlah kosa kata yang melambangkan

pelbagai konsep tentang pelbagai perkara, sama ada yang konkrit atau abstrak.

Bahasa juga terdiri daripada pelbagai peraturan, iaitu peraturan nahu, budaya,

sosial, agama dan sebagainya. Peraturan sosial serta kekangan budaya dan agama

dalam berbahasa merupakan aspek yang sama penting dengan peraturan-peraturan

nahu atau tatabahasa (Zulkifley 2014).

Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan rasmi bagi rakyat

Malaysia. Pada asasnya, bahasa adalah alat untuk berkomunikasi yang diperlukan

bagi setiap individu. Kerajaan berhasrat untuk membangunkan bahasa Melayu agar

ia berperanan sebagai asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan yang amat

penting yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Ia telah

mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta

bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini

disebabkan bahasa menjadi satu kepentingan di negara ini yang mempunyai

masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai

panduan.

Bahasa Inggeris pula dilihat sebagai alat untuk memperoleh pengetahuan,

terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi. Atas dasar ini, Bahasa Inggeris

dipilih untuk menjadi medium penyampaian bagi subjek berteraskan Sains dan

Teknologi pada satu ketika dahulu. Kepentingan dan keperluan kemahiran Bahasa

Inggeris dalam arus globalisasi mendorong rombakan demi rombakan dilaksanakan

kepada sistem pendidikan negara kita.

Page 4: MBMMBI

TEORI

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berhasrat untuk

memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah,

dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi

menggantikan kelas Peralihan. Setiap murid sekolah rendah, sama ada di sekolah

kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan akan menggunakan kurikulum bahasa

Malaysia yang standard mulai kohort Tahun 4 pada tahun 2014. Di sekolah jenis

kebangsaan, murid yang menghadapi masalah dengan perubahan ini akan

mengikuti kelas pemulihan bahasa Malaysia selepas waktu persekolahan bermula

dari Tahun 4 hingga Tahun 6, selepas menjalani program Saringan Literasi dan

Numerasi (LINUS) 2.0. Objektif kelas pemulihan ini adalah sebagai intervensi awal,

dan kerap dijalankan bagi membolehkan Kelas Peralihan ditamatkan mulai tahun

2017.

Pelaksanaan saringan literasi Bahasa Malaysia di kalangan murid Tahap 1

telah membantu melonjakkan pencapaian murid dalam bahasa tersebut. Justeru,

kerajaan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris.

Setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 3 akan disaring dua kali setahun bagi

memastikan kemajuan mereka dalam literasi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris

berada pada kadar yang dijangkakan. Murid yang ketinggalan akan mengikuti kelas

pemulihan sehingga mereka dapat mengikuti kurikulum aliran perdana. Guru yang

mengajar murid yang lemah ini akan menerima bimbingan khusus daripada

pembimbing guru peringkat daerah.

Tahap kemahiran bahasa guru Bahasa Inggeris akan ditingkatkan dan

kerajaan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris.

Setiap murid akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang disampaikan oleh

guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa. Langkah ini

akan dapat dicapai dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris

Page 5: MBMMBI

lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak

mencapai standard yang ditetapkan akan engikuti latihan intensif bagi

meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih

meluas terhadap bahasa melalui modul Sastera Inggeris yang diwajibkan kepada

murid sekolah menengah. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh

pendedahan yang lebih lama berbanding kadar kini (15%-20%) diperlukan bagi

murid menguasai Bahasa Inggeris.

Selain penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, guru perlu

menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Pada

masa ini, ramai murid yang telah mempelajari bahasa tambahan selain bahasa

Malaysia dan bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa tambahan akan dapat

membantu murid menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, aspirasi Kementerian

adalah bagi memastikan setiap murid berpeluang mempelajari bahasa tambahan

dari peringkat rendah sehingga peringkat menengah. Pada tahun-tahun permulaan,

Kementerian akan memberikan tumpuan untuk menambahkan bilangan guru bahasa

Cina, bahasa Tamil dan bahasa Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa-

bahasa itu sepadan dengan bilangan murid. Apabila sistem pendidikan negara dapat

meningkatkan kebolehan dan keupayaan, Kementerian akan memperkenalkan

bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa Jepun.

ISU-ISU MELIBATKAN BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS DI

MALAYSIA

Bahasa adalah alat, kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi, bukan satu

mata pelajaran yang perlu dikuasai atau set arahan atau panduan yang perlu diingat

(Hamidah et al. 2014). Namun begitu, Bahasa Inggeris telah diajar secara formal di

Malaysia. Kajian tersebut turut mendapati bahawa murid lebih mudah menguasai

kemahiran berbahasa sewaktu komunikasi berlangsung. Pencapaian Bahasa

Inggeris dalam peperiksaan menjadi agenda penting berbanding keupayaan murid

berinteraksi dengan bahasa tersebut. Ini menyebabkan murid beranggapan

Page 6: MBMMBI

mempelajari bahasa adalah sama seperti mereka mempelajari mata pelajaran lain di

sekolah.

Kemajuan teknologi yang pesat dan tanpa sempadan terutamanya teknologi

perhubungan dan komunikasi memperlihatkan penggunaan bahasa yang kurang

kurang sempurna. Percampurbauran antara bentuk bahasa yang rasmi dengan yang

basahan, baik dalam hal kosa kata, tatabahasa dan sebutan menjadi fenomena

yang agak nyata dan membimbangkan. Ia dilihat sebagai pengaruh yang tidak

membina kepada penguasaan berbahasa dengan sempurna. Murid terbawa-bawa

dengan bahasa sistem pesanan ringkas dan juga aplikasi-aplikasi interaksi maya

sehingga beranggapan bahasa yang digunakan boleh diguna pakai dalam

peperiksaan.

Selain itu, pengekalan struktur kurikulum sekolah di Malaysia masih

berasaskan kepada tiga kaum turut menyebabkan penguasaan Bahasa Malaysia di

kalangan murid-murid yang mengikuti pendidikan rendah di Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK) tidak memuaskan. Guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia

di SJK cenderung untuk menggunakan bahasa ibundanya bagi memahamkan murid

dengan kandungan pengajaran. Akibatnya murid hanya menguasai isi kandungan

sahaja dan tidak secara keseluruhan.

IMPLIKASI

Persepsi murid kepada mata pelajaran bahasa yang beranggapan ia mudah untuk

dikuasai menyebabkan murid tidak meneroka gaya pembelajaran yang bersesuaian

dengan mereka. Apatah lagi jika guru gagal mewujudkan suasana pembelajaran

yang kondusif buat murid. Bukan itu sahaja, guru perlu tahu teknik dan memilih gaya

pengajaran yang bersesuaian agar murid tertarik untuk mengikuti pengajaran. Dalam

kajian yang dibuat oleh Zamri et al. (2009), didapati seseorang guru bahasa perlu

mengambil kira gaya pengajarannya bersesuaian dengan aspek kepelbagaian murid

kerana ia mempunyai kesan yang amat besar dan merupakan faktor terpenting

dalam menentukan suasana pembelajaran. Apatah lagi, sesetengah murid juga

Page 7: MBMMBI

beranggapan bahawa mempelajari bahasa membosankan. Ia bertitik tolak daripada

pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut.

Guru bahasa seharusnya memahami proses komunikasi yang baik mampu

meningkatkan penguasaaan seseorang dalam berbahasa. Tindakan guru mengajar

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam bahasa ibunda atau bahasa yang

difahami oleh murid tidak membantu penguasaan murid terhadap bahasa tersebut.

Kemungkinan murid akan cemerlang di atas kertas adalah tinggi sedangkan dari

aspek lisan murid tersebut gagal. Ia menggambarkan tahap profisien murid tersebut

dengan bahasa tersebut adalah rendah.

Aspek sikap murid juga dikenalpasti mempengaruhi pencapaian murid dalam

Bahasa Inggeris. Kajian Abdul Rahim & Mohd Sharifudin (2014) berkenaan status

sikap kanak-kanak Orang Asli terhadap penguasaan Bahasa Malaysia (BM)

mendapati ia sangat berkaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian mereka

dalam penguasaan BM. Begitu juga dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang turut

dipengaruhi oleh karekter murid tersebut (Hamidah et al. 2014). Murid yang aktif

mengaplikasikan bahasa yang betul dalam komunikasi harian lebih mudah

menguasai bahasa tersebut berbanding murid yang bersikap selektif dan tidak

prihatin.

CABARAN

Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan bagi memastikan tenaga pengajar di

kalangan guru-guru opsyen, masih wujud guru bukan opsyen mengajar mata

pelajaran bahasa. Dalam hal ini, guru perlu bersikap terbuka dan mendalami selok

belok pengajaran bahasa. Namun begitu, tidak semua guru bersedia untuk

meneroka dan meningkatkan kemahiran pengajaran bahasa.

Dalam hal Sekolah Jenis Kebangsaan, kajian Abdul Rahim et al. (2014)

mendapati bahawa penerimaan murid berkait rapat dengan budaya setempat.

Cubaan untuk merombak dengan memansuhkan kewujudan SJK sering dipandang

sebagai isu perkauman dan pertentangan budaya. Ini menyebabkan hasrat

mewujudkan sebuah sistem persekolahan dengan menggunakan satu sistem

Page 8: MBMMBI

kurikulum yang sama tidak terlaksana. Umum mengetahui murid di sekolah

kebangsaan dan SJK belajar bahasa dengan aras yang berbeza. Ini merupakan satu

ketidakseragaman.

Kajian oleh Zulkifley (2014) menunjukkan etnik dan persekitaran sekolah

boleh mempengaruhi prestasi murid. Namun ia hanya mempengaruhi para murid

Melayu dengan ertikata prestasi bahasa Melayu mereka menurun apabila di

tempatkan di dalam bilik darjah yang ramai murid Cina meskipun bahasa Melayu

adalah bahasa ibunda mereka. Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah

etnik dan persekitaran sekolah boleh memberikan impaks yang signifikan terhadap

proses perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di

Malaysia. Dalam hal ini, pentadbir sekolah serta ketua panitia Bahasa Malaysia

umpamanya perlu mengambil kira kepelbagaian etnik yang wujud di sekolah serta

persekitaran sekolah seperti budaya masyarakat setempat sewaktu merangka

program pendidikan Bahasa Malaysia.

Mutakhir, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru perlu

menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan murid. Salah satu elemen

dalam P&P adalah kaedah penyoalan yang memberi kesan kepada penerokaan

kandungan pengajaran dan pemikiran murid. Tidak semua guru mampu mewujudkan

merealisasikan hasrat tersebut. Kajian Zamri & Norazah (2011) mendapati bahawa

wujud hubungan di antara tempoh pengalaman mengajar guru dalam penggunaan

penyoalan di dalam bilik darjah. Implikasinya ialah apabila soalan aras tinggi kurang

digunakan semasa P&P, budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terbatas.

PENYELESAIAN

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran Bahasa Malaysia seperti

pembelajaran berasaskan projek. Sebagai contoh, penulisan berbentuk risalah. Ia

dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan kemahiran menulis di kalangan

murid dan sesuai dijalankan di sekolah-sekolah rendah. Kajian Yahya & Dk.

Suzanawaty (2014) boleh dijadikan asas penambahbaikan bagi perancang

kurikulum mengemaskinikan modul pengajaran bahasa, terutama dalam kemahiran

Page 9: MBMMBI

menulis dan pendidikan bahasa. Proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian

yang dilaksanakan dalam kajian ini juga berguna dalam memberikan idea dan

maklumat kepada pihak yang terlibat. Ia dapat memberikan idea dan maklumat

supaya perancang kurikulum boleh merancang dan mengemaskinikan panduan

pemberian projek yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah dengan lebih teratur

dan berkesan.

Bahasa Inggeris sepatutnya tidak diajar secara formal di Malaysia tetapi

pengajarannya seharusnya bersifat tidak langsung. Kajian oleh Hamidah et al.

(2014) mendapati murid lebih mudah menguasai kemahiran berbahasa sewaktu

komunikasi berlangsung. Komunikasi ini bermula sebaik sahaja guru melangkah

masuk ke kelas. Sesi pembelajaran Bahasa Inggeris seharusnya dipecahkan

kepada lisan, mendengar, membaca dan menjalankan aktiviti berkumpulan. Aspek

lisan meliputi murid bercerita tentang objek yang dibawa, sementara murid juga

mendengar arahan guru dan cerita yang disampaikan oleh murid lain. Kemudian

wujud sesi membaca dan bercerita yang menggalakkan murid melahirkan idea atau

pendapat mereka. Akhir sekali murid akan diberi tugasan individu yang dibuat secara

berkumpulan. Dalam hal ini, susun atur meja dan kerusi murid penting kerana

susunan meja secara berdepan menggalakkan interaksi antara mereka. Sekiranya

murid telah menyiapkan tugasan yang diberi, mereka boleh melakukan aktiviti lain di

dalam kelas seperti mebaca, menggunakan komputer atau membuat aktiviti seni

kreatif. Menurut kajian tersebut, guru berperanan sebagai pemudah cara dan bukan

mengajar semata-mata. Adalah penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan dan hidup, kondusif dan meransang murid untuk lebih yakin

menggunakan Bahasa Inggeris.

Dapatan kajian membuktikan bahawa murid mempunyai strategi mereka yang

tersendiri untuk memahami perkara yang mereka hadapi iaitu penguasaan bahasa

kedua. Murid perlu diberi ruang pendedahan kepada bahasa itu sendiri serta

peluang untuk menggunakan bahasa tersebut.

Setiap guru Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris perlu

mengeksploitasi kemahiran meta kognitif murid supaya mereka berminat dan

bermotivasi untuk mempelajari Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Guru-

guru Bahasa Malaysia perlu memiliki strategi dan pendekatan mengajar yang

Page 10: MBMMBI

berpusatkan pelajar. Hal ini kerana guru-guru dapat mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan pelajarnya dalam sesi pembelajaran tersebut. Antara punca kelemahan

murid ialah kelemahan pelajar untuk merancang, mengenal pasti masalah,

mencirikan masalah sebenar yang perlu diselesaikan dan memahami strategi untuk

menyelesaikan setiap masalah berkenaan. Dengan cara ini, guru dapat membantu

murid untuk mempelajari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mudah dan

menyeronokkan.

Guru-guru juga harus menyedari bahawa setiap individu murid mempunyai

gaya pembelajaran yang berbeza. Setiap guru perlu merancang pengajarannya agar

selari dengan tahap kognitif murid mereka. Guru juga seharusnya dapat membantu

murid merancang aktiviti pembelajaran mereka agar sesuai dengan tahap kognitif

mereka. Manakala bagi murid pula, mereka seharusnya perlu memiliki kemahiran

meta kognitif yang mantap. Kemahiran memantau, menilai dan membuat regulasi

kendiri boleh dipelajari sendiri ataupun melalui tunjuk ajar guru (Nur Aisyah & Zamri

2014). Dengan menguasai, mengaplikasikan dan menggunakan kemahiran meta

kognitif dalam pembelajaran, pencapaian murid akan turut meningkat. Minat dan

motivasi mereka juga akan bertambah jika kemahiran meta kognitif ini dapat

membantu mereka menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

RUMUSAN

Pembelajaran bahasa adalah aktiviti sosial dan memahaminya memerlukan

kefahaman terhadap bagaiman proses tersebut berlaku. Pada asasnya, penguasaan

murid dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris masih di tahap sederhana.

Pelbagai usaha dan strategi telah disusun dan dilaksanakan bagi memastikan

kedua-dua bahasa dikuasai oleh murid. Kerjasama semua pihak, bermula daripada

pembuat dasar hinggalah ke pelaksana dasar perlu diperkukuhkan demi

menjayakan hasrat murni kerajaan. Pembuat dasar perlu peka dengan kekangan-

Page 11: MBMMBI

kekangan yang wujud manakala pelaksana dasar perlu mencambahkan minat,

mempelbagaikan strategi penyampaian pengajaran dan meningkatkan pengetahuan

dalam subjek yang diajar. Meningkatkan tahap profisien murid dalam Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris bukanlah suatu tugas yang mudah. Usaha berterusan

perlu digembeleng agar murid menguasai kedua-dua subjek tersebut dan

berkeyakinan untuk berdepan dengan arus globalisasi yang semakin mencabar.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abu & Mohd Sharifudin Yusop. 2014. Sikap Kanak-kanak Orang Asli di Bandar Raya Kuala Lumpur Terhadap Pengusaaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(2) : 57-66.

Awang Sariyan. 2011. Peri Pentingnya Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Bidang Penyiaran untuk Memperkukuh Asas Citra Kebudayaan Kebangsaan. Kertas ucap utama Seminar Bahasa Melayu dalam Penyiaran 2011. Anjuran Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak,11 September.

Grasha, A.F. 1996. Teaching with styles: A practical guide to enhance learning by understanding learning and teaching styles. NewYork: Alliance Publisher

Hamidah Yamat, Ross Fisher & Sarah Rich. 2014. Revisiting English Language Learning among Malaysian Children. Asian Social Science 10(3): 174-180.

Nur Aisyah Mohamad, Zamri Mahamod. 2014. Tahap Kemahiran Metakognitif Murid Tingkatan Empat dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan B ahasa Melayu 4(1): 41-47.

Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman. 2014. Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(1) : 19-29.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Juliawati Ibrahim. 2009. Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 67 – 92.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Melor Md. Yunus, Maimun Aqsha Lubis, Ong Sze Chonge. 2010. Comparative learning styles of Malay language among native and non-native students. Procedia Social and Behavioral Sciences 9 : 1042–1047.

Page 12: MBMMBI

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. 2011. Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 51-65.

Zulkifley Hamid. 2014. Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 10(5): 99 – 109.