MC Princess Hour

6
Skrip Majlis Perasmian Princess Hour Sabtu, 21 April 2012 Bi l MC Pengumuman 1 Mengumumkan ketibaan…. _____________________________________ ______________________________________ diiringi oleh Pensyarah Penasihat Helwi, Ustazah Nurul Huda Binti Mohd Bisri dan Pengerusi Helwi, Saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus untuk masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat. PAUSE Kita buka majlis kita dengan ummul furqan kita, Al- Fatihah. VIP AMBIL TEMPAT 2 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah Pembuka Bicara.

description

Teks Pengacaraan

Transcript of MC Princess Hour

Page 1: MC Princess Hour

Skrip Majlis Perasmian Princess HourSabtu, 21 April 2012

Bil MC Pengumuman

1 Mengumumkan ketibaan….

_____________________________________

______________________________________

diiringi oleh Pensyarah Penasihat Helwi, Ustazah Nurul Huda Binti Mohd

Bisri dan Pengerusi Helwi, Saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus

untuk masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat.

PAUSE

Kita buka majlis kita dengan ummul furqan kita, Al-Fatihah.

VIP AMBIL TEMPAT

2 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera.

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Yang Berusaha ___________________________

__________________________________________

__________________________________________

Yang Dihormati Ustazah Nurul Huda Bt Mohd Bisri

Pensyarah Penasihat Helwi

Page 2: MC Princess Hour

Yang Berbahagia para panel jemputan forum kita pada hari ini.

Seterusnya

Pengerusi Helwi, Saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus,

Barisan Warden,

Dan para muslimat yang dikasihi sekalian.

3 Bagi memberkati Majlis Perasmian Princess Hour ini, majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan saudari Siti Munirah Bt Mansor untuk memimpin

bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan……

BACAAN DOA

4 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudari Siti Munirah Bt

Mansor atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan,

Pengerusi Helwi, saudari Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Darus untuk

menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan…..

UCAPAN ALU-ALUAN

5 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudari Nur Ain Syafiqah

Binti Mohd Darus atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Segar Seri pagi melilit pagar,

Berbalam kabus di Tasik Chini,

Ucapan alu-aluan telahpun didengar

Upacara perasmian menyusul kini.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang

Berusaha ______________________________________________

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Princess

Page 3: MC Princess Hour

Hour. Dengan segala hormatnya, dipersilakan….

UCAPAN PERASMIAN

6 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha

______________________________

atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

7 Tanpa melengahkan masa lagi, tibalah masa yang kita nantikan, iaitu sesi

perbincangan forum yang bertajuk AKU, DIA dan CINTA oleh saudari Noor

Asyanti Abu Bakar dan saudari Shahida Azizan.

Dengan itu, majlis segala hormatnya, menjemput para panel jemputan untuk

mengambil tempat untuk sesi forum kita pada pagi ini. Majlis seterusnya

diserahkan kepada moderator bagi memulakan perbincangan forum kita

pada hari ini.

Dipersilakan

8 CABUTAN BERTUAH :

Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu. Majlis kita pada hari ini

diserikan lagi dengan sesi cabutan bertuah. Dengan itu, majlis menjemput

Yang Berusaha ____________________________,diiringi Pensyarah

Penasihat Helwi, Ustazah Nurul Huda Bt Mohd Bisri, menyampaikan hadiah

kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah. Diharap

para muslimat yang lain dapat bersabar untuk sesi cabutan bertuah yang

seterusnya.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan sesi perbincangan

forum . Dengan itu, majlis diserahkan kepada moderator untuk menyambung

kembali sesi perbincangan forum kita pada hari ini.

Selepas sesi soal jawab

9 Berakhirlah sudah sesi perbincangan forum kita pada hari ini,Diharap

Page 4: MC Princess Hour

perbincangan forum sebentar tadi dapat memberi banyak input kepada para

muslimat dalam menjalani kehidupan seharian sebagai muslimah sejati.

Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu sesi cabutan bertuah .

Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha

____________________________, diiringi Pensyarah Penasihat Helwi,

Ustazah Nurul Huda Bt Mohd Bisri bagi upacara penyampaian hadiah

kepada para pemenang cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah. Diharap

para muslimat yang lain dapat bersabar untuk sesi cabutan bertuah yang

seterusnya pada majlis yang akan diadakan malam nanti.

Kini, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan nasyid jemputan

daripada kumpulan Soutul Xandria, dengan

________________________________________________________

________________________________________________________.

Dipersilakan.

PENUTUP

12 Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi, maka berakhirlah Majlis

Perasmian Princess Hour. Majlis memohon kemaafan atas segala

kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan sural Al- Asr.

Majlis bersurai.