mc3

3
Para hadirin yang saya hormati sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih ____________________________________________________________________ ______ Assalamualaikum dan salam kemerdekaan saya ucapkan kepada Yang berbahagia Prof Datu Dr Ali bin Baba ,Pengarah Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia . Yang Berusaha Dr Ali bin Baba,Timbalan Pengarah Pusat Islam.Universiti Sains Malaysia. Saudara Ali bin Baba ,Pengarah Majlis Perwakilan Pelajar ,Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan. Saudara Ali bin Baba,Pengarah Rakan Masjid,Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan. Serta hadirin dan hadirat ,ahlan wa sahlan saya ucapkan. Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini. Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan.

description

khatam quran

Transcript of mc3

Para hadirin yang saya hormati sekalian.Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapatmengambil tempat masing-masing.Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirinsekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyapsepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih__________________________________________________________________________Assalamualaikum dan salam kemerdekaan saya ucapkan kepadaYang berbahagia Prof Datu Dr Ali bin Baba ,Pengarah Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia .Yang Berusaha DrAli bin Baba,Timbalan Pengarah Pusat Islam.Universiti Sains Malaysia.SaudaraAli bin Baba,Pengarah Majlis Perwakilan Pelajar ,Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan.SaudaraAli bin Baba,Pengarah Rakan Masjid,Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.Serta hadirin dan hadirat ,ahlan wa sahlan saya ucapkan.Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalianSirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismilah pembuka bicara.Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran,Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini.Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan.semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalamterhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahaptertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlangdi dunia dan akhirat.Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar

Surah al-Isra':9Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,Al-Quran diturun sebagai penyuluh,Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,Angkat doa jari sepuluh,Doa minta biar selamat.Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakansaudaraAli bin Babauntuk memimpin bacaan doa.(baca doa)Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudaraAli bin Babadi atasbacaan doa itu tadi.Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh SaudaraAli bin Baba.(baca alquranbaca doa khatam Al-Quran)Hadirin dan hadirat yang dimuliakanBunga melur bunga kenangaCantik disusun penyeri anjungAl-Quran bagaikan intan permataAl-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseriMekar disirami si embun pagiMajlis Khatam Al-Quran mengundur diriSemoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentartadi makaberakhirlah majlis kita pada petang ini .Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepadasemua jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca SurahAl-Asr.Sekian.WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.