MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti...
Transcript of MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti...
TEMPLATE FOR COURSE ASSESSMENT COVER SHEET BMCO 3105
Disediakan Oleh: NUR FAIZZATUL AIN BINTI MD FADIL
NAUFAL BIN MD SAIDI ELI AIMA SHAZILA BINTI AMRAN NUR HIDAYAH BINTI MD ARIFFIN
No Matrik & HP/Whatssapp: 1618712 / 0123640484 1625931 / 0172061269 1628696 / 0192156220 1618738 / 0134117222
Tugasan #: LAPORAN II
Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK II : ISU MAKANAN DI HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
(PEMBENTANGAN HARI MEDIA DIGITAL)
Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN
Tarikh Hantar:
16.11.2018
MARKS
Marker’s Signature:
Date:
Student’s Signature:
Date: 16.11.2018
MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI
1.0 PENGENALAN
Fenomena kekurangan kemudahan yang serba serbi lengkap adalah merupakan suatu
fenomena yang dianggap biasa bagi sesetengah tempat yang baru dibuka atau baru sahaja ingin
dibangunkan. Hal ini demikian kerana, faktor persekitarannya yang masih lagi baharu dan tidak
mempunyai prasarana yang cukup bagi memenuhi keperluan dan kehendak mahupun
permintaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut. Hub Pendidikan
Tinggi Pagoh, bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia, apetah di Negeri Johor Darul
Takzim ini. Hub pendidikan ini baru sahaja dihuni pada tanggal 9 September 2017 yang lalu
yang memiliki empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) , Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan Politeknik Syed Nasir (PSN). Kesemua institusi ini terletak di bawah
kampus Pagoh yang mempunyai seramai lebih kurang 10,000 orang penuntut. Namun begitu,
rentetan daripada pembukaan institusi baru seperti ini, terdapat beberapa kekangan yang harus
dihadapi oleh semua penuntut di sini. Salah satu dari isu yang kerap didengari keluhan adalah
berkaitan isu makanan di dalam kawasan ini. Hal ini terjadi disebabkan oleh keadaan kawasan
ini yang masih lagi belum dibangunkan sepenuhnya. Terdapat banyak lagi kemudahan yang
berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan
ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun di fakulti. Selain dari itu,
ketiadaan bangunan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut, Secret Recipe, Domino
Pizza dan banyak lagi juga menjadi punca perbualan kepada isu makanan ini. Bukan hanya itu,
malah di dalam kolej kediaman juga makanan seringkali tidak mencukupi dan rata-rata dari
penuntut di Pagoh ini menyuarakan hasrat ketidakpuasan hati mereka terhadap masalah ini.
Kurangnya bilangan café yang beroperasi dan kepelbagaian makanan yang dijual juga
penyebab kepada isu makanan ini kerana tidak mampu menampung jumlah penuntut yang
ramai yang datang membeli makanan. Oleh yang demikian, terdapat satu solusi bagi
permasalahan dan isu yang hangat menjadi bualan ini iaitu melalui khidmat pesanan dan
penghantaran makanan kepada sesiapa sahaja yang membuat pesanan terutamanya di kawasan
Hub Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Khidmat ini menawarkan pesanan dan penghantaran
makanan mengikut kehendak penuntut mahupun sesiapa sahaja yang memesan. Khidmat ini
juga memiliki aplikasi yang memudahkan para pemesan untuk membuat pesanan makanan.
1
2.0 PERSOALAN
Merungkai persoalan bagi isu yang diketengahkan iaitu mengenai isu makanan di Hub
Pendidikan Tinggi Pagoh, persoalan yang dapat dikaitkan adalah seperti di bawah :
i. Sejauh manakah isu makanan ini menjadi masalah di Hub Pendidikan Tinggi
Pagoh terutamanya kepada penuntut UIAM?
ii. Apakah punca berlakunya isu makanan di kawasan ini?
iii. Apakah jalan penyelesaian ataupun solusi yang wajar dilakukan terhadapa isu ini?
3.0 OBJEKTIF
i. Untuk mengenal pasti permasalahan dari segi isu makanan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh
terutamayanya kepada penuntut UIAM.
ii. Mengetahui punca berlakunya isu makanan di kawasan ini.
iii. Mencari jalan penyelesaian ataupun solusi yang sewajarnya terhadap isu ini.
2
4.0 SOROTAN LITERATUR
Perkhidmatan makanan iaitu kafetaria di institusi pendidikan merupakan tempat utama
yang menjadi tumpuan para pelajar untuk memperolehi makanan pada sesi pengajian mereka.
Oleh kerana ia menjadi tempat penting bagi sesebuah institusi, maka pihak institusi tidak boleh
mengabaikan kebersihan persekitaran dan makanan yang disediakan oleh pihak kafeteria
(Mohd Rizal dan Noraini, 2010). Apabila perkhidmatan makanan di tahap yang baik, maka
boleh dikatakan kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah ditahap yang sangat memuaskan.
Walaupun kualiti perkhidmatan makanan agak sukar untuk diukur, tetapi ianya boleh diukur
dengan tahap kepuasan pelanggan selepas mereka melihat, merasa dan mendapat manfaat dari
perkhidmatan tersebut. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati kualiti produk atau
perkhidmatan mempunyai kaitannya dengan kepuasan pelanggan (Seung Ah Yoo, 2012).
Faktor kualiti yang biasa diukur dalam perkhidmatan makanan seperti kualiti makanan,
kepelbagaian, kemudahan dan harga telah dibuktikan oleh Xi dan Shuai (2009) mempunyai
kesan terhadap kepuasan seseorang pelajar. Manakala keputusan yang diperolehi dalam kajian
Jian dan Sameeha (2014) membuktikan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan
makanan akan meningkat jika kafeteria mempelbagaikan menu makanan. Contohnya, jika
pelajar menilai tinggi kualiti perkhidmatan makanan yang diberikan oleh kafetaria, maka
kepuasan yang diperolehi juga tinggi. Di sini dapat dilihat bahawa kepuasan terhadap
perkhidmatan makanan akan dapat dicapai sekiranya mutu perkhidmatan yang disediakan
dipelihara dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Disamping itu juga, sistem perkhidmatan makanan yang baik dapat memberikan
keselesaan kepada pelajar dan juga dapat mencerminkan imej baik sesebuah institusi itu. Faktor
utama yang menyumbang kepada perkhidmatan makanan yang baik adalah kebersihan
kafeteria itu sendiri. Selain itu Abu Bakar dan Noraini (2009) telah mendapati terdapat tiga
faktor yang dikaji merangkumi persepsi pelajar terhadap kebersihan kafetaria, iaitu kebersihan
makanan yang dihidangkan, suasana persekitaran, kemudahan yang disediakan dan juga
kebersihan diri pekerja kafetaria. Sehubungan dengan itu, kebersihan premis makanan dan
pengendali makanan merupakan faktor yang juga penting dalam menentukan pemilihan tempat
makan.
3
Kebersihan ini merangkumi item-item seperti perlalatan pinggan dan mangkuk, dapur
memasak, meja makan, lantai, persekitaran premis dan tandas serta amalan kebersihan
pengendali makanan. Jika tempat tersebut tidak bersih ia akan menyebabkan pelanggan yang
datang merasa tidak selesa dan mungkin juga tidak ada pelanggan yang akan berkunjung ke
tempat itu (Mohd Azlan dan Noraziah, 2011).
Penentuan harga makanan adalah faktor yang amat penting bagi kafetaria. Harga
makanan yang diletakkan di papan kenyataan perlu sama dengan harga yang dikenakan, ini
bertujuan untuk memastikan harga yang dikenakan tidak berubah-ubah serta pihak yang
bertanggungjawab dapat memastikan pengusaha kafetaria tidak mengambil kesempatan ke atas
pelajar (Mohd Rizal dan Noor Aini, 2008). Dalam industri perkhidmatan makanan seperti
kafetaria di institusi pendidikan, harga yang munasabah dengan nilai kualiti makanan yang baik
dapat menyumbang kepada kepuasan hati pelanggan itu sendiri (Ng, 2005; Xi dan Shuai,
2009). Sekaligus pelanggan akan membuat pembelian jika harga yang ditetapkan oleh kafetaria
pada kadar yang sewajarnya dengan nilai mutu dan perkhidmatan yang disediakan (Kerstin
Bergstrom, 2005).
Faktor kebersihan makanan juga perlu dipandang serius dalam hal ini. Abdul Wahid
dan Mazilah (2010) menegaskan bahawa pekerja dan pengendali makanan perlu senantiasa
menjaga kebersihan tangan semasa bertugas dalam penyediakan dan membungkus makanan.
Manakala bagi pengusaha kafetaria pula, mereka perlu memastikan bahan-bahan yang
digunakan untuk memasak makanan haruslah sentiasa bersih. Disamping itu, keselamatan
makanan juga merupakan satu isu penting bagi dalam kesihatan pelajar yang tidak boleh
dipandang enteng, khususnya di dalam persekitaran universiti (Linda, 2006). Melalui kajian
yang dilakukan oleh Mohd Anuar dan Asmah (2011), penggunaan peralatan tidak hanya
terhadap penyediaan bahan mentah, malahan terhadap makanan yang telah dimasak.
Penyebaran bakteria berlaku amat pantas apabila peralatan yang sama digunakan dalam
mengendalikan bahan mentah dan juga bahan makanan yang telah dimasak. Penyediaan bahan-
bahan mentah juga perlu dititikberatkan kebersihan juga, ini kerana apabila bahanbahan
mentah itu tercemar ia akan menyebabkan makanan itu tidak lagi bersih dan boleh
mengakibatkan berlakunya keracunan makanan.
4
Kepelbagaian menu makanan juga menjadi kriteria penting kepada mencapai kepuasan
pelajar terhadap perkhidmatan makanan. Di dalam kajian Nurul Aini dan Mohd Rizal (2008),
responden bersetuju kepelbagaian menu yang ditawarkan oleh pihak kafetaria dapat memenuhi
kehendak dan kepuasan mereka sekaligus membuatkan mereka merasa ingin kembali membeli
makanan di kafetaria tersebut. Adibah & Puvaneswari (2010) juga berpendapatan, perancangan
menu adalah satu aspek yang kritikal dalam bidang perkhidmatan makanan yang mana didapati
pelajar tidak berpuas hati dengan menu yang disediakan oleh pengusaha kafetaria. Menu yang
disediakan itu tidak dipelbagaikan malahan kesemua menu yang disediakan telah siap dimasak.
Oleh itu, pelajar tiada pilihan untuk memilih menu yang mereka suka dan ini akan
menyebabkan pelajar tidak berpuas hati dengan menu yang sedia ada. Oleh itu pihak
pengendali kafetaria perlu peka terhadap keperluan pelajar yang mana, menu yang ditawarkan
hendaklah dibaiki secara menyeluruh meliputi makanan yang sesuai dengan citarasa
pelanggan.
5.0 METODOLOGI
Mahasiswa Hub Pendidikan Pagoh terutamanya golongan mahasiswa daripada Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai masalah berkaitan dengan makanan. Oleh hal yang
demikian, para pengkaji yang terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan yang lain, bersama-sama
mengembleng tenaga bagi mencari solusi yang mampu membantu komuniti Hub Pendidikan
Pagoh. Perancangan yang rapi dan tersusun telah mencorakkan keputusan yang dicapai.
Terlebih dahulu, para pengkaji melakukan beberapa pemerhatian dalam mengenal pasti
sejauhmanakah permasalahan bagi isu ini. Setelah melakukan beberapa pemerhatian dan
perbincangan, terdapat beberapa masalah utama telah dikenal pasti yang berkait dengan isu
makanan ini.
Setelah itu, para pengkaji telah menjalankan beberapa pencarian maklumat menerusi
internet. Pencarian maklumat di internet ini dijalankan bagi melihat sebarang penyelesaian
yang boleh diadaptasi kedalam tugasan ini.
5
Antara idea yang bernas yang tercetus adalah dengan menggunakan perkhidmatan
membeli makanan dengan kadar upah yang ditetapkan mengikut jarak. Idea ini tercetus
daripada perkhidmatan Food Panda, iaitu sebuah perkhidmatan penghantaran makanan. Malah
perkhidmatan yang disediakan ini turut boleh didapati menerusi aplikasi yang boleh dimuat
turun melalui google play store atau apps store. Namun begitu, perkhidmatan hanya terdapat
di sekitar Kuala Lumpur sahaja, tidak meliputi kawasan pagoh. Oleh hal yang demikian para
pengkaji telah bersetuju sebulat suara untuk mencipta sebuah aplikasi seperti aplikasi food
panda ini sebagai satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Seterusnya, setelah mengenal pasti masalah dan penyelesaian yang boleh diambil bagi
tugasa on, para pengkaji telah memulakan aktiviti membuat video. Video ini dibuat bagi
menyampaikan mesej tentang penyelesaian masalah ini. Persediaan sebelum membuat video
seperti mencipta papan cerita dan jalan cerita yang menarik telah dilakukan untuk
menyampaikan maklumat. Pengkaji juga telah mengambil kira sudut pengambilan video,
lokasi, tema dan watak yang sesuai untuk membuat satu video yang kreatif dan menarik.
Pengkaji telah membentangkan hasil video untuk tatapan umum dan terus berusaha
menyelesaikan masalah yang sedia ada.
6
6.0 DAPATAN
Isu yang menjadi topik pilihan adalah berkenaan dengan isu makanan. Oleh hal yang
demikian terdapat beberapa masalah yang menjadi punca kepada timbulnya permasalah ini.
Antara permasalahan tersebut adalah seperti:
1. Kekurangan pilihan makanan.
Kewujudan 2 buah kafe di Mahallah masih lagi tidak dapat menampung permintaan para
pelajar dalam aspek menu makanan yang disediakan. Malah, jenis menu yang disediakan juga
dilihat hampir sama bagi setiap sem. Hal ini pastinya membuatkan para pelajar berasa agak
jemu untuk makan makanan di café.
2. Masalah pengangkutan.
Seperti yang sedia maklum, para pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri kecuali
bagi pelajar tahun 3 dan keatas. Di tambah pula dengan keadaan kawasan persekitaran yang
baru hendak membangun, sudah tentu agak terhad pekhidmatan yang disediakan. Walaupun
terdapat servis sewa kereta di sekitar kawasan Pagoh ini, akan tetapi harga yang ditawarkan
agak mahal bagi seorang pelajar. Hal ini pastinya sedikit sebanyak memberi bebanan kepada
pelajar itu sendiri.
3. Para pelajar tidak tahu kedai yang menawarkan harga yang berpatutan di sekitar kawasan
Pagoh.
Oleh kerana kawasan EDU HUB ini merupakan sebuah kawasan yang baru dibangunkan, jadi
para pelajar agak kurang tahu kedai mana yang menawarkan harga makanan yang berpatutan.
Lebih lebih lagi jika pelajar tersebut bukan berasal daripada daerah itu sendiri. Jadi, perkara ini
juga boleh menjadi satu masalah bagi isu ini.
7
4. Harga makanan di kafe mahallah atau kuliyah agak mahal.
Harga makanan di mahallah yang agak mahal juga boleh membawa kepada isu ini. Hal ini
kerana, sudah sering kali para pelajar UIA mengadu tentang harga makanan yang kadang kala
agak berbeza sedangkan kuantiti lauk dan nasi yang diambil adalah sama bagi setiap hari. Oleh
hal yang demikian, para pengkaji turut mengambil masalah ini untuk dimasukkan kedalam isu
ini.
Setelah masalah-masalah ini dikenal pasti, para pengkaji meneruskan tugasan ini
mengenal pasti penyelesaian yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Sebagai solusi,
pengkaji telah merancang untuk membuat satu aplikasi yang terus dapat menyelesaikan
masalah makanan di Hub Pendidikan Pagoh ini. Aplikasi ini menawarkan kemudahan dalam
menyediakan perkhidmatan pembelian makanan. Mahasiswa yang lapar dan orang yang ingin
mencari pendapatan sampingan boleh menggunakan aplikasi ini. Kemudahan aplikasi ini
menambahkan keberkesanan dari segi komunikasi dengan adanya bantuan internet dan telefon
pintar. Dengan ini, komunikasi antara pelanggan dan orang yang menyediakan perkhidmatan
semakin mudah. Hal ini boleh menjimatkan masa dan membuat kerja dengan lebih efisyen.
Oleh itu, pengkaji telah mengambil kira kemudahan sedia ada dan menerapkan ke dalam
aplikasi yang dipanggil LAUK ini.
8
Kesukaran membeli makanan di kawasan kedai yang jauh juga dapat diatasi dengan
mudah. Hal ini kerana khidmat penghantaran makanan ini mewajibkan untuk semua orang
yang berdaftar memiliki kenderaan agar dapat memenuhi kehendak orang yang menggunakan
aplikasi ini. Dengan adanya kenderaan juga, pemesanan makanan boleh dibuat dalam jumlah
yang banyak. Dengan ini, pengkaji berpendapan bahawa situasi ini merupakan situasi “win-
win situation” di mana memberi keuntungan dan kepuasan semua pihak. Untuk memudahkan
lagi, aplikasi ini menunjukkan lokasi kedai yang menyediakan makanan untuk dipilih. Manusia
mudah bosan dengan makan makanan yang sama setiap hari. Aplikasi ini memudahkan pilihan
pembeli dan memaparkan pelbagai makanan yang boleh didapati di sekitar pagoh dan muar.
Segala maklumat telah disenaraikan secara terperinci seperti harga, jarak kedai, upah kepada
perkhidmatan pembeli makanan, dan lain-lain. Teknologi yang kini berada di hujung jari
memudahkan manusia dan terus menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Setelah itu, para pengkaji meneruskan tugasan dengan mencipta jalan cerita dan
membuat papan cerita. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan satu gambaran berkenaan video
tugasan yang akan dibuat.
Setelah menyiapkan papan cerita, kerja diteruskan dengan merekod setiap babak berpandukan
pada jalan cerita yang telah dibincangkan.
9
Pengkaji telah menyediakan 1 video untuk memasarkan aplikasi LAUK ini. Pengkaji
merancang secara mendalam untuk membuat strategi pemasaran yang berkesan dan mampu
menarik perhatian pengguna telefon pintar. Hasil perbincangan yang padat dan ringkas,
pengkaji telah membina papan cerita dan membentuk 1 jalan cerita yang boleh difahami oleh
semua lapisan masyarakat. Papan cerita untuk membuat video ini telah menjadi rujukan
pengkaji sepanjang proses pembuatan video ini. Idea dan pendapat orang awam telah diambil
kira dalam proses pembuatan papan cerita. Jalan cerita yang dirangka telah di inspirasikan oleh
beberapa video pengiklanan yang ada di kaca televisyen. Pengkaji telah merangka satu jalan
cerita yang kreatif dan cantic
Proses rakaman video telah dilakukan dengan menggunakan sebuah kamera dslr.
Pengkaji telah merakamkan video ini dengan menggunakan kepelbagaian sudut rakaman.
Selain itu, pengkaji telah menggunakan beberapa lokasi yang berbeza di sekeliling Hub
Pendidikan Pagoh. Pengkaji juga berjalan kaki ke kedai berdekatan dengan kediaman
mahasiswa dan merakamkan situasi di kedai makanan yang tutup. Pelbagai cabaran yang
dihadapi dalam proses pengambilan gambar ini yang tidak dapat dilupakan. Setelah habis
proses rakaman, pengkaji menyunting video dan memasukkan pelbagai elemen yang boleh
membantu menarik perhatian penonton. Antaranya ialah sari kata, bunyi yang bertetapan
dengan situasi, dan penyuntingan video yang tidak menarik. Lagu yang bersesuaian telah
dipilih dan dijadikan muzik latar belakang. Pengkaji juga telah mengambil kira panjang video
yang dibuat. Panjang video yang optimum adalah sebanyak 5-7 minit. Hal ini kerana penonton
akan berasa bosan apabila terlalu lama, dan menjadi masalah apabila terlalu sekejap.
10
7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, tugasan ini sedikit sebanyak memberi penyelesaian kepada isu
makanan yang sememangnya berlaku di Hub Pendidikan Pagoh. Oleh itu, aplikasi LAUK ini
boleh membantu menyelesaikan masalah makanan yang dihadapi oleh mahasiswa di sekitar
Hub Pendidikan Pagoh. Aplikasi ini bukan sahaja mampu membantu mahasiswa yang
kelaparan. Namun, aplikasi ini boleh membantu petugas yang membelikan makanan kepada
pelanggan. Dengan keberkesanan teknologi ini, pengkaji mendapati bahawa masa digunakan
untuk tempoh urusan pembelian makanan lebih efisyen dan efektif. Dengan kemudahan
internet dan telefon pintar, urusan ini boleh diselesaikan dengan menekan paparan skrin sahaja
dan informasi dihantar secara terus kepada pembeli makanan. walaupun aplikasi ini masih
belum diwujudkan lagi, aplikasi ini boleh jadi sebagai suatu rujukan untuk masa hadapan.
11