melaka

2
SOALAN 4: Kerajaan Melayu bukan sahaja muncul menjadi antara kerajaan Melayu yang hebat di sekitar Kepulauan Nusantara, malahan turut menjadi model dan contoh bagi kebanyakan kerajaan Melayu semasa mahupun setelah kejatuhannya. Sistem Politik Melayu Melaka telah menjadi model yang ideal untuk kerajaan Melayu Semenanjung Tanah Melayu dan sehingga kini telah mendasari sistem politik Malaysia (Khoo Kay Kim, Kerajaan dan Politik Pengalaman Tamadun Melayu). Bincangkan. PENGENALAN Kerajaan Melaka merupakan antara salah satu kerajaan yang makmur pada abad ke-14, sehingga kedatangan Portugis pada 1511 menyebabkan kerajaan tersebut musnah dan memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan seterusnya untuk membangun. Kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Johor, Perak, Pahang dan Acheh mula mengambil tempat kerajaan Melaka serta bersaing untuk meluaskan pengaruh mereka di Nusantara. Kerajaan Johor, misalnya, mempunyai minat yang meluas untuk mengkaji mengenai kerajaan Melayu Melaka disebabkan kerajaan Melayu Melaka mempunyai reputasi sebagai sebuah kerajaan Melayu yang stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sehingga hari ini, kerajaan Malaysia cuba menjadikan kerajaan Melayu Melaka sebagai model kerajaan mereka pada hari ini. Persoalannya, apakah model kerajaan Melayu Melaka ketika itu dan adakah ianya menyamai model kerajaan Malaysia pada hari ini? Apakah legasi yang ditinggalkan oleh kerajaan Melayu Melaka sehingga kebanyak kerajaan Melayu ingin mengikut jejak kerajaan awal tersebut? APAKAH MODEL PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA? - Model pemerintahan kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan pemerintahan secara mutlak oleh seorang sultan yang dibantu oleh pembesar-pembesar di bawahnya. Seorang Sultan perlu menunjukkan peranan yang baik bagi mereka yang berada di bawah kekuasaannya untuk menjamin kestabilan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Seperti contoh, Sejarah Melayu mencatatkan peri pekerti Sultan Muzaffar Shah sebagai seorang sultan yang mulia dan baik budi pekerti, serta bijaksana sehingga disayangi oleh rakyat jelata. 1 Seorang Sultan harus mempunyai nilai yang baik bagi mengekalkan kredibiliti rakyat terhadapnya. (pemerintahan demokrasi hari ini raja berpelembagaan, ada YDPA dan perdana menteri.) 1 Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu., halaman 86.

description

pemerintahan melaka

Transcript of melaka

Page 1: melaka

SOALAN 4: Kerajaan Melayu bukan sahaja muncul menjadi antara kerajaan Melayu yang hebat di sekitar Kepulauan Nusantara, malahan turut menjadi model dan contoh bagi kebanyakan kerajaan Melayu semasa mahupun setelah kejatuhannya. Sistem Politik Melayu Melaka telah menjadi model yang ideal untuk kerajaan Melayu Semenanjung Tanah Melayu dan sehingga kini telah mendasari sistem politik Malaysia (Khoo Kay Kim, Kerajaan dan Politik Pengalaman Tamadun Melayu). Bincangkan.

PENGENALAN

Kerajaan Melaka merupakan antara salah satu kerajaan yang makmur pada abad

ke-14, sehingga kedatangan Portugis pada 1511 menyebabkan kerajaan tersebut

musnah dan memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan seterusnya untuk

membangun. Kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Johor, Perak, Pahang dan Acheh

mula mengambil tempat kerajaan Melaka serta bersaing untuk meluaskan

pengaruh mereka di Nusantara. Kerajaan Johor, misalnya, mempunyai minat yang

meluas untuk mengkaji mengenai kerajaan Melayu Melaka disebabkan kerajaan

Melayu Melaka mempunyai reputasi sebagai sebuah kerajaan Melayu yang stabil

dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sehingga hari ini, kerajaan Malaysia cuba

menjadikan kerajaan Melayu Melaka sebagai model kerajaan mereka pada hari ini.

Persoalannya, apakah model kerajaan Melayu Melaka ketika itu dan adakah ianya

menyamai model kerajaan Malaysia pada hari ini? Apakah legasi yang ditinggalkan

oleh kerajaan Melayu Melaka sehingga kebanyak kerajaan Melayu ingin mengikut

jejak kerajaan awal tersebut?

APAKAH MODEL PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA?

- Model pemerintahan kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan pemerintahan

secara mutlak oleh seorang sultan yang dibantu oleh pembesar-pembesar di

bawahnya. Seorang Sultan perlu menunjukkan peranan yang baik bagi mereka

yang berada di bawah kekuasaannya untuk menjamin kestabilan dari segi ekonomi,

politik dan sosial. Seperti contoh, Sejarah Melayu mencatatkan peri pekerti Sultan

Muzaffar Shah sebagai seorang sultan yang mulia dan baik budi pekerti, serta

bijaksana sehingga disayangi oleh rakyat jelata.1 Seorang Sultan harus mempunyai

1 Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu., halaman 86.

Page 2: melaka

nilai yang baik bagi mengekalkan kredibiliti rakyat terhadapnya. (pemerintahan

demokrasi hari ini raja berpelembagaan, ada YDPA dan perdana menteri.)

- Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

adalah berasaskan undang-undang Islam. Sebahagian besar kandungan undang-

undang tersebut berasaskan undang-undang Islam dalam semua bidang

termasuklah soal jenayah, urus niaga, kekeluargaan, keterangan dan acara .2

Misalnya,Fasal 2 dalam undang-undang Laut Melaka mengenakan hukuman bunuh

dan rotan ke atas orang yang berzina dan terdapat fasal-fasal dalam Hukum Kanun

Melaka yang menyenaraikan hukuman potong tangan untuk mencuri, hukuman

qisas bagi kesalahan membunuh, hukuman rejam ke atas kesalahan zina dan lain-

lain.3 Bukti ini menunjukkan bahawa Kesultanan Melayu Melaka menerapkan unsur-

unsur Islam dalam menjalankan undang-undang bagi mengekalkan keamanan

setempat.(malaysia moden ada hukum islam dan undang-undang sivil, biasanya

terpisah, undang-undang sivil peninggalan penjajah bersifat sekular)

- Kesultanan Melayu Melaka juga merupakan salah satu kerajaan Melayu pertama

yang mengamalkan menjalinkan hubungan antarabangsa antara negara-negara

yang berbeza, biasanya melalui perdagangan. Pertembungan antara negara yang

berbeza melalui perdagangan antarabangsa ini menjadikan Kesultanan Melayu

Melaka kaya dengan budaya dan bahasa. Tome Pires, seorang penulis Portugis,

menyatakan bahawa terdapat lapan puluh bahasa berbeza yang digunakan di

pelabuhan Melaka.4 Pendapat oleh Tome Pires ini menunjukkan bahawa terdapat

interaksi antara budaya yang berbeza di Melaka dan menunjukkan Melaka

merupakan antara sebuah kerajaan Melayu yang multikultural, atau berbilang

bangsa. (Malaysia juga negara multikultural tetapi jelaskan bahawa masyarakat

berbilang kaum hasil daripada British bawa buruh sini, dan penggabungan dengan

Sabahsarawak menyebabkan wujudnya masyarakat bilang kaum)

2 Musa Awang, Di Manakah Kita Dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah?, Jurnal Kanun 27(1), 2015, halaman 57.3 http://studentsrepo.um.edu.my/346/7/LAMPIRAN.pdf, dalam lampiran ini menyenaraikan undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.4 Armando Coertasao, The Suma Oriental of Tome Pires, Volume 2, Hakluyt Society, London, Second Series, No.XLIX, 1921. Halaman 175.

Page 3: melaka

- Sistem masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka adalah

bercorakan sistem feudal dengan corak strata yang membezakan antara kumpulan-

kumpulan tertentu. Selain itu, konsep seperti daulat dan derhaka digunakan untuk

mengukuhkan kuasa pemerintah pada ketika itu. Rakyat biasa secara amnya harus

taat kepada Sultan kerana berdasarkan kepada konsep tersebut (daulat dan

derhaka).