MELLISA

15
MELLISA ABDULLAH HUSSAIN

description

MELLISA. ABDULLAH HUSSAIN. Sinopsis. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of MELLISA

Page 1: MELLISA

MELLISA

ABDULLAH HUSSAIN

Page 2: MELLISA

SINOPSIS Mellisa baru sahaja pulang dari pejabat surat

khabar. Dia berasa tidak tenteram setelah bertemu Syahid, kawan lamanya ketika di universiti dahulu. Peristiwa tersebut membuatkannya teringat kepada seorang kawannya sepermainannya sewaktu kecil dahulu, Hisyam. Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan meraka bermain-main bersama-sama. Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Hisyam pernah menyatakan bahawa apabila besar nanti, dia akan memperisterikan Mellisa. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam tragedi 13 Mei 1969.

Page 3: MELLISA

Peristiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau. Tarikh 13 Mei juga telah dipilih Mellisa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarahnya. Mellisa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian Mellisa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk Tanah Melayu bersatu ketika itu..

Page 4: MELLISA

Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampung-kampung, manakala oarang-orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan Orang India pula ditempatkan dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh ladang. Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Untuk menyiapkan kajiannya, Mellisa juga menjalankan kajian secara menebual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu.

Page 5: MELLISA

Hubungan Mellisa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun hubungan mereka terganggu kerana Mellisa menyertai angkatan tentera Malaysia. Mellisa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan jiwanya adalah anak Malaysia yang sejati. Dia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran ibu bapanya di Guangdong, China. Melissa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera demi untuk mempertahankan ibu pertiwi.

Page 6: MELLISA

TEMAPercintaan suci antara dua budaya terputus akibat persengketaan kaum.

Page 7: MELLISA

PERSOALAN Perhubungan antara kaum semakin

renggang akibat pemerintahan Inggeris. Perasaan cinta akan tanah air. Kehidupan yang sengsara pada waktu

darurat. Memori manis dalam kehidupan. Pengajaran daripada peristiwa yang

lepas. Kepentingan perpaduan.

Page 8: MELLISA

WATAK & PERWATAKAN 1. Mellisa

a. Seorang gadis Cina yang terlah berkawan dengan kaum lain sejak dari kecil lagi.b. Bersikap terbuka dalam hal perkahwinanc. Lulusan bidang sejarah dari Universiti Malaya dan bekerja di sebuah syarikat akhbar.d. Mempunyai semangat patriotik yang kuat sehingga sanggup berkhidmat sebagai tentera.e. Membuat kajian punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Page 9: MELLISA

2. Hisyama. Seorang anak lelaki keturunan Minang.b. Rakan sepermainan Melissa dan sangat sayang kepada Mellisa.c. Terbunuh dalam kejadian 13 Mei bersama anggota keluarganya.d. Berani bertindak untuk mempertahankan haknya seperti menumbuk anak pegawai Inggeris yang ada di rumah Melissa

Page 10: MELLISA

3. Syahida. Pengarang sebuah akhbarb. Terpikat kepada Mellisa walaupun akhirnya berasa kecewa kerana Mellisa menjadi anggota tentera.c. Wajahnya seiras Hisyam, yang menjadi punca Melissa tertarik kepadanya

4. Farida. Pensyarah kepada Mellisa sewaktu di universiti dahulu.b. Kini menjadi rakan kerana Mellisa sedang sambung pelajarannya dalam bidang sarjana sejarah.c. Seorang yang penyabar.

Page 11: MELLISA

LATAR MASA 13 Mei 1969 Rusuhan kaum berlaku; pada hari Sabtu-

Mellisa menerima ajakan Syahid untuk makan tengah hari.

Page 12: MELLISA

LATAR TEMPAT

Di syarikat surat khabar : Tempat Farid memperkenalkan Syahid kepada Melissa.

Di Seremban : Tempat ibu bapa Mellisa tinggal.

Di Jalan Petaling Kuala Lumpur : Tempat Hisyam dan ibunya terkorban akibat rusuhan kaum.

Page 13: MELLISA

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang berbilang kaum : Penduduk

Tanah Melayu terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.

Masyarakat yang tinggal di kampung : Mellisa dan Hisyam bemain di sawah

Masyarakat yang hidup harmoni : Mellisa amat baik dengan Hisyam walaupun berlainan bangsa dan agama

Page 14: MELLISA

NILAI

Bertanggungjawab

Kasih sayang

Kegigihan

Page 15: MELLISA

PENGAJARAN Kita harus berfikiran waras ketika

membuat sesuatu keputusan

Kita harus bersemangat patriotik demi menjaga kedaulatan dan kesejahteraan negara

Kita harus bertolak ansur antara satu sama lain