Memahami Asas Istihalah

17
MEMAHAMI ASAS ISTIHALAH USRAH FIQH MAKANAN USIM NILAI 1 OKTOBER 2013 Usrah Fiqh Makanan

Transcript of Memahami Asas Istihalah

MEMAHAMI

ASAS ISTIHALAH USRAH FIQH MAKANAN

USIM NILAI

1 OKTOBER 2013

Usrah Fiqh Makanan

Definisi Najis

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, najis bererti

1) Kotoran (seperti air kencing, tahi) yang membatalkan sembahyang

2) Sesuatu yang mencemarkan

3) Jijik

Najis dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang kotor daripada

manusia dan daripada setiap sesuatu. Kebanyakan ulama

mendefiniskan najis dari segi bahasa adalah kotoran dan tidak suci.

Manakala dari segi istilah, najis adalah setiap kotoran yang

menghalang daripada sah solat dan mendirikannya.

(Zulkifli Mohamad, 2012)

(Kamus Dewan, 2004)

Definisi Istihalah

• Istihalah berasal dari kata akar: Ha-Wa-La.

• Istihala, Yastahilu, Istihalatan. Bermaksud berubah sifat

sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan

yang lain.

• Apabila bahan najis/haram, berubah konsep dan bentuk

zatnya, menjadi satu bahan lain, yang berbeza dengan

yang asal dari segi nama, kriteria dan sifatnya, ia menjadi

sesuatu yang halal.

• Menurut kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah:

Istihalah bermaksud perubahan sesuatu dari sudut tabie

dan juga sifatnya atau hilang rupa asal.

• Merujuk pengertian daripada Malaysian Standard,

Istihalah bermaksud: Berubah sesuatu kepada sesuatu

yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya

secara semula jadi melalui proses tindakbalas kimia.

Sandaran Teori Istihalah

PERTAMA:

Ijma’ Ulama: Arak berubah menjadi cuka, cuka itu bersih

dan boleh dimakan. Majoriti Ulama: Tidak ada beza sama

ada perubahan itu berlaku dengan sendiri atau hasil

tindakan yang dilakukan oleh seseorang

KEDUA:

Majoriti Ulama (mazhab Hanafi, Syafii, Ahmad dalam satu

riwayat, Daud az-Zahiri, Sahnun dan Ibnu Abdul Hakam

dari mazhab Maliki) mengatakan kulit bangkai menjadi suci

apabila disamak

Sabda Nabi SAW, ”Mana-mana kulit yang disamak,

menjadi suci” (Hammad, Nazih, 2004)

Sandaran Teori KETIGA:

Seluruh zat yang baru, yang muncul dari hasil perubahan

bahan najis dan haram, asalnya adalah suci dan halal.

Tiada nas yang menyatakan ia adalah najis atau haram

digunakan.

“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,

kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu

dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui

akan tiap-tiap sesuatu.”

(Hammad, Nazih, 2004)

Sandaran Teori

KEEMPAT Menyelaraskan di antara hukum syara’ dengan undang alam dan undang

kehidupan

Contohnya; bahan najis (air kencing, bangkai dll) apabila kering di atas tanah,

akan naiklah wap air daripadanya ke langit. Terbentuk awan, kemudian

turunkan hujan yang mengandungi air tawar untuk diminum

Anggur segar bukan Anggur kering, Perahan Anggur bukan Arak, Cuka bukan

Arak

“Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi

kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa)

susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang

meminumnya

(Hammad, Nazih, 2004)

Sandaran Teori – Kaedah Fiqh

”ان النجاسة اذا استحالت طهرت““Sesungguhnya Bahan Najis Apabila Berubah Keadaannya

Maka Ia Dihukumkan Sebagai Suci”

Salah satu kaedah penentuan halal haram sesuatu bahan adalah

melalui Istihalah. Suatu bahan yang asalnya haram atau najis berubah

menjadi halal dan suci melalui kaedah ini. Ini kerana kaedah ini telah

menyucikan bahan yang asalnya haram kepada halal

Pandangan Ulama PANDANGAN MAZHAB

Menerima konsep ini secara agak meluas walaupun terdapat perselisihan

antara Muhammad & Abu Yusuf. (dalam isu babi dan bangkai jatuh ke

dalam lautan garam, tahi binatang yang dibakar menjadi abu)

Hanafi

Pandangan mirip Hanafi. Abu najis yang dibakar adalah suci, manakala kulit

bangkai yang disamak tidak suci

Maliki

Konsep ini diterima dalam 3 perkara sahaja:

1) Arak yang menjadi cuka secara tabie 2) Kulit bangkai selain anjing dan

babi apabila disamak 3) Sesuatu yang berubah menjadi binatang spt

bangkai yang menjadi ulat

Syafie

Pandangan mirip Syafie. Hanya menerima arak yang menjadi cuka dengan

sendirinya. Proses pembakaran najis, tanah liat yang dipenuhi tahi binatang

dibakar, najis jatuh ke dalam garam dan bertukar garam tetap najis.

Hanbali

Konsep Istihalah diterima secara terbuka. Setiap bahan yang berubah

ditentukan hukum pada keadaan yang baru (terakhir)

Zahiri (Ibn

Hazim)

Apabila bahan najis telah hilang sifat dan bentuk, maka ia menjadi suci Ibn al-

‘Arabi

(Saadan Man)

Istihalah dalam Konteks Mazhab Shafie

1) Arak berubah menjadi cuka secara semulajadi

Merujuk Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah yang menghimpunkan pandangan dari

Kitab Nihayah al-Muhtaj, al-Mughni dan Fathu al-Qadir, para ulama bersepakat

menerima konsep Istihalah dalam perubahan arak kepada cuka secara semulajadi

tetapi berbeza pandangan pada perubahan arak kepada cuka bukan secara

semulajadi.

(Zulkifli Mohamad, 2012)

2. Kulit bangkai yang disamak selain Kulit Anjing dan

Khinzir

Kulit bangkai selain kulit Anjing & Khinzir disucikan dengan cara disamak, iaitu

membuang segala lendir pada kulit yang boleh merosakkannya jika dibiarkan,

dengan menggunakan bahan panas dan tajam hingga tidak lagi berbau busuk dan

rosak sekiranya direndam di dalam air. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang

bermaksud:

“Apabila kulit disamak maka ia menjadi suci”

(Riwayat Muslim, 366)

Manakala bagi pandangan sesetengah ulama/mazhab, mana-mana kulit bangkai adalah

suci apabila disamak kerana Nabi Muhammad SAW mengharuskan mengambil

manfaat daripada anggota bangkai binatang iaitu kulitnya. Al-Quran telah

menyatakan pengharaman bangkai bersama-sama dengan pengharaman daging

khinzir dan apabila syarak mengharuskan mengambil manfaat daripada bangkai

selain daripada memakannya, maka syarak juga mengharuskan mengambil

manfaat daripada Khinzir selain daripada memakannya.

هال أخذتم إهابها فدبغتموه فانتفعتم به“Tidakkah kamu mengambil kulitnya kemudian menyamaknya

sehingga kamu dapat memanfaatkannya.”

(Riwayat Muslim, 1984)

(Zulkifli Mohamad, 2012)

(Mustafa al-Khin et. al, 1992)

Struktur Teori Istihalah

(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)

Model Asas Istihalah

BAHAN

ASAL AGEN

PERUBAHAN

BAHAN

AKHIR

Proses

Percampuran

Proses

Perubahan

H + H = H

H1 : Halal

H2 : Haram (Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)

Ringkasan Model Istihalah

Contoh Status Model

Penghasilan bebola ikan/udang, penggunaan enzim

transglutaminase rekombinan dicampur bersama

dengan dough

Istihalah

Sahihah

I1: H1+H1 = H1

Khinzir yang jatuh ke dalam lautan garam Istihalah

Sahihah

I2: H2+H1 = H1

Buah-buahan yang dibajai dengan najis Khinzir Istihalah

Sahihah

I3: H1+H2 = H1

Buah Anggur menjadi arak Istihalah

Fasidah

I4: H1+H1 = H2

Penggunaan enzim transglutaminase yang

bersumberkan darah haiwan dalam penghasilan

produk (sosej, keju, yogurt)

Istihalah

Fasidah

I5: H1+H2 = H2

Penyediaan stik Khinzir dicampur dengan sos yang

halal

Istihalah

Fasidah

I6: H2+H1 = H2

(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)

Kesimpulan

• Para ulama bersetuju secara konsepsual tapi berbeza

pandangan pada aspek perlaksanaan dan pemakaiannya

• Para ulama Mazhab Syafie dan Hambali menghadkan

pemakaian teori Istihalah manakal ulama Mazhab Hanafi,

Maliki dan Zohiri meluaskan pemakaian teori ini.

(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)

RUJUKAN:

1. Hammad, Nazih (2004). Al-Mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ bayna

al-Nazariyyah wa al-Tatbiq. Dalam Basri Ibrahim (terj), “Penggunaan Bahan-bahan yang Haram &

Najis dalam Makanan & Ubat-ubatan”. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

2. al-Khin, Mustafa., al-Bugha, Mustafa., & al-Syarbaji, Ali. (2009). Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-

Syafie. Zulkifli Mohamad al-Bakri (terj). Darul Syakir

3. Saadan Man. Pendekatan Istihalah Dalam Produk Yang Berunsurkan Babi. Jabatan Fiqh & Usul,

APIUM.

4. Che Wan Jasimah & Muhammad Aizat Jamaludin (2009). “Teori Istihalah Menurut Perspektif

Islam dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan Produk Makanan”. Jurnal Syariah Jil.

17, Bil 1: 169-194.

5. Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli (2011). “Sumber Alternatif dalam Penentuan

Halal Haram Barangan Gunaan” dalam Suhaimi Ab Rahman & Mohammad Aizat Jamaludin, Halal

Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa. Serdang: Penerbitan UPM.

6. Al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah

7. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2012). “Hukum Penggunaan Najis dalam Perubatan”. Seremban:

Muamalah Events

8. Al-Qarni, Aidh Abdullah (2007). Fiqh al-Dalil. Mohd Sofwan Amrullah (terj). Kuala Lumpur: Jasmin

Enterprise

9. Malaysian Standard (MS) 2393:2010 (BM). “Prinsip Islam dan Halal – Definisi dan Penjelasan

Istilah”. Jabatan Standard Malaysia

10. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Disusun Oleh:

Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin

Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi

[email protected]