Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

download Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

of 4

Transcript of Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

  • 7/31/2019 Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

    1/4

    http://www.malaysiakini.com/news/180608

    Memahami sejarah di sebalik hak asasi LGBT

    Abdar Rahman Koya

    3:25PM Nov 5 2011

    Saya baru-baru ini terbaca artikel "Islam dan Homoseksualiti" oleh Afiq M Noor, yang antara lainditerbitkan olehMalaysiakini.

    Saya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan beberapa hujah penulis dalam artikel ini. Cumabeliau, seperti juga segolongan penulis yang berkomen tentang isu ini, telah membuat rumusan

    seolah-olah umat Islam adalah "tidak toleran" dengan golongan homoseksual.

    Ini mungkin disebabkan penulis tidak memanjangkan kajian tentang pergerakan menuntut hakhomoseksual ini dan sejarah makro di sebaliknya.

    Sebenarnya, umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah ada masalah dengan homoseksual, iaitu kini

    dinamakan oleh media yang kononnya politically correct dengan pelbagai nama, contohnya

    'LGBT'. Perkataan "gay" dan "queer" pula adalah ciptaan baru, sedangkan mereka ini dahuludikenali sebagai 'sodomites' dan 'homosexuals'.

    Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnyaadalah bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun barat

    moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan

    agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum eraRevolusi Perancis.

    Perlu diingat bahawa Revolusi Perancis merupakan satu

    "time mark" kepada perubahan yang berlaku terhadap'worldview' dan tata kehidupan Barat. Agama dalam erti

    kata ia sebagai perundangan moral telah tidak lagi

    dinamakan sebagai asas peradaban mereka (meskipunadalah benar ia masih dieksploitkan oleh golongan yang kononnya 'sekular).

    Revolusi Perancis

    Dalam obsesi untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan merungkai kesalahan-kesalahan agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama mereka untuk

    menjustifikasikan Revolusi Perancis.

    Sebenarnya, rasa benci terhadap agama dalam Revolusi Perancis adalah kerana agama Kristian

    dicampur adukkan dengan raja-raja mereka, dan kebencian terhadap kezaliman raja yang selaku

    ketua agama telah bertukar menjadi kebencian terhadap agama itu sendiri (senario di Malaysia

  • 7/31/2019 Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

    2/4

    tidak banyak beza, dan golongan ulama perlu ambil perhatian!)

    Berbalik kepada isu LGBT, pergerakan menuntuthak asasi untuk golongan ini adalah sebenarnya

    suatu 'non-issue' di dunia Islam, kerana golongan

    ini bukan sahaja tidak dilihat terang-terangan dijalan raya, sehinggalah pergerakan ini timbul. Kini

    ada usaha menamakan mereka ini sebagai sebuah

    "komuniti", seperti mana dilakukan pergerakanmenuntut hak oleh sekutu-sekutu mereka di Barat.

    Di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak

    homoseksual ini seolah-olah menjadi satu syaratuntuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak

    asasi. Lebih menarik, pejuang-pejuang utama di sebaliknya bukanlah dari kalangan homosexual

    sendiri. Seperti juga mereka yang selalunya mengutuk mereka yang mengkritik anti-Israel

    mahupun Yahudi, sebenarnya kebanyakannya bukan dari golongan Yahudi sendiri. Mengapa iniberlaku?

    Seperti yang disebut tadi, ini bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun Barat terhadap perbuatan

    masa lampau mereka yang memerangi golongan gay ini dan menindas mereka, malah membunuh

    mereka. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam Islam, dan kalaupun ada, bukan didalangiulama.

    Di zaman kegemilangan Islam sekalipun, tidak pernah ada pergerakan

    yang khusus dan sistematik untuk melawan gay dan homoseksual,walaupun dunia Islam bukan terkecuali daripada masalah liwat dan gay.

    Malah, kalau dilihat di balik tabir, memang ramai yang mengamalkan

    kehidupan homosexual di dunia Islam khasnya di dunia Arab.

    Di sinilah Syariah memainkan peranan, dengan tidak menjadikan golongan

    ini sebagai 'mainstream', dan hanya mengambil tindakan sekiranyagolongan ini melakukan perbuatan mereka secara terbuka.

    Dosa pasangan sejenis

    Begitu juga, tamadun Islam telah lama bertoleransi dengan golongan ini dengan ertikata merekatidak ditindas dan hak asasi mereka sebagai manusia tidak dipersoalkan, seperti juga Islam tidak

    pernah mempersoalkan hak asasi golongan yang menyembah berhala, biarpun itu adalah salah satu

    dosa besar dalam Islam yang dikategorikan sebagai syirik, lebih serius dari dosa pasangan sejenis.

    Tetapi ini bukan kesnya di Barat, yang sering ada kumpulan-kumpulan vigilante yang melakukan

    keganasan terhadap golongan yang dibenci mereka. Kumpulan-kumpulan ini pula didalangi oleh

    golongan fundamentalis dan agamawan. (Dahulu serangan mereka adalah ke atas homoseksual danYahudi, kini umat Islam telah menggantikan tempatnya, lebih-lebih lagi selepas era kebangkitan

    moden Islam yang bermula dengan Revolusi Islam Iran dan selepas peristiwa 911).

  • 7/31/2019 Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

    3/4

  • 7/31/2019 Memahami Sejarah Di Sebalik Hak Asasi LGBT

    4/4

    Sebagai seorang Muslim, saya rasa kita umat Islam tidak perlu mengulangi sesuatu yang sudah

    obvious: contohnya, dengan mengatakan bahawa Islam melarang amalan homoseksual. Itu sesuatuyang terlalu nyata malah telah pun ditetapkan Al-Qur'an.

    Oleh itu, cara menangani debat yang diwujudkan ini adalah dengan memperdepankan soalan ini:Di manakah sejarah kezaliman tamadun Islam terhadap golongan Yahudi dan homosexual yang

    memerlukan sebuah pergerakan untuk menjunjung hak asasi mereka? Bukankan golongan

    homosexual kini dalam keadaan lebih bahaya dengan adanya pergerakan hak asasi untuk LGBT?

    Selama ini, mereka menjalankan kehidupan dengan senyap tanpa menuntut apa-apa, sehinggalah

    wujud golongan bukan-homoseksual yang cuba memobilasi mereka dan mengenengahkan mereka

    ke dalam masyarakat.

    Sebagai Muslim, perlu ada ijtihad dan maqasid

    diguna pakai dalam menangangi gelombang

    LGBT, yang bukannya besar, tetapi diperbesarkanoleh media. Seperti juga isu murtad (di mana ada

    yang mendakwa beratus ribu telah murtadsedangkan ini bukan kesnya), lebih elok sekiranya

    kita kenal saiz dan kekuatan musuh kita sebelum

    kita membuat perancangan bagaimana memerangimereka.

    Penulis merupakan editor Islamic Book Trust, yang menerbitkan buku-buku dan karya-karya

    berorientasikan Islam dalam bahasa Inggeris.

    ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkanpendirian sidang pengarang Malaysiakini.