MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi...

27
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN LIMA SHOHRUL HANI BINTI BRAHIM UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi...

Page 1: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN

BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN LIMA

SHOHRUL HANI BINTI BRAHIM

UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan
Page 3: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan
Page 4: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

i

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN

BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN LIMA

SHOHRUL HANI BINTI IBRAHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

Page 5: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

ii

Page 6: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

iii

DEDIKASI

Buat Permata hatiku…

(Tn Hj. Ibrahim B. Salleh)

(Pn Hjh. Kalsom Bt Che Mat)

Khas buat ayah dan mak yang dikasihi sepanjang masa dan menjadi

peneman hidupku, pendorong kejayaan dan pengubat duka laraku.

Jasa dan pengorbanan mak dan ayah tetap dikenang sepanjang hayat

anakmu ini.

Buat Keluargaku…

Buat keluargaku, kalian semua menjadi pendorong semangatku,

terima kasih di atas segala nasihat dan pertolongan kalian semua.

Buat Sahabat-sahabatku…

Akan kuabadikan segala kenangan antara kita semua, jutaan terima kasih kepada

kalian semua dengan segala pertolongan dan tunjuk ajar dalam membangunkan

perisian ini, keikhlasan kalian semua. kuabadikan kenangan kita tika bersama.

Page 7: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani”.

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu

Tuan Haji Muslim B Jonid dan PM. DR. Arbaat B Hassan di atas segala bimbingan,

nasihat dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh menyiapkan sarjana

muda ini.

Penghargaan juga kepada Pn Rohani Bt Hassan iaitu guru dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Penanti dan Ooi Kean Heng iaitu guru dari Sekolah

Menengah Tinggi Jit Sin (Persendirian), kedua-dua sekolah tersebut dari Pulau

Pinang. Terima kasih kepada kedua-dua guru ini di atas kerjasama menyokong

jawab soal selidik mengenai tajuk pelajaran yang akan dibangunkan dalam modul

perisian ABM ini.

Jutaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membangunkan projek perisian ini.

Page 8: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

v

ABSTRAK

Projek sekolah bestari adalah merupakan satu aplikasi perdana Koridor Raya

Multimedia (MSC). Projek sekolah bestari ini akan bertanggungjawab untuk

menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia teknologi

maklumat. Sehubungan dengan itu, guru perlu menukar cara pengajaran yang

tradisional itu kepada pengajaran berasaskan teknologi moden. Penggunaan alat

bantu mengajar yang berasaskan komputer (modul perisian) sedikit sebanyak dapat

membantu menarik perhatian pelajar dan menghilangkan rasa bosan pelajar dengan

kaedah pengajaran secara “chalk and talk”. Kewujudan pelbagai elemen multimedia

yang dimasukan di dalam perisian tersebut, seperti teks, grafik, animasi, video, dan

audio supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif. Dengan

penggunaan modul perisan ABM ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan baik, tidak membosankan pelajar dan dapat memotivasikan

pelajar untuk belajar terutamanya bagi tajuk “Sistem Pengangkutan Tumbuhan”.

Modul perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Office Powerpoint

XP sebagai perisian pembangunan utama, di samping perisian sampingan yang lain

iaitu Sound Forge, Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D lain –lain. Akhirnya,

modul perisian ini juga sesuai untuk penggunaan umum sebagai rujukan.

Page 9: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

vi

ABSTRACT

Smart school is one of the application in Multimedia Super Coridor (MSC).

This project is responsible to provide new generation who capable to face the

challenge of information world technology. Thus, teachers should change the

method of teaching from traditional way to advance way with the use of modern

technology. Teaching aids which based on computer (software module) can attract

the students attention and overcome the feeling of boredom especially if the teachers

stick to one method like “chalk and talk”. An integration of multimedia elements in

the software like teks, graphic, animation, video and audio provides an interactive

environment for learning process. Besides, with the use of this software module, it is

hope the process of teaching and learning can be conducted successfully and at the

same time motivate the students to learn especially for the topic of “The

Transportation System Of Plant”. Furthermore, the main application for this

software module is Microsoft Office Powerpoint XP, application like Sound Forge,

Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D and others also play a vital role in building up

this software module. In conclusion, this software module is very useful and suitable

tools for learners especially as a main references.

Page 10: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Skop Projek 8

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8

Page 11: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

viii

1.8 Definisi Istilah-istilah Serta Fungsinya 9

1.8.1 Modul 9

1.8.2 Alat Bantu Mengajar 11

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Multimedia dan Elemen –elemennya 14

2.3 Jenis-jenis ABM 16

2.4 Perbezaan antara ABM dan PBK 17

2.5 Ciri –ciri Modul Perisian ABM Yang Baik 18

2.6 Kepentingan Modul Perisian ABM 19

2.7 Kelebihan – kelebihan Modul Perisian ABM 20

2.8 Kelemahan –kelemahan Modul Perisian ABM 22

2.9 Aspek –aspek pedagogi Dalam Modul

Perisian ABM 23

2.10 Teori Pembelajaran 24

2.10.1 Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) 25

2.10.2 Teori Konstruktivisme 26

2.10.3 Teori Kognitivisme 27

2.11 Penerapan Nilai Murni 29

2.12 Taksonomi Bloom 29

2.13 E-book 30

BAB III METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK

3.1 Pengenalan 31

3.2 Prosedur Pembinaan Perisian 31

3.3 Penentuan Tajuk Dan Skop 34

3.4 Rasional Pemilihan Media 34

Page 12: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

ix

3.5 Klasifikasi Komputer 35

3.6 Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea 35

3.7 Analisis Pembangunan 36

3.7.1 Objektif Pengajaran 36

3.7.2 Kumpulan Sasaran 37

3.7.3 Isi Kandungan Pelajaran 38

3.7.4 Soalan /Penilaian Pencapaian 38

3.7.5 Persekitaran Penggunaan 39

3.8 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 40

3.8.1 Pemilihan Microsoft Powerpoint XP 40

3.9 Pemilihan Perisian Multimedia 41

3.10 Pemilihan Perkakasan 44

3.11 Spesifikasi Perkakasan Minimum 45

3.12 Pembangunan Perisian 46

3.13 Carta Alir Umum Perisian 46

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Penyediaan Bahan 52

4.2.1 Penyediaan Dan Pengeditan Teks 53

4.2.2 Penghasilan Animasi 53

4.2.3 Penghasilan Grafik 53

4.3 Model Perisian 54

4.4 Struktur Asas Perisian 54

4.4.1 Paparan Persembahan Tajuk 54

4.4.2 Paparan Bantuan 56

4.4.3 Paparan Menu Utama 56

4.4.4 Paparan Topik 57

4.4.5 Paparan Analogi 58

4.4.6 Paparan Gerak Kerja Pelajar 59

4.4.7 Paparan Penilaian 61

4.4.8 Paparan Ganjaran 62

Page 13: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

x

4.4.9 Paparan Laman Web 64

4.4.10 Paparan Glosari 64

4.4.11 Paparan Keluar Perisian 65

4.5 Pempakejan Perisian 66

4.6 Cara Menggunakan Perisian 67

BAB V CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 68

5.3 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 70

5.3.1 Kekuatan Perisian 70

5.3.2 Kelemahan Perisian 72

5.4 Cadangan 73

5.5 Kesimpulan 74

RUJUKAN 76

Page 14: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Jadual Perbezaan antara ABM dengan PBK 17

Rajah 2.2 Proses Pendekatan Induktif 24

Rajah 3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 32

Rajah 3.2 Carta Alir Perisian Secara Umum Pertama 47

Rajah 3.3 Carta Alir Perisian Secara Umum Kedua 48

Rajah 3.4 Carta Alir Pengenalan 49

Rajah 3.5 Carta Alir Struktur Vaskular 50

Rajah 3.6 Carta Alir Proses Pengangkutan Tumbuhan 51

Rajah 4.1 Paparan Persembahan Matapelajaran 55

Rajah 4.2 Paparan Persembahan Tajuk 55

Rajah 4.3 Paparan Bantuan 56

Rajah 4.4 Paparan Menu Utama 57

Rajah 4.5 Paparan Topik 58

Rajah 4.6 Paparan Analogi Pembelajaran 59

Rajah 4.7 Paparan Tugasan Pelajar 60

Rajah 4.8 Paparan Aktiviti Pelajar 60

Rajah 4.9 Paparan Penilaian Formatif 61

Rajah 4.10 Paparan Penilain Sumatif 62

Rajah 4.11 Paparan Ganjaran Betul 63

Rajah 4.12 Paparan Ganjaran Salah 63

Rajah 4.13 Paparan Menyusuri Internet 64

Rajah 4.14 Paparan Glosari 65

Rajah 4.15 Paparan Keluar Perisian 66

Rajah 5.1 Penggunaan on mouse click 73

Page 15: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Borang Soal Selidik

Page 16: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara kita sedang mengalami dunia siber yang penuh dengan penggunaan

alat teknologi yang canggih. Pelbagai sektor seperti perniagaan, sosial, pendidikan

dan lain-lain berkembang seiringan dengan sektor teknologi ini. Kita telah sedari,

komputer adalah satu alat keperluan asas dalam banyak bidang yang telah digunakan

dalam penyimpanan maklumat dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah (Berita Mingguan,

2002) berkata berdasarkan keupayaan teknologi itu, IT seharusnya dianggap sebagai

senjata penting untuk sektor pendidikan, khususnya bagi projek perlaksanaan sekolah

bestari yang memerlukan teknologi komputer ini sepenuhnya dengan keupayaan

guru-guru untuk mengendalikan pengajaran dengan penggunaan komputer.

Komputer hanyalah media atau alat membantu memberikan natijah yang baik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dalan transformasi ilmu ini, guru

haruslah bersedia dalam menjadi penyalurkan ilmu kepada pelajar melalui

penggunaan komputer ini

Page 17: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

2

Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya

perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

serta institusi lain semakin giat. Guru dan pelajar dilatih untuk menguasai kemahiran

menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan

tentang konsep dalam komputer, multimedia serta jenis–jenis perisian yang boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi menjamin

kejayaan sekolah bestari.

Menurut Puan Asnidar Mohd Arif, tenaga pengajar di Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail yang mempraktikkan sistem sekolah bestari

menjelaskan bahawa memang terdapat sedikit perbezaan antara sekolah bestari

dengan sekolah biasa. Sistem bestari menggunakan satu perisian komputer yang

disediakan oleh Kementerian Pendidikan di mana komputer sebagai salah satu alat

bantu mengajar di sekolah. Bagi Puan Asnidar, sistem yang digunakan ini tidaklah

begitu sukar bagi beliau memandangkan penggunaan komputer dan sistem teknologi

maklumat sudah sebati dalam kehidupan seharian beliau di rumah, di samping

pendedahan yang meluas daripada pelbagai sumber.

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan akan merubah

kandungan dan reka bentuk bentuk kurikulum setiap mata pelajaran (Jamaludin,1989

Nik Azis,1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan

(Nik Azis,1989).

i. Pembelajaran tentang perisian komputer, pendekatan dan pengaturcaraan

komputer.

ii. Penggunaan komputer untuk menyelenggara, pemprosesan data.

iii. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran terutamanya dalam pengajaran berbantu komputer.

Page 18: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

3

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat kerajaan untuk

mencapai wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu

mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi lain ke arah

mencapai matlamat tersebut potensi dan kecanggihan teknologi perlu di manfaat

sepenuhnya.

Bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia,satu anjakan paradigma

diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid,1996).

Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita

mampu mencapai dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri

tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Buku teks merupakan sumber yang utama yang digunakan dalam bilik darjah

sebagai bahan pelajaran. Media cetak yang lain seperti yang dikelaskan oleh Lacotis

(1990) ialah kertas edaran, akhbar, majalah, risalah, transparensi dan bahan yang lain

sebagai bahan mengajar bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah, di mana semua bahan ini disalurkan oleh para guru di mana

mereka hanya berpusatkan kepada guru.

Kekeliruan tentang tanggapan konsep teknologi pendidikan dan sub

bidangnya telah menimbulkan banyak masalah terutamanya kita lihat di kalangan

guru yang mempunyai masalah “teknofobia” yakni ketakutan kepada teknologi siber

berdasarkan komputer. Maka pengajaran dan pembelajaran tidak menarik perhatian

pelajar dengan penghasilan ABM yang secara tradisional di mana guru lebih

cenderung menggunakan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk) maka

menyebabkan pelajar bosan dengan pengajaran guru.

Page 19: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

4

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan rancangan yang penting

bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam suatu pelajaran. Di mana alat bantu

mengajar yang lengkap dan canggih sangat diperlukan bagi menyampaikan isi

pelajaran dengan lebih efektif. Penggunaan ABM seperti carta, poster, kertas

manjung tidak berapa fleksibel,ia tidak bersifat interaktif serta kontras warna yang

diguna tidak jelas dan tidak menarik maka ABM tersebut tidak menepati ciri–ciri

ABM yang baik dari pelbagai segi contohnya dari segi warnanya yang pudar dan

lain–lain

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan komputer dalam dunia pendidikan sememangnya ialah daripada

ledakan teknologi maklumat yang menguasai globalisasi masa kini, di mana dalam

dunia pendidikan masa kini komputer bertindak sebagai satu alatan penyampaian

pengajaran dalam bilik darjah.

Guru memainkan peranan yang penting dalam proses penyampaian maklumat

isi pelajaran dengan berkesan guru pada hari ini bukan sahaja bertanggungjawab

sebagai seorang penyampai ilmu malah mereka turut juga terlibat dengan aktif dalam

sebarang aktiviti yang melibatkan sekolah kerana itu juga merupakan sebahagian

daripada tanggungjawab mereka selain dari mengajar seperti biasa maka kajian ini

adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru-guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan baik menggunakan komputer sebagai satu

pendekatan dalam bilik darjah.

Kesediaan guru yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pengetahuan

akademik dan kemahiran untuk mengaplikasikan teknologi tersebut bagi

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga

penyediaan alat bantu mengajar sebagai bahan untuk mengajar.

Page 20: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

5

Kebanyakan guru kurang berpengetahuan dalam penggunaan perisian–

perisian yang terlibat bagi pembinaan perisian ABM ini, di mana kemahiran adalah

sangat diperlukan bagi pembinaannya, kebanyakan perisian (software) yang ada di

pasaran adalah buatan dari negara lain dan tidak mengikut sukatan pelajaran yang

terdapat di negara kita, di samping itu, perisian tersebut tidak mengandungi nilai–

nilai murni yang boleh diterapkan dalam semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh yang demikian, peranan guru sangat penting untuk membina sebuah

perisian ABM ini memandangkan guru adalah golongan yang paling layak untuk

menghasilkan perisian ABM ini kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas

dan tidak lari dari sukatan pelajaran yang sebenar.

Pengetahuan dalam pembinaan perisian ABM sangat penting untuk

menghapuskan masalah dikalangan guru pada masa kini.Bagi menyelesaikan

masalah tersebut, maka guru–guru diberi kursus tentang bagaimana untuk

menggunakan perisian–perisian tertentu serta bagi menghasilkan satu modul perisian

ABM yang lengkap dan interaktif, maka dengan pembinaan perisian modul ABM ini

akan dapat mengatasi permasalahan yang timbul semasa pengajaran oleh guru,

dengan pembinaan modul perisian ini juga diharapkan pelajar akan lebih faham dan

sesuatu konsep dalam pengajaran guru dapat dikonkritkan dengan jelas kepada

pelajar nanti.

1.4 Objektif Projek

Dalam pembinaan perisian modul alat bantu mengajar terdapat berbagai

objektif supaya semasa pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai, di antara objektif

pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah seperti berikut:

Page 21: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

6

i. Menghasilkan satu perisian ABM yang bertajuk Sistem Pengangkutan

Tumbuhan dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 yang mana ia

berdasarkan sukatan pelajaran di Malaysia.

ii. Membina satu perisian ABM yang dapat meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar bagi tajuk sistem

pengangkutan tumbuhan.

iii. Sebagai bahan sokongan dalam memberi kefahaman dan pengukuhan melalui

penilaian formatif dan sumatif yang di wujudkan dalam perisian ini.

iv. Supaya guru dapat merancang dan memilih jenis pengajaran yang sesuai

supaya selaras dengan perisian yang dibina ini

1.5 Kepentingan Projek

Sistem pendidikan pada masa dahulu dan sekarang ini kebanyakannya

melibatkan penggunaan teks secara meluas dan pendedahan ini dengan secara tidak

langsung keadaan pengajaran secara konvensional ini sudah lama digunakan dan ia

telah menjadi suatu kebiasaan, namun kadangkala timbul juga masalah bagaimana

hendak menerangkan kepada pelajar dengan terang, jelas dan konkrit supaya sesi

pengajaran dapat berjalan dengan baik.

Dengan penggunaan teks sahaja maka kefahaman pelajar adalah terhad serta

pemahaman mereka menjadi kurang kukuh ia juga bersifat tidak konkrit, oleh yang

demikian dengan penggunaan modul eprisian ABM ini maka kebanyakan pelajar

dapat memahami isi pelajaran dengan jelas.

Page 22: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

7

Secara umumnya terdapat satu pendekatan yang telah diambil bagi mengatasi

masalah yang timbul ini dengan pembinaan perisian alat bantu mengajar dan

mempunyai unsur multimedia dalam satu pengajaran dan pembelajaran supaya lebih

berkesan. Maka alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ingatan yang berlaku dalam manusia

semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam

bentuk yang pelbagai dalam masa yang singkat.

Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi pelbagai

bentuk pengukuhan seperti teks, audio, grafik dan animasi. Teks merupakan asas

utama bagi penyaluran informasi tetapi ia mestilah di gabungkan sekali dengan

grafik, animasi dan audio bagi memberikan satu kesan pembelajaran yang lebih

efektif kepada pelajar. Persembahan sesuatu maklumat isi pelajaran lebih

menceriakan dan menyeronokan dengan penggunaan animasi ini membantu

memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

Secara teorinya, pengekalan informasi atau sesuatu maklumat bagi seseorang

manusia boleh dipercepat keberkesanannya berdasarkan:

20% dari proses pendengaran

40% dari proses penglihatan dan pendengaran

75% dari proses penglihatan, pendengaran dan perbuatan

Maka dengan itu, adalah diketahui bahawa guru memainkan peranan yang

penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan mudah antara

kedua–dua pihak guru dan pelajar .dalam menggunakan alat bantu mengajar oleh itu,

perisian ini dibina bagi mengatasi masalah ketidakfahaman oleh pelajar tentang

penyampaian isi pelajaran oleh guru kepada mereka. Pembinaan perisian ini adalah

mengikut sukatan dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 23: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

8

1.6 Skop Projek

Skop projek bagi pembinaan perisian alat bantu mengajar bagi tajuknya ialah

Sistem Pengangkutan Tumbuhan yang mana ia merupakan subtajuk dalam Sistem

Pengangkutan saja yang merupakan tajuk bagi tingkatan 5. Dalam pembinaan

perisian modul ABM di mana isi kandungannya adalah meliputi bahagian–bahagian

dari struktur vaskular, fungsi vaskular, proses pengangkutan (tindakan kapilari

,tekanan akar serta tarikan transpirasi) dan mekanisme pembukaan dan penutupan

stoma.

Pembinaan modul perisian ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran Biologi

KBSM Tingkatan Lima. Di mana di dalam modul ini terdapat juga penilaian

formatif yang diuji bagi setiap tajuk–tajuk yang dibawahnya, dan penilaian sumatif

akan diuji di akhir pengajaran bagi persembahan modul perisian ini

Maklumat tambahan juga diselitkan supaya perisian ini boleh digunakan

sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar. Maklumat tambahan tersebut ialah

dari segi maksud perkataan yang mana ia diletakkan di bahagian glosari supaya

pelajar lebih memahami keseluruhan isi pelajaran tersebut beserta dengan maksud

bagi setiap istilah yang sukar difahami dengan merujuk di bahagian glosari.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih untuk pembangunan dalam projek perisian modul ABM

ini ialah Sistem Pengangkutan Tumbuhan. Tajuk yang dipilih ini merupakan satu

tajuk yang bersifat abstrak terutamanya dalam melihat proses pengangkutan air,

garam mineral dan makanan. Selain itu ia mengkehendaki pelajar menghafal konsep

yang tertentu..

Page 24: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

9

Apabila proses–proses pengangkutan air dan mineral diajar oleh guru maka

tidak ada sebarang pergerakan dalam tumbuhan, ini kerana tiada ABM yang

dihasilkan oleh guru untuk mengukuhkan tajuk tersebut oleh yang demikian ia juga

bersifat abstrak.

Sehubungan itu, konsep yang pelajar kuasai adalah berlainan kerana setiap

pelajar mempunyai persepsi yang berlainan kerana penerangan dari pengajaran guru

tidak kukuh oleh itu, masalah tersalah konsep juga berlaku pada kebanyakan pelajar

dewasa ini tetapi guru–guru tidak dapat kenal pasti masalah tersebut.

Oleh demikian, penggunaan grafik, animasi, video, audio dan lain–lain dapat

menarik minat pelajar serta dapat mengatasi masalah salah faham konsep yang

sebenar dengan penambahan kesan realistik kepada alat bantu mengajar supaya

pelajar dapat faham setiap penyampaian guru dalam bilik darjah.

1.8 Definisi istilah –istilah serta fungsinya

1.8.1 Modul

Merujuk dalam kamus dewan istilah modul ini membawa maksud seperti

berikut, iaitu ia merupakan bahagian yang tersendiri yang lengkap dengan

komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan

unit–unit yang lain juga dalam sesuatu yang lebih besar.

Modul biasanya dicipta untuk keperluan pelajar. Bahkan boleh dikatakan

hampir semua modul yang bertulis adalah untuk memudahkan pembelajaran pelajar–

pelajar supaya pembelajaran lebih efektif. Namun demikian modul juga dapat direka

khas untuk guru supaya guru dapat mengajar dengan lebih berkesan dan mantap.

Page 25: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

10

Modul pengajaran untuk guru adalah bahan pengajaran yang mengandungi isi

kandungan matapelajaran itu serta mengandungi strategi–strategi, tindakan–tindakan

dan gerak kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembelajaran pelajar dan

penilaian isi kandungan matapelajaran tersebut. Modul yang memuatkan semua

maklumat untuk membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan ini biasanya

dikelaskan sebagai modul pengajaran. ABM sebagai modul pengajaran bagi guru

dalam kelas, kebolehan ini penting untuk memastikan mereka faham isi kandungan

dalam penyampaian isi tersebut oleh guru dengan menggunakan komputer.

Ciri–Ciri Modul

i. Tiap–tiap modul dibentuk untuk penggunaan satu golongan pengguna.

ii. Modul mengandungi satu atau beberapa konsep. Oleh kerana modul adalah

unit kecil yang serba lengkap, jelaslah modul mempunyai isi kandungan yang

lengkap.

iii. Modul mengandungi objektif–objektif tingkah laku, ini adalah pernyataan

pencapaian di awal modul yang harus dapat diperoleh oleh pelajar setelah

mengikuti modul. Sebaik–baiknya pernyataan ini dibuat dalam bentuk

objektif tingkah laku yang dapat di lihat atau diukur.

iv. Modul mengandungi isi kandungan yang berkaitan. Isi kandungan ini akan

memuatkan segala penjelasan secara bertulis atau tidak bertulis. Segala

penjelasan adalah disediakan semata–mata untuk mencapai objektif yang

telah dinyatakan pada awal modul.

v. Modul boleh menggunakan pelbagai media. Pemilihan media yang

digunakan dalam adalah berpandukan objektif modul, penggunaan media

seharusnya terjalin rapat dengan perancangan objektif–objektif modul

Page 26: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

11

vi. Modul sebaliknya mengandungi berbagai strategi. Modul juga boleh

memuatkan berbagai aktiviti pembelajaran serta mengandungi latihan untuk

penilaian pelajar.

vii. Modul juga mengandungi beberapa istilah–istilah yang sukar difahami oleh

pelajar maka terdapat satu sudut glosari yang dibina untuk memberi maksud

bagi istilah tersebut.

1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM)

ABM mengikut Atan Long (1982) adalah terdiri daripada berbagai–bagai

bahan di mana suatu bahan itu boleh disampaikan dalam berbagai cara.

Umpamannya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk carta pada slaid

dan dipancarkan pada layar.

Noraziah Hamid (1981) pula mendefinisikan ABM sebagai alat yang

digunakan untuk melancarkan perhubungan antara guru dengan pelajar dan

mempercepatkan lagi proses pemahaman mereka.

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Baharuddin Aris (2001), Rio Sumarni dan Manimegalai Subramaniam,

mendefinisikan PBK adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK boleh berbentuk menggunakan langkah

demi langkah iaitu program terancang untuk menggunakan komputer untuk

pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada

pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer.

Page 27: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat ... 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang masalah 3 1.3 Pernyataan

12

PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI), Computer

Based Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT) di USA, manakala

Computer Aided Learning (CAL) dan Computer Based Learning (CBL) di UK

PBK dengan ABM adalah berbeza definisi dan peranannya terhadap

pengguna, di samping itu, ABM dan PBK ini mempunyai elemen–elemen

multimedia yang sama.