MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman...

18
i MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN BERBANTUKAN KOMPUTER DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERTAJUK PANDANGAN BANTUAN BAGI TINGKATAN 4 ZULKIFLI BIN ABDULLAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Falkulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC,2004

Transcript of MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman...

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

i

MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN BERBANTUKAN KOMPUTER DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BERTAJUK PANDANGAN BANTUAN BAGI TINGKATAN 4

ZULKIFLI BIN ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Falkulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC,2004

Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : ZULKIFLI BIN ABDULLAH

Tarikh : FEBRUARI, 2004

Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas

limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Untuk insan yang dihormati dan dikasihi ayah dan ibu

Hj. Abdullah Bin Bakar

Hajjah Nik Mah Binti Ali

Isteri tercinta

Khairul Wara Bt. Hj. Mahmud

Puteraku Tersayang

Zulhakimi Arif Bin Zulkifli

Doa, Jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan dan kejayaanku. Jua buat

Kekanda-kekanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Segala dorongan, Pergorbanan dan keiklasan bantuan kalian tidak termampu

diunkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong seluruh kaum keluargaku untuk mencapai

kejaya dan kemenangan terhadap apa jua bidang yang kalian ceburi.

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih”

Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan

keizinannNya Penulis dapat menyiapkan projek ini.Penulis mengucapkan jutaan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing, PM Dr. Abdul Wahid bin Mukhari

diatas segala tunjuk ajar, teguran, nasihat dan bimbingan beliau tanpa kenal erti

jemu. Juga tidak lupa pada rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama dan

bantuan menyiapkan projek ini.

Perhargan ini juga ditujukan khas buat kaum keluargaku terutamanya bapa,

ibu, isteri dan anakku yang tampa jemu mendorong dan mendoakan kejayaanku.

Terima kasih buat semua.

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

v

ABSTRAK

Penggunaan perisian multimedia sebagai ABM telah menjadi satu kaedah

pembelajaran yang terbukti keberkesanannya. Pada masa sekarang telah banyak

perisian multimedia terdapat di pasaran. Walau bagaimanapun bagi mendapatkan

perisian multimedia yang berciri-cirikan tempatan amatlah terhad terutamanya bagi

mata pelajaran teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan. Sehubungan dengan itu,

pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi tajuk

Pandangan Bantuan akan menambahkan lagi perisian yang telah ada terutamanya

bagi perisian bercirikan tempatan. Perisian multimedia ini telah dibina dengan

gabungan perisian Authoware Attain 5 dan beberapa perisian lain seperti,

Macromedia Flash 5, Ulead Cool 3D, Ulead Photo Plus 5, Sound Forge 4.5 dan

AutoCAD 2000. Perisian ini juga memberikan pengguna kebebasan untuk memilih

paparan yang dikehendaki dengan hanya satu klikkan pada butang atau ikon tersebut.

Perisian ini telah dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan

penggunaannya. Jadi dengan terbinanya perisian ini diharap ianya dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengajar-pengajar, pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja

yang menggunanya.

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

vi

ABSTRACT

The use of multimedia software has been proven as an effective teaching aid.

However, local multimedia courseware in Engineering Drawing however is not

easily available in the market. Therefore, the development of this software for the

topic of Auxiliary view would provide an addition to the locally produced materials.

This courseware was developed using the Macromedia Authorware Attain 5, as well

as other software such as Macromedia Flash 5, Ulead Cool 3D, Ulead Photo Plus 5,

Sound Forge 4.5 and AutoCAD 2000. With the click of a button the users are free to

choose any kind of display in the software. This software was compiled in a form of

compact disk (CD) for easy use. It is hoped that this software would be fully utilized

by teachers, students and other users.

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN / TATANAMA xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Skop Projek 7

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Definasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 9

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

viii

2.3 Kelebihan PBK 10

2.3.1 Kawalan Terhadap Pembelajaran 10

2.3.2 Keanjalan Dalam Pembelajaran 10

2.3.3 Penglibatan Pelajar Secara Aktif 10

2.3.4 Menarik dan Menyeronokan 11

2.3.5 Melibatkan Penggunaan Deria

Yang Dari satu 11

2.3.6 Mudah Alih 11

2.4 Jenis-jenis PBK 12

2.5 Multimedia 13

2.6 Elemen-elemen Multimedia 13

2.7 Pendidikan Melalui Multi Media 15

2.8 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 15

2.9 Teori Pembelajaran Dan Kesan Ke Atas

Perisian Multimedia 16

BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Sistem yang Digunakan Di Dalam Mereka

Bentuk Perisian 18

3.3 Model Mereka Bentuk Perisian 19

3.4 Aplikasi Teori Pembelajaran Di Dalam

Reka Bentuk Perisian 20

3.5 Spesifikasi Pekakasan Dan Perisian 21

3.5.1 Pekakasan (Hardware) 21

3.5.2 Perisian 21

3.6 Bahasa Pengarangan 21

3.6.1 Ciri-Autoware Attain 5 22

3.6.2 Ikon-ikon authoware 5 22

3.7 Bahasa Dan Arahan 24

3.8 Fasa Membangunkan Perisiaan 24

3.9 Kaedah Penggunaan Halaman 26

3.10 Carta Alir Perisian Pandangan Bantuan 27

3.10.1 Halaman Konsep 28

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

ix

3.10.2 Halaman Jenis 29

3.10.3 Halaman Pembinaan 30

3.10.4 Halaman Keluar 31

BAB 4 PERISIAN PANDANGAN BANTUAN

4.1 Pakej Perisian 32

4.2 Panduan Pengguna 33

4.3 Pengenalan Kepada Perisian 33

4.4 Menu Utama 34

4.5 Paparan Menu Konsep 34

4.5.1 Paparan Apakah Pandangan Bantuan 35

4.5.2 Halaman Perbezaan Pandangan Bantuan

Dengan Lukisan Ortografik 36

4.6 Paparan Jenis 37

4.6.1 Halaman Pandangan Terputar 37

4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39

4.7 Halaman Pembinaan 40

4.7.1 Contoh 1 40

4.7.2 Contoh 2 42

4.7.3 Contoh 3 43

4.7.4 Contoh 4 44

4.7.5 Latihan 46

4.8 Halaman Keluar 47

4.9 Penghargaan 47

4.10 Penilaian 48

4.10.1 Grafik 48

4.10.2 Teks 49

4.10.3 Audio 49

4.10.4 Kandungan Pelajaran 49

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

5.3 Rumusan 53

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

x

5.4 Cadangan 54

5.4.1 Grafik 54

5.4.2 Teks 55

5.4.3 Audio 55

5.5 Kesimpulan 55

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

RUJUKAN 57

LAMPIRAN A 60

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

xi

SENARAI SINGKATAN / TATANAMA

ICT - Imformation Communication Technology

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IT - Imformation Technology

ABM - Alat Bantu Mengajar

3D - 3 Dimension

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

CD - Compact Disc

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan, kemajuan dan juga

kemakmuran sesebuah negara. Namun kini perkembangan dunia pendidikan telah

diwarnai oleh pekembangan pesat bidang ICT. Oleh itu, proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah juga perlu mengalami perubahan. Sejajar dengan itu

pengunaan multimedia dalam proses pembelajaran dan pembelajaran amat sesuai

dengan arus perubahan ini.

Jika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran ini hanya berpusatkan guru,

tetapi kini tidak lagi, kerana ianya kini lebih berpusatkan kepada pelajar dan bersifat

intraktif. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan komputer dan

multimedia perlu direalisasikan sepenuhnya di semua sekolah dan juga di IPT, agar

proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan, efektif dan berkualiti

lagi. Kaedah ini sebenarnya telah lama dilaksanakan di negara-negara maju.

Seperti mana yang diketahui bidang kejuruteraan adalah peranan penting dalam

pembangunan sesebuah negara. Tanpa bidang kejuruteraan ini segala peralatan, jentera,

mesin, bangunan dan lain-lain tidak dapat dilakukan. Tetapi dalam setiap pembuatan

atau pembinaan dalam kejuruteraan itu mesti dimulakan dengan lukisan. Manakala

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

2

dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi standard

supaya dapat di fahami oleh semua orang yang terlibat dalam bidang tersebut. Bagi

memenuhi standard tersebut seseorang itu perlulah mempunyai pengetahuan asas

tentang lukisan kejuteraan.

Lukisan kejuruteraan adalah satu mata pelajaran asas yang sangat penting

kepada pra pelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan atau grafik yang

digunakan sebgai media penghubung utama dalam bidang kejuruteraan. Lukisan

merupakan bahasa yang standart dan ia digunakan oleh semua orang yang telibat dalam

bidang kejuruteraan terutamanya arkitek, jurutera dan juruteknik. Berhubung dengan itu

ianya dapat difahami oleh semua yang tersebut tanpa mengambil kira perbezaan bahasa

percakapan.( Mohd. Ramzan Maizal, et al. 1998),

Pihak kerajaan telah menyedari keperluan bidang kejuruteraan ini dan

termasuklah matapelajaran lukisan kejuruteraan. Berhubung dengan itu pihak kerajaan

khasnya kementerian pendidikan telah memperkenalkan pendidikan kejuruteraan di

sekolah-sekolah harian biasa, tidak lagi terhad kepada sekolah aliran teknik dan

vokasional sahaja. Kini telah banyak sekolah-sekolah terpilih telah menjalankan

pendidikan mata pelajaran tersebut terutamanya di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Bagi menerapkan pendidikan bidang kejuruteraan yang lebih berkesan kaedah

pengajaran dan pendidikan perlulah diperbagaikan dan seiring dengan teknologi terkini

terutamanya interaksi antara pelajar dengan komputer melalui Perisian Berbantukan

Komputer (PBK). Disamping memperbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

ianya juga dapat meningkatkan insane yang celik IT.

Bertepatan dengan kenyataan Zoraini Wati Abas (1997), bahawa genarasi celik

maklumat perlu dibentuk dari sekarang. Mereka perlu bersedia lengkap dengan segala

kemahiran yang akan membawa negara ke tahap negara maju. Oleh itu, pemupukan

pengetahuan dalam bidang multimedia dan komputer perlu dilakukan dari sekarang

supaya satu masyarakat IT dapat dibentuk seiring dengan hala tuju negara kita ke

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

3

Wawasan 2020. Dengan adanya pengetahuan dalam multimedia dan kebolehan

menggunakan komputer, satu masyarakat IT seperti yang diseru oleh kerajaan dapat

diujudkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam usaha meninggikan lagi kualiti pendidikan, selain daripada pengurusan

yang cemerlang, kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga perlulah

bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar supaya bermotivasi untuk terus belajar. Ini

kerana tanpa kaedah yang sesuai sesuatu objektif pelajaran agak sukar untuk dicapai.

Disamping itu peralatan yang digunakan juga perlu bersesuaian. Oleh yang demikian,

salah satu kaedah yang dapat digunakan pada masa kini ialah dengan menggunakan

multimedia dalam pendidikan atau lebih tepat lagi dengan perisian berbantukan

komputer (PBK).

Tetapi sepertimana yang diketahui kemudahan mendapatkan perisian tempatan

terutamanya bagi matapelajaran lukisan kejuteraan amatlah terhad. Kajian oleh Rio

Sumarni Shariffudin (1996) menunjukan kesnggupan guru untuk membina perisian

adalah tidak menggalakkan. Ini mungkin menjadi salah satu faktor kekurangan tersebut.

Berkesempatan dengan kemajuan IT, dengan penggunaan ABM yang

berkonsepkan multimedia, tidaklah mustahil untuk menyampaikan pembelajaran dan

pengajaran yang lebih berkesan untuk tajuk lukisan bantuan kepada para pelajar. Ini

kerana kegagalan menggunakan kaedah yang sesuai boleh menyebabkan objektif proses

pangajaran dan pembelajaran tidak tercapai terutamanya dalam matapelajaran teknikal

seperti lukisan kejuteraan.

Menurut Okey (1978) dalam Ali Subari, masalah kekeciciran pelajar adalah

disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

4

- Bahan pengajaran kurang sesuai

- Organisasi kandungan pembelajaran yang kurang terancang

- Persekitaran bilik darjar yang kurang menggalakkan

- Ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru

“Menurut Zawiyah Mohamad Yusuf, et al. (2002), Kurikulum pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Menengah memerlukan tranformasi dan kaedah yang lebih

efektif supaya berupaya menarik serta meningkatkan minat pelajar kerana dengan

bantuan teknologi dapat mengumpul imput yang meksima kepada individu.” Maka

disini dapat dinyatakan bahawa kaedah yang sesuai dapat membantu pelajar supaya

lebih bermotivasi untuk belajar.

Dalam proses pengajaran dan pebelajaran matapelajaran lukisan kejuruteraan

kaedah penyapaian amat penting kerana memerlukan daya imaginasi yang tinggi bagi

melukis sesuatu pandangan atau bentuk sesuatu objek. Pada kebiasaannya guru akan

menunjukkan contoh-contoh objek sebenar bagi membantu para pelajar. Tetapi ianya

akan menimbulkan masalah apabila pelajar perlu menunjukkan banyak bentuk objek

atau objek yang besar. Dengan penggunaaan PBK masalah tersebut dapat diatasi dengan

penggunaan paparan 3D, malah objek tersebut dapat diputarkan pada arah pandangan

yang berbeza.

Penggunaan masa juga amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bagi memastikan objektik pembelajaran tersebut dapat dicapai dalam masa yang

ditetapkan terutamanya dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan. Ini kerana dalam

metapelajaran lukisan kejuruteraan guru perlu menggunakan kaedah tunjukcara yang

memerlukan membuat lakaran pada papan tulis dan ini memerlukan masa yang panjang

untuk menyiapkan lakaran tersebut. Dengan adanya PBK masalah ini dapat diatasi dan

guru tidak lagi perlu membuat lakaran tersebut kerana lakaran tersebut dapat

ditunjukkan dalam perisian tersebut langkah demi langkah dengan hanya satu klikkan

pada tetikus.

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

5

Selaras dengan pelancaran mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah

harian. Guru perlu lebih memberikan tumpuan kepada kaedah pengajaran yang lebih

sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar dalam suasana pembelajaran yang baru

bagi mereka. Dengan kaedah tersebut pelajar dapat mencapai objektif dengan lebih

mudah dan dengan ini dapat meringankan beban pelajar untuk mencapai keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan terutama bagi mereka yang mengambil banyak

matapelajaran dalam tempoh pengajian mereka. Ini bagi memenuhi hasrat kementerian

pendidikan perlasanaan persijilan terbuka bagi Peperisaan SPM.

Menurut Presiden Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Prof Madya

Dr Abdul Rahman Daud, pada alaf ini keadaan sudah berubah iaitu guru bertindak

sebagai pemudah cara yang seharusnya lebih bersedia, memiliki pengetahuan yang luas,

peka terhadap perkembangan persekitaran dan memiliki strategi penagajaran dan

pembelajaran berkesan. Beliau berkata, punca pengetahuan bukan hanya tertumpu

kepada bentuk bertulis tetapi menjangkau aspek teknologi selaras dengan kepesatan

teknologi moden dan canggih pada era globalisasi ini. (Berita Harian,

15.06.2002)

Bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyedian

multimedia yang berbentuk intraktif amatlah bertepatan. Dengan ada perisian ini maka

ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada guru mahupun pelajar selain daripada

perian yang telah sedia ada.

Chew Choon Kian (1998) dalam tesisnya menyatakan ransangan dan minat

kepada belajar adalah kurang dengan penggunaan kaedah tradisional. Dan Chew dalam

tesisnya juga merujuk kepada kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996) dimana

menunjukkan kebolehdapatan perisian di sekolah adalah rendah. Oleh itu perisian

multimedia ini adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian untuk masalah di atas.

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

6

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan membangunkan satu perisian bagi membantu guru

kejuruteraan menjalankan proses pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuteraan dalam

tajuk Pandangan Bantuan bagi tingkatan empat.

1.4 Objektif Projek

a. Menambah perisian pendidikan dalam multimedia bagi mata pelajaran lukisan

kejuruteraan yang telah sedia ada.

b. Menyediakan rekabentuk yang memuatkan konsep multimedia dan pedagogi

supaya dapat menghasilkan perisian pendidikan yang berkesan.

c. Menyediakan sebuah perisian interaktif dan mudah tetapi menarik.

d. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang multimedia dan sebagai alternatif

kepada guru untuk menyediakan ABM.

1.5 Kepentingan Projek

a. Memperbagai dan memberikan lebih banyak pilihan kaedah pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

b. Sebagai alat motivasi kepada pelajar bagi menarik minat terhadap isi pelajaran

yang hendak disampaikan.

c. Membantu kepada proses pengajaran supaya lebih berkesan.

d. Meyumbang kepada industri perisian multimedia dalam pendidikan yang lebih

bermutu dalam mata pelajaran lukisan ke juruteraan.

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF file4.6.2 Halaman Pandangan Tambahan 39 4.7 Halaman Pembinaan ... dalam melukis atau melakar lukisan kejuruteraan ini ianya mestilah mematuhi

7

1.6 Skop Projek

Pembinaan perisian ini merujuk kepada keperluan pendidikan matapelajaran

Lukisan Kejuteraan bagi tajuk Pandangan Bantuan sebagai meningkatkan tahap

pencapai akademik pelajar tingkatan 4 dan seterusnya membentuk mereka menjadi

seorang insan yang berjaya.