Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Transcript of Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
MEMBUAT ANALSIS RALAT BERKAITAN BACAAN DAN
MENCADANGKAN INTERVENSI UNTUK MENGATASI MASALAH
YANG DIHADAPI
OLEH:NOOR HARZILIA BT HALIM
NUR MARLIANA SOFEA BT UMAR
Masalah-masalah dalambacaan
a) Membuang/meninggalkan(omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhanditinggalkan ketika membaca, misalnya”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap
ditinggalkan semasa membaca, seperti; ”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai”Buku itu tebal”.Meninggalkan imbuhan seperti
”mengandungi” disebut ”mengandung” dansebagainya.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau sukukata semasa membaca dan perbuatanmengulang ini bukan disebabkan olehmasalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataandalam ayat yang dibaca, misalnya”ladang” disebut ”lalang”. Manakalaterdapat perkataan yang digantikandengan perkataan lain sehingga bolehmengubah maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambahsemasa membaca, misalnya “buah” disebut“buwah”. Manakala penambahan perkataanberlaku seperti berikut;”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ”
Saya sangat suka makan rojak.”
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secaraterbalik atau songsang. Contoh ;”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat
berlaku apabila perkataan diubahkedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, danbegitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakanpunca utama kebanyakan kanak- kanakgagal membaca dengan baik. Keadaan inimenyebabkan kanak- kanak akanmenyebut sesuatu huruf sesuka hatiatau dengan meneka sahaja danmenjadikan perkataan itu tidakbermakna atau berlainan makna.
g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidaktahu membunyikan sesuatu hurufsehingga sesuatu perkataan tidakbermakna lagi dalam konteks ayatberkenaan.
1. Bentuk huruf• Keliru dengan huruf kecil yang seakan-
akan sama bentuknya• Huruf yang dilihat menjadi terbalik• Keliru untuk menyebut huruf-huruf
yang sama bunyinya.
2. Peringkat suku kata• Tidak boleh membatang suku kata
terbuka dan tertutup
• Keliru dalam membunyikan suku katayang melibatkan e taling dan e pepet
• Tidak boleh membunyikan dengan betulapa yang telah dieja
• Salah dalam memecah dan membatangsuku kata
• Tidak boleh membatang suku katayang melibatkan imbuhan.
• Keliru dalam membatang suku katayang mempunyai diftong atau vokalberganding
4. Kesukaran membaca peringkatayat
• Menggantikan perkataan denganperkataan yang lain
• Tertinggal perkataan• Menterbalikkan perkataan• Mengulang frasa atau ayat• Merangkak-rangkak semasa
membaca
Langkah-langkah/intervensimengatasi masalah
membaca
KAEDAH MENGATASI MASALAH MEMBACA
Kaedah abjad/huruf
Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
Kaedah fonik/bunyi
Kaedah pelbagai deria – VAKT
Kaedah Fernald
Kaedah Gillingham
Kaedah Abjad/hurufKaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalammengajar mengeja dan membaca perkataan.
• Contoh pelaksanaan:
– Memperkenalkan huruf - a - z
– Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
– Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
– Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
– Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kaedah Pandang dan sebut
• Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharianyang membentuk kebanyakan pertuturan kita sepertisaya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
• Guru akan memperkenalkan beberapa perkataandahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannyaperkataan tersebut disertakan gambar dan adalahdiandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja samasekali.
Kaedah Fonik/bunyi
• Kaedah fonik adalah antara kaedahmengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubunganbunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
• Menurut kaedah fonik, hanya bunyi hurufyang diperkenalkan terlebih dahulu dandiikuti dengan membunyikan suku kata danseterusnya membunyikan perkataan.
• Sebagai contoh, ba + ta terus disebutsebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnyadisebut sebagai [ bata ].
Kaedah VAKT
• VAKT (Multisensory Reading Method)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
V - visual (penglihatan)A – audio (pendengaran)K - kinesthetic ( pergerakan )T - tactile ( sentuhan)
LANGKAH-LANGKAH VAKT
1. Lihat huruf (V)2. Dengar guru sebut huruf (A)3. Menyebut huruf (A)4. Dengar huruf yang disebut (A)5. Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan
huruf (K)6. Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)7. Lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan
(V)8. Dengar sendiri huruf yang disebut semasa
membuat surihan (A)
Kaedah Gillingham
• Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham danStillman pada tahun 1970 AN
• Difokuskan untuk mengajar bacaan kepadakanak-kanak yang menghadapi masalah bacaanyang sangat teruk.
• Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturanpengajaran yang tinggi dan berorientasikanpendekatan fonetik yang menggunakan tekniksurihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggaldan bunyi yang bersamaan dengannnya.
• Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagaideria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajarhuruf –huruf.
i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis danhuruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Muridtidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan iniseakan-akan aktiviti mengeja.iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi hurufdan perkataan digabungkan dengan pergerakan ototsemasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk
menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau
bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan
dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur
atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.
LANGKAH-LANGKAH LAIN
Belajar membacamenerusi bermain
1 main makan perkataan- perkenalkanperkataan yang baru kepada kanak-kanak menggunakan biskut abjad. Kanak-kanak hanya akan dibenarkanmemakan biskutsetelahdapat menyebutperkataan denganbetul
2. Main sorok perkataan- Guru menulis perkataan atas kertasdan menyembunyikan di sekitarbilik darjah. Apabila muridberjaya mencari perkataantersebut, minta murid untukmembacanya.
3.Main harta karun- sembunyikansesuatu barang, guru perlu membuatbeberapa nota bertulis untukmemandu murid mencari barangtersebut. Contohnya, pergi ke depankelas, lihat di bawah meja guru, lihat di dalam laci. Ini dapatmembantu murid disleksia membacadan mengikut arahan
Teknik latih tubi
• Murid-murid yang menghadapi masalahdisleksia dari aspek bacaan diajarkemahiran membaca secara berperingkat.
• Peringkat pertama ialah mengenalhuruf, kedua mengenal sukukata, perkataan dan membaca ayat pendekserta panjang.
• Latihan membaca ini dibuat secara berkali-kali sehingga murid dapat menguasaisesuatu kemahiran tersebut.
Penggunaan BBM
• Penggunaaan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan dapan membantu kanak-kanak disleksia dalam menguasai kemahiranmembaca.
• Kanak-kanak disleksia mempunyai kreativiti yang lebih berbanding murid lain, jadi mereka mungkintertarik dengan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik.
• Contoh: Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia
RUJUKAN
• Mohd. Sharani Ahmad. (2010). Mengurus kanak-kanakyang susah belajar. Kuala Lumpur: PTS ProfesionalPublishing Sdn.Bhd.
• Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam. (1985). KaedahPengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: FajarBakti Sdn. bhd.
• Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan khasperkhidmatan pendidikan pemulihan.Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• http://www.silampuneon.com/2011/03/vakt-visual-audio-kinestatik-tektil.html
• http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html
Sekian, Terima Kasih