Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

11
A)Memisahkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal

description

Bahasa Melayu

Transcript of Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

Page 1: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

A)Memisahkan ayat majmuk menjadi ayat

tunggal

Page 2: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

1a) Struktur muka bumi menjadi bonus kepada Malaysia untuk menganjurkan aktiviti sukan lasak di rantau Asia.

2a) Lelaki yang menerima bantuan daripada Jabatan Perikanan itu pengusaha ternakan ikan dalam sangkar.

3a) Sementara menanti rumah baharunya siap, Roslan menyewa sebuah rumah teres.

Page 3: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

B)Menyambungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Page 4: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

1b) Masalah pembahagian harta pusaka menjadi isu utama dalam masyarakat. Masalah ini perlu diberikan perhatian. Para waris perlu serius dalam hal ini. Isu ini menimbulkan masalah dalam pemilikan harta.

2b) Ibu bapa meninggal dunia tanpa sebarang wasiat terhadap harta pusaka. Masalah ini menyebabkan pembangunan hartanah terbantut. Masalah ini menyebabkan segala perancangan tergendala.

3b) Masalah ini menghalang urus niaga. Masalah ini akan mewujudkan banyak tanah terbiar. Masalah ini merugikan semua orang.

Page 5: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

C)Berikan maksud peribahasa berikut.

1c) Makan hati berulam jantung.2c) Kalau kail panjang sejengkal,

jangan lautan hendak diduga.3c) Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Page 6: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

Jawapan

Page 7: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

1a) Struktur muka bumi menjadi bonus kepada Malaysia untuk menganjurkan aktiviti sukan lasak di rantau Asia.- Struktur muka bumi menjadi bonus kepada Malaysia. -Malaysia menganjurkan aktiviti sukan lasak di rantau Asia.

Page 8: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

2a) Lelaki yang menerima bantuan daripada Jabatan Perikanan itu pengusaha ternakan ikan dalam sangkar.- Lelaki itu pengusaha ternakan ikan dalam sangkar.-Lelaki itu menerima bantuan daripada Jabatan Perikanan.

Page 9: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

3a) Sementara menanti rumah baharunya siap, Roslan menyewa sebuah rumah teres.- Roslan menyewa sebuah rumah teres- Roslan menanti rumah baharunya siap

Page 10: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

1b) Masalah pembahagian harta pusaka yang menjadi isu utama dalam masyarakat perlu diberikan perhatian dan para waris perlu serius dalam hal ini kerana isu ini menimbulkan masalah dalam pemilikan harta.

2b) Ibu bapa yang meninggal dunia tanpa sebarang wasiat terhadap harta pusaka menyebabkan pembangunan hartanah terbantut dan segala perancangan tergendala.

3b) Masalah ini menghalang urus niaga dan mewujudkan banyak tanah terbiar yang merugikan semua orang.

Page 11: Memisahkan Ayat Mejmuk Menjadi Ayat Tunggal

1c) Makan hati berulam jantung.- Sedih dan merana kerana perbuatan orang lain.

2c) Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.- Jangan melawan orang yang lebih tinggi ilmunya jika ilmu kita sendiri belum cukup

3c) Ikut hati mati, ikut rasa binasa.- Mengikut nafsu akan membawa padah kepada diri sendiri.