Memupuk minat membaca

5
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN PINANG TANDOP,05400 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN. Tajuk: Memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana menentukan keadilan,yang berusaha guru-guru besar,yang dihormati guru-guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan.Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Hadirin yang dimuliakan, Berdirinya saya di sini pada hari ini untuk mengajak hadirin merenung dan berfikir serta mengupas satu isu yang hangat dibincangkan pada masa kini, sama ada dalam kalangan guru-guru,ibu-bapa,masyarakat atau pun pihak-pihak yang berkaitan.Tajuk pidato yang ingin saya kupas pada hari ini bersesuaian dengan persekitaran kita sebagai komuniti sekolah iaitu “Memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Hadirin sekalian, Kita acap kali mendengar orang mengatakan minat dan kecenderungan murid untuk membaca adalah kurang, sama ada membaca buku-buku cerita,majalah,surat khabar malahan buku-buku ilmiah juga begitu rendah jumlah bacaannya.Oleh itu ,tidak hairanlah jika pada tahun 2002 ,Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun.Keadaan ini amat menyedihkan,tetapi itulah hakikatnya.Kenapa keadaan ini berlaku? Jumlah purata bacaan itu baru mengalami peningkatan kepada purata empat buah buku pada tahun ini.Namun jumlah ini masih di kira kecil jika dibandingkan dengan pengeluaran buku setiap hari diseluruh dunia iaitu sekitar 4000 buah .Ini bermakna ,pada setiap tahun,sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca.Jadi marilah kita sama-sama mencari titik penyelesaiannya untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

description

Teks pidato ini disediakan khas untuk pertandingan pidato.

Transcript of Memupuk minat membaca

Page 1: Memupuk minat membaca

SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN PINANG

TANDOP,05400 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN.

Tajuk: Memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana menentukan keadilan,yang berusaha guru-guru besar,yang dihormati guru-guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan.Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Hadirin yang dimuliakan,

Berdirinya saya di sini pada hari ini untuk mengajak hadirin merenung dan berfikir serta mengupas satu isu yang hangat dibincangkan pada masa kini, sama ada dalam kalangan guru-guru,ibu-bapa,masyarakat atau pun pihak-pihak yang berkaitan.Tajuk pidato yang ingin saya kupas pada hari ini bersesuaian dengan persekitaran kita sebagai komuniti sekolah iaitu “Memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Hadirin sekalian,

Kita acap kali mendengar orang mengatakan minat dan kecenderungan murid untuk membaca adalah kurang, sama ada membaca buku-buku cerita,majalah,surat khabar malahan buku-buku ilmiah juga begitu rendah jumlah bacaannya.Oleh itu ,tidak hairanlah jika pada tahun 2002 ,Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun.Keadaan ini amat menyedihkan,tetapi itulah hakikatnya.Kenapa keadaan ini berlaku? Jumlah purata bacaan itu baru mengalami peningkatan kepada purata empat buah buku pada tahun ini.Namun jumlah ini masih di kira kecil jika dibandingkan dengan pengeluaran buku setiap hari diseluruh dunia iaitu sekitar 4000 buah .Ini bermakna ,pada setiap tahun,sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca.Jadi marilah kita sama-sama mencari titik penyelesaiannya untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Hadirin yang dihormati,

Pada pendapat saya insan yang pertama memainkan peranan penting untuk memupuk minat membaca adalah ibu-bapa .Ibu-bapa perlu menyemai tabiat suka membaca dalam kalangan anak-anak mereka.Tabiat ini harus ditanam sejak kecil lagi bak kata pepatah “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Dalam hal ini ibu -bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak di rumah seperti mewujudkan perpustakaan mini untuk menggalakkan mereka membaca.Ibu-bapa juga harus tanam sikap suka membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak .Bagaimana acuan begitulah kuihnya.Apabila melihat ibu- bapa membaca anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu- bapa mereka.Oleh itu penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.Berdasarkan kajian 80 hingga 88% ibu -bapa dapat mempenggaruhi anak-anak untuk membaca.

Page 2: Memupuk minat membaca

Selain itu mereka juga boleh membawa anak-anak ke perpustakaan atau kedai-kedai buku agar mereka berpeluang untuk memilih buku yang diminati .Ibu -bapa juga boleh galakkan anak-anak mereka menyertai kelab buku.Apabila mereka menjadi ahli,mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.Ibu- bapa harus menanam sikap suka membaca dalam kalangan anak-anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas.Jika ini dilaksanakan saya yakin,anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat.

Hadirin yang dimuliakan,

Usaha yang berlanjutan adalah penting untuk kelangsungan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.Selain peranan ibu- bapa,pihak sekolah juga perlu meneruskan usaha-usaha murni ini. Pihak sekolah adalah merupakan pihak kedua yang terpentingnya untuk menyambung memupuk minat membaca agar tidak luntur dipertengahan jalan.Usaha yang bersungguh-sungguh perlulah dilaksanakan seperti menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan murid-murid .Pihak sekolah juga perlu mewujudkan perpustakaan yang mesra pelajar dengan mengadakan pelbagai galakan atau pertandingan untuk menggalakkan murid-murid mencari maklumat.

Selain itu, program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran seperti program NILAM,merupakan salah satu program untuk menggalakkan murid-murid untuk membaca ,maka ia perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya tanggung jawab ini dipikul bersama-sama maka akan tercapailah hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berminda kelas pertama.

Hadirin sekalian,

Pihak kerajaan juga begitu agresif untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita dengan mengadakan pelbagai kempen galakan membaca .Kempen membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga tahun 2005.Kempen ini dijadikan agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.

Mulai tahun 2006 ,bawah Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan kempen ini diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang efektif dan pelbagai slogan digunakan untuk menarik minat masyarakat untuk membaca seperti pada tahun 1995 “Mari Membaca Bersama’dan kini slogan “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”.

Page 3: Memupuk minat membaca

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca.Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri,Kementerian ,jabatan,agensi dan swasta.Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca,memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat dan menjadikan membaca sebagai budaya.

Disamping menjalankan kempen-kempen galakan membaca ,pihak kerajaan juga perlu menyediakan prasarana yang sesuai dan mesra pengguna .Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi.Selain itu,perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga pelu diperbanyak dan diperluaskan di keseluruh ceruk rantau .

Selain pihak kerajaan,pihak swasta juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat kita. Syarikat-syarikat penerbitan perlulah menerbitkan buku-buku yang berkualiti dan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Pihak swasta juga boleh mengambil inisiatif dengan menerbitkan judul-judul buku yang menarik atau mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari luar negara.Pihak media massa juga turut memainkan peranan penting dalam menyebarkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat seperti menyediakan rancangan mengulas buku-buku baru atau membuat satu pertandingan buku-buku yang popular dan terlaris di pasaran.Secara tak langsung dapat memberi gambaran kepada masyarakat tentang buku-buku berkualiti yang terdapat di dalam pasaran.

Hadirin yang dimuliakan,

Saya yakin jika semua pihak bekerjasama maka akan terlaksanalah impian kita untuk melahirkan masyarakat yang suka membaca dan menjadikan amalam membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian kita.

Sekian sahaja pidato saya pada hari ini dan saya akhirinya dengan sebuah pantun:

Buah kurma menjadi santapan,

Dimakan juga dengan bubur caca,

Kerjasama semua diperlukan,

Agar dapat diwujudkan budaya membaca.

Page 4: Memupuk minat membaca

Disediakan oleh:

Zarinah Ibrahim

Guru Bahasa Melayu

Tahun Enam