MENGEK..4.LKAN IDENTITT NASIONAL TANPA MENOLAK …

24
MENGEK..4.LKAN IDENTITT NASIONAL TANPA MENOLAK GLOBALISASI:KAJIAN KES JEPUN Nazirul Azizi Bin Jamaludin Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Kajian Antarabangsa) 2014

Transcript of MENGEK..4.LKAN IDENTITT NASIONAL TANPA MENOLAK …

MENGEK..4.LKAN IDENTITT NASIONAL TANPA MENOLAK GLOBALISASI:KAJIAN KES JEPUN

Nazirul Azizi Bin Jamaludin

Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Kajian Antarabangsa)

2014

Meogekalkan Ideotiti ,. ·P.KH~DI1AT 11:I(~AT AI(ADEI1~/ enolak Globalisasi. Kajian UNII1AS

11111 III~I 1000284826

NAZIRUL AZIZI BIN JAMALUDIN

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2014

°us.t Khldmlt Maldum.t Ak.demi&, t INtVEftSm MALAVSIA SARAW.-V

Mengekalkan Identiti Nasional Tanpa Menolak Global'isasi. Kajian Kes Jepun

NAZIRUL AZIZI BIN JAMALUDIN

Projek Tabun Akhir ini dikemukakan untuk memenuhi sebabagian daripada syarat-syarat untuk memperoleh Ijazab Sarjana Muda Sains Sosial dengan

Kepujian (KAJIAN ANTARABANGSA)

F AKUL TI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

Grafj

Please tick tV) Final Year Project Report csz(

Masters I I D

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the .. . . \~ .... .... . day of. ... :9. .~.~ .. .. .2014.

Student's Declaration:

I Nazirul Azizi bin Jamaludin hereby declare that the work entitled Mengekalkan Identiti Nasional Tanpa Menolak Globalisasi: Kajian Kes Jepun is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

/t4 . -----------------~----------------Nazirul Azizi Bin Jamaludin (27219)

I Dr Lucy Sebli Siedelson hereby certifies that the work entitled Mengekalkan Identiti Nasional Tanpa Menolak Globalisasi Kajian Kes: Jepun was prepared by the above named student, and was submitted to th "F ACUL TY" as a * partiaUruH fulfillment for the conferment of Ijazah Sarjana Mud Sains Sosial Dengan Kepujian (Kajian Antarabangsa), and the aforementioned work, t the best of my knowledge, is the said student's work.

Received for examination by: Dr L cy Sebli Siedelson Date:

I declare that ProjectlThesis is classified as (Please tick (-,J»:

o CONFIDENTIAL(Contains confidential information under the Official Secret Ac

1972)* o RESTRICTED(Contains restricted information as specified by the organizatior wh,te (Research was done)'"

C1OPEN ACCESS

Validation of Projectffhesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this saic

Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Informatior Services with the abiding interest and rights as follows:

• This Project/Thesis is the sole legal property ofUniversiti Malaysia Sarawa~

(UNIMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to mab

copies for the purpose of academic and research only and not for othe purpose.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right t( digitalise the content for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to makt

copies of the Project/Thesis for academic exchange between Highe Learning Institute.

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third part) on this ProjectlThesis once it becomes the sole property of UNlMAS.

• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shal not be distributed, published or disclosed to any party by the student excep

with UNIMAS permission.

Student signature _____;....-:-::=--___ ~_ Supervisor signature: ~./t4 _

(2014) (2014 )

Current Address:

Pengakuan Pelajar

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbemya.

Saya juga menyerahkan hakcipta ini kepada Fakulti Sains Sosial bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.

Tarikh serahan Nazirul Azizi Bin lamaludin

Pengesahan Penyelia

Projek Tahun Akhir yang bertajuk Mengekalkan Identiti Nasional Tanpa Menolak Globalisasi. Kajian Kes Jepun telah diusaha dan diserahkan oleh Nazirul Azizi Bin Jamaludin sebagai memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Antarabangsa) Dengan Kepujian.

Disahkan oleh:

0zt!t~~ Tarikh Serahan (Dr Lucy Sebli Siedelson)

Penyelia Fakulti Sains So sial Universiti Malaysia Sarawak

(Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat)

Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur

yang tidak terhingga kerana projek tahun akhir saya ini telah siap dengan jayanya. Ribuan

terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr Lucy Sebli Siedelson kerana telah banyak

memberi tunjuk ajar dengan sedaya upaya untuk membantu saya dengan memberi

pelbagai maklumat dan panduan untuk menyiapkan projek tahun akhir saya.

Tidak lupa juga kepada insan tersayang iaitu kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak

memberi perangsang dan semangat serta menyokong saya dalam menyiapkan kajian yang

telah dijalankan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua sahabat saya yang telah banyak membantu sarna ada secara langsung atau tidak

langsung sepanjang saya menjalankan kajian penyelidikan ini. Dengan bantuan dan

dorongan dari kalian semua, saya berjaya menyiapkan kajian penyelidikan iill dengan

sempurna.

Sekian, terima kasih.

Pusat KbJd at MOIumatAkadeOlh UNMRSD1 J\.fALAl'5IA SAJAWAf(

lSI KANDUNGAN MUKASURAT

Borang Pengesaban Status Tesisl Laporan

Pengakuan

Pengbargaan

Abstrak Bahasa Melayu

Abstrak Babasa Ioggeris

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1 1.1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Soalan Kajian 7

1.4 ObjektifKajian 7

1.5 Signifikan Kajian 8

1.6 Metode Kajian 9

1.6.1 Skop Kajian 9

1.6.2. Kaedah Analisis Data 9

1.6.3 Limitasi Kajian 9

1.7 Operationalise theories 10

1.7.1 Pendekatan Constructivism Dalam Kajian 10

1.7.2 Pendekatan Konsep Primordial Dalam Kajian 11

1.7.3 Pendekatan Konsep Situational Dalam Kajian 12

1.8 Garis panduan bagi bah-bab dalam kajian (Chapter Outline) 13

BAB 2 ULASAN KAJlAN LEPAS 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Identiti Nasional 14

2.3 Perdebatan Identiti Nasional Dalam Negara 15

2.4 Pengenalan Kepada Globalisasi 17

2.5 Globalisasi Kepada Politik 19

ii

2.6 Globalisasi Politik 20

BAB 3 SEJARAH TRANFORMASI PEMBENTUKN IDENTITI NASIONAL MASYARAKAT JEPUN

3.1 Pengenalan 23

3.1.1 . Fasa Pertama : Zaman Kolonisasi Sehingga Perang 25

3.1.2. Fasa Kedua : Selepas Perang Ounia Kedua Hingga Zaman Perang

Oingin

3.1.3. Nihonjiron Pengenalan Terhadap Kenuikan Identiti Masyarakat Jepun 27

3.1.4. Fasa Ketiga : Era Setepas Perang Oingin 30

3.5 Kesimpulan 34

BAB 4 CABARAN YANG DIHADAPI SERTA TINDAKAN KERAJAAN JEPUN DALAM MENGEKALKAN IDENTITI NASIONAL PADA ERA GLOBALISASI

4.1 Pengenalan 35

4.2 Persoalan Mengenai Kewarganegaraan dan Identiti 35

4.3 Persepsi Identiti Masyarakat Minoriti 39

4.4 Pengubahan Persepsi Terhadap Sejarah Lama 44

4.5 Generasi Tua Bertambah Dan Kadar Kelahiran Menurun Oi Era Globalisasi 47

4.6 Generasi Baham Dan Trend Baham Globalisasi Oi Jepun 48

4.7 Tindakan Jepun Terhadap Permasalahan Identiti Nasional 52

4.8 Kesimpulan 56

BAB 5 PENERAPAN IDENTITI JEPUN KEPADA NEGARA LAIN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan Terhadap Identiti 57

BAB 6 KESIMPULAN 60

Rujukan 63

iii

SENARAI PETA

PETA 1 Peta Negara Jepun 5

SENARAI JADUAL

Jadual3 Bagaimana masyarakat Jepun meJlihat geografi sebagai elemen utama dalam

Jaduall Apakah Kriteria utama menjadi seorang warganegara Jepun? 36

Jadual2 Perasaan Masyarakat Jepun terhadap Imigran 37

identiti nasional 39

iv

ABSTRAK

Kajian ini mengenai cabaran yang dihadapi oleh Jepun dalam mengekalkan identiti

nasional . Dalam kajian ini, tindakan kerajaan Jepun akan dikaji dalarn usaha mereka

untuk mengekalkan identiti nasional di samping menyatakan permasalahan identiti

nasional yang berlaku disebabkan faktor luaran dan juga faktor dornestik. Ternpoh rnasa

transfonnasi perubahan identiti juga akan dijelaskan bagi rnenerangkan perbincangan dan

perdebatan identiti sebelurn perang dunia kedua sehingga sekarang. Selain itu,

perbincangan terhadap langkah yang dijalaokan oleh Jepun untuk mengatasi

pennasalahan identiti nasional juga akan dikupas bagi rnenganalisis model yang

digunakan oleh Jepun untuk rnengatasi permasalahan identiti nasional sarna ada mampu

diterapkan oleh negara lain.

v

ABSTRAC

The research study about challenges faced by Japan in maintaining national identity. In

this study, the actions of the Japanese government will be examined in their efforts to

preserve. Time interval in Japan history for their transformation in recognizing identity

will also be explained to illustrate the discussion and debate ofidentity before the second

world war to the present. In addition, discussions on measures undertaken by Japan to

address the problem of national identity will also be explored in order to analyze the

model u..fiied by Japan to address the problem ofnational identity duet 0 globalization and

others factor can either be applied by other countries.

vi

SINGKATAN

MNC: Multinasional company

SCAP: Supreme commander of Allied Powers

BABI

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dunia masa kini banyak terbahagi kepada banyak negara yang mempunyai

identiti, budaya dan bangsa yang terkandung dalam negara yang mempunyai kedaulatan

mereka sendiri. Bagi memperkukuhkan kedaulatan serta membentuk perpaduan. Identiti

nasional dibentuk sebagai suatu cara mengekalkan sejumlah manusia dalam satu kawasan

yang mempunyai kedaulatan seperti negara. Identiti nasional dilihat sebagai suatu bentuk

kuasa kohesif yang mengikat masyarakat dalam sebuah negara bangsa dan juga

membentuk hubungan mereka kepada negara luar (Smith, 2006:127). Identiti nasional

dibentuk melalui peradaban serta norma masyarakat di sesebuah negara. Faktor

geografi,sosial, dan demografi memainkan peranan dalam pembentukan identiti nasional

seperti kebanyakan negara di dunia yang mempunyai keperibadian mereka sendiri.

Walaupun begitu, budaya serta pemikiran yang datang daripada dunia yang semakin

mengecil disebabkan globalisasi menyebabkan identiti nasiona1 semakin terhakis

mengikut peredaran zaman. Globa1isasi merupakan proses di mana semua negara yang

menerima globalisasi akan menjadi sebahagian daripada sebuah corak yang besar

melibatkan pergerakan idea dan juga barangan tanpa sempadan (David Held, 1989:215).

Pengakhiran perang dingin pada awal tahun 90 an telah menyebabkan

pembebasan Eropah timur menyebabkan berlakunya konflik etnik yang tidak dapat

dikawal. Ethnicity merupakan salah satu tunjang dalam identiti tetapi agama juga

merupakan faktor yang penting dalam menentukan identiti seseorang. Contoh yang dapat

dilihat adalah identiti seseorang umat Islam yang dapat dilihat melalui kehidupan mereka

yang berdasarkan agama. Walaupun begitu, umat Islam juga mempunyai pelbagai

1

mazhab yang berbeza yang dapat ditentukan setiap negara yang lain dan membentuk

identiti muslim yang tersendiri berbanding yang lain. Contoh ketara yang dapat dilihat

adalah perbezaan antara Sunni dan Syiah yang ketara bagi komuniti Islam di semenanjung

Arab. Kes seperti pengeboman World Trade Center di Amerika Syarikat menyebabkan

kemunculan patriotisme antara masyarakat di sana. Kajian terhadap hubungan antara

negara dan juga identiti masyarakat menjadi lebih unik kerana terdapat faktor pemboleh

ubah yang ketara terutamanya etnisiti, agama dan juga negara. Isu-isu seperti etinisiti,

agama dan juga negara tidak mengikuti faktor globalisasi yang mengutamakan dunia

tanpa sempadan. Dalam erti kata yang lain, penggunaan konsep globalisasi sebagai kunci

untuk menjelaskan isu-isu identiti yang terkini.

1.1.1 Latar belakang kajiao

Negara Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Timur dan

mempunyai keluasan sebanyak 377,864 km persegi dan mempunyai sebanyak 126.4 juta

penduduk (United Nation, 2013). Kebanyakan penduduk Jepun adalah beragama

Shintoism dan Buddhism dan mengamalkan bahasa Jepun sebagai bahasa kebangsaan.

Kepercayaan yang kuat kepada agama membentuk identiti masyarakat Jepun. Shintoism

merupakan agama majoriti bagi masyarakat di negara Jepun. Shintoism merupakan

cabang daripada fahaman Taoisme yang berasal daripada negara China (Morishima,

1984:1) Jepun merupakan sebuah negara kepulauan dan gugusan pulau-pulau yang

membentuk negara Jepun terletak di utara Asia. Terdapat 4 buah pulau utama iaitu

Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu yang berkeluasan antara 2000 kilometer antara

selatan barat hingga Utara timur.

Penduduk Jepun adalah sebanyak 30 juta pada 1870 an~ kemudian meningkat kepada 44juta pada 1900an , 64 juta pada 1930 dan 83 juta selepas perang dunia yang kedua. Peningkatan mendadak berlaku apabila Jepun menuju ke negara perindustrian yang menunjukkan

2

pada tabun 1986 populasi penduduk Jepun adalah seramai 121 juta orang (Hunter, 1989:2).

Populasi Jepun pada tahun 2012 menunjukkan negara Jepun mempunyai seramai

127.6 juta orang. Kebanyakan masyarakat Jepun hidup dalam sebuah kawasan tanah rata

yang kecil dan menyebabkan kepadatan penduduk Jepun per km di Jepun adalah yang

antara yang tertinggi di dunia. Ketidaksamaan daripada segi latitud menyebabkan

perbezaan iklim dan suhu di kawasan-kawasan utama di Jepun seperti Hokkaido yang

terIetak di utara mempunyai suhu sub-artik manakala kawasan seperti Kyushu dan

Okinawa mempunyai suhu berdekatan dengan tropika. Kebanyakan kawasan adalah

bergunung-ganang dan hanya 20 peratus kawasan mampu digunakan untuk tujuan

pertanian. Walaupun terdapat kawasan gunung berapi yang subur tetapi bencana alam

seperti gempa bumi, Tsunami, taufan dan lain-lain lagi sering berlaku yang menyebabkan

kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan. Tanaman utama selama beratus tahun ialah

sawah padi dan tanaman padi merupakan elemen yang penting dalam perubahan struktur

masyarakat Jepun.

Permulaan asal masyarakat Jepun tidak dapat dipastikan namun pada zaman pra­

historik terdapat banyak imigran yang datang daripada tanah besar Asia yang sarna-sarna

berkumpul untuk menetap. Lama-kelamaan kumpulan imigran ini bergabung membentuk

kaum dominan yang bermula pada 2-3 AD. orang Ainu mempunyai ciri kaukasian-proto

merupakan tinggalan imigran awal Jepun yang membentuk minoriti di Jepun.

Dianggarkan hanya tinggal beberapa ratus sahaja yang tinggal di Hokkaido manakala

sebahagian besamya telah bermigrasi dan mengikut budaya moden masyarakat Jepun

kini.

Sepanjang abad yang laiu, kedudukan Jepun yang berhampiran dengan Asia

membolehkan masyarakat Jepun menyerap sebahagian pengaruh budaya Asia namun

3

jarak yang agak jauh menyebabkan masyarakat Jepun mampu mengekalkan dan

memelihara budaya mereka yang tersendiri berbanding masyarakat Asia yang lain kerana

jarak yang agak jauh dan dipisahkan oleh lautan menyebabkan negara Jepun dapat

mengelakkan penaklukan dan juga imigrasi masyarakat luar yang boleh menyebabkan

pengaruh budaya lain mempengaruhi budaya Jepun. Pengaruh daripada demografi dan

juga geografi negara Jepun telah membentuk hubungan Jepun dengan negara luar sejak

150 tahun yang lalu dan membentuk faktor penting bagi evolusi pembentukan Jepun.

Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah yang unik kerana

merupakan sebuah pemain utama dalam sejarah dunia abad yang ke 19 dan 20 terutama

apabila bennula zaman pemerintahan Meiji. Perang dunia kedua menyaksikan Jepun

sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani malahan mampu bersaing dengan

kekuatan tentera di negara barat. Jepun pada tahun 1930 hingga tamat perang dunia kedua

merupakan sebuah kuasa ketenteraan yang kuat sehujkikingga mampu mengalahkan

Rusia dan juga menakluki Manchuria serta pada permulaan awal perang dunia kedua

menguasai Asia Tenggara dan juga lautan Pasifik. Walau bagaimanapun, Jepun

mengalami kekalahan selepas gugurnya born atom yang dilancarkan oleh Amerika

Syarikat di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945. Namun, kesan perang terhadap

ekonomi adalah minimum kerana selepas perang Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa

ekonomi yang disegani akibat faktor globalisasi yang menyaksikan ban yak syarikat

multinasional Jepun beroperasi di seluruh dunia seperti syarikat Sony, Toyota, Honda,

Hitachi dan sebagainya. Kini, Jepun merupakan kuasa ekonomi yang ketiga paling besar

selepas Amerika Syarikat dan China (United Nation, 2013).

4

P..ut KhJdmat Maklumat Akademil lJlIfIVERSITI MAlAYSIA SARAW"V

Peta Negara Jepun

Sumber: www.mapsofworldcornljapanlmaps/japan-map.gif

ldentiti nasional Jepun merupakan sebuah identiti nasional yang dibentuk melalui

budaya serta nonna masyarakat mereka sendiri. Identiti nasional mengikut budaya Jepun

adalah berlandaskan agama Shintoism dan juga budaya mereka sejak beratus tahun

dahulu. Terdapat nonna masyarakat yang unik di Jepun seperti budaya kerja dan juga

sikap mereka terhadap bahasa dan juga masyarakat. Masyarakat Jepun terkenal dengan

masa kerja yang lama, mereka amat menepati mas a, amalan menghonnati orang yang

lebih tua dan mempunyai perasaan collectivity yang kuat sesama mereka. Semangat

collectivity pada masyarakat Jepun adalah disebabkan budaya mereka yang menanggap

kepentingan bersama adalah lebih penting berbanding kepentingan sendiri. Semangat

collectivity merupakan sebahagian unsur penting dalam identiti nasional masyarakat di

Jepun.

5

National pride pada era selepas perang dunia kedua adalah rendah dan

menyaksikan mereka amat malu dengan perbuatan ketenteraan mereka terhadap negara

lain terutamanya dalam penganiayaan terhadap hak asasi manusia seperti kes hamba seks

terhadap wanita dan juga pembunuhan ramai tahanan perang terutamanya terhadap

tahanan perang yang dijadikan buruh paksa oleh askar Jepun.

National Pride an important aspect in the establishment of a national identiti and helped establish another dimension to the national identiti in determining local community views on issues such as citizenship, the spirit of nationalism, and the view of the migration and the globalization ofthe world (Smith, 2006: 2).

Pada era selepas perang dunia kedua hingga 1980-an menyaksikan masyarakat

Jepun kurang berbangga terhadap negara mereka sendiri namun generasi muda selepas

tahun 80-an menyaksikan mereka mahu sebuah reformasi terhadap identiti nasional

mereka kerana mereka tidak mahu terikat kepada sejarah Jepun yang lama. Identiti

nasional yang baharu juga dibentuk selepas era ini di mana mereka lebih be rani

menyuarakan pandangan mereka terhadap isu global terutamanya persepsi masyarakat

dunia terhadap negara mereka. Semangat nasionaJisme merupakan suatu tokok tambah

dalam pembentukan identiti nasional Jepun yang baharu di mana mereka menolak serta

mengkritik pandangan dunia luar terhadap sejarah dan bangsa mereka. Malahan mereka

berbangga menjadi sebuah masyarakat Jepun seperti yang ditunjukkan oleh sebuah kaji

selidik oleh sebuah saluran televisyen NHK pada tahun 2008 yang menyaksikan 98%

golongan muda berbangga menjadi warganegara Jepun berbanding hanya 82% pada

tahun 1973 (Hoffman, 2011).

1.2 Penyataan masalah

Globalisasi wnpama sebuah pedang yang mempunyai dua bilah (double edge

sword) kerana ia mempunyai kesan positif dan negatif kepada sesebuah negara

6

terutamanya dalam pembentukan identiti masyarakat tempatan. Seperti yang diketahui,

globaJisasi amat penting kerana globalisasi memberi panduan bagi sesebuah negara dalam

merancakkan ekonomi mereka sejajar dengan negara lain. Walau bagaimanapun,

globalisasi mampu memusnahkan identiti masyarakat negara tertentu kerana budaya

global yang dibawa masuk dalam masyarakat mampu memusnahkan pemikiran serta

budayamasyarakat setempat seperti bahasa, norma masyarakat serta lain-lain lagi. Seperti

yang diketahui kebanyakan negara yang mempunyai identiti nasional, cabaran bagi

mengekalkan identiti nasional amat sukar terutama dalam era globalisasi. GIobalisasi

membawa satu budaya baharu kepada kebanyakan negara di dunia ini seperti

perdagangan, budaya global dan pelbagai lagi tetapi kemasukan budaya global ke dalam

masyarakat yang mempunyai identiti sendiri bakal mengubah budaya serta pemikiran

masyarakat tempatan. Setiap negara yang memeluk globalisasi akan menghadapi cabaran

mengekalkan identiti nasional mereka sendiri terutamanya dalam mengehadkan faktor

penyebaran budaya negatif daripada budaya globalisasi yang tidak sesuai bagi identiti

masyarakat negara tersebut.

Globalisasi mengikis identiti nasional melalui mengubah pemikiran masyarakat

muda Jepun mengenai budaya dan nilai dalam masyarakat mereka sendiri. Masyarakat

muda Jepun mulai mengejar budaya global seperti mengejar kekayaan lebih daripada

semangat berada dalam kumpulan masyarakat. Selain itu, budaya Jepun yang kini

merupakan sebuah penggerak budaya global yang dapat dilihat melalui budaya baharu

yang dibawa oleh masyarakat muda Jepun seperti fesyen, percakapan slang dan juga

penerbitan penulisan dan grafik yang popular seperti anime dan manga. Hal ini

menyebabkan identiti nasional mereka semakin teIjejas atau digantikan oleh budaya

global yang baharu. Perubahan identiti nasional kepada identiti yang lebih Moden sedikit

7

sebanyak mengikis identiti nasional Jepun yang teJah terbentuk sejak beratus tahun

dahulu.

1.3 Soalan kajian

1.3.1 Apakah implikasi globalisasi terhadap identiti nasional masyarakat di negara

Jepun?

1.3.2 Bagaimana pihak berkepentingan di negara Jepun dapat mengurangkan

implikasi globalisasi terhadap pengikisan identiti nasional masyarakat di Jepun?

1.3.3 Sejauh manakah model identiti negara Jepun dapat diguna pakai oleh negara

1ain?

1.4 Objektif kajian

1.4.1 untuk mengenal pasti cabaran serta impak yang dihadapi dalam mengekalkan

identiti masyarakat di jepun yang dihadapi dalam era globalisasi.

1.4.2 untuk mengenal pasti langkah yang diambil oleh pihak kerajaan serta

masyarakat di negara jepun dalam mengekalkan identiti mereka

1.4.2 untuk mengkaji model yang digunakan oleh negara Jepun bagi mengekalkan

identiti nasional mereka boleh diguna pakai oleh negara lain.

I.S. Signifikan kajian

Kajian dijalankan bagi mengetahui sarna ada identiti nasional merupakan sesuatu

yang penting bagi negara. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan

kepentingan identiti nasional kepada masyarakat sesuatu negara. Kajian ini juga dapat

dijadikan rujukan kepada pengkaji akan datang.

8

1.6 Metode kajian

Kaedah kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah kajian kualitatif Kaedah

pertama secara penelitian data primer dan sekunder yang dikenali sebagai kajian

perpustakaan.. Data primer merujuk kepada data yang diperoleh daripada sumber seperti

laporan kerajaan, manuskrip dan juga hasil temu ramah terhadap pihak yang pertama.

Data sekunder merujuk kepada hasil karya, kajian dan tulisan pihak pengkaji atau penulis

berdasarkan sumber primer dan sekunder terutamanya dalam kajian ini.

1.6.1 Skop Kajian

Skop kajian ini secara umumnya memfokuskan mengenai pengekalan identiti

nasional yang cuba diterapkan terhadap masyarakat Jepun. Kajian ini menekankan juga

terhadap impak yang menghakis identiti nasional pada era globalisasi. Selain itu, model

yang digunakan bagi mengekalkan identiti akan dikupas dan dibincangkan

keberkesannya terhadap negara lain.

1.6.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah analisis data akan dijalankan melalui pengumpulan data sekunder. Setiap

data akan dianalisis menggunakan kaedah konstruktif yang melibatkan penggunaan

kaedah catatan terus daripada sumber yang sah dan berwibawa. Data akan dibandingkan

dengan sumber lain bagi mengesahkan ketulenannya.

1.6.3 Limitasi Kajian

Kajian ini banyak menumpukan kepada pengumpulan data sekunder berdasarkan

kajian perpustakaan. Maka, sumber adalah terbatas disebabkan tiada penggunaan data

primer berdasarkan temu bual dan sebagainya disebabkan faktor jarak yang jauh. Selain

itu, faktor bahasa juga merupakan limitasi bagi kajian ini kerana ada sumber yang hanya

9

terdapat dalam bahasa Jepun seperti buku "Towards a Beautiful Country" oleh Shinzo

Abe yang hanya boleh didapati dalam bahasa Jepun. Selain itu, data yang didapati juga

boleh diragui kerana merupakan sumber sekunder yang diolah daripada hasil kajian

pengkaji yang lain.

1.7 OperatiolUl/ise Theories

1.7.1 Pendekatan Konsep Constructivism Dalam Kajian

Teori Constructivism akan digunakan dalam kajian ini kerana identiti nasional

dibentuk oleh masyarakat. "Constructivism" menceritakan presepsi pandangan dalam

menentukan sesuatu perkara atau perbuatan. Constructivism mencabar dinamik dalam

penglibatan sesuatu organisasi atau negara dalam membentuk struktur dalam

masyarakat contohnya pembentukan identiti nasional. Constructivism mendakwa

bahawa aspek ketara dalam hubungan antarabangsa daripada segi sejarah dan sosial

dibentuk melalui sifat manusia dan komuniti tersebut lantas membantu dalam kajian

terhadap identiti nasional yang dibentuk oleh masyarakat.

Menurut Fox (2001), terdapat beberapa ciri yang terdapat dalam Constructivism iaitu:

1. Pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif

2. Pengetahuan adalah sesuatu yang dikonstruk bukannya sesuatu yang hanya

diterima dengan pasif

3. Pengetahuan adalah dibentuk bukannya dijumpai secara semulajadi

4. Semua pengetahuan adalah peribadi

5. Semua pengetahuan adalah dikonstruk secara sosial

6. Pembelajaran merupakan suatu proses mengenali dunia.

7. Proses pencarian pengetahuan yang efektif memerlukan makna sesebuah

pengetahuan dicari , merungkai dan menyelesaikan masalah sesuatu

pengetahuan.

10

Berdasarkan ciri- ciri tersebut, maka Constructivism dapat membantu dalam kajian ini

melalui pengetahuan berkaitan identiti nasional yang memerlukan malma serta merungkai

persoalan dan juga masalah yang dihadapi dalam mengekalkan identiti nasional.

1.7.2 Pendekatan Konsep Primordial Dalam Kajian

Primordial merupakan identiti yang telah ditetapkan dan dibentuk oleh kerajaan sesebuah

negara dan diakui oleh masyarakat tersebut terutamanya masyarakat majoriti. Masyarakat

dan juga kerajaan mahukan suatu bentuk garis panduan bagi menentukan identiti serta

kewargenegaraan mereka seperti bangs a, agama, keturunan dan juga warna kuht.

Menurut Llobera (1999), pendekatan identiti menggunakan konsep primordial dilihat

sebagai suatu bentuk pendekatan yang mengaitkan manusia dengan kerajaan berdasarkan

hubungan yang dilihat natural sesama masyarakat yang menganngap ada kesaksamaan

antara mereka.

Geertz (1963) menyatakan terdapat tiga idea dalam primordial iaitu:

I. Identiti dalam primordial adalah natural dan diakui oleh masyarakat

2. Identiti dalam primordial merupakan mutlak dan setiap ahli dalam masyarakat

perl u menerimanya.

3. Identiti dalam primordial mempunyai elemen perasaan dan sentimen dalam

masyarakat.

Menurut Isaac (1975) identiti masyarakat dalam primordial juga mempunyai ciri-ciri

yang perlu diketahui iaitu:

l. Bentuk fizikal (warna kulit dan rambut, bentuk muka dan saiz)

2. Nama seseorang (nama individu, keluarga dan juga masyarakat)

3. Bahasa pertama yang ditutur

4. Agama seseorang

11