Mengenal Allah Bapa (Bhg 2)

2
Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan (Yohanes 10:15) Bahagian 2 Yesus kenal Allah dan memperkenalkan Allah kepada manusia sebagai ‘Bapa’. Bapa Hampir semua rujukan Yesus kepada Tuhan – perbualan/rujukan-Nya kepada Tuhan secara peribadi dan penyataan Dia tentang Tuhan kepada manusia – menggunakan nama Bapa untuk Tuhan. Orang Yahudi percaya Allah ialah Bapa semua manusia kerana Dia yang menciptakan mereka (Mal 2:10) – Allah ialah Bapa manusia sejagat kerana Dia pencipta mereka. Sebaliknya, perhubungan orang Kristian dengan Tuhan sebagai Bapa bukan hanya atas alasan mereka dicipta Tuhan tetapi juga kerana mereka sekarang diberi hak (diangkat, Gal 4:5) menjadi anak-anak Allah (Yoh 1:12); dengan erti kata lain, Allah Bapa kita kerana kita mempunyai perhubungan kekeluargaan yang intim dengan-Nya kerana status kita sebagai anak. Allah bukan hanya dipanggil Bapa – nama yang lebih intim malahan manja dipakai, iaitu Abba (Gal 4:6). Apakah yang boleh kita pelajari tentang Bapa syurgawi kita daripada penyataan Yesus tentang Bapa? #1: Allah BAPA mengasihi semua orang (Matius 5:43) Allah selalu mengasihi semua manusia ciptaan-Nya, tidak kira bila berlaku baik atau jahat. Kasih Bapa ini nyata melalui perbuatan-perbuatan indah-Nya bagi semua manusia (menurunkan hujan, memastikan matahari terbit). #2: Allah BAPA mengupah usaha anda (Matius 6:1, 5-6, 17-18) Apabila kita melakukan tanggungjawab kita sebagai anak-anak Allah (khususnya tanggungjawab agama), Bapa melihat dan Dia akan membalas/mengupah kita kerana usaha kita itu. (Untuk nota penuh bahagian pertama set nota ini – seperti yang diringkaskan di atas – lawatlah http://www.slideshare.net/peterderun/mengenal-allah-bapa-bhg1) #3 Allah BAPA memberi apa yang kita perlu (Matius 6:25-26, 30-33) Allah Bapa sedar akan situasi kita – Dia tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang kita perlu untuk berjaya dalam hidup. Kita mungkin tidak sedar apa yang kita perlu, tetapi Bapa sentiasa tahu. Sesuai dengan pengetahuan ini, Bapa syurgawi akan memberi/membekal apa yang kita perlukan. Setiap pagi apabila kita bangun, semua yang kita perlukan sudah disediakan Allah Bapa untuk kita. Mengapa Allah Bapa lakukan ini? Kerana kita sangat BERHARGA kepada-Nya. #4 Allah BAPA memberi yang baik kepada kita (Matius 7:9-11) Apa yang kita PERLU Bapa akan bekalkan, apa yang BAIK yang kita mahu mesti DIMINTA terlebih dahulu. Prinsipnya: baik yang diingini perlu DIMINTA (Yakobus 4:2). Janji Bapa dan keyakinan kita ialah bahawa kita akan menerima baik yang diminta – tiada keraguan ketika meminta dan yakin akan menerima sesudah minta (Ibrani 11:6).

Transcript of Mengenal Allah Bapa (Bhg 2)

Page 1: Mengenal Allah Bapa (Bhg 2)

Mengenal Allah yang Yesus Kenal dan Perkenalkan (Yohanes 10:15)

Bahagian 2

Yesus kenal Allah dan memperkenalkan Allah kepada manusia sebagai ‘Bapa’.

Bapa Hampir semua rujukan Yesus kepada Tuhan – perbualan/rujukan-Nya kepada Tuhan secara peribadi

dan penyataan Dia tentang Tuhan kepada manusia – menggunakan nama Bapa untuk Tuhan.

Orang Yahudi percaya Allah ialah Bapa semua manusia kerana Dia yang menciptakan mereka (Mal

2:10) – Allah ialah Bapa manusia sejagat kerana Dia pencipta mereka.

Sebaliknya, perhubungan orang Kristian dengan Tuhan sebagai Bapa bukan hanya atas alasan

mereka dicipta Tuhan tetapi juga kerana mereka sekarang diberi hak (diangkat, Gal 4:5) menjadi

anak-anak Allah (Yoh 1:12); dengan erti kata lain, Allah Bapa kita kerana kita mempunyai

perhubungan kekeluargaan yang intim dengan-Nya kerana status kita sebagai anak. Allah bukan

hanya dipanggil Bapa – nama yang lebih intim malahan manja dipakai, iaitu Abba (Gal 4:6).

Apakah yang boleh kita pelajari tentang Bapa syurgawi kita daripada penyataan Yesus tentang Bapa?

#1: Allah BAPA mengasihi semua orang (Matius 5:43)

Allah selalu mengasihi semua manusia ciptaan-Nya, tidak kira bila berlaku baik atau jahat. Kasih Bapa

ini nyata melalui perbuatan-perbuatan indah-Nya bagi semua manusia (menurunkan hujan,

memastikan matahari terbit).

#2: Allah BAPA mengupah usaha anda (Matius 6:1, 5-6, 17-18)

Apabila kita melakukan tanggungjawab kita sebagai anak-anak Allah (khususnya tanggungjawab

agama), Bapa melihat dan Dia akan membalas/mengupah kita kerana usaha kita itu.

(Untuk nota penuh bahagian pertama set nota ini – seperti yang diringkaskan di atas – lawatlah

http://www.slideshare.net/peterderun/mengenal-allah-bapa-bhg1)

#3 Allah BAPA memberi apa yang kita perlu (Matius 6:25-26, 30-33)

Allah Bapa sedar akan situasi kita – Dia tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang kita perlu untuk

berjaya dalam hidup. Kita mungkin tidak sedar apa yang kita perlu, tetapi Bapa sentiasa tahu.

Sesuai dengan pengetahuan ini, Bapa syurgawi akan memberi/membekal apa yang kita perlukan.

Setiap pagi apabila kita bangun, semua yang kita perlukan sudah disediakan Allah Bapa untuk kita.

Mengapa Allah Bapa lakukan ini? Kerana kita sangat BERHARGA kepada-Nya.

#4 Allah BAPA memberi yang baik kepada kita (Matius 7:9-11)

Apa yang kita PERLU Bapa akan bekalkan, apa yang BAIK yang kita mahu mesti DIMINTA terlebih

dahulu. Prinsipnya: baik yang diingini perlu DIMINTA (Yakobus 4:2).

Janji Bapa dan keyakinan kita ialah bahawa kita akan menerima baik yang diminta – tiada keraguan

ketika meminta dan yakin akan menerima sesudah minta (Ibrani 11:6).

Page 2: Mengenal Allah Bapa (Bhg 2)

Walaupun begitu, ingatlah bahawa Bapa hanya akan memberi yang baik – definisi ‘baik’ ditentukan

oleh Dia, bukan kita. Banyak kali apa yang kita fikir adalah baik sebenarnya bukanlah yang terbaik;

Bapa syurgawi yang baik adalah kata akhir dan penentu apa yang baik untuk kita.

#5 Allah BAPA menyatakan rahsia syurgawi kepada kita (Matius 11:25-26; 16:15-17)

Allah Bapa berkenan – suka dan senang – menyatakan (mendedahkan, mengongsi) rahsia-rahsia

syurgawi (maklumat/kebenaran dari syurga yang kita belum tahu). Banyak hal yang Bapa mahu

beritahu kita – tentang diri kita dan diri-Nya.

Tujuan utama penyataan-penyataan Bapa ini adalah untuk membantu kita mengenal Dia dengan

lebih intim lagi.

Kita harus bersyukur setiap kali Allah menyatakan sesuatu kepada kita kerana kita sememangnya

orang yang berbahagia.

#6 Allah BAPA mempeduli mereka yang hilang (Matius 18:12-14)

Allah Bapa tidak mahu sesiapapun sesat – jauh daripada-Nya dan tidak berpeluang kembali kepada-

Nya. Bukan rencana atau niat Allah supaya sesiapapun terasing daripada-Nya (dan akhirnya

terpenjara dalam neraka).

Oleh itu Bapa sentiasa mencari mereka yang sesat – mereka yang belum bertaubat dan kembali

kepada-Nya. Bapa sendiri yang mengambil inisiatif untuk mencari manusia sesat – Operasi

Penyelamatan Manusia diterajui oleh Allah Bapa sendiri!

Setiap manusia yang diselamatkan – yang percaya, bertaubat dan bertuankan Yesus – menghasilkan

kegembiraan yang luar biasa di syurga (Lukas 15:7).

Kita adalah orang sesat yang sudah diselamatkan Bapa!

Soalan Diskusi

1. Bagaimanakah harus kita hadapi setiap hari sesudah sedar Bapa syurgawi tahu apa yang kita

perlu dan akan menyediakannya?

2. Apakah yang baik yang anda mahu minta dan terima daripada Tuhan? Bagaimana untuk

memastikan yang baik itu juga baik dalam penilaian Bapa?

3. Sesuai dengan kenyataan bahawa Bapa mahu menyatakan rahsia-rahsia syurgawi kepada kita,

apakah yang baik dilakukan setiap hari untuk menerima penyataan-penyataan ini? Kongsikan

satu penyataan ang anda terima daripada Bapa baru-baru ini.

4. Jika Bapa aktif mencari dan menyelamat manusia yang sesat, apakah yang boleh kita lakukan

untuk bekerjasama dengan-Nya dalam usaha penyelamatan ini?

5. Sifat-sifat Allah Bapa ini juga adalah sifat-sifat wajib bagi semua bapa duniawi. Jika anda seorang

lelaki/bapa, apakah yang boleh anda lakukan mulai sekarang untuk memaparkan sifat-sifat ini?